Sabtu, 24 Jun 2017

Bergembiralah Di Aidilfitri


Gambar kenangan raya Aidilfitri 2014 dan 2015 ketika TSW dan ekzema

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Artikel ini khas untuk mereka yang mengharungi proses TSW di hari raya Aidilfitri tidak kira pada tahun ini atau pada tahun akan datang. 

Ketika menulis ini,  otak saya sudah memikirkan hari raya yang bakal disambut berbanding Blogging ketika ini. 

Namun saya faham saya punyai dan insyallah akan punyai berjuta lagi pembaca di masa akan datang yang menjadikan Blog ini sebagai rujukan dan motivasi terutama bagi yang memilih TSW atau proses pemberhentian steroid. 

Saya tidak punya apa-apa untuk dibantu namun diharap segala catatan dibawah ini dapat menambah semangat dan menghidupkan kembali motivasi anda. 

1. Terima hakikat saya memang jarang membalas whatapps dan email anda.  Komen di Blog memang saya sedaya upaya balas walaupun lambat.  Komen di Blog akan dibaca berjuta orang yang menghadapi masalah seperti anda.  Soalan anda di whatapps dan di email semua telah diberi oleh saya di Blog. Andai tiada sekalipun saya pasti akan menulis ia di dalam waktu terdekat. 

2. Jarang kes saya jumpa untuk fasa pertama 1-3 bulan TSW tidak semakin teruk.  Ia memang bertambah teruk sehingga ada individu memakan masa 3-6 bulan.  Untuk info TSW saya reda pada bulan ke 7. Setakat terus naik seluruh badan dan berair itu mohon bersabar. 

3. Saya mengharungi TSW pada fasa pertama di hari raya Aidilfitri tahun 2014 ketika itu baru sebulan saya di serang  TSW dan kaki serta bahagian tangan saya memang teruk di serang ekzema.  Namun saya tetap berhari raya dengan baju raya yang sumpah langsung tidak selesa.  Tergaru-garu saya di bahagian kaki yang paling teruk itu dengan kaki sendiri.  Satu yang ingin saya tegaskan.  Sakit tidak semestinya anda tidak perlu beraya dan mencantikkan diri.  Wajah saya ketika hari raya berkerut menahan gatal. Ketika mengambil gambar saya tenangkan fikiran untuk nampak gambar tetap cantik. 

4. Pemakanan ketika hari raya?  Saya makan sikit sahaja.  Benda yang gatal saya setakat rasa.  Tak perlu bersedih,  berpuluh tahun lepas anda beraya dan menikmati makanan,  berpuluh tahun akan datang juga sama insyallah panjang umur anda boleh makan lagi.  Tengok sahaja tetamu gembira menikmati makanan dan anda harus bergembira akhirnya terpaksa diet sihat. Ok apa diet sihat untuk kesihatan,  selamat tubuh anda dari menikmati makanan berminyak yang banyak itu.  Untuk hari raya pertama makan sahaja apa yang anda ingin makan dalam kuantiti sedikit.  Tak apa,  ingat hari raya pertama di haramkan berpuasa.  Maksudnya hari untuk makan. Maka makan sahaja jika tidak makan boleh menyebabkan anda sedih sekaligus memberi kesan pada emosi dan tubuh anda. 

5. Hadap sahaja sakit anda dan jika insan sekeliling anda komen,  anda boleh minta mereka doa anda cepat sembuh jika tidak,  anda abaikan sahaja komen mereka.  Anda sendiri pun tahu dan faham,  tak ramai manusia tahu apa itu TSW.  So perkara itu langsung tak perlu jadi kudis pun. 

6. Abaikan sahaja sindiran,  anak,  suami atau siapa sahaja.  Anda yang pilih cara ini,  mohon hadap sahaja.  Tidak perlu toleh belakang.  Itu tubuh anda bukan tubuh mereka.  Anda bertanggungjawab pada tubuh sendiri. 

7. Ada pendapat mengatakan tidak boleh terus berhenti menggunakan steroid.  Bimbang badan mengamuk dan membawa stress terutama jika anda telah mengamalkan steroid berpuluh tahun. Di galakkan anda bertemu yang pakar seperti Dr Suriyakatun.  Antara doktor pakar ekzema.  Ada yang bertanya adakah saya pernah bertemu Dr Suriyakatun,  saya tidak pernah bertemu beliau dan tidak pernah mendapat konsultasi dari beliau secara terus juga tidak pernah menggunakan produk beliau.  Saya akui saya rajin membaca Facebook beliau.  Anda perkara sesuai tubuh saya, saya ikut yang saya rasa tidak sesuai saya abaikan. 

8. Untuk kesekian kali,  kesembuhan itu dari Allah,  jaga diet tanpa supplement anda tetap akan sembuh insyallah.  Percayalah. 


