16 Makanan
Untuk Menambah Tenaga Secara Semulajadi
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Semakin berusia semakin
badan anda akan mudah lemah dan memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan
pelbagai perkara.
Ketika waktu muda anda boleh
memandu 24 jam lamanya seorang diri tanpa henti, namun seiring usia, tenaga dan
badan yang lemah menyebabkan anda perlu beberapa kali berhenti berehat dan
tidur sekejap untuk mengembalikan tenaga dan keletihan ketika memandu jauh.
Suatu waktu dahulu, pakar
kesihatan mengajar makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ialah makanan
menambah tenaga. Makanan manis penting untuk memulakan hari anda untuk tenaga.
Itu yang sering diwar-warkan dalam iklan dan diamalkan oleh kebanyakan
masyarakat moden di Malaysia termasuk di Amerika kerana kebanyakan golongan
muda suatu waktu dahulu suka meniru cara orang Amerika menikmati hari dengan
menikmati bijirin, roti dan donut serta air manis.
Seiring penyelidikan demi
penyelidikan, kajian demi kajian. Pakar kesihatan milenia mengesyorkan makanan
tinggi lemak baik untuk sarapan dan pemakanan agar tubuh membakar lemak menjadi
gula atau sumber tenaga berbanding karbohidrat, terutama ramai masyarakat hari
ini menjadikan karbohidrat proses sebagai menu utama dalam pemakanan seharian.
Namun harus ditegaskan,
pastikan makanan yang anda pilih sesuai dengan kemampuan dan cara hidup anda,
jangan terlalu mendesak dengan diet yang anda sukar pertahankan sehingga
menyebabkan stress. Stress dan pemakanana berkait rapat namun jika anda tidak mampu
mengawal perasaan dan minda anda, sia-sia anda berusaha cuba menikmati makanan
sihat jika ia hanya akan menambahkan tekanan dan menyebabkan anda mudah marah
hanya kerana sukar mendapatkan makanan sihat.
Apakah makanan sihat dan
semulajadi untuk memulakan hari anda dan menambah tenaga untuk sepanjang hari?
Makanan tinggi lemak baik
seperti santan kelapa segar, makanan yang dimakan cicah minyak kelapa dara asli atau minyak zaitun dara asli, buah
avocado dan telur kampong rebus adalah makanan yang disyorkan untuk memulakan
pagi anda.
Antara makanan melayu
popular yang tinggi lemak baik ialah lempeng kelapa (kurangkan tepung putih
tukar tepung gandum penuh dan pastikan tepung gandum penuh hanya ¼ dan ¾ ialah
kelapa segar).
Nasi lemak juga ialah
makanan sihat dengan syarat ia diperbuat dari santan segar. Kurangkan sambal
dan jika anda mampu buat sambal dari minyak kelapa, lada kering dikatakan
antara bahan yang tinggi kimia dalam pemprosesan cuba tukar bahan yang lebih
sihat. Tukar kacang tanah goreng dengan kacang tanah goreng tanpa minyak,
lebihkan timun atau kangkung celur juga ikan bilis yang digoreng sebentar
bersama minyak zaitun. Pastikan anda pilih telur rebus berbanding telur goreng
kecuali ia digoreng dengan minyak sihat.
Masyarakat melayu percaya
ketika pagi anda harus menikmati telur mentah bersama madu liar asli. Namun
ketika ini dikhabarkan di Malaysia 90% madu yang dijual dipasaran ialah madu
tiruan. Lebah yang dibela makan gula putih dan pelbagai lagi. Jika anda percaya
pada penjual madu asli yang anda yakin madu yang diternak atau didapatkan itu
adalah asli dari hutan, anda boleh terus mengamalkan madu asli itu.
Ada 2 pendapat berbeza
mengenai pemakanan sihat, separuh doktor percaya lemak baik amat bagus
mengantikan karbohidrat yang ditukarkan kepada gula. Lemak baik dipercayai
tidak terus menaikkan gula dalam darah berbanding karbohidrat. Jika anda
mengambil sumber gula dari karbohidrat anda dikatakan lebih mudah lapar
berbanding mengambil sumber gula yang ditukarkan dari lemak.
