masih dalam proses trial dan error |
Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Produk kegunaan diri termasuk
produk kosmetik sering diwar-warkan antara bahan karsinogenik atau karsinogen
yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sama ada penyakit auto imun,
kanser, asma, depressi dan pelbagai lagi.
Isunya masyarakat hari ini tidak
mampu hidup tanpa sabun, bedak, gincu dan produk keperluan diri lain. Maka semakin banyak produk natural dan
organic muncul di pasaran. Malangnya produk yang dilabelkan organic namun
bahan-bahannya amat mendukacitakan bercampur bahan kimia lain, nano partikel
yang juga alah bagi sesetengah individu dan pelbagai bahan campuran lain yang
sebenarnya turut tergolong dalam bahan karsinogen dan membahayakan kesihatan.
Dari isu talc dan pelbagai bahan
lagi, penggunaan bedak baik bedak bayi, padat atau serbuk, ia tetap
meninggalkan kesan bahaya pada kulit kerana bahan-bahan dalam bedak mahu pun
produk kosmetik lain ini boleh memasuki salur darah melalui pori-pori dalam
kulit.
Bayangkan jika setiap hari
seorang individu memakai bedak waktu pagi dan tengah hari sahaja, berapa
banyakkah bahan karsinogen ini memasuki salur darah di kulit dalam sebulan apa
lagi setahun atau seumur hidup?.
Cuba bayangkan jika bayi memakai
bedak talcum semenjak hari pertama lahir? Berapa banyakkah bahan karsinogen ini
telah berkumpul dalam badan jika bayi itu membesar menjadi dewasa.
Antara bahan kimia popular yang
dikatakan berbahaya dan karsinogen yang sering terdapat dalam produk produk
kosmetik dan kegunaan harian ialah :-
1.
sulfates
2.
parabens
3.
phthalate
4.
BHA (hidroxianisol butilado)
5.
AHA (alpha hydroxy acid)
6.
Poloxamer
7.
Lead
8.
coal nego
9.
Octinoxato
10.
Triclosan
Anda
boleh melihat sama ada senarai bahan ini terdapat dalam produk kosmetik dan
kegunaan harian anda.
Pada
zaman teknologi dan sosial media ini, kerajinan mencari dan melakukan research
mengenai produk semulajadi yang sesuai dengan kulit tanpa sebarang penggunaan
bahan kimia hanya dihujung jari.
Pastikan
anda tidak tertipu dengan iklan produk ‘natural’, ‘semulajadi’, ‘homemade’ mahu
pun produk yang menggunakan tagline ‘organik’.
Pemerhatian
yang dilakukan di pasaran terlalu banyak produk kosmetik yang claim natural dan
organic yang dijual di pasaraya mahu pun farmasi turut mengandungi bahan kimia
yang dikaitkan dengan punca kanser dan membahayakan kesihatan.
Anda
harus membaca semua ingredient bahan-bahan yang terpapar di produk anda, jika
anda kelliru anda hanya perlu mengoogle kesan-kesan dan bahaya bahan yang
terkandung itu.
Sebagai
contoh jika anda melihat di kandungan bahan nama bahan triclosan, anda google
sahaja triclosan, pasti akan keluar fakta mengenai bahan ini di paparan telefon
bimbit anda. Paling istimewa banyak perkara yang akan anda belajar jika anda
mencuba melakukan kajian dan pemerhatian sendiri dengan pelbagai bacaan dan
artikel yang dipaparkan oleh website yang dipercayai.
Malah pada hari ini wujud di pasaran , produk Bedak sejuk yang tertulis sebagai bedak sejuk traditional
tetapi bahan-bahannya terdiri dari ‘talc’ yang amat terkenal bahaya untuk
kesihatan. Pastikan anda membeli produk bedak sejuk asli yang kandungannya
ialah beras atau beras pulut asli 100%.
Ketika ini bedak serbuk untuk
wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi mula diperkenal secara kecil-kecilan
oleh pencinta produk semulajadi. Anda hanya perlu menyesuaikan dengan wajah
anda dan membaca dengan jelas bahan-bahan yang digunakan. Anda harus ingat
tidak semua individu mempunyai kulit yang sama. Tidak semestinya bahan
semulajadi yang digunakan dalam membuat bedak serbuk sesuai untuk kulit anda
walaupun ia 100% dari bahan semulajadi. Kenali kulit anda dan kenali apa yang
kulit anda alah.
Dalam proses mengeluarkan bedak
wajah berbentuk serbuk, trial dan error dilakukan beberapa kali. Ia juga
mengambil masa berbulan untuk mencuba dan melihat tindak balas. Tidak kira ia
dibuat dari 100% bahan tumbuh-tumbuhan dan dari produk makanan sekali pun,
pengalaman menggunakan setiap produk harus diambil kira termasuk kesesuain
kulit.
Insyaalah jika masa mengizinkan
dan rezeki di berikan, produk bedak serbuk wajah akan diperkenalkan untuk
produk homemade natural dalam waktu terdekat ini. Ketika ini proses mengenal
pasti bahan-bahan sesuai dengan pelbagai jenis dan masalah kulit masih
berjalan.
Selamat belajar membaca dan
mengenali bahan-bahan yang terdapat dalam produk kosmetik harian anda.
Terima kasih.