Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Isnin, 5 Julai 2021

Gambar bersama Keluarga sebelum COVID19

 


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sekian lama tidak mengemaskini blog, saya abadikan gambar kenangan bersama keluarga sebelum COVID19 melanda dumia dan Malaysia.

Rasanya lebih 2 tahun juga tidak berjumpa ahli keluarga or adik beradik yang tinggal bukan di negeri yang sama.


Gambar ini diambil sempena meraikan hari jadi anak saudara saya Daniel di The Ame Sour, ibu dan 3 lagi adik saya tidak dapat menghadiri atas urusan masing-masing.












Saja saya simpan disini untuk tatapan, ahli keluarga saya dan anak saudara saya di masa akan datang.

Atas permintaan beberapa individu di facebook, insyaallah saya akan cuba menyambung penulisan mengenai mata wang digital jika di beri kesempatan.


Terima kasih.

Isnin, 29 Januari 2018

Hari Cuti Bersama Keluarga



hari cuti selalu dihabiskan untuk menikmati makanan diluar dan aktiviti makan bersama keluarga
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Andai anda mengikuti blog ini dari awal, tentu anda menyedari bahawa, setiap hari minggu ialah hari untuk menikmati makan diluar bersama keluarga, sama ada ibu bapa, adik beradik, anak saudara atau kaum kerabat.

Kata pujangga, diusia emas nanti jika anda dipanjangkan umur, apa yang paling anda ingati ialah saat-saat indah ketika anda bersama insan tersayang atau keluarga anda bukan cafe starbuck, Tony Roma's atau sebagainya. Maka pastikan ada kenangan bersama insan tersayang anda terutama anak-anak kecil kerana ketika mereka besar mereka akan ada hidup sendiri yang lebih pantas, ke sekolah Menengah, memasuki kolej, bekerja , berkahwin dan berkeluarga. Sedar tidak sedar mereka semua akan dewasa dan ahli keluarga anda sendiri akan semakin berusia . Anda semakin dewasa dan ibu bapa anda semakin tua. Ketika itu anda akan sedar waktu anda paling banyak dihabiskan untuk apa?.

Tidak seperti di Kuala Lumpur dimana semakin banyak cafe vegetarian muncul, di Kuantan sukar untuk mendapatkan cafe dengan menu yang lebih sihat.

Malah di Kuantan, Empire Sushi, Auntie Anne dan Caffe Bene baru sahaja wujud dalam Januari tahun ini. Terlalu baru. 

Sempena pembukaan cafe dan tempat makan ini, maka saya dan adik lelaki saya serta anak saudara saya juga kakak saya sengaja menikmati menu disini walaupun sebenarnya menu ini agak biasa dinikmati ketika kami di Kuala Lumpur. Ia sekadar meraikan pembukaan di kuantan sebagai sokongan kami penduduk Kuantan.

Ia realiti semua menu kaya gula dan bahan proses. Saya walaupun sedar dan tahu fakta ini tetap kekal menikmati makanan ini sehingga menjilat jari. Sayang sekali sehingga hari ini saya masih penggemar coklat termasuk pretzel Auntie Anne. Air atau makanan yang terlalu manis telah banyak yang saya tidak mampu telan, tidak seperti 3 tahun dahulu. Namun kesedaran untuk benar-benar 'eat clean' untuk masakan diluar tentu semua tahu tiada cafe di kuantan yang menghidangkan menu 'eat clean', malah keluarga saya sendiri masih memasak menggunakan MSG dan gula putih. 

Tidak mahu tertekan dengan perkara yang hanya menyebabkan stress dan mengurangkan kegembiraan atau ketegangan, lebih baik saya tumpukan perkara yang positif sahaja, namun dalam waktu yang sama tentu saya sendiri berazam untuk menjaga pemakanan ke arah lebih baik. 

Andai diberi masa dan kesempatan memasak sendiri, tentu bahan terbaik saya gunakan, namun jika menikmati masakan ibu ia masih menggunakan MSG dan gula putih, sukar untuk menolak jika ia masakan ibu. Anda pasti akan faham suatu hari nanti.

Dalam mengejar hari yang semakin pantas berlalu, bulan Januari yang tinggal beberapa hari lagi hampir tamat memasuki Febuari. Azam untuk menikmati makanan sihat nampaknya tidak bermula diawal bulan ini. 