***TSW dan tekanan melalui proses ini akan mengakibatkan kulit muka kusam,  berkerut dan gelap.  Mohon abaikan.  Tak perlu stress dengan wajah anda.  Saya dulu juga begitu,  seiring kurang stress dan ekzema makin sembuh,  wajah saya kembali ceria dan makin awet muda kembali. 

Selamat hari raya,  maaf zahir batin dari saya untuk semua. 

Terima kasih. 





Isnin, 19 Jun 2017

Resepi Mudah :- Bebola Oat Coklat


Gambar dari Facebook Puan Malim Datak Siah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring fenomena diet sihat yang semakin kerap diwar-warkan. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca Blog ini sebuah resepi yang diolah oleh Puan Malim Datak Siah antara sahabat muka buka @ Facebook saya yang aktif. 

Resepi ini telah di tag nama saya Qisya Khadeeja dan di post kan ke wall Facebook milik Qisya Khadeeja namun hanya boleh dilihat oleh mereka yang berkawan dengan Puan Malim Datak Siah sahaja kerana setting @ tetapan Facebook beliau hanya untuk rakan @ friends sahaja. 

Sebagai menghargai resepi beliau yang diolah dari resepi perkongsian saya sebelum ini.  

Saya kongsi kan resepi ini di Blog ini untuk anda yang tidak dapat membaca dan melihat kuih ini.

Sekaligus untuk rujukan masa akan datang bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook. 

Resepi dari Facebook milik Puan Dalim Matak Siah

Bebola Oat Coklat

1. Bahan-bahan 

Oat (rolled oat lebih bagus) 
Coklat (pilihan bagus jenama berryls) 
Mentega tanpa garam (digalakkan Pure butter seperti anchor atau tartura) 
Gula (digalakkan gula perang atau jaggery) 
Pisang (berangan atau emas digalakkan) 
Susu tepung (jenama Fernleaf lebih di galakkan) 
Bagi anda yang alah susu tepung gantikan dengan tepung kacang hijau atau tepung badam


2. Cara Membuatnya 

Gaul semua bahan bagi sebati menjadi adunan. 

Bulat bulatkan. 

Bakar pada api dan suhu sesuai mengikut oven anda. 

Siap dibakar anda boleh gaulkan dalam susu tepung. 

Untuk anda yang alah produk tenusu anda boleh gantikan susu tepung dengan tepung badam atau tepung kacang hijau yang digoreng. 


Istimewa resepi ini,  ia tidak menggunakan tepung gandum dan sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet tanpa gluten. 

Telur juga tiada dalam resepi ini dan untuk anda yang alah telur dan Gluten,  resepi ini ialah resepi tanpa gluten,  telur dan tenusu (mohon susu tepung di tukar kepada tepung badam atau Kacang hijau). 

Selamat Mencuba resepi Mudah ini. 

*** Dibawah ini link perkongsian facebook milik Puan MALIM Datak Siah.  Terima kasih kepada beliau atas resepi Mudah dan sihat ini. 


Terima kasih. 






Rabu, 14 Jun 2017

Pengorbanan


Menikmati Dim Sum beberapa bulan lalu -  wajah tanpa bedak asas,  tanpa lipstik dan lip balm
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Masih meneruskan artikel untuk kategori ekzema atau TSW.

Kategori ini harus diberikan keutamaan memandangkan saya menerima banyak pertanyaan di email dan whatapps.

Memandangkan raya yang hampir tiba dan tekanan perasaan mereka yang sedang mengharungi TSW,  menjadi tanggungjawab saya untuk terus memberikan galakan dan sokongan agar anda yang melalui proses ini terus tabah dan kekal dengan pendirian.

Untuk info TSW untuk first stage saya ialah dalam bulan puasa 2014, memang teruk keadaan ketika itu di tambah lagi ketika itu Malaysia mengalami musim panas yang membahang.

Anda harus tahu bahawa sebelum memilih menjalani proses TSW ini saya adalah seorang yang gemar bermakeup dan memakai pelbagai wangian.

Tidak cukup wangian pelembut pakaian ketika menggosok pakaian,  Perfume jenama yang mewah dan wangian antara kegemaran saya setiap hari.

Maka jika anda juga sama seperti saya tiba masa untuk anda berkorban untuk melupakan makeup dan Perfume kegemaran anda untuk sementara waktu.

Ketahui barangan penjagaan diri termasuk wangian turut memberi toksid kepada tubuh dan memberatkan lagi proses perjalanan TSW anda.

Untuk info ketika proses TSW ini,  lip Balm juga terpaksa saya tinggalkan.

Wajah saya tanpa Foundation atau bedak asas (sebenarnya Produk Foundation Zai's Beauty Formula boleh sahaja saya gunakan,  namun saya tidak cukup Budget,  Budget saya pergi untuk Supplement ekzema dan diet ketat saya).

Jika anda menggunakan Foundation dan bedak komersial,  saya galakkan anda untuk memberhentikan pemakaian produk ini sehingga sembuh dan lebih bagus jika anda terus meninggalkan selepas anda sembuh.

Sehingga kini saya amat jarang menggunakan Foundation dan lip balm juga lipstik.  Wajah saya lebih senang bersih tanpa semua itu, kecuali untuk hari istimewa seperti raya atau event besar.

Itu antara punca yang saya percaya saya lebih mudah untuk sembuh.

Selain itu sabun mandi,  sabun serbuk yang digunakan juga memberi kesan sampingan kepada tubuh dan pernafasan anda.

Saya tidak terlepas menghidu bau pelembut pakaian dan serbuk pakaian komersial dan pewangi komersial atas asbab tinggal bersama keluarga walaupun saya langsung tidak menggunakannya.

Itu belum kira lagi bedak bayi,  pewangi rumah,  minyak rambut,  mandian dan segalanya yang terdapat di dalam rumah di mana kesemua bahan di dalam produk tersebut kebanyakannya adalah karsinogen.

Ada perkara di luar bidang kuasa yang kira harus abaikan.

Anda yang boleh anda elakkan,  mohon elakkan.

Mengikut pembelajaran di bawah Zai's Beauty Formula hanya makanan asli yang harus diamalkan.

Saya kembali mengamalkan nilam sani dan Tamusari yang di hasilkan oleh Zai's Beauty Formula hanya menggunakan herba atau tumbuhan zaman berzaman melalui proses penapaian.

Hanya satu supplement ketika TSW yang saya amalkan iaitu Sodium Arsobate iaitu vitamin C.

Anda harus ingat pesanan ini,  jangan sesekali ambil supplement yang tidak di Suggest walaupun Supplements itu cukup popular dan diwar-warkan asli.  Apa lagi minuman kesihatan lain. Termasuk jus yang menggunakan perkataan sunnah.  (saya dulu semua vitamin saya amal,  pantang orang jual)

Saya hanya mengamalkan Vitamin C ketika TSW dari tahun 2015 hanya 2 botol sahaja yang dihabiskan oleh saya.  Botol ke 2 masih berbaki dan masih belum berjaya di habiskan sehingga kini.

Saya menikmati vitamin C ini hanya jika saya langsung tidak berjaya mendapatkan buah segar dan beberapa hari tidak menukar diet yang sihat.

Ketika mengharung TSW anda harus melakukan pengorbanan bukan sahaja dari segi diet,  bahan penjagaan diri,  barangan rumah dan emosi serta mendapat tidur awal yang cukup.

Abaikan semua pandangan sekeliling,  itu pengorbanan paling utama yang harus anda buat terlebih dahulu.

Sayangi diri anda,  itu satu- satunya tubuh yang akan anda hidup untuk selamanya.

Ingati ingatan ini,  jika ekzema cukup sengsara anda lalui,  bayangkan penyakit bahaya lain.

Salam sayang dari saya.

Teruskan berjuang.

Terima kasih.






Isnin, 12 Jun 2017

Bukan Mudah


(Gambar dari FB Panching Farm dan diedit oleh saya.)
 Jika anda ada Budget lebih,  anda boleh amalkan susu kambing segar 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. 

Ia bukan mudah untuk  kekal konsisten melakukan pelbagai amalan sunat,  seperti bukan mudah untuk sesiapa pun kekal menulis dan berblogging. 

Perkara yang sama bukan mudah untuk kekal eat clean,  kekal mengawal nafsu dan kekal positif. 

Sebagai Blogger saya sendiri harus mencari idea yang original hasil pemikiran dan sesuai personaliti Blog ini. 

Kata orang bulan Ramadhan ini semua pahala di gandakan beratus kali ganda. 


Maka saya usahakan untuk kekal menulis di bulan ini khas untuk mereka yang memutuskan untuk mengharungi proses TSW atau Topical Steroid Withdrawal. 

Saya mohon maaf bagi pembaca setia atau Follower saya yang bosan dengan kategori ekzema ini,  ketahuilah saya pernah melaluinya dan saya amat faham perasaan individu yang memilih untuk melalui jalan ini. 

Ini sahaja yang boleh saya berikan untuk anda. 

Saya tak mampu membalas semua email dan whatapps setiap orang. 

Jika saya online dan tidak balas mohon jangan sedih dan terasa. 

Perasaan anda hanya akan membuatkan anda bertambah sakit dan sukar sembuh. 

Mohon baca dan tenangkan fikiran. 

1. Saya tegaskan untuk ke puluh kali.  Selagi anda belum melepasi fasa stage TSW yang pertama,  anda pakai,  sapu,  jaga makan,  ekzema anda tetap akan melarat dan bertambah teruk.  Malah kawasan yang anda tidak pernah sapu krim steroid juga akan tumbuh ekzema. Tolong jangan pelik. 

2. Realiti ada sesetengah individu menghadapi sakit sakit belakang,  badan,  sendi dan mungkin kebas ketika menghadapi healing proses (proses kesembuhan)  ini.  Saya sendiri menghadapi sakit belakang yang teruk sebelum proses TSW ini saya lalui.  Anda harus ingat setiap individu pengalaman TSW adalah berbeza sama sekali. 

3. Permulaan TSW,  anda tidak di galakkan menggunakan minyak. Mandi sahaja dengan cuka epal.  Sapu ekzema anda dengan cuka epal.  Anda boleh sapu cuka epal yang ditambah sedikit air atau guna sahaja yang Pure tanpa campuran jika kulit anda tahan. Percayalah saya guna yang Pure.  Bagi saya biar sakit dan pedih dari gatal. 

4. Ketahui ketika ekzema anda mulai kering itu menunjukkan ekzema anda semakin sembuh.  Jika ekzema anda masih berair itu menunjukkan air bisa toksin sedang keluar.  Abaikan sahaja perasaan ingin marah,  panas dan gatal itu.  Mohon ingat penderitaan kanak-kanak kecil Palestin dan Syria yang jauh sengsara pada anda.  Kenapa harus bezakan orang sihat yang sedang hidup bahagia dengan anda yang memilih proses detoks racun dan steroid dari tubuh anda.  Mohon tahu beza,  epal dan epal,  oren dan oren. 

5. Ketika ekzema anda mulai kering,  anda boleh memilih minyak Semulajadi untuk sapuan. Antara minyak asli yang popular ialah minyak kelapa dara dan minyak zaitun asli dari Palestin. 

6. Belajar minum Green Juice,  ikut diet ekzema yang saya tulis di artikel awal dalam kategori ini.  Pada peringkat stage pertama anda wajib tinggalkan produk tenusu,  telur,  tepung gandum, pilih tepung pulut atau beras,  mohon makan ikan bakar bukan ikan goreng.  Ketahuilah pada stage pertama saya mengelakkan ayam walau ayam organik Az Zain sekalipun.  Masuk stage 2 atau 3 baru saya mula menikmati ayam dan telur juga tenusu. Untuk minuman sila tinggalkan kopi dan minum teh Rooibos. 

7. Bertenang jika anda terpaksa lari diet ketika anda sengsara di stage pertama.  Ketahuilah saya ketika stage 1 turut silap dan langgar pantang dalam diet.  Jangan ikutkan kekecewaan hati anda kerana salah pantang atau terpaksa langgar pantang. Jika anda meneliti perjalanan ekzema saya dalam Blog ini,  saya memang makan luar bersama keluarga ketika ekzema saya teruk dan di fasa pertama.

8. Kesedihan dan kekecewaan anda tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan,  kecuali anda menukarkan ia kepada kesedaran. Sedarlah penyakit dan kesembuhan dari Allah maka minta dengan DIA,  jika anda tidak punya Budget untuk Supplement anda jangan bimbang,  saya jumpa ramai yang menghadapi masalah yang sama.  Fokuskan pada diet yang sihat. Lupakan Supplement.  Percayalah diet yang sihat lebih berkuasa berbanding Supplement.  Tidak guna jika anda makan berjuta Supplement mahal jika diet tidak terjaga.  Supplement yang terlalu banyak akan menyebabkan ekzema anda lebih teruk. 

9. Jika anda bertanya pendapat saya,  saya galakkan untuk anda hanya membeli minyak kelapa dara,  cuka epal dan Sodium Arsobate (vitamin C terbaik Vitamin C pilihan Saya)  yang anda boleh baca artikel di dalam Blog ini.  Pilihan Supplements seterusnya gam arabic,  Luban,  teh bidara,  teh belalai gajah,  minyak zaitun Palestin dan kambucha tea.  Mohon sedar suggestion ini berdasarkan Budget anda yang paling minima. Mengikut urutan. Sekali lagi paling utama ialah diet dan anda harus rajin nikmati Green Juice atau jus hijau serta ulaman yang sihat. 

10. Pelik tapi benar,  saya menggalakkan anda menikmati buah terutama buah tempatan.  Percayalah ketika saya mengharungi TSW buah-buahan ialah makanan utama dan jus utama yang saya nikmati.  Ada percanggahan pendapat mengenai buah manis,  namun pengalaman saya menikmati pisang yang banyak tetap memberikan kesembuhan dan kelegaan walaupun di fasa TSW pertama. 

11. Tidak perlu ikut 100% suggestion dari saya atau siapa sahaja.  Mohon kenali tubuh anda dan tentu sekali Life Style anda.  Jangan tertekan,  insyallah kesembuhan itu tetap akan datang lambat atau cepat.  Anda hanya harus bersabar sedikit dan berkorban sekali sekala.

** untuk info ketika TSW saya turut mengamalkan susu kambing segar. 6 bulan sekali saya akan membeli susu ini sebanyak 15 botol sahaja. Ketika stage TSW yang pertama saya beli 1 bulan sekali 15 botol selama 3 bulan berturut.  