Pendapat lain lebih
percayakan benda manis dan segar seperti buah dan madu adalah makanan sumber
terbaik untuk membina dan menguatkan sel yang terus pergi kepada sel tubuh
dengan syarat anda adalah seorang yang aktif bukan hanya bekerja 90% duduk
diatas kerusi dan memandu seharian. Sila pastikan anda betul-betul faham
perkara paling asas dalam bab ini.
Berikut antara senarai
makanan yang bagus untuk menambah tenaga seharian dan mengurangkan risiko
keletihan terutama bagi anda yang mudah letih dan kurang semangat.
1. Minyak
kelapa dara organic dan asli
Minyak kelapa dikatakan amat
bagus untuk kesihatan. Malah dikatakan dalam
minyak kelapa terdapat satu bahan yang sama terdapat dalam susu ibu.
Tidak seperti makanan lain yang memerlukan 26 step untuk menghasilkan lemak baik,
minyak kelapa dara tidak perlu melalui 26 step itu.
Jika anda tidak tahu
bagaimana untuk menikmati minyak kelapa dara ketika sarapan, anda boleh tambah
minyak kelapa dalam kopi mengantikan creamer dan cuba jauhi tambahan gula dalam
kopi anda. Selain itu anda boleh renjis minyak kelapa dara dalam salad anda
atau atas telur rebus juga telur goreng anda. Minyak kelapa dara amat bagus
untuk kesihatan terutama bagi masyarakat nusantara. Anda harus tahu bahawa apa
yang tumbuh sekitar anda itulah yang paling sesuai dengan tubuh dan darah anda.
2. Minyak
zaitun
Pastikan anda mendapatkan
minyak zaitun dara asli bukan campuran kerana realitinya terdapat banyak minyak
zaitun campuran yang dijual secara komersial serata dunia. Minyak zaitun amat
tinggi kandungan lemak baik dan bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit. Tambah
sahaja minyak zaitun dalam nasi goreng anda yang digoreng menggunakan minyak
sihat.
3. Santan
segar asli
Pernah anda dengar lagu lama
‘susu lemak manis, santan kelapa muda, adik jangan nangis, emak buat kerja’?.
Dikatakan zaman dahulu santan kelapa muda itu menjadi minuman ‘susu tumbuhan’
untuk kanak-kanak namun ia telah berzaman ditinggalkan. Jika anda menikmati
cendol asli, cendol asli sebenarnya menggunakan santan segar bukan santan
dimasak atau susu. Malah beberapa masakan seperti laksa dan laksam asli juga
sebenarnya menggunakan santan segar yang tidak dimasak. Seiring zaman santan
dimasak untuk lebih tahan lama kerana santan adalah makanan mudah rosak dan
basi.
4. Mentega
asli
Terlalu banyak mentega bukan
asli dipasaran. Dipeketkan seolah mentega didalam sampul emas atau perak
sehingga mereka yang tidak rajin mengetahui mengenai berita kesihatan
terpedaya.
Mentega harus diperbuat dari
100% susu segar asli. Pilih yang diperbuat dari susu lembu yang makan rumput
berbanding makan dedak. Antara mentega asli popular ialah dari New Zealand.
Adalah dipercayai kebanyakan lembu di New Zealand makan rumput segar yang
tumbuh subur berbanding Negara lain.
Cara paling mudah memilih
mentega asli pilih mentega yang tertulis diperbuat dari 100% susu segar antara
jenama popular di Malaysia ialah Anchor, Kerrygold, Westgold, President dan
Tartura.
Mentega menguatkan tubuh dan
memberi tenaga berpanjangan untuk tubuh anda. Ia lebih baik dimakan segar
berbanding digunakan untuk memasak. Tambah mentega dalam nasi anda, bubur anda,
minuman anda untuk khasiat sebenar.
5. Minyak
sapi
Seperti mentega minyak sapi
kini banyak dijual adalah minyak sapi komersial yang diperbuat dari minyak
sayur-sayuran. Tolong jangan terus terpedaya, terlalu banyak minyak sayuran
yang sebenarnya tidak sihat. Terlalu banyak perkara yang perlu ditulis mengenai
reality sebenar minyak sayur-sayuran namun perkara pertama yang harus anda
lakukan cuba sedaya upaya elakkannya.