Namun ia kekal ada untuk diteruskan untuk hari seterusnya. Sebagai manusia biasa, ada benda yang kita rancang dan plan namun ia digagalkan oleh kita sendiri kerana nafsu kita yang tidak kuat serta alasan yang tidak kukuh. Seiring usia ada perkara yang kadang kala, anda sendiri faham, anda malas untuk terus berlawan dan mengikut sahaja rentak. Ada masa anda kuat dan ada masa anda lemah.

Ketika anda masih punyai masa dan tidak tahu apa akan terjadi pada hari esok hargailah, walaupun ia mungkin sekadar bermain dengan anak kucing anda. Hargailah apa didepan mata kerana kita tidak tahu apa akan terjadi esok, lusa atau  3 saat dari sekarang.


Terima kasih.



Ahad, 14 Januari 2018

Hari Minggu, Aktiviti Bersama Keluarga serta sambutan Hari Lahir Irfan Ezhairy yang ke 11



sambutan hari lahir Irfan Ezhairy yang ke 11 di Angelo Cafe,  Grand Darul Makmur Hotel,  Kuantan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari minggu adalah hari dan waktu bersama keluarga. Itu kebiasaan yang diamalkan kebanyakan individu yang berkeluarga dan rapat antara satu sama lain. 

Minggu lepas, saya dan adik beradik serta keluarga salah seorang adik ipar, menikmati hidangan Steamboat di restoran Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan. 


Untuk video menu yang terdapat di Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan,  anda boleh menonton videonya disini



Berikut ialah video kami sekeluarga menikmati hidangan Steamboat di Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan.

Untuk info,  restoran Steamboat ini adalah restoran yang Viral di pages Siakap Keli tempoh hari.




Semalam,  13 Januari 2018 kami meraikan hari jadi anak saudara sulung dan cucu sulung keluarga kami di Grand Darul Makmur Hotel Kuantan di salah sebuah Cafe di situ iaitu Angelo Cafe. 

Persiapan dan Dekorasi ringkas untuk sambutan hari jadi Irfan
Bertemakan Mobile Legend,  namun kerana majlis Hari Jadi ini dibuat saat akhir,  kononnya untuk memberi surprise kepada Irfan,  namun tidak menjadi di saat akhir.  Ini atas asbab,  Irfan telah melihat status whatapps ibunya iaitu kakak saya yang berbunyi 'waiting birthday 🎂 boy 👦'. 

Itu bahaya media sosial,  cepat sahaja boleh dikesan.  Kebetulan pada hari tersebut Irfan mempunyai kursus pengawas di sekolah dan membawa telefon bimbit beliau. 

Antara detik dan gambar yang sempat diabadikan
Menu Western dipilih untuk majlis sambutan hari jadi Irfan Ezhairy kali ini. 

Rakan-rakan Irfan turut dibawa.  3 orang lagi tidak dapat hadir kerana mempunyai program sekolah yang lain. 

Wajah-wajah kegembiraan masing-masing 

Ruang restoran yang luas dan bercermin, menghadap jalan besar Bandar Kuantan. Cafe ini amat sesuai untuk sambutan hari lahir untuk mereka yang mencari tempat sambutan hari lahir atau makan istimewa di Kuantan.


Bergambar sebelum potong kek,  lihat aksi kanak-kanak dalam gambar ini

Kanak-kanak paling gembira,  kerana selepas sesi makan-makan ialah mandi kolam. Hidangan set Western ini termasuk set chicken chop atau fish and chips,  kordial sirap laici, sup kentang dan roti berserta Mentega anchor juga dessert iaitu kek strawberi bersama sos strawberi. 

Pilihan lain ialah nasi ayam hainan steam atau roasted.  Zara memilih nasi ayam termasuk kakak saya,  iaitu ibu Irfan Ezhairy.


Antara menu hidangan untuk majlis ini 
Alhamdulillah semua berjalan lancar,  walaupun ada peristiwa kelakar iaitu salah letak lilin di kek.  Namun mujur Irfan Ezhairy tidak suka lilin 'Firework'  maka tiada masalah lilin itu di terbalikkan.


Gambar jelas sambutan hari jadi Irfan Ezhairy di Angelo Cafe,  Grand Darul Makmur Hotel Kuantan 


Selesai majlis makan-makan,  masa untuk kanak-kanak mandi kolam.  Zara dan Harris tidak turut serta untuk mandi kerana cuaca yang sejuk dan hujan rintik. 

