smoothie dengan pelbagai campuran sayur-sayuran dan makanan lain |
Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Dunia ini dipenuhi pelbagai
makanan yang merupakan ubat bagi segala penyakit. Ia hanya berada berdekatan
kita sahaja.
Sama ada anda sanggup mencari dan mengamalkannya sahaja.
Berikut antara makanan yang boleh
menjadi sumber ubat dan supplement asli anda.
Buah Pisang
Buah pisang masak yang dimakan
setiap hari boleh membantu menguatkan pinggang anda. Beri buah pisang masak
kepada mereka yang lemah dan ajar mereka menikmati pisang setiap hari.
Malah buah pisang juga menguatkan
jantung dan membantu mereka yang mempunyai penyakit jantung yang lemah.
Daun Pisang
Daun pisang yang sering digunakan sebagai alas makanan
seperti nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai makanan lain, amat bagus sebagai
ubat buasir.
Caranya ialah dapatkan daun pisang muda. Tumbuk sehingga
lumat kemudian tampal di tempat buasir.
Daun pisang juga bagus untuk penyakit kulit atau kayap.
Rebus daun pisang dengan 1 liter air sehingga mendidih, kemudian mandi dengan
air rebusan itu.
Buah Epal
Jika anda atau sesiapa yang sering bersama anda sering
‘membuang angin’ atau ‘kuat kentut’. Galakkan mereka yang mempunyai masalah
kuat buang angin dan kentut ini makan epal. Epal membantu mengubati masalah
gangguan system pencernaan dalam apa sahaja bentuk . Ini termasuk kuat kentut
atau ‘buang angin’.
Lobak Merah
Selain bagus untuk kecantikan wajah dan kulit juga
menguatkan penglihatan. Lobak merah elok dimakan oleh wanita untuk melancarkan
perjalanan haid. Buat jus lobak merah atau campur lobak merah dalam sup sayur
kegemaran anda.
Lobak Putih
Terkenal untuk menambah susu ibu, lobak putih juga amat
bagus dalam perubatan perawatan kanser hati. Kupas kulit lobak putih , kemudian
rebus. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari.
Bawang Putih
Bakar bawang putih bersama kulit dan makan. Bawang putih
bakar bukan sahaja mencergaskan otak, anti kanser, awet muda malah bagus untuk
usus.
Amalkan makanan segar, asli dalam diet anda.
Kita ialah apa yang kita makan.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan