Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga kita semakin tabah dan matang dalam mengharungi hidup ini .. insyaallah..
Baiklah hari ini saya ingin menceritakan khasiat dan kebaikan kranberi @ Cranberry yang banyak terdapat di pasaraya dalam bentuk kering dan juga di kedai-kedai makanan sunnah @ arab.
|
kranberi kering yang dibeli oleh saya.. murah sahaja RM5 saya beli timbang |
Baiklah diringkaskan khasiat kranberi @ cranberry ini yang didapati oleh saya dari google:-
1) Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan
serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang
rendah.
2) Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan
hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3)
daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium,
magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2
riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.
3) Antara kandungan yang terdapat dalam kranberi adalah :-
Nutrients in raw cranberries[11]
Nutrient Value per 100 grams % Daily Value
Energy 46 kcal
Fiber, total dietary 4.6 g 15.3%
Sugars, total 4.04 g
Calcium, Ca 8 mg 0.8%
Magnesium, Mg 6 mg 1.9%
Manganese, Mn 0.15 mg 7%
Phosphorus, P 13 mg 1.9%
Potassium, K 85 mg 1.8%
Sodium, Na 2 mg 0.1%
Vitamin C, total ascorbic acid 13.3 mg 16%
Vitamin A, IU 60 IU 9%
Vitamin K, ¥Ã¬g 5.1 ¥Ã¬g 6.4%
Carotene, beta 36 ¥Ã¬g ne
Lutein + zeaxanthin 91 ¥Ã¬g ne
4) Kranberi paling popular untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang, biasanya wanita mengandung yang mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan pundi kencing memang digalakkan oleh doktor untuk mengambil jus kranberi atau makan kranberi kering tetapi sila pastikan kranberi yang kurang gula atau organik.
5) Ia juga mencegah dan melegakan
gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Kerana kebaikan inilah, wanita digalakkan mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan
saluran kencing atau mengelakkan jangkita saluran kencing tetapi sekali lagi diingatkan sila dapatkan kranberi organik yang kurang manis.
6) Terdapat kajian yang dijalankan , menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam
kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran
kencing dan menyebabkan jangkitan.
7) Buah kranberi segar juga amat baik dimakan oleh
wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah
ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing
dan sistitis (cystitis).
8) Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium
berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus
kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang.
9) Meminum jus
kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan
mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea.
Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan
lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.
10) Buah kranberi yang kaya dengan pelbagai vitamin membantu untuk anda kelihatan lebih muda kerana ia merangsang kulit lebih cerah dan muda.
11) Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan
polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan
mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan
bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis.
Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
12) Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit
wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah
kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau
ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit
lebih cerah dan nampak lebih muda.
13) Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria
daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan
bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi
memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa
kepada nafas berbau.
14) Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu
menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan
mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat
meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.
Walau apa pun yang kita makan dan amalkan sila berpada-pada dan bersederhana. Jika anda berniat membeli kranberi dan mengamalkannya seboleh-bolehnya sila dapatkan yang organik dan kurang kandungan gula, jika berkemampuan anda juga boleh mencuba kranberi segar.
Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..