Untuk Irfan Ezhairy selamat hari lahir ke 11 tahun semoga berjaya di dunia dan akhirat. 


Berikut ialah video ringkas sambutan hari lahir Irfan Ezhairy yang ke 11 tahun untuk tatapan anda. 






Terima kasih. 



Isnin, 10 Julai 2017

Syawal dan Kenduri



Bergambar bersama pengantin 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syawal masih belum berakhir dan seperti biasa bulan Syawal sering di pilih sebagai bulan untuk melangsungkan perkahwinan. 

Tidak terkecuali adik lelaki ke 8 dalam keluarga saya yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh pilihan yang dikatakan cantik iaitu 7.7.2017.


Bergambar selepas akad nikah 
Oleh kerana perkenalan dan perancangan perkahwinan adik lelaki saya ini hanya berlangsung dan berlaku selama 3 bulan dari tarikh berkenalan,  maka majlis perkahwinan ini di langsungkan secara sederhana. 

Bergambar bersama ahli keluarga 
Cukup mudah apabila jodoh itu tiba,  begitu juga mudahnya majlis berlangsung. 

Saya seperti biasa hanya memakai baju kurung kapas @ cotton lama sahaja tahun 2012 dahulu dan tudung bawal. 

Agak beruntung,  walaupun saya bukan peminat baju kurung atau kain namun saya amat menghargai baju yang ditempah sendiri dan baju yang saya sukai pasti akan saya simpan elok. 


Bergambar selepas makan
Esoknya 8.7.2017 kenduri perkahwinan untuk semua undangan di adakan. 

Saya hanya memilih top dari Larney Official hadiah Aidilfitri dari sahabat karib saya Lyn  dipadankan dengan batik satin,  high heel glitter silver Dan beg raga dari Bali. Semua ini telah dibeli bertahun dulu namun baru di rasmikan.  Hanya top dari Larney Official sahaja hadiah Aidilfitri untuk tahun ini daripada sahabat tersayang. 

Realiti memang jimat banyak jika anda masih kekal dalam berat asal bertahun dulu.  Saya amat bersyukur untuk itu. 

Untung juga setiap accessories yang saya beli saya selalu pastikan ia bermutu dan boleh disimpan dan di pakai lama. 

Alhamdulillah sehingga hari ini setiap accessories saya tersimpan kukuh dan rapi. 

Paling istimewa kasut tinggi silver buatan tangan itu di beli lebih dari 5 tahun lepas namun kekal elok digunakan. 

Beg raga kesayangan saya yang di beli di Bali pada tahun 2007 itu ialah hasil belanja Manager bank saya iaitu bos saya ketika saya dan 3 lagi sahabat berserta Manager branch kami terpilih ke Bali untuk anugerah kecemerlangan dalam Sales. 

Itu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara selepas bekerja. 

Alhamdulillah beg raga itu kekal elok tanpa sebarang kecacatan semenjak di beli. 

Saya amat menyukai beg ini. 

Begitu juga set accessories mutiara buatan tangan yang turut ditempah khas oleh saya hampir 10 tahun dulu juga masih kekal cantik seperti mula di beli. 

Saya selalu percaya setiap karya dan hasil tangan harus dihargai. 

Itu alasan mengapa saya amat mengemari sesuatu dari hasil tangan walaupun ia hanya dibeli bukan dari hasil tangan sendiri. 

Ini sahaja sedikit perkongsian mengenai minat dan kesukaan saya. 

Terima kasih. 



Ahad, 16 April 2017

Jaga Anak Saudara..


Aktiviti dalam minggu yang sama
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Berstatus bujang belum tentu anda tidak perlu menjaga kanak-kanak.. 

Banyak pengalaman dan perkara yang di pelajari. 

Puas memujuk anak saudara berkongsi makanan bimbang membazir,  namun tetap di turut rasa hati ingin plate,  menu atau pinggan berbeza akhirnya membazir dan ibu saudara harus menghabiskan sisa makanan anak saudara seterusnya ibu saudara yang mengalami kenaikan berat badan.

Jika sebulan sekali itu di kira okey,  namun jika setiap minggu dan hampir 2-3 hari dalam seminggu akhirnya anda akan faham mengapa sesetengah ibu bapa setelah mempunyai anak mempunyai isu berat badan bertambah. 

Saya bernasib baik setiap kali berat bertambah saya akan cuba menyedarkan diri sendiri namun ada waktu saya terlupa. 

