Antara produk makanan ringan yang bahan-bahannya dikategorikan sihat |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai ekzema dan produk Zai's Beauty Formula.
Untuk peminat produk Zai's Beauty Formula, produk ini memang telah di hentikan terus. Saya sendiri tidak dapat membelinya, bagaimana saya boleh menolong anda?. Harap saya tidak lagi perlu menjawab soalan ini.
Bagi soalan mengenai EKZEMA dan TSW. Alhamdulillah, saya pulih sepenuhnya ekzema pada tahun 2018. Saya boleh makan apa sahaja ketika ini, tanpa perlul pantang sangat. Boleh kata seminggu sekali saya makan sahaja mcdonalds, marry brown, kfc, pizza hut, domino's, donut apa sahaja termasuk makanan bergoreng memang saya tak pantang lagi termasuk ice cream, coklat segala.
Bagi mereka yang masih mengharungi proses pantang makan bagi ekzema, lebih baik anda teruskan sehingga ia betul-betul sembuh. Satu perkara paling penting memang sifat sabar dan jauhi stress. Pesanan ikhlas, cuka epal, minyak kelapa dara ( jika berkemampuan digalakkan minyak kelapa dara peraman), makanan organik sebolehnya , wajib kurangkan makanan proses dan tentu sekali banyakkan makan sayuran hijau.
Ketika ekzema dahulu saya memang hanya makan ayam organik. Sekarang memang saya makan sahaja ayam hormon dan apa sahaja makanan saya beli. Ketika sakit memang wajib untuk tambah modal untuk makanan lebih sihat. Saya sendiri ketika mengharungi ekzema tidak berbelanja duit ke benda lain selain makanan sihat. Apabila sudah sihat baru saya menikmati makanan asal sebelum kena ekzema atau TSW.
Jika anda tidak mempunyai budget membeli makanan organik, tak perlu pening kepala. Kurangkan sahaja makanan proses atau amalkan IF, lagi bagus puasa. Beli sahaja sayur kampung dan makan nasi jauh lebih baik dari makan makanan bertepung tinggi dan bergluten.
Terdapat pertikaian antara makanan gluten dan tanpa gluten untuk ekzema. Ketika badan penat bertarung dengan ekzema terutama TSW fasa pertama, adalah lebih baik untuk pantang gluten. Masuk fasa 2 atau ketiga boleh sahaja makan gluten sekali sekala. Saya bukan jenis straight sangat mengamalkan diet ekzema ketika ekzema. Namun tidaklah terlampau mengikut nafsu jua.
Saya sendiri tak tahu apa lagi saya ingin kongsikan, semua yang saya lalui sepanjang pengalaman saya ekzema dan melalui TSW telah saya kongsikan dalam blog ini di kategori ekzema dan TSW. Apa yang paling penting, memang kena faham, ketika proses pemulihan biasalah muka cengkung, kulit kusam hitam, nampak tua, itu biasa. Lambat laun apabila pulih, insyaallah anda akan kelihatan lebih awet muda.
Ada yang bertanya saya mengenai dimana ingin dibeli segala produk yang saya gunakan. Kebanyakan produk yang pernah saya kongsikan di blog ini boleh di beli di shopee. Tambahan untuk mereka yang mengalami ekzema dan masih perlu meneruskan diet ekzema, jika anda teringin makanan ringan anda boleh membeli produk seperti yang saya kongsikan di atas. 10 grains ring snack. Jika inginkan minuman botol, ia tentu sesekali teringin anda boleh membeli minuman botol 100% from fruits. Bukan concentrate. Seperti biasa sila baca betul-betul kandungan setiap produk yang dibeli. Jika anda tak faham sila google. Tetap ingin beritahu saya masih menikmati super ring, mr potato dan segala makan makanan ringan. Namun berpada atau ketika saya teringin sahaja. Minuman kopi di Coffee Bean dan Starbuck juga sesekali saya minum sahaja, sushi juga. Anda tak perlu risau sangat dengan keadaan kesihatan anda, kerisauan hanya menambah masa pemulihan yang panjang. Lebih baik anda ada motivasi kuat untuk pantang betul-betul sehingga sembuh dan bolehlah sekali sekala cheat day makan makanan yang anda ingin makan.
Selain itu saya sudah tidak buat kefir atau kambucha tea sendiri. Bertahun-tahun saya sudah berhenti. Segala benih kefir, cendawan mekah, scooby semua dah mati bertahun dulu. Sembuh banyak sahaja, saya memang mula sambil lewa dengan diet saya. Sepengetahuan saya, banyak sahaja kefir, kambucha yang dijual online di shopee. Paling mudah google sahaja, ramai sahaja penjual. Jika anda tanya saya bagaimana bela, bancuh semua itu sudah ditulis disini.
Saya kini terpaksa fokus untuk menulis kategori wang digital / kripto, ramai yang mahukan saya menulis kategori ini walaupun semua info mengenai wang kripto boleh diperolehi hujung jari sahaja. Namun ramai sahabat saya kekal tidak faham, sedangkan mereka dikategorikan pandai bahasa english. Maka saya harus mengambil tanggungjawab ini menulis artikel dengan penerangan paling mudah untuk mereka dan follower saya yang lain
Saya harap artikel ini membantu anda dalam mengharungi ujian ekzema dan bagi pengguna Zai's beauty formula, maaf banyak-banyak, memang saya juga buat masa ini tidak berkesempatan untuk google dan cari info produk kosmetik selamat lain. Anda kena belajar cari sendiri buat masa ini. Saya minta maaf tidak dapat membantu anda. Ini sahaja yang saya terdaya buat masa ini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan