Jumaat, 18 Julai 2014

Luahan hati Blogger : - Maybe MH17 , Kebetulan @ Takdir ?


Assalammualaikum wbt...


sumber gambar dari google


Salam takziah kepada semua yang terlibat didalam tragedi MH17... sedih tidak terkira rasa hati bila mendengar perkhabaran berita ini ketika saya sahur bersama keluarga pagi tadi...

Lebih sedih dan terkejut lagi.. apabila melihat Berita Awani memaparkan diantara penumpang yang ramai terlibat adalah dari Belanda @ Netherlands. Tentu sekali saya juga amat simpati kepada penumpang dari negara lain dan negara sendiri serta crew yang terlibat... cuma saya bertambah-tambah terkejut kerana ramai penumpang dari Belanda, dan Kapal Terbang MH17 yang malang itu dalam perjalanan ke Malaysia... bukan apa, kerana dalam 2 minggu ini.. ketika saya sibuk meng"update" entry didalam blog saya.. saya terkejut apabila satu hari ketika saya 'view'  audience didalam blog saya ( under 'now')..  ada lebih 20 orang yang sedang membaca blog saya ketika itu (actually jika anda seorang blogger , kami boleh melihat senarai audiance  yang terdiri sama ada now, day, week, monthly & all time).. dari negara Belanda @ Netherlands . Kemudian dalam sekelip mata menjadi 32 dan makin bertambah sehingga petang.. menjadi lebih 100 orang dalam satu hari.. begitu juga dengan keesokannya.. atleast berpuluh orang dari Belanda @ Netherlands sedang membaca blog saya.. ia menyebabkan saya kehairanan apabila masuk hari ke-3, ialah blog saya untuk ketika ini... dan masa ini.. tidak se'famous' blogger lain... walaupun adalah biasa pengunjung dan pembaca dari negara lain mengunjungi blog saya.. tetapi tidak bagi Belanda @ Netherlands , seminggu sekali pun belum tentu dan tentu sekali jarang pembaca dan pengunjung dari negara itu mengunjungi blog saya tidak seperti 2 minggu kebelakangan ini..


kenangan-kenangan terakhir yang i sempat captured dengan hp.. actually i jarang print screen dengan hp i.. tapi kebetulan


Kerana ia memang menyebabkan saya kehairanan, dan kebetulan 2 minggu perkara ini berlaku adalah ketika perlawanan bola sepak dunia (FIFA World Cup 2014), dan kebetulan pula lagi waktu itu negara Belanda @ Netherlands sedang sibuk berlawan dalam perlawanan Bola Sepak dunia. Saya dengan muka selamba bertanya adik lelaki saya.. "Netherlands tu Belanda kan? why dia tak cakap amsterdam atau holand ye?"... Adik saya menjawab "sama sahaja.". Walaupun sah-sah saya sudah tahu jawapannya.. kerana saya pernah melancong di negara tersebut dan mengunjungi Amserdam dan Netherlands.

awal - awal pagi dah ada pengunjung  dari netherlands ya





viewer untuk 'week' - page view ini memang cepat bertukar jumlahnya mengikut jam


Ini print screen audiane dalam minggu ini yang sempat i captured - actually jika anda seorang blogger anda akan perasan yang pageview ini akan berubah dengan  cepat - jika anda print screen hari ini, esok punya print screen jumlah berubah dengan banyak under audience column week - ia bermaksud, jika sekarang i tekan audiance under week 110, semalam audiance under week 320.. lebih kurang macam tu.. begitu juga ia juga mengikut waktu dan masa kita tekan view audiance itu... jika pukul 10 pada hari yang sama maybe audiance 110 tapi pukul 3 jadi makin berkurang atau bertambah dengan banyaknya..


viewer untuk week

seperti yang telah saya katakan, viewer cepat berubah walau di 'view' pada hari yang sama tetapi waktu @ jam berlainan

viewer untuk sebulan

viewer untuk lifetime .. nampak tak perbezaan Netherland untuk monthly diatas dengan lifetime?.. berapa puluh sahaja bezanya kan?.. itu menunjukkan bukti yang blog saya ini memang dikunjungi kerap sampai 500lebih hanya dalam 2 minggu ini dari Netherlands walaupun blog saya hampir berusia 1 tahun setengah

Setelah hampir seminggu perkara tersebut berlaku.. dan ketika saya perhatikan betul-betul dimana reffering site untuk blog saya.. akhirnya saya perasan kebanyakannya dari translate.goggle dan tentu sekali dari goggle.. setelah seminggu berlalu.. melihat bilangan pengunjung dari Belanda @ Netherlands itu sudah tidak menjadi tanda tanya kepada saya. .kerana saya rasa maybe ada seorang pembaca dari negara itu yang meminati blog saya.. atau sedang bercinta dengan gadis Malaysia... sampai ke situ saya punya fantasi.... ohhh!!!


as a blogger anda akan tahu dari mana reffering site url dan keyword yang datang ke blog anda


Hati saya makin sedih apabila melihat pagi ini tiada lansung audiance dari Netherlands yang sedang membaca atau mengunjungi blog saya... tidak seperti 2-3 hari lepas... semalam pun tiada pengunjung dari negara itu mengunjungi blog saya... walau saya agak keliru kenapa tiba-tiba sahaja, tiada pengunjung dan pembaca dari negara itu.. tetapi saya abaikan sahaja.. walau ada sedikit rasa tidak sedap hati...


viewer untuk hari ini @ semalam.. sedih.. audiance Belanda @ Netherlands tiada ye...

ini viewer untuk minggu ini , untuk hari ini dan ketika ini tiada lansung pengunjung dari Belanda @ Netherlands

Jika benar antara penumpang pesawat malang MH17 itu adalah antara yang mengunjungi blog saya dalam 2 minggu ini berulang-ulang kali.. .saya melahirkan kesedihan saya di blog saya ini atas kematian dan malapetaka yang menimpa anda semua... walau anda tidak dapat membaca apa yang saya taipkan kini... saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk anda tentang Malaysia atau apa sahaja...  tiada kata-kata yang dapat digambarkan mengenai perasaan saya pada ketika ini... 

Saya mendoakan kepada umat islam yang terlibat semoga ditempatkan didalam golongan yang beriman dan kepada yang bukan islam semoga tabah menghadapi ujian ini...

Salam penuh kesedihan atas berita ini... kepada pembaca blog saya yang masih mengikuti dan membaca blog saya... terima kasih kerana menyokong saya dalam penulisan blog ini.... luv!! muahzzz!!!

*** untuk makluman , saya baru sahaja menukar tagline untuk blog saya dari 'Journey of Fear & Joy' kepada "Walk in My Stilletos' mulai semalam....so that why saya punya dashboard tagline berlainan dalam image diatas... 



Khamis, 17 Julai 2014

Khasiat Badam



Badam yang telah siap dibakar

Assalammualaikum wbt...

Selamat berpuasa untuk pembaca my blog tersayang.. tinggal tidak sampai 2 minggu lagi untuk bulan berkah ini berakhir.. dan saya rasa tentu ramai tidak sabar menunggu 10 terakhir Ramadhan untuk mencari malam terbaik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar... saya berdoa kita semua berpeluang berjumpa malam itu disamping beribadat dan berdoa banyak-banyak...

Baiklah diringkas entry ini.. kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tersayang saya tentang khasiat badam kerana ketika hampir hari raya ini.. terlalu banyak kuih-kuih dan kek serta desert termasuk coklat yang hias, di tabur dan diisi dengan badam... saya actually adalah peminat badam terutama coklat yang berisi badam juga biskut almond london.. yup! siapa tidak minat coklat dan badam especially perempuan.... 

Sorry darlingz.. .sekali lagi saya terpaksa hanya copy paste sahaja khasiat ini daripada blog lain kerana saya agak 'busy' hari ini. .walau bagaimanapun segala maklumat dari blog tersebut sudah cukup membuatkan badam ini makin memukau...untuk segera dibeli.. heheheha.. so berikut antara khasiat badam :-


1. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.

2. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.

3. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.

4. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu tumbuh besaran mereka, selain membina tulang dan gigi. 

5. Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.
6. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung .Bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Memakan badam dapat menurunkan paras dua bio penanda bagi kesan tekanan oksidatif dalam sekumpulan sukarelawan 27 lelaki dan wanita yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

7. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. 

8. Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang: Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

9. Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan): Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

10. Badam Meredakan Diabetes: Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2. Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan .Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

11. Badam Membantu Menghalang Batu Karang: Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

12. Badam Menghalang Osteoporosis: Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Diet kurang kalsium juga boleh mecetuskan risiko barah usus?

13. Badam bagus sekali untuk Wanita Hamil: Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

14. Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.


Sumber rujukan dari : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/07/badam-khasiat-dan-ubatan.html . Terima kasih kepada pemilik blog berinfomasi ini...


badam yang siap dibakar yang dibeli oleh saya di Pasar Kurma, Kuantan Pahang

So, lepas ini rajin-rajinlah makan badam dan bancuh susu isi serbuk badam. Terima kasih kerana membaca entry ini.. selamat berbuka puasa dan berterawih. .salam sayang dari saya.. luv!! muahhzz!!


Isnin, 14 Julai 2014

Ramadhan : Amalan Wanita Yang Boleh dilakukan Ketika Dalam Haid Dan Nifas


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana saya dah berkongsi dengan anda 2 entry tentang motivasi yang saya baca pada hari ni.. so, untuk entry last yang saya kongsikan dengan anda pada hari ini.. saya ambil dan baca dari link ini http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/

Ini adalah blog berunsur keagamaan , so digalakkan anda untuk membaca blog ini untuk menambah ilmu..heheheheh.. so berikut entry yang juga dicopy seratus peratus dari link diatas... sila baca dan fahamkan... huhuhu...

35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah solat, puasa dan tawaf.

Atha’ berkata mengenai apa yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak solat.”
.
.
Amalan Ketika Haid Dan Nifas

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:






Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sekali lagi, jika anda berminat dengan entry keagamaan yang lain, anda  boleh pergi ke blog ini



Terima kasih kerana membaca entry ini. ... jumpa lagi pada entry akan datang . Selamat beramal dan menyambut Ramadhan... Salam sayang dari saya... luv!!! muahhzzz...







Motivasi : Kisah MultiJutawan Thailand Yang Jatuh Muflis Dan Kembali Menjadi Jutawan Dengan Menjual Sandwich


Assalammualaikum wbt...

Hari ini.. mood saya adalah ingin berkongsi apa yang saya baca dan menarik minat saya yang patut dikongsi bersama pembaca blog saya...

Actually kisah ini saya telah baca bertahun dulu.. since 2006 maybe... tapi inilah kisah jutawan yang membuka hati dan minda saya serta membuat saya kagum kerana saya juga manusia biasa yang mengalami zaman kejatuhan...dan bangkit bangun kembali...

Oleh kerana saya diserang 'sakit kepala' ketika ini.. tetapi tidak sabar untuk bercerita dengan anda kisah jutawan yang tidak mudah berputus asa ini.. saya 'decide' hanya mencopy sahaja entry ini dari blog yang bagi saya agak menarik untuk dibaca...(hehehe.. actually i baru sempat baca 1 entry sahaja, walau bagaimanapun i baru sahaja follow blog ini.. hikhikhik..5 minit tadi ye..).. so ini linknya... http://saiful-lizan.blogspot.com/2013/01/kisah-jutawan-thailand-muflis-1997.html

Sekali lagi.. semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah berinspirasi dan entry ini...

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula

 

Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali.  Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi  di Asia,   Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand. Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan  dengan  pekerja  kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

 

Seorang jutawan , kini bergelar penjual sanwich dijalanan

 

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu. Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich. Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan. Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun  kini !!!!

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semulaKini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi  seorang penceramah (speaker) jemputan  yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap, ‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. Kekuatan saya ada didalam diri saya iaitu semangat juang yang tinggi.” Jawab beliau
Selain entry ini. .dari tajuk entry lain yang saya perhatikan , banyak lagi kisah motivasi menarik didalam blog ini yang belum saya baca... so jika anda merasakan entry ini menarik anda boleh singgah ke blog http://saiful-lizan.blogspot.com untuk membaca entry-entry yang lain.. saya pasti tentu ada entry lain yang akan menarik minat anda.

Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk kali ini... terima kasih kerana membaca entry ini. .Salam sayang dari saya.. luv!!! muahhzz!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...