Ini alasan mengapa diet sihat saya sentiasa lari.  Untuk mendidik anak saudara menikmati makanan sihat agak sukar,  maklumlah lidah mereka telah biasa dengan cita rasa mereka sendiri. 

Pernah beberapa kali mengorder makanan lebih sihat di restoran atau kafe namun ia berakhir hampir tidak disentuh langsung makanan tersebut. 

Pelbagai lagi perkara dipelajari dalam menjaga 2 orang dan kadang kala 3-4 orang anak saudara sekaligus. 

Mohon lupakan kasut tinggi atau wedges tinggi.  Anda akan terpaksa memimpin atau mendukung anak saudara anda dan bermain kejar-kejar sekali sekala. 

Makeup mohon lupakan.  Di cuaca panas terik,  melayan perangai dari seorang ke seorang dan menjaga anak Saudara seorang diri.  Anda akan faham betapa kecantikan Semulajadi itu amat bererti.  Begitu. 

Pengalaman menjaga anak saudara mengajar anda hormat kepada tanggungjawab dan kepenatan ibu dan bapa.  Bersyukurlah anda masih bujang dan cukup tidur. 

Gembiralah ketika anda boleh berjalan seorang diri atau bersama rakan bersama HIGH heel atau ke shopping complex bersama anak saudara anda yang tidak berkejaran kesana ke mari.  Anda antara insan bertuah. 

Namun jika anda terpaksa berkasut dan berselipar nipis anda wajib berterima kasih kepada anak saudara anda atas perangai dan didikan mereka yang membolehkan kaki anda berehat dari memakai wedges tebal dan kasut tinggi. 

Belajar untuk reda membazir jika anak saudara anda tetap berdegil untuk memilih menu sendiri.  Maklumlah lain anak saudara, lain citarasa. 

Agak bahaya jika asyik anda yang harus menghabiskan menu yang dibazirkan oleh anak anda. Tidak sedar berapa banyak gula yang masuk ke tubuh anda. 

Pengalaman saya yang tidak menikmati jus yang ditambah gula namun jika bersama anak saudara segala jus mereka terpaksa saya habiskan atas alasan satu jus bernilai rm5-8.  Minumnya tidak sampai sesuku gelas akhirnya saya sendiri yang bertambah berat badan.  Belum kira segala kek dan dessert lain.  Memang lari diet terutama hampir setiap minggu kami keluar bersama- sama. 

Namun bonus untuk saya,  sekurang kurangnya ia ingatan untuk saya mengajar diri saya agar tidak lupa diri dan jangan terus makan dan minum hanya untuk mengelakkan pembaziran.  Kesihatan saya sendiri dan berat saya juga harus saya utamakan.

Selain risiko kenaikan berat badan,  risiko sunburn juga tinggi.  Realiti kanak-kanak memang suka bermain dan beraktiviti di luar. Maka bersuka ria lah dan tenang sahaja jika kulit anda sentiasa sunburn.  Percayalah sunburn itu seksi.

Tiada alasan untuk anda tidak menjaga dan membawa anak saudara anda berjalan jalan dan beraktiviti bersama anda. Namun pastikan kesihatan dan diet anda tidak terlajak jauh. Untuk mengelakkan kulit anda sunburn,  rajin kan diri memakai lidah buaya.  

Hari minggu bukan sahaja hari untuk bersosial,  juga hari untuk keluarga. 

Terima kasih. 




Sabtu, 11 Mac 2017

Keluarga dan Info Makanan Laut


Shell out masakan di rumah kakak saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kebiasaannya hari minggu di khaskan khusus untuk hari bersama keluarga. 

Sama ada aktiviti kenduri atau makan luar,  jika lebih rajin aktiviti makan di rumah. 

Shell out Di hias di dalam tray
Mendapat komen 2-3 kali di dalam instagram dari anak saudara saya Irfan,  betapa beliau ingin menikmati Shell out terutama ketam,  akibat mengidam menikmati Shell out air tangan pak cik merangkap adik lelaki saya Fahrouk akhirnya pagi hari Sabtu ini, (hari ini)  saya ke pasar besar mencari beberapa jenis makanan laut. 

Tidak seperti Irfan, Ilham adik Irfan kurang menggemari makanan laut
Berjaya mendapatkan ketam yang berharga sekilogram RM36,  udang sekilo hampir RM40 dan sotong yang hanya dibeli sepiring RM10,  saya seterusnya ke pasaraya mencari telur masin,  brokoli dan lemon serta buah sebagai makanan cuci mulut. 

Puas hati- Irfan bersama hidangan kegemaran 
Harga makanan laut dan makanan lain di Kuantan adalah antara harga makanan termahal berbanding di Kuala Lumpur.

Malah Kuantan pernah di beri jolokan bandar ke 2 termahal dari segi bahan makanan dan makanan.

Agak pelik berada berdekatan pantai yang banyak namun harga makanan laut di sini tetap mahal.

Bayangkan ikan selar kecil mencecah harga RM14 sekilogram.

Menu hidangan shell out kami hari ini hasil air tangan kakak saya,  dan turut dibantu oleh Irfan.  Saya hanya mengupas bawang dan memasak brokoli sahaja.

Maka terhasil lah ketam telur masin,  sambal udang merah,  sotong celup tepung,  brokoli rebus dan brokoli goreng minyak zaitun. 

Udang dari laut
Berdiskusi mengenai makanan laut.  Saya belajar beberapa perkara. 

Jika anda inginkan udang hasil lautan pilihlah udang berkulit merah. 

Kebiasaannya udang berkulit hitam adalah belaan,  jika ia udang hasil dari laut ia tidak akan sehitam dan segelap kulit udang  hasil kolam belaan.  Agak berbeza dari rupa dan rasa isinya. 

Udang belaan
Untuk info jika anda menghadapi alahan kulit atau ekzema anda tidak digalakkan menikmati makanan laut terutama hasil belaan.

Mereka yang menghadapi alahan kulit amat tidak disyorkan menikmati kerang atau sotong.

Kerang dikatakan makan makanan yang kotor apalagi kerang belaan.

Sotong pula terkenal dengan dakwat hitamnya.  Jika anda masih ingin menikmati sotong buang dakwat hitam,  cuci bersih dan buang kulit sotong.

Adalah bagus untuk anda menghentikan sementara sotong dan kerang jika anda sedang menghadapi alahan kulit yang serius atau resdung yang teruk.

Telah sembuh dari ekzema saya masih kekal menikmati makanan laut walaupun ia hasil belaan dalam jumlah berpada-pada.

Maklumlah makan bersama keluarga agak sukar jika menolak ia.

Makanan laut atau hidupan laut belaan komersial dikatakan bertoksid dan kurang sesuai dengan kondisi tubuh golongan yang menghadapi penyakit auto imun seperti resdung,  asma,  ekzema,  gout, arthritis dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ada pendapat mengatakan udang merah seperti gambar di atas akan lebih menyebabkan gatal hidung di kalangan penghidap resdung berbanding udang bela.

Saya tidak pasti apakah ia kerana tindak balas histamine atau alasan lain.

Terpulang pada anda untuk memilih apa yang ingin anda makan.

Hanya sebagai ingatan,  andai anda menghadapi masalah kesihatan dan alergi sila terus melakukan detoks setelah menikmati jenis makanan laut ini.

Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat dan ilmu dalam pemakanan anda.

Saya akan berkongsi 5 supplement detoks Semulajadi murah untuk anda selepas artikel ini bagi membantu anda memilih suplemen Semulajadi terbaik dan mampu milik.


Terima kasih


Khamis, 23 Julai 2015

Riang Ria Aidilfitri 2015

Raya pertama bergambar bersama adik ipar saya Leha, Intan dan anak saudara saya Qasrina dan Zara
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini, ramai saudara mara dan sanak saudara datang beraya ke rumah saya.


Raya pertama - Bergambar bersama kakak saya, Adik Ipar saya Leha dan Intan serta anak saudara saya Qasrina dan Zara

biasalah, hanya sekeping sahaja gambar keluarga yang menjadi kerana sibuk dengan anak-anak saudara yang kejar mengejar dan melarikan diri tidak mahu bergambar, dan mata saya pun terpejam ketika mengambil gambar keluarga ini

Diringkaskan sahaja artikel ini, saya abadikan segala gambar dan memori raya Aidilfitri diblog kesayangan saya ini sebagai kenangan masa akan datang.

bergambar bersama Kak Ros dan keluarga, Kak Ros adalah sepupu saya dan anak-anak beliau seramai 5 orang sudah dewasa masuk IPT dan bekerja.