Minyak sapi asli dari susu
segar terkenal sebagai makanan yang menguatkan tubuh dan antibody. Ia
mencantikkan tubuh dan membantu membina otot. Banyak makanan dan desert arab
menggunakan minyak sapi, namun seiring kemodenan kebanyakan makanan arab juga
kini menggunakan minyak sapi dari minyak sayuran bagi mengurangkan kos
pengeluaran produk.
6. Madu
liar
Ramai individu terutama
golongan lama tidak dapat meninggalkan madu mentah sebagai makanan semulajadi
mereka diwaktu pagi. Madu liar asli memang menambah tenaga untuk anda. Maksud
madu liar ialah ia dari lebah liar bukan dibela. Ia semulajadi yang sebenar
dari alam. Anda boleh nikmati madu liar ini bersama habbatus sauda diwaktu
pagi. Tinggalkan manis dari makanan lain, amalkan madu liar ini sebagai ganti.
Kurangkan gula hatta ia gula semulajadi, terutama jika anda pasti hidup anda
lansung bukan seorang yang aktif.
7. Chia
seed
Chia Seed juga dikatakan
antara super food dan warrior food. Mengandungi lemak baik dan khasiat lain
termasuk kalsium, chia seed juga antara makanan yang bagus sebagai penambah
tenaga untuk hari anda. Pastikan anda minum banyak air jika anda mengamalkan
chia seed.
8. Flaxseed
Flaxseed sebaiknya diamalkan
dalam bentuk serbuk. Pilihan yang bagus jika anda boleh kisar flaxseed sendiri
atau kisar sahaja dengan menambah flaxseed ke dalam smoothie anda. Flaxseed
bagus dalam mencegah pelbagai penyakit berkaitan payudara. Amalkan flaxseed
kerana ia adalah antara makanan paling bagus untuk wanita.
9. Sayur-sayuran
hijau
Mungkin ia Nampak seperti
tidak logic kerana ia sekadar sayur. Namun kajian menunjukkan sayur-sayuran
hijau amat bagus untuk menambah tenaga dan memberi anda kesegaran serta
kekuatan sepanjang hari. Anda akan merasa kelainannya jika anda rajin menambah
lebih banyak sayur-sayuran dalam menu anda dan anda tentu akan rasa kenyang
lebih lama.
Jika anda sukar menikmati sayur-sayuran anda boleh menjadikan ia
sebagai jus atau smoothie. Pilihan lebih mudah anda juga boleh memasak
sayur-sayuran masak lemak. Masak sekejap sahaja dan nikmati ia bersama sedikit
nasi atau makan sahaja begitu. Sayur-sayuran yang tinggi serat dan antioksidan
serta vitamin akan membuat anda kenyang lebih lama dan jauh lebih bertenaga
kerana kadar oksigen dalam darah yang lebih tinggi terutama jika anda nikmati
sayur-sayuran segar sebagai salad atau ulam.
10. Buah-buahan
dalam kadar yang sesuai
Ramai takut pada buah-buahan
kerana kandungan gula yang tinggi. Anda harus tahu menikmati buah-buahan dalam
kadar sederhana amat bagus untuk kesihatan dan tubuh anda. Pilih buah sihat dan
kurang racun seperti buah tempatan. Jika anda mampu anda dapatkan sahaja
buah-buahan organic atau sebaiknya tanam sendiri. Banyak perkara lain yang anda
harus belajar mengenai tanam sendiri yang ramai tidak pernah ambil berat dan
tahu mengenai perkara asas termasuk jenis baja dan sebagainya dari segi cucuk
tanam sendiri.
11. Kurma
Ajwa
Kurma terkenal dalam diet
dan pemakanan islam sebagai antara makanan sunnah dan buah sunnah dalam bulan
Ramadhan. Selain tinggi khasiat dan antioksidan, kurma ajwa juga amat bagus
sebagai makanan penambah tenaga dan menguatkan tubuh. Nikmati kurma ajwa dipagi
hari, anda boleh nikmati ia dalam bilangan ganjik antara 1-7 biji sesuai cara
hidup anda. Jika anda aktif anda boleh makan 3 -5 biji, terlalu aktif 7 biji ,
jika tidak aktif sebiji sudah cukup.
12. Avocado
Terkenal sebagai buah yang
selamat walaupun bukan organic. Buah avocado adalah antara buah paling terkenal
mengandungi lemak baik dan makanan paling popular ketika ini dalam diet sihat
pengamal diet ketogenic. Bagus untuk wanita khususnya, buah avocado bukan
sahaja menguatkan tubuh, mencantikkan kulit malah menambah tenaga untuk anda
yang sering mudah keletihan.
13. Buah
Tin Segar
Anda harus tahu terlalu
banyak buah yang dikahwinkan di zaman ini termasuk buah tin dan delima. Pilh
buah tin segar asli yang bukan kahwin. Buah tin terkenal tinggi serat dan amat
bagus untuk penghadaman serta mengenyangkan dalam jangka masa lama. Sedap dan
manis, ia menguatkan tubuh dan menambah tenaga untuk anda yang sering berasa
lemah dan letih.
14. Pisang
Makanan atau buah paling
murah dan senang didapati ialah pisang. Sedap, manis, berlemak dan murah. Dari
tepi jalan ke pasaraya, pisang ialah buah paling menjimatkan untuk anda yang
ingin kenyang lama dan menambah tenaga. Pilih pisang popular dan tidak ‘kahwin’
seperti pisang emas, pisang lemak manis dan pisang yang anda tahu wujud dizaman
nenek moyang anda lagi.
15. Susu
Kambing Segar
Susu kambing segar terbukti
menguatkan tubuh dan otot. Malah susu kambing juga membantu anda kenyang dengan
lebih lama. Jika anda sukar mendapatkan susu kambing segar dapatkan sahaja
serbuk susu kambing asli. Semakin anda berusia semakin anda mudah lapar dan
letih. Belajar nikmati makanan yang mengandungi susu kambing mulai hari
ini. Pastikan susu kambing yang anda
pilih dari kambing yang menikmati rumput sebagai makanan utama.
Amalan bersarapan susu
kambing dan kurma ajwa juga diantara yang paling popular dalam diet islam atau
pemakanan sunnah. Anda boleh mencuba petua ini.
16. Supplement
asli yang berkualiti
Cara hidup yang sibuk, cepat
dan pantas. Masa yang tidak cukup menyebabkan ramai individu yang tidak mampu
menjalani pemakanan sihat walaupun puas berazam dan mencuba.
Bagi membantu anda untuk
menambah tenaga, mungkin anda boleh mendapatkan supplement semulajadi dan organic
untuk menguatkan tubuh anda juga melawan keletihan.
Supplement bermutu tinggi
seperti gam Arabic, jintan hitam, serbuk baobab, spirulina, wheat grass , minyak ikan asli, minyak krill, minyak ikan
cod dan pelbagai lagi antara makanan supplement paling bermutu tinggi untuk
anda amalkan. Dapatkan dari jenama yang dipercayai tanpa campuran bahan yang
meragukan.
Makanan Dan Diet Sesuai Tubuh
Anda harus ambil perhatian,
jika anda ingin melawan lemak dalam badan, lemak harus lawan lemak. Lemak baik
lawan lemak jahat.
Dalam mengamalkan diet
sihat, anda harus tahu diet apa yang anda amalkan dan adakah ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda. Ada makanan yang memberi lebih tenaga kepada individu, ada makanan yang hanya akan menyebabkan keradangan pada tubuh anda contoh seperti 'bloating' atau angin juga sebu dan loya.
Tidak semua individu sesuai
mengamalkan ketogenic diet yang tinggi lemak dan kurang karbohidrat dan protein
atau hanya bergantung kepada lemak baik untuk menukarkan ia kepada gula.
Ramai yang tidak faham
bahawa benda atau diet yang baik pada si A tidak semestinya baik dan bagus
untuk si B.
Makanan yang baik tidak akan
menjadi baik untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan lain, sihatkan
dahulu usus anda barulah makanan yang baik akan dihadam dan menjadi nutrisi
kepada tubuh. Asas ini terlalu dalam untuk dikaji dan dibentangkan.
Paling penting jaga
pemakanan anda dan elakkan makanan berproses atau sekurang-kurangnya kurangkan
makananan proses dalam pemakanan harian anda.
Makan makanan dan herba baik sekalipun haruslah berpada-pada dan bersederhana.
Semoga artikel ini membantu
anda.
Terima kasih.