Semoga artikel ini membantu anda yang sedang mengharungi proses TSW dan ekzema. 


Terima kasih. 



Jumaat, 9 Jun 2017

Untuk Anda


Sengaja saya pilih gambar saya pada tahun ini,  beberapa bulan lepas
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejujurnya saya sentiasa menerima pertanyaan mengenai ekzema dan TSW melalui email,  komen dan whatapps. 

Seikhlasnya saya ingin menjawab saya tidak mampu menjawab semua soalan dari email dan whatapps, lebih-lebih  lagi soalannya ialah sama sahaja hampir setiap individu.  Semua sama.

Anda harus faham,  ada masa anda lihat saya Online saya sedang sibuk dan mungkin penat juga tertekan dengan kehidupan seharian,  ada masa saya terus tidak menjawab semua soalan sehingga tiba masa saya akan menulis di dalam Blog ini. 

Jangan persoalkan sama ada saya sombong atau kedekut ilmu,  ketahuilah ketika anda kecewa itu doa anda dan semangat anda untuk mencari ilmu akan lebih berkobar dan anda akan menjumpai lebih banyak ilmu kesihatan seperti mana anda menjumpai Blog ini hasil carian Google. 

Mengetahui kelukaan dan kegusaran hati mereka yang menghadapi masalah ekzema dan memilih mengharungi TSW ketika ini,  di bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang. 

Ketahuilah beberapa bulan awal TSW,  ketika fasa pertama saya sedang menyambut Aidilfitri,  bayangkan betapa panas cuaca ketika itu dan saya sedang mengharungi TSW fasa pertama. 

Jika anda sedang melaluinya sekarang mohon bayangkan keadaan saya pada hari itu,  saya ingin anda semua tahu bahaya semua gambar anda yang sedang melalui TSW yang ditunjukkan kepada saya,  tidak seteruk yang saya harungi ketika itu. 

Untuk info lagi,  ketika zaman TSW itu Group whatapps dan telegram ekzema baru diperkenalkan,  di dalam Group ekzema itu saya antara paling teruk mengharungi ekzema dan alhamdulillah kuasa tuhan saya sembuh. 

Ingin saya tegaskan disini diet straight saya hampir 3 bulan. 

Mohon pilih siapa sifu sebenar anda ingin pilih. 

Pilihan saya yang utama ketika itu YM Dr Tunku Zaidar pengasas produk Zai's Beauty Formula dan herbalist dan pemilik Blog herba dan pemakanan En.Nizam juga mentor dan sifu dari Group Ekzema termasuk Dato Dr Suriyakatun dan Dr.  Hafiz Sulaiman. 

Tidak seperti hari ini dengan lambakan informasi mengenai diet dan proses TSW,  2 tahun lepas ilmu yang anda dapat tidak sedalam ini,  maka saya percaya anda semua akan mengharungi proses ini dengan lebih mudah. 

Ini nasihat saya untuk anda yang terus bertanya dan rajin menghantar email dan whatapps. 

1. Saya berjumpa ramai mereka yang asalnya memilih mengharungi TSW namun akhirnya separuh jalan.  Kemudian mereka pilih harunginya semula, dan kembali menggunakan steroid. Makan tahun saya sendiri melihat mereka dari golongan ini sehingga hari ini tidak sembuh. Sedangkan individu yang terkemudian dari mereka telah lama sembuh.  Anda tentu jelas apa saya ceritakan di sini. 

2. Terima hakikat.  Sokongan dari orang sekeliling jarang sekali diperolehi. Kritikan dan sindiran berbakul-bakul dari insan terdekat anda itu pasti,  rasa tertekan tidak diberi perhatian atau kemarahan serta ke tidak stabilkan emosi anda itu akan menyebabkan proses TSW anda ini lebih teruk.  Mohon abaikan kritikan,  sindiran dan sebagai,  anda harus kuat,  percayalah kesembuhan dari Allah namun anda harus berusaha keras,  mohon jaga emosi anda secukupnya. 

3. Realiti ketika bulan pertama sehingga bulan ketiga anda tidak mungkin dapat tidur lena.  Atas asbab kegatalan melampau.  Tiada ubat boleh menghilangkan kegatalan anda pada fasa pertama.  Inilah atau sapu apa sahaja pada ketika ini kulit anda mengamuk,  tentu anda pernah lihat anak kecil mengamuk atau orang sedang mengamuk. Apa yang dilakukan tidak akan berjaya menyekat amukan ini,  ia akan reda sendiri.  Mohon sabar.
(mohon balut ekzema anda dengan kain satin atau wrap,  agar anda garu dan tidak teruk). 

4. Terimalah hakikat ketika 3-6 bulan pertama atau tahun pertama TSW anda nampak tua.  Sumpah.  Abaikan wajah anda yang tertekan dan sengsara melalui proses ini,  tidak kira lagi layanan sekeliling yang menambahkan lagi stress di wajah.  Bertenang,  gambar saya sebelum dan sedang mengharung ekzema amat berbeza,  memang nampak terlalu tua.  Alhamdulillah seiring kesembuhan,  syukur ia semakin kembali ke asal. 