bergambar bersama adik ipar Intan dan anaknya Zara

kemeriahan raya
Rumah saya biasa memang meriah dari raya pertama lagi dan berlanjutan sehingga hari raya ke Enam. Saudara Mara dari seluruh Pahang malah dari Kelantan juga datang beraya.

selepas seharian berpakaian traditional raya, ketika beraya waktu petang saya terpaksa menukar baju kerana kurang selesa. Nak pakai baju traditional tidak sempat gosok, jadi saya pakai sahajalah baju yang ada

tidak sah jika tidak ber'selfie' dihari raya
Raya berikutnya rumah kami terus dikunjungi saudara mara dari Jerantut, Jengka dan seluruh pelusuk Pahang (ayat lawak).

berselfie lagi bersama sanak-saudara dari Jengka dan Jerantut

bergambar bersama ibu saudara belah ibu, Cik Ngah yang berbelas tahun tidak berjumpa. Cik Ngah adalah kakak kepada ibu saya.

berselfie dengan saudara mara belah ibu saya

gambar candid , kerana sibuk kehulu hilir saya hanya berpalazo sahaja

selfie lagi
Oleh kerana kanak-kanak dalam keluarga kami bersungguh-sungguh untuk bersuka ria mandi manda dikolam renang, kami berkesempatan pergi ke Sempurna Resort untuk membawa mereka mandi manda di Kolam Renang pada pagi raya ketiga lagi.

bergambar sambil menunggu kanak-kanak mandi manda dikolam

gambar yang sempat diambil. Zara dan Harris gembira bermain kolam

ibu-ibu melihat keletah anak masing-masing
Ini sahaja gambar yang sempat saya kongsikan didalam artikel kali ini. Semoga Aidilfitri akan datang lebih indah dari Aidilfitri sebelumnya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua dan selamat berpuasa sunat Syawal. Assalammualaikum.





Selasa, 16 Jun 2015

Sambutan Hari Jadi Ilham di Restaurant Al-Dallah, Kuantan

Ilham bersama kek ice cream baskin robbin pilihannya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sambutan hari lahir anak saudara saya Ilham yang ke 5 tahun baru-baru ini.

Kami sekeluarga menyambut hari jadi Ilham di Restoran Al-Dallah Kuantan bersebelahan dengan East Coast Mall pada malam Sabtu baru-baru ini.


Zara menunggu makanan dihidangkan
Kakak saya menempah set makanan "family package" di Al-Dallah Restaurant ini untuk 10 orang. Harga pakej ini lebih dari RM200++ , kami turut memesan lauk lain untuk dinikmati dengan mulawwah bread.

Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan suasana sambutan hari jadi secara sederhana ini. Yusuf dan isterinya, Intan tidak dapat hadir kerana anak saudara saya, Harris tidur awal dalam jam 8 malam lagi. Sedangkan sambutan ini diraikan dalam pukul 8.30 malam.


bergambar sementara menunggu Kek baskin robbin yang diambil oleh adik saya dan Irfan di  Baskin Robbin ,East Coast Mall, Kuantan tiba

Zara bergambar dengan Achik bersama hadiah yang diberinya kepada Ilham dan Irfan

masing-masing kusyuk bergambar sementara menunggu Kek sampai


nasi mandi , nasi kabshah, nasi hanith dihidangkan dalam pinggan besar seperti dulang

akhirnya, kek selamat tiba

Kek ice cream Baskin Robbin pilihan Ilham


masa untuk memotong kek dan seterusnya menikmati hidangan

Mulawwah bread disini memang lembut dan sedap dan kami sekeluarga amat mengemarinya

Perkhidmatan di Restoran Al-Dallah ini memang patut diberi 5 bintang. Selain menyediakan pisau khas lagi untuk memotong kek ais krim Baskin Robbin yang keras itu, pihak restoran juga tidak keberatan menyediakan pinggan kecil untuk menikmati ais krim ini. Sila datang kesini jika anda tercari-cari tempat sambutan majlis hari jadi yang sesuai disambut bersama keluarga.

Untuk info saya kerap menikmati makanan disini bersama sahabat-sahabat saya dan antara menu pilihan kami ialah roti mulawwah yang dimakan dengan pelbagai pilihan menu yang ditunjukkan didalam buku menu, antaranya menu dibawah ini.

hummus dan sayur yang digoreng dimakan bersama roti malawwah

Sekian sahaja artikel untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & Kiss.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...