5. Mohon baca betul-betul segala diet yang saya terangkan dan ceritakan dalam semua artikel di kategori ekzema @ TSW. Emosi paling utama.  Tolong kawal emosi anda.  Ekzema ini juga antara penyakit berkaitan emosi.  Redha apa yang perlu anda redha.  Jalan Terus. 

6. Perkara penting yang sering saya tekan di setiap artikel saya.  Berhenti inginkan perhatian.  Ia anda pesakit,  sedang sakit hati sensitif,  cepat sensitif ,  cepat terluka.  Apabila ada yang tidak memahami menghiris hati anda akan lebih terasa.  Terima hakikat zaman mencabar ini ramai tiada masa ingin ambil tahu anda sakit,  lebih-lebih  lagi bagi mereka TSW ini adalah sakit anda cari sendiri. Mohon cerdik kan minda anda untuk tubuh dan kesembuhan anda sendiri.  Tolong berhenti sensitif dan mencari perhatian.  Beri perhatian apa yang sepatutnya agar anda cepat sembuh. 

7. Berdoa itu penting,  fikiran positif juga penting.  Kesembuhan dari Allah.  Bersyukurlah anda hanya ekzema bukan penyakit bahaya lain.  Ketahuilah sahabat atau kenalan anda yang penuh jerawat di wajah,  di belakang badan,  mungkin penyakit panau yang sekejap ada sekejap hilang,  atau rakan anda yang kulit sensitif asyik terkena alahan atau gegata realitinya seperti anda.  Mereka hanya belum di beri kesedaran berhenti apa yang perlu mereka berhenti.  Anda harus bersyukur diberi ilham untuk berubah.  Ubat yang cepat menyembuhkan kebiasaannya mengandungi steroid yang amat bahaya untuk tubuh. 

8. Saya mohon anda tidur awal.  Jangan tidur lewat.  Namun jika tidur anda terganggu akibat kegatalan redha sahaja.  Ia bukan sepanjang masa seperti yang berlaku di Palestin atau Syria.  Bersyukurlah.  Mohon lihat dan bayangkan insan lain yang jauh derita dari anda. 

9. Rajin makan delima segar,  sayur hijau segar,  kurangkan makanan bertepung dan tinggalkan benda manis bukan asli.  Rajin makan buah segar.  Jaga diet anda.

10. Jangan menangis dan tertekan melihat anda telah tinggalkan segala bahan kimia,  menjalani diet ketat sekali,  namun ekzema anda semakin banyak dan semakin menjalar ke bahagian tubuh lain. Bertenang.  Itu yang saya hadapi dulu. Usah risau tentang parut alhamdulillah parut ekzema saya hilang terus. Saya sendiri masih bersyukur sehingga hari ini.  Alhamdulillah.  Bonus untuk anda yang menghadapi urat timbul di kaki,  seiring proses TSW,  urat kaki ini akan hilang sendiri (urat di betis).  Bonus besar bagi saya yang dahulu menyangka urat timbul di betis itu akibat memakai kasut tumit tinggi.  Rupanya kesan steroid. 

Semoga  artikel ini membantu anda. 

Terima kasih.






Ahad, 4 Jun 2017

Rasa Bersalah Makan Nasi


Gambar dari instagram setiap pemilik generasi muda mat salleh 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Masih lagi terbabas dalam diet seharian di bulan puasa ini,  saya berdoa dan berharap akan kembali fokus diet sihat segera walaupun bayang itu agak sukar,  maklumlah cuti sekolah maka ia pertemuan makan-makan bersama keluarga yang sekali sekala berkumpul.

Membawa setiap status dan komen sahabat dan pelbagai pembaca di Blog dan Facebook,  tidak terkecuali instagram ramai rupanya individu dan golongan yang sentiasa menyesal dan menyalahkan nasi atas akibat penambahan berat badan dan tiada penurunan berat,  sekalipun senaman berintensi tinggi di amalkan hampir setiap hari.

Berita baik untuk anda yang sentiasa rasa bersalah atas alasan tidak mampu meninggalkan nasi dalam diet atau pemakanan seharian,  ketahuilah nasi kini antara hidangan utama dalam diet vegetarian atau sayur-sayuran yang kian popular di dunia barat.

Ada fakta mengatakan nasi dari beras putih di polish atau di bleach dengan kata lain di lunturkan sehingga hilang khasiat,  vitamin dan galian.

Hanya tinggal gula di dalam beras putih dan boleh menyebabkan diabetes.
Saya tidak pasti tentang hal ini.

Namun untuk info beras Basmathi atau nasi Basmathi dan beras perang ini amat popular didalam diet sihat di seluruh dunia kini.

Malah nasi arab juga menggunakan beras Basmathi.

Menyesuluri setiap Blog kesihatan dan instagram kesihatan ada perbalahan sedikit mengenai kandungan arsenik di dalam nasi.

Jika pertikaian pendapat antara mana lebih baik antara beras perang dan beras putih.

Namun berita baik untuk anda,  dikatakan nasi putih itu jauh lebih baik dari roti dari tepung dan makanan proses lain.

Maka jika anda ingin berdiet,  dari anda membuang masa menikmati makanan proses lain seperti roti mahupun biskut apa lagi Mee kuning atau bihun.

Lebih sihat untuk anda pilih nasi putih yang dinikmati bersama sayur atau ulam.

Anda tentu akan lebih terpegun mengetahui fakta terkini betapa serbuk beras perang turut menggantikan minuman bijirin sihat ketika ini di kebanyakan negara dan golongan yang mengamalkan diet sihat dan vegetarian.

Malas Rice puff turut diperkenalkan sebagai bahan yang ditambah di atas minuman panas dan sejuk sebagai hiasan yang boleh dimakan dan sihat juga jauh mengenyangkan.

Maka anda patut sujud syukur,  nasi di Malaysia masih dikira murah berbanding bijirin segera yang lebih tinggi gula dan diproses.

Jika anda berani dan ingin mencuba menikmati nasi seperti cara diatas,  cubalah.

Mungkin ia nampak agak sukar namun tidak mustahil untuk anda mencuba dan mengamalkan ia.

Pastikan nasi diisi dalam setengah di dalam pinggan anda dan selebihnya sayur dan buah.

Buang sahaja rasa bersalah anda.

Nikmati nasi secara sihat.

Pilih beras lebih sihat seperti beras perang atau beras rebus,  jika berani cuba Wild Rice.

Selamat Mencuba.


Terima kasih.







Imbangi Diet ( Pemakanan) Anda


Sayur sawi segar
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Diet atau pemakanan harian dipengaruhi oleh cara hidup dan orang sekeliling.

Hari ini mungkin kita sampai hati 'terluka kan hati orang',  ada waktu kita akan berfikir sekali lagi.

Lebih-lebih lagi jika anda berada bersama ahli keluarga yang pulang ke rumah bonda setahun sekali.

Menikmati makanan bersama bonda yang tua namun mengagahkan diri memasak makanan untuk anda walaupun menu itu kaya gula dan minyak,  (maklumlah masakan Melayu asli), maka seminggu di kampung anda terpaksa menikmati masakan cara tidak sihat itu.

Sudah di ajar pada bonda mengetahui bahaya gula namun kebiasaan orang tua,  sakit itu dari Tuhan.

Jangan bergaduh atau melukakan hati ahli keluarga anda yang pulang sekali sekala,  makan sahaja masakan bonda anda terutama jika satu keluarga berkumpul.

Makan sekadar nya sahaja,  jangan lupa tambahkan sayur segar dan buah-buahan segar berkali ganda dari makanan yang telah anda nikmati tadi (porsi @ bahagian berkali ganda banyak dari makanan tidak sihat).

Jika makanan tidak sihat itu anda makan 1/3 pinggan pastikan 2/3 pinggan ialah makanan yang segar dan sihat.

Ingat pilih makanan segar yang kaya warna dan gelap serta terang.  Kurangkan makanan warna pucat yang segar lebihkan warna terang dan gelap

Setiap makanan dan warna punyai fungsi sendiri namun utamakan warna yang lebih jelas untuk menambah selera anda lagi.

Jangan lupa minum air mineral banyak.

Tinggalkan air manis jika anda berupaya.

Terus minum minuman detoks sebelum tidur seperti cuka epal atau kambucha tea.

Pilihan lain minum sahaja minyak kelapa dara.


Untuk saya,  saya agak jarang minum minuman detoks kecuali 3 hari berturut-turut saya makan tidak tentu hala.

Anda harus ingat cuka epal jika diamalkan kerap boleh menyebabkan badan sejuk dan lemah.

Badan yang lemah senang dimasuki angin mudah sebu dan loya.

Rajin kan diri anda menikmati buah dan sayur-sayuran segar.

Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih.



Khamis, 1 Jun 2017

Pelbagai Jenis Diet


Buah dan sayur segar 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan puasa ialah bulan di ajar untuk kita mengawal nafsu. 

Bukan sahaja nafsu makan,  termasuk nafsu membeli belah dan sebagainya. 

Ada yang mula menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk mereka mula berdiet sihat. 

Menjaga pemakanan dan sebagainya. 

Ada juga yang semakin teruk diet mereka di bulan Ramadhan atas asbab terlalu banyak undangan berbuka puasa dan Buffet serta juadah di bazar Ramadhan yang begitu mewah dan memanggil-manggil. 

Terlalu banyak jenis diet yang diamalkan kini. 

Berikut adalah antara diet yang paling popular. 

1. Diet Atkin 

Diet ini kebiasaannya lebihkan makanan protein.  Karbohidrat di kurangkan.  Malah pada fasa pertama diet ini buah-buahan juga harus dielakkan.  Malah ada jenis sayur-sayuran yang mempunyai karbohidrat harus dielakkan.  Terdapat 4 fasa di dalam diet Atkin. 

2. Vegetarian (diet sayur-sayuran) 

Diet ini telah lama diamalkan oleh ramai golongan.  Ada yang kekal menikmati makanan berperisa ayam,  udang dan ketam namun dalam bentuk makanan sayur-sayuran.  Malah ada yang mengamalkan diet sayur-sayuran namun masih menikmati ikan dan ayam namun menolak daging. 

Kebelakangan ini diet vegetarian (sayur-sayuran)  menolak daging binatang seratus peratus termasuk ayam dan ikan. 

Malah produk tenusu dari hasil susu binatang juga di tolak.  Hanya produk tenusu dari tumbuhan seperti susu badam,  susu kelapa (santan),  susu gajus dan susu dari produk tumbuhan sahaja diamalkan. 

Paling istimewa diet ini juga telah mula popular dengan kek mentah (raw cake)  tanpa perlu dibakar. 

Golongan vegetarian ini juga kini semakin kerap di jumpai memasukkan nasi kedalam diet harian mereka. 

3. Diet Gluten Free

Diet ini menolak 100% Gluten dalam menu makanan seharian. 

Antara makanan popular yang mengandungi Gluten termasuk gandum dan pelbagai tepung lain termasuk rye dan gandum penuh. 

Spaghetti dari durum juga tidak dibenarkan. 

Malah oat dan beras juga hanya dipilih yang tertulis 'tanpa gluten'  atau Gluten free. 

4. Diet ketosis

Diet ini amat bersangkut paut dengan proses ketosis di dalam tubuh. 

Dipercayai bahawa proses ketosis ini amat bagus untuk penurunan berat badan dan kesihatan. 

Namun proses ini akan membuatkan anda tidak bertenaga pada peringkat permulaan. 

Malah mereka yang berpenyakit juga akan menjadi semakin teruk namun lama kelamaan semakin sembuh. 

Agak ramai mereka yang gemuk dan berpenyakit mengamalkan diet ketosis ini. 

5. Diet candida

Diet candida ini amat sesuai diamalkan oleh mereka yang menghadapi isu 'candida overgrowth'  atau candida terlebih biak. 

Diet ini bukan sahaja mengelakkan Gluten,  malah produk tenusu (susu kambing mentah dibenarkan pada peringkat seterusnya),  hanya keju mentah yang melalui proses penapaian dibenarkan, beberapa jenis sayur-sayuran juga harus dielakkan. 

Diet candida juga mengelakkan madu,  hanya madu mentah dibenarkan. 

Tiada sebarang yis di benarkan dalam amalan diet candida. 

Sayuran hijau dan buah seperti epal hijau antara menu utama termasuk buah beri. 


6. Eat clean diet 

Diet ini lebih kepada diet yang bersih.  Penggunaan kurang garam dan tiada gula kecuali dalam minuman tertentu dan hanya gula asli tanpa proses. 

Makanan dan menu lebih bersih dan kurang proses. 

Biskut yang menggunakan hanya bahan natural dan semulajadi. 

Malah dalam Eat clean ada sesetengah masakan langsung tiada garam. 

Satu diet yang semakin terkenal kini termasuk penggunaan minyak yang sedikit atau tiada langsung. 

Masih ada penggunaan gmo walaupun dari produk organik. Termasuk ikan yang tinggi histamine. 

7. Diet Real Food

Ini diet yang agak ekstrem. 

Malah hanya makanan yang betul-betul Real Semulajadi tanpa gmo diamalkan. 

Beras Non-GMO,  biskut Homemade. 

Ikan bukan ikan belaan hasil sekeliling bukan ikan beku yang tinggi histamine dari negara lain. 

Buah-buahan juga dicari juga bukan Non gmo dan hybrid. 

Banyak ilmu yang anda harus tahu mengenai Real food ini kerana kebanyakan makanan dan tanaman di dunia ini hasil kacukan dan gmo. 

8. Diet Tanpa Darah

Diet makanan yang tidak berdarah ini diperkenalkan untuk menyucikan minda dan mengurangkan tekanan. 

Dipercayai dengan berhenti menikmati makanan berdarah minda akan lebih fokus dan tenang. 

Tentu sahaja tiada sebarang unsur darah dalam pemakanan ini termasuk ikan,  burung mahupun telur. 

Semua seratus peratus dari tumbuh-tumbuhan. 

Terdapat pelbagai lagi jenis diet. 

Ini antara yang dapat saya kongsikan. 

Apa pun yang anda pilih pastikan ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda. 

Usah stress kan diri anda. 

Selamat Mencuba jika ada diet yang anda berminat. 


Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...