Selasa, 27 Mac 2018

Motivasi Untuk Kekal Dan TERUS BLOGGING


motivasi untuk kekal menulis dan berblogging


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ramai menulis blog tanpa arah tujuan dan suka-suka sebagai hobi dan minat yang mendalam terhadap penulisan dan coretan.

Ada yang menulis untuk berkongsi resepi dan minat memasak. Segolongan suka menulis untuk berkongsi ilmu dan menjadikan ia sebagai salah satu sedekah jariah.

Ada individu yang menulis blog sebagai motivasi untuk terus rajin membaca dan mengali ilmu agar dapat ditulis diblog dan digunakan sendiri.

Ada yang menulis blog untuk jangka masa panjang sebagai promosi produk akan datang dan juga branding.

Apa sahaja niat penulis, hanya penulis yang tahu namun ada waktunya tidak kira ia hobi atau sekadar suka-suka, ramai akhirnya meninggalkan bidang penulisan kerana kurang motivasi dan merasa jemu malah ada yang mula bertukar kepada media sosial lain.

Tidak kira siapa pun anda sebagai blogger picisan atau separuh mata atau sekadar suka-suka, realitinya blog tidak seindah yang sering dikhabarkan kecuali anda begitu serius dan focus untuk menjadikan blog anda Berjaya dengan mempelajari secara khusus mengenai blog dengan mengikuti segala video, ceramah, kursus, dan mengikuti segala tertib yang diajar dalam menjadikan blog anda sebagai super blog yang akhirnya Berjaya dikunjungi lebih ratus ribu pengunjung dalam sehari, ia itu menunjukkan bahawa segala penat lelah anda Berjaya. Anda boleh lihat kesungguhan seorang blogger dengan memerhati berapa artikel yang diposkan diblog setiap hari. Jika anda melihat artikel tidak konsisten anda sendiri tahu apa yang anda beri itulah apa yang anda dapat.

Setiap kualiti artikel blog melambangkan apa yang anda pelajari dan luahkan diblog. Belajar menulis artikel dari mula sehingga semakin bijak dan berkembang menunjukkan kematangan diri anda. Dari satu kategori ke satu kategori.

Realitinya blog tidak seperti media sosial lain yang lebih cepat mendapat follower, peminat mahupun pelanggan serta komen banyak seperti facebook, whatapps dan instagram. Untuk Mendapat likes juga sukar. Itulah blog hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang akan meneruskan penulisan tanpa mengharapkan apa-apa balasan komen atau penambahan follower cukup ia memberi manfaat kepada insan lain atau sekadar memberi manfaat atau menghabiskan waktu yang terluang dari membuat perkara yang lebih sia-sia.

Blog secara halus membantu meredakan stress melalui penulisan. Membantu otak berkerja keras dengan memikirkan idea yang bernas ketika menulis. Malah blog akan mengajar penulis berfikir untuk menulis artikel apa untuk seterusnya meneroka kategori apa untuk seterusnya.

Apabila muncul kategori baru yang mula dikenalkan, anda sendiri akan boleh menilai kesusahan artikel pertama diterbitkan berbanding ratusan artikel yang akhirnya Berjaya diterbit dalam kategori sebelum itu. Ia Nampak seperti mudah dalam satu coretan panjang, namun realtiinya pemahaman setiap kategori tidak semudah itu.

Dengan cara yang benar dan konsisten, dalam jangka waktu tertentu blog akan membawa follower, peminat , pembaca malah pelanggan kepada anda sendiri. Itu yang sentiasa ditulis dan dipelajari dari mereka yang Berjaya dari blogging yang realitinya berkorban jauh banyak perkara dengan mereka yang menulis suka-suka. Apa yang anda beri itulah yang anda dapat.
Tidak seperti 10 tahun dahulu, kini blog disertakan sekali dalam website tertentu dimana di dalam satu website terdapat homepage atau pintu masuk, kemudian ke blog dan kemudian ke website untuk membeli belah atau mengkaji sesuatu produk sebelum dibeli.

Melihat carta belian di pusat membeli belah online anda boleh melihat dengan jelas betapa dekripsi atau decription sesuatu produk itu semakin ditulis panjang lebar dan jelas tahun demi tahun bagi melahirkan kepuasan pelanggan sebelum membeli produk. Blog yang menulis secara ikhlas kesan baik dan buruk serta maklumat am yang sukar didapati diblog lain atau media sosial lain akan mendapat lebih banyak manfaat seiring manfaat ilmu yang diberikan oleh blog tersebut. Maka beri yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik namun anda tidak perlu menunggu menjadi terbaik untuk bermula. Bermula dan baiki ia hari demi hari pasti niat baik dan ikhlas anda akan dibantu oleh tuhan.

Ada blog tertentu yang membawa pembaca yang berminat terus ke website membeli belah atau link jualan atau promosi produk tertentu. Ada blog yang meminta maklumat email dan mempromosikan mengikut email dan ada blog hanya digunakan sebagai hobi untuk melepaskan rasa jemu dan memberi ruang untuk menulis dan menjadi rujukan pembaca lain. Kebiasaannya blog dengan tulisan ringan dan tidak membebankan untuk suka-suka dan realease tension menjadi kegemaran pembaca termasuk blog fesyen dan kecantikan. Maka jika anda perlukan ramai follower dan pembaca yang rajin meninggalkan komen anda boleh mencuba membina blog jenis itu berpandukan sasaran anda apa.

Ketika anda rasa malas menulis dan berhenti berblogging, kebiasaannya akan ada sesuatu mengejutkan anda untuk singgah diblog anda dan menulis. Andai penulisan dan meluah rasa serta berkongsi ilmu itu memang budaya dan minat serta passion anda, blog anda akan kekal aktif walaupun mungkin ia ditinggal tidak dikemaskini memakan bulan.

Tentukan apa minat anda dan tulis mengenai apa yang anda minat dan suka, pasti anda akan terus menulis dan pastikan apa yang anda tulis memberi manfaat kepada orang lain terutama mereka yang singgah membaca dan menjadikan blog anda sebagai idola dan sumber rujukan.

Ketika anda merasa lemah, anda boleh berhenti sebentar. Kemudian tulis lagi dan lagi walaupun pendek. Jangan biar blog yang anda bina terus berhabuk, blog membantu anda rajin membaca jika anda menjadikan blog anda sebagai motivasi untuk anda membaca, blog akan menjadikan anda berilmu jika anda menjadikan blog anda sebagai medan berkongsi ilmu. Dengan cara ini anda akan lebih kekal lama berblogging. Malah anda harus ingat dengan mempelajari ilmu baru anda bukan sahaja mengerakkan lagi otak anda supaya terus berfikir malah ia membantu otak anda lebih aktif dan kurang risiko nyanyuk.

Lakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan anda berfikir, pelajari perkara baru dan kongsikan ia dalam blog anda.

Selamat mencuba, terima kasih.





Isnin, 26 Mac 2018

8 Cara Yang Anda Boleh Cuba Bagi Membantu Masalah Tiroid Terlalu Aktif







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Antara tajuk yang sering diketengahkan oleh kebanyakan doctor ialah penyakit berkaitan hormone. Doktor Eric Berg, Dr. Axe, Dr. Mercola, Dr Mark Hyman dan pelbagai doctor popular dalam bidang holistic sering menekankan perkaitan hormone dalam kesihatan dan kesimbangan tubuh badan.

Dikatakan terdapat 600 jenis hormone dan 12 gland dalam tubuh manusia. Setiap hormone ini mempunyai perkaitan sendiri. Setiap bahagian tubuh manusia mempunyai PH tertentu yang berlainan antara satu sama lain.

Selain pemakanan, factor persekitaran dan bahan penjagaan diri memberi kesan negative kepada tubuh manusia, malah pengunaan wifi dan internet yang berleluasa turut menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia walaupun manusia telah menjaga diet dan pemakanan sebaik mungkin. 

Antara isu kesihatan yang paling kerap diutarakan oleh doctor holistic ialah mengenai thyroid atau tiroid. Dikatakan tahun demi tahun isu tiroid semakin meningkat , malah golongan wanita dikatakan hampir 20% mengalami isu ini tidak kira umur, dan golongan. Ini bagi mereka yang di datang membuat ujian dan di diagnose. Bagi yang tidak di diagnose atau tidak pernah membuat ujian mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka menderita tiroid.

Antara tanda hypothyroid ialah kulit kering, merasa panas membahang, usus bocor, badan atau suhu badan sentiasa panas, otak lembab, depresi atau kemurungan, masalah usus, sensitive, mudah letih dan penat, terlalu gemuk atau terlalu kurus, pcos dan masalah berkaitan kesuburan.

Berikut 8 Cara Yang Boleh Dijadikan Amalan Bagi Mengatasi Isu atau Masalah kesihatan berkaitan Tiroid

1. Mengamalkan Makanan Memaksimakan Fungsi Tiroid

Makanan terbukti antara penyebab penyakit juga antara penyembuh pelbagai penyakit.  Antara makanan digalakkan untuk fungsi tiroid ialah makanan tinggi omega 3 seperti ikan liar, ikan salmon liar, minyak ikan, rumpai laut, spirulina, lembu yang makan daging atau kambing. Makanan berwarna gelap seperti blackberry, delima merah, juga warna unggu pekat seperti blueberry, terung , keledek unggu dan sebagainya asalkan berwarna gelap kerana lebih gelap warna sesuatu makanan asli lebih tinggi antioksidan. Selain itu dapatkan makanan tinggi vitamin B, Thiamine, B12 dan belajar menikmati caviar.


2. Kekurangan Nutrien Dalam Tubuh

Kekurangan nutrient akibat diet tidak seimbang dan gaya hidup zaman moden juga menjadi punca pelbagai penyakit zaman moden ini. Rambut nipis, emosi yang sering berubah-ubah, isu metabolism dan masalah kesihatan lain termasuk kesuburan juga timbul akibat kekurangan nutrient. Antar nutrient yang sering dijumpai kurang diamalkan oleh masyarakat moden ialah Vitamin B, iodin, selenium, vitamin D terutama dari cahaya matahari. Warna makanan yang gelap sinonim dengan isu tiroid. Maka pilih makanan yang berwarna gelap seperti blueberry, lobak unggu, keledek unggu dan beras hitam yang kaya pelbagai nutrisi.


3. Herba Adoptegenics

Herba terkenal zaman berzaman sebagai antara remedy penyembuhan dan kesihatan. Antara herba popular ialah Ashwaganda yang terkenal untuk hormone kortisol. Herba rhodiola amat bagus untuk kes depresi atau kemurungan ringan, selain itu ginseng, holy basil atau selasih, ciasandra dan licoris juga amat bagus untuk mereka yang menghadapi isu thyroid.


4. Detoksifikasi Menggunakan Herba Asli

Tubuh manusia kaya dengan toksin sama ada toksin luaran dan toksin luaran. Detok amat penting untuk tubuh. Antara penyebab kecelaruan hormone tiroid dan pelbagai hormone lain termasuk toksin. Maka anda boleh amalkan beberapa herba untuk detoksifikasi seperti kunyit, chilagi, pegaga, milk thistle, chilantra, dandelion, parsley juga saderi. Amalkan herba ini dalam pemakanan anda atau buat jus dengan campuran buah dan sayuran kegemaran anda.


5. Menggunakan Minyak Pati Asli

Minyak pati asli seperti luban atau kemenyan arab, lemon, lavender, thyme dan pelbagai lagi terkenal berkurun lama sebagai salah satu remedi penyembuhan kesihatan dan kecantikan serta awet muda. Pastikan anda memilih minyak pati asli organic dan dilabelkan sebagai dietary supplement. Minyak pati asli amat bagus untuk merawat masalah hormone tiriod. Anda boleh hidu, sapu ditubuh atau menggunakan minyak pati tertentu (tidak semua minyak pati selamat untuk dimakan) sebagai tambahan dalam makanan anda. Anda boleh mendapatkan minyak pati asli jenama Young Living Essentials Oils dengan whatapss atau hubungi Khadeeja di 016 276 2636.


6. Cendawan Perubatan

Cendawan adalah makanan kesihatan dan ubat dalam perubatan cina dan suku kaum asli di dunia ini. Dikalangan kaum asli di Malaysia cendawan kurap harimau terkenal sebagai ubat kanser payudara. Dalam bidang kesihatan dan penyembuhan semulajadi dan holistic, cendawan juga merupakan makanan kesihatan dan pengubatan. Antara cendawan yang disyorkan diamalkan oleh individu yang menghadapi isu tiroid ialah cendawan reishi yang juga dikenali sebagai mushroom of immortality, cordyceps, lion mane, shitake, chaga dan pelbagai fungus. Buat sup cendawan atau tambah cendawan ini dalam sup atau bubur kegemaran anda atau jadikan ia sayur campuran dalam sayur kegemaran anda.


7. Probiotik

Masyarakat zaman moden kehilangan banyak probiotik atau bakteria baik dalam tubuh. Amalan antibiotic, steroid dan pelbagai makanan yang memusnahkan bakteria baik ini termasuk air paip yang tinggi klorin menyebabkan pelbagai masalah usus dan penghadaman. Tambah probiotik dalam diet anda terutama jika anda menghadapi isu hypertiroid. Makanan kaya probiotik seperti kefir, kambucha, kimchi, miso sup, nato, tempoyak, budu, cencalok, tapai, sayur jeruk, temped an yogurt adalah antara makanan yang digalakkan dalam pemakanan seharian. Kurangkan makanan proses yang tinggi gula.


8. Makan Lebih Lemak Baik, Seimbangkan Karbohidrat dan protein

Lemak baik amat bagus untuk tubuh. Contoh lemak baik ialah santan, minyak sapi, minyak zaitun, mentega, telur, ikan salmon, minyak kelapa, susu segar dari lembu yang makan rumput, avocado dan pelbagai jenis lemak baik lagi. Amalkan lebih lemak baik dalam pemakanan, kurangkan karbohidrat terutama karbohidrat proses, anda boleh belajar menikmati beras tercambah atau produk bijirin tercambah sihat yang lain.
                                                     

Dengan mengamalkan diet yang tepat serta perubatan berpandukan pakar perubatan mengenai hormone tiroid dan penyakit tiroid.  Penyembuhan isu tiroid akan lebih mudah dan menyenangkan. Penyakit hari ini bukan sahaja akibat dari pemakanan, malah juga dari udara dan alam sekitar serta stress yang sering terbentuk dalam jiwa dan tubuh anda.


Selamat mencuba 8 cara yang anda boleh cuba untuk mengatasi isu Tiroid terlalu aktif, yang diubah suai dari video oleh Dr.Axe ini khas untuk anda yang mengalami isu hypertiriod.


Terima kasih.




Sabtu, 24 Mac 2018

CUBA 10 SOLUSI MASALAH KESUBURAN INI






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hormon menjadi isu kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Malah ia merupakan isu normal dikalangan masyarakat dunia hari ini. Masalah hormon berkaitan adrenal, estrogen, progesterone, kortisol dan pelbagai lagi hormone semakin kerap di bincangkan oleh para doctor baik doctor perubatan moden juga doctor yang mengamalkan perubatan semulajadi.

Isu hormone paling utama ia menggangu kesuburan dan emosi, mengakibatkan stress dalaman dan luaran pada individu. 

Hormon gantian bagi sesetengah individu meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh seperti menyebabkan kesan sampingan kepada adrenal gland dalam cara kerja adrenal gland sekaligus ia tidak disyorkan bagi mereka yang masih boleh diubati dengan cara lebih semulajadi seperti perubahan pemakanan, gaya hidup dan pemikiran.

Berikut ialah 10 Solusi Yang Boleh Di Cuba Jika Anda Mengalami Isu Kesuburan.

1. Ambil Ujian Pengesahan

Kebanyakan individu, baik lelaki atau wanita, jarang mengambil ujian penuh kesuburan untuk mengetahui masalah hormone dan kekurangan nutrisi dan vitamin dalam tubuh mereka. Dengan ujian penuh, maklumat mengenai estrogen sama ada tinggi atau rendah termasuk hormone lain.

Hormon progesterone yang rendah boleh menyebabkan risiko kerugian. Hormon Kortisol juga menggangu tidur dan stress. Senaman yang dilakukan setiap hari juga boleh menyebabkan tubuh semakin sihat atau semakin teruk. Jika ini terjadi kepada tubuh, ia menunjukkan latihan atau senaman yang dilakukan itu sama ada tidak dilakukan dengan cara yang betul atau dilakukan pada waktu dan masa yang salah. Tidak semua senaman boleh dilakukan pada waktu malam dan pada waktu badan tidak sihat atau tertekan.

2. Belajar Mengenai Kolesterol

Kebanyakan hormone gantian ialah hormone steroid. Hormon steroid dikatakan mengandungi kolesterol.  Kolesterol terbahagi 2. Kolesterol baik dan kolesterol jahat. Dikatakan bahawa kolesterol dan protein berkait rapat. Hormon yang sihat memerlukan kolesterol baik seperti kolesterol dari telur, juga lemak avocado dan minyak zaitun. Jangan takut kepada kolesterol kerana kajian terbaru menunjukkan kolesterol baik dan menikmati telur tidak menyebabkan sakit jantung.

3.Jauhi Tekanan dan stress

Kajian menunjukkan depressi atau tekanan mental amat kuat dalam kes pengidap PCOS. Adalah disyorkan penggunaan minyak pati asli seperti lavender untuk mengurangkan tekanan dan stress. Selain itu herba seperti California poppy turut membantu mengurangkan tekanan.

4. Amalkan Pemakanan Asid Lemak

Makanan mengandungi lemak baik semakin dipromosikan sebagai makanan sihat dalam proses penurunan badan dan menguatkan tubuh. Suatu waktu dahulu ramai takut kepada makanan yang mengandungi lemak yang dikatakan menyebabkan kegemukan dan masalah kesihatan. Seiring kesedaran dan kajian terbaru menunjukkan lemak terbahagi dua, lemak baik dan lemak jahat. Untuk melawan lemak, lawannya juga lemak. Yang harus ditekankan pastikan anda memilih lemak baik seperti asid lemak baik yang terdapat dalam kacang gajus, kacang walnut, kacang macadamia dan badam. Makanan yang kaya asid amino juga turut digalakkan dalam diet seharian anda. Flaxseed dan ikan laut dalam seperti salmon dan sardine amat disyorkan diamalkan dalam pemakanan seharian anda.

Avocado atau alpukat yang kaya lemak baik amat disyorkan diamalkan setiap hari. Avocado bagus untuk hati, hati berkait rapat dengan hormon, malah hati juga berfungsi meningkatkan glutathione yang amat berguna untuk tubuh dan kesihatan.


5. Senaman Yang Betul dan Konsisten

Senaman dan latihan seperti yoga, berjalan kaki, mengangkat berat, burst training, tabata yang diamalkan secara rutin dan bersilih ganti amat bagus untuk awet muda, mengurangkan kesan penuaan sekaligus amat bagus untuk peningkatan hormone yang turut membantu mengurangkan stress dan membantu tidur yang lena sekaligus memudahkan tubuh dalam penyembuhan dan rehat dimalam hari. Pastikan anda lakukan senaman dan aktiviti yang sesuai pada waktu dan keadaan yang betul. Waktu dan cara latihan yang salah hanya akan menyebabkan stress dalaman yang lebih teruk pada tubuh.


6. Elakkan Toksin termasuk Toksin Persekitaran

Dunia hari ini terlalu banyak perkara sukar dielakkan. Toksin pencemaran dari kilang industry, toksin dari segala asap kenderaan, toksin dari barangan rumah dan sekitar, toksin dari barangan penjagaan diri, toksin dari makanan, toksin dari plastic serta pelbagai lagi.

Penggunaan bahan plastic dalam penyimpanan makanan sebagai bekal ke pejabat dan sekolah turut meninggalkan kesan toksid kepada tubuh. Logam berat seperti periuk dan sudu aluminium juga memberi kesan metal dalam tubuh, barangan plastic dalam masakan dan penyimpanan serta proses makanan turut memberi kesan. Dapatkan bekas plastic BPA Free, kurangkan makanan yang dibungkus dalam polisterin atau plastic ketika panas, minum air bertapis dan cuba elakkan pencemaran.

Selain itu elakkan makanan proses terutama daging proses, makanan sejuk beku, makanan dalam peket, soya, susu komersial, makanan tinggi gula dan makanan segera.

Selain itu elakkan penggunaan pil kecantikan yang anda sendiri tidak pasti apa bahan-bahannya, pil perancang juga tidak digalakkan kerana ia bukan sahaja menganggu hormon dalam tubuh wanita malah kesan toksid pil perancang ini turut dialihkan atau transfer kepada pihak suami ketika melakukan hubungan seks. Ramai tidak faham bahawa kesan sampingan yang diterima oleh pihak lain sebenarnya boleh di alihkan kepada pihak kelain ketika hubungan seks dan ketika hamil kepada bayi dan keturunan seterusnya. Penggunaan pil perancang bukan sahaja menyebabkan pelbagai kekurangan nutrient pada tubuh malah menyebabkan isu candida terlebih biak dan pertambahan yis tidak sihat terhadap tubuh badan anda. Ada alasan kukuh kenapa islam sendiri mengharamkan zina dan tidak menggalakkan sesuatu yang tidak sihat diamalkan dalam merancang keluarga.


7. Makanan Padat Nutrisi

Air mineral atau air hidup, garam laut, magnesium, CBD, Vitamin B dan spirulina antara makanan dan nutrisi yang disyorkan untuk diamalkan dalam pemakanan seharian. Koko merupakan salah satu superfood yang tinggi antioksidan dan bagus untuk otak serta penghadaman. Pastikan anda memilih koko asli bukan koko proses. Makan dan nikmati makanan padat nutrisi. Kurangkan pemakanan yang menghakis nutrisi dalam tubuh anda seperti air berkarbonat dan makanan proses yang merbahaya.


8. Amalan Herba

Herba terkenal zaman berzaman dalam aktiviti perdagangan semenjak zaman. Malah kehebatan herba tidak dapat dinafikan dalam kesihatan dan penyembuhan penyakit. Herba seperti schisandra yang popular dalam perubatan cina, milk thistle dan kunyik ialah herba yang amat digalakkan diamalkan oleh individu yang menghadapi cabaran isu kesuburan.


9. Pemakanan Sebenar ialah Pemakanan Asli Zaman Berzaman

Food is Medicine, makanan ialah ubat sebenar telah lama diamalkan oleh masyarakat berkurun lama dahulu. Makanan sihat seperti ubi bit merah, sup tulang, spirulina, hemp atau ganja (sila rujuk Negara yang membenarkan penggunaannya), makanan kaya asid amino, buah delima, blueberry, blackberry, buah zaitun dan pelbagai makanan yang wujud berkurun lampau harus diamalkan dalam pemakanan seharian. Kembali kepada menu dan diet nenek moyang, Jika makanan itu tidak pernah terdapat dalam diet nenek moyang kita dahulu, jangan makan jika anda benar-benar ingin sihat dan sembuh dari isu kesuburan.

10. Minyak Pati Asli

Penggunaan minyak pati menjadi amalan pelbagai kaum berkurun tahun lampau. Ia menjadi pengubatan pelbagai penyakit selain digunakan bagi kecantikan wajah dan tubuh. Terdapat pelbagai minyak pati asli seperti lemon, thyme, patchouli, lavender yang amat bagus untuk membantu meringankan stress dan melegakan minda dan tubuh. Belajar menggunakan minyak pati asli ini dalam kehidupan seharian. Pastikan ia asli, organik dan dilabelkan dietary supplement. Penyembuhan minyak pati adalah salah satu ubat yang selamat digunakan dengan ilmu. Untuk pembelian minyak pati asli dan organic Young Living Essential Oils anda boleh hubungi dan whatapps terus Khadeeja di 016 276 2636.

10 Solusi ini boleh dicuba jika kes kesuburan ini masih awal dan belum diperingkat serius. Jika anda merasakan sukar untuk melakukan semua ini, lebih baik anda merujuk doctor dan pakar perubatan yang merawat anda dan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.

Segala maklumat diatas ditonton di video yang dikongsi oleh DR. AXE dan diolah kembali dengan bahasa mudah dan ringkas diblog ini.


Terima kasih.




Jumaat, 16 Mac 2018

BAGAIMANA MENJADI LEBIH SIHAT DI TEMPAT KERJA?. CUBA 7 CARA UNTUK LEBIH SIHAT DI TEMPAT KERJA.


Bagaimana menjadikan ruang kerja anda lebih sihat? dan mesra kesihatan?.


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pekerjaan hari ini memaksa ramai pekerja duduk lebih lama berbanding berdiri. Tidak seperti kerja bertani, memukat, menjala ikan, memburu yang dilakukan oleh moyang kita di zaman dahulu yang terkenal bekerja dan bergerak aktif untuk mencari rezeki, masyarakat hari ini lebih kerap berada dihadapan computer atau meja berbanding bergerak dalam melakukan kerja.

Tahukah anda bahawa duduk ialah penyakit zaman moden terbaru dan dmula digelar ‘Sitting is new smoking’ atau dengan jelas perkara yang amat menakutkan dan menjadi beban seperti merokok. Ia sukar dielakkan dan ditinggalkan jika tidak berhati waja.

Pekerja hari ini terlalu banyak duduk. Duduk dikaunter, duduk dimeja, duduk didepan computer, duduk di hadapan pesakit, duduk sambil merawat pesakit, duduk sambil menjahit, duduk sambil mereka cipta dan sebagainya.

Dengan kata lain duduk mengambil hampir 90% dari waktu bekerja dan sekembali ke rumah masih duduk memandu didalam kereta, sampai dirumah masih duduk disofa dan begitulah seterusnya sehingga tidur.  Kurang pergerakan ini menyebabkan, postor tubuh yang lemah, menyebabkan kerosakan jantung dan paru-paru, sakit belakang, hilang focus, malah udara yang tidak sihat atas asbab pejabat yang tidak mempunyai pengudaraan yang bagus dan sihat sekaligus memberikan kesan kepada tubuh pekerja dipejabat dan ruang kerja.

Bagaimana Anda Boleh Menjadikan Ruang Kerja Anda Lebih Sihat? .

Anda boleh cuba 7 Cara Ini Bagi Menjadikan Ruang Kerja Anda Lebih Mesra Kesihatan.

1. Fikirkan kembali Ruang Kerja Anda. Lihat betul-betul kedudukan computer anda. Pastikan ia selaras mata anda. Ia bagi mengelakkan anda sakit bahu dan sakit belakang serta menyebabkan postur tubuh anda lemah. Anda pelbagai cara anda boleh cuba sama ada tinggi atau rendahkan kerusi anda, tinggikan meja atau alas computer anda, rendahkan lagi dan sebagainya. Anda juga boleh meletakkan LED Protector di computer anda bagi mengurangkan kesan sampingan cahaya computer terus kepada mata anda.

2. Rajin-rajinkan diri anda bangun dan buat regangan di tempat duduk anda atau meja anda. Buat regangan, bergerak dan berjalan sekeliling meja anda asalkan anda bergerak dan tidak terlalu lama berada dimeja anda.

3. Untuk meningkatkan focus dalam kerja anda, minyak pati asli amat membantu. Jika selama ini anda menggunakan pewangi komersial yang penuh bahan karsinogen, tiba masa anda menggunakan wangian asli lebih selamat seperti minyak pati atau wangian yang dibuat sendiri dari minyak pati. Anda boleh mencuba minyak pati pudina untuk membantu menambah tenaga dan semangat serta memberi lebih focus kepada kerja yang anda lakukan.

4. Pengudaraan segar amatlah penting kerana ia melibatkan udara anda seharian. Kurangkan toksid dari pewangi sama ada pewangi badan dan pewangi pejabat. Jika anda boleh menasihatkan pihak pengurusan anda adalah lebih baik dan lebih istimewa jika anda mempunyai bilik sendiri susu atur bilik anda dan pastikan bilik anda hanya dihias dan disembur dengan semua bahan organic dan selamat.

Ia agak sukar melakukan ditempat kerja yang bukan milik anda, namun anda boleh mengurangkan risiko bahan toksid ini dengan menghias meja kerja anda dengan tumbuhan yang membantu membersihkan udara seperti pokok lidah jin dan pelbagai pokok yang terkenal untuk mengurangkan udara kotor.

5. Amalkan menikmati makanan lebih sihat bukan kerepek atau biskut komersial. Simpan stok makanan sihat dalam laci meja anda. Kurangkan karbohidrat lebihkan buah segar dalam simpanan stok makanan anda dipejabat.

6. Lakukan senaman mudah seperti kegel, yoga, pilates yang hanya boleh dilakukan ketika duduk . Lakukan senaman dan pergerakan ini dengan mengikut giliran, sekejap kegel, kemudian yoga, pilates, regangan. Pastikan anda berjalan kaki ketika keluar makan tengah hari.

7. Rajinkan berjalan mengelilingi ruang kerja untuk mendapatkan udara segar kemudian kembali focus kepada kerja anda.

Selamat Mencuba 7 Cara Bagi Membantu Anda Lebih Sihat Di Tempat Kerja Ini.


Terima Kasih.

8 Cara Mencuci Kolon atau Usus secara Semulajadi


Detoks Usus Secara Semulajadi


Bagaimana Mencuci Usus Dan Detoksifikasi Tubuh Secara Semulajadi

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makan, makan dan makan iu perkara pertama dilakukan apabila dilanda tekanan kerja dan perasaan. Ada yang tidak berselera makan dan tidak mampu tidur lena, ada individu yang tidak mampu berhenti makan terutama makanan yang tidak berkhasiat.

Namun apabila tersedar timbul rasa menyesal melihat, keadaan tubuh yang tidak terurus, lemah, susah membuang, kulit kering, alergi dan sebagainya.
Kebanyakan individu kini semakin sedar bahaya makanan proses dan manis serta tidak berkhasiat, namun tidak ramai yang mampus meninggalkan makanan proses ini terus.

Bagaimana Anda Boleh Mencuci Usus atau kolon anda secara semulajadi ?. Anda boleh cuba 8 Cara Mencuci Kolon atau Usus secara Semulajadi ini.

1. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengurangkan makanan proses, makanan yang dibungkus siap juga makanan segera termasuk makanan yang dijual homemade namun menggunakan bahan proses dan gula yang tinggi seperti kek, kuih berwarna-warni dan pelbagai lagi.

2. Selain nikmati sayur-sayuran segar dan berkhasiat, masa untuk anda belajar menikmati sayur-sayuran yang melalui proses penapaian atau fermentasi seperti kimchi, sup miso, sayur jeruk seperti sawi jeruk, lada jeruk, petai jeruk dan sebagainya.

3. Makan makanan yang ditapai seperti tempe mentah non gmo yang dibalut daun pisang, budu, cencalok, kefir, kambucha, tapai dan pelbagai makanan yang melalui proses penapaian atau proses fermentasi.

4. Nikmati epal sebolehnya organic. Epal tinggi kandungan pectin dan serat amat bagus untuk mencuci kolon atau usus. Avocado, flaxseed, chia seed dan pastikan makan lebih banyak sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman.

5. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air yang lebih bersih dari gula seperti superfood smoothie, tambahan timun jepun, avocado, saderi dan buah yang tinggi antioksidan serta sayuran hijau bagus diminum sebagai sarapan pagi. Ia sekaligus membantu anda membuang dengan mudah . Selain itu tomato, acai berry dan sup tulang atau bone broth juga dikira makanan berunsur air bersih yang mudah dihadam dan kenyang lama sekaligus membantu mencuci usus dan kolon.

6. Amalkan herba yang membantu detoksifikasi seperti gam Arabic atau manna yang tinggi serat. Anda juga boleh mencuba serbuk baobab yang tinggi vitamin C.

7. Cuka epal bagus untuk detoksifikasi, anda boleh mencuba ia sebagai minuman detoks sebelum tidur. Pilihan lain ialah jus lemon pekat tanpa gula dan jus limau nipis atau limau kasturi.

8. Berbekam dan berpuasa juga membantu mencuci usus dan kolon anda. Anda boleh berpuasa 3 hari sebulan seperti puasa hari putih atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Selamat Mencuba 8 Cara Mudah Detoks Usus Secara Semulajadi ini.

Terima kasih.




Isnin, 12 Mac 2018

9 RAHSIA DAN CARA UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT


9 RAHSIA AWET MUDA DAN SIHAT


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagaimana cara bagi membantu anda sihat dan awet muda?.

Anda boleh mencuba 9 CARA MUDAH UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT ini.


1. Nikmati lemak sihat

Tambah lemak sihat dalam diet anda seperti Avocado, minyak kelapa dara, minyak kelapa, vitamin E, minyak kelapa sawit merah, minyak ikan, ikan salmon liar, mentega asli, minyak sapi asli, ikan laut dalam, kacang walnut, minyak ikan dan pelbagai makanan yang mempunyai minyak sihat lain.

2. Belajar Menggunakan Minyak Pati Asli

Minyak pati tanpa tambahan kimia, berlabel ‘dietary supplement’, organic dan 100% semulajadi amat sesuai digunakan untuk tubuh dan kesihatan.  Antara minyak pati terkenal dunia organic dan bermutu tinggi serta selamat ialah jenama YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS. Anda boleh mendapatkan minyak pati ini dengan menghubungi atau Whatapps KHADEEJA di 016 276 2636 untuk maklumat lanjut.


3. Tambah kolagen asli dalam diet anda

Kolagen amat terkenal dalam kecantikan kulit, pembentukan tulang dan pembaikan sendi. Amalkan pemakanan tinggi kolagen seperti bone broth atau sup tulang, makanan yang melalui proses penapaian dan fermentasi, minyak ikan, telur ikan, cendawan seperti cendawan chaaga, cendawan reishi, fungus, buah-buahan citrus, limau, lemon, limau purut, rumpai laut dan makanan tinggi vitamin C untuk membantu meningkatkan kolagen dalam tubuh anda.


4. Kurangkan racun luar dan dalam tubuh

Racun ada dimana-mana tanpa disedari, diudara dan didalam makanan serta produk penjagaan diri. Kurangkan penggunaan racun dalam kosmetik anda, kurangkan penggunaan makeup, beri muka anda bernafas sekali sekala, kurangkan penggunaan pewangi komersial dirumah, dipejabat juga dalam kereta, nikmati sayur dan makanan organic tanpa semburan racun serangga.


5. Hindari Stress atau tekanan

Elakkan stress sama ada mental dan fizikal. Kurangkan kerja yang terlalu berat untuk tubuh serta berada dalam kawasan suhu panas dalam jangka masa lama. Jangan terlalu kerap bersenam dalam jangka masa lama. Jauhi stress emosi dan belajar untuk bertenang, amalkan penafasan dalaman, hirup udara segar dan belajar bersyukur, redha dan berfikir positif.


6. Nikmati Makanan mengandungi Asid Organik

Makanan yang ditapai seperti cuka epal khususnya, makanan fermentasi lain seperti sayur jeruk, kambucha, kefir, yogurt, kimchi, miso sup membantu untuk tubuh kembali seimbang. Ia bukan mengenai tubuh harus berada dalam keadaan alkali namun keadaan seimbang kerana setiap bahagian dalam tubuh mempunyai nilai PH berbeza.


7. Tambah Makanan Tinggi Enzim Dalam Diet Seharian

Makanan yang mempunyai enzim yang sihat dan segar kebiasaannya ialah makanan yang tidak terkena api, seperti buah-buahan yang popular dengan kandungan enzim iaitu nenas yang kaya bromelain, betik yang kaya papain, buah kiwi yagn kaya cyrtin, buah fig yang kaya serat, anggur, halia yang kaya zinzabin dan anti radang serta madu manuka yang popular dari New Zealand.

8. Berpuasa dan kurangkan makan 4 kali kepada 2 kali sehari

Berpuasa mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh dan kesihatan serta kecantikan. Untuk awet muda, tubuh harus berehat dari sentiasa memproses membuang toksin yang kerap masuk ke tubuh terutama melalui pemakanan. Kurangkan jumlah makanan yang anda makan. Snek atau hitea yang sering diajar adalah tidak sihat jika diamalkan dalam jangka masa panjang. Kajian menunjukkan lagi anda kurang makan dan lagi lama jangka masa makan anda dari satu sesi ke satu sesi ia lebih bagus untuk tubuh terutama masyarakat moden hari ini amat kurang aktif berbanding masyarakat 50 tahun lalu.
  

9. Belajar berbekam
Bekam ialah satu cara untuk mengurangkan toksin selain berpuasa. Pengeluaran darah kotor dikeluarkan terus dari tubuh. Namun paling utama ialah menjaga  pemakanan anda. Tidak berguna anda berbekam kemudian terus menikmati makanan tidak sihat, seperti juga berpuasa, andai anda berbuka puasa dengan sesuatu yang tidak sihat anda hanya akan memberatkan kembali tubuh anda untuk membuang toksin yang telah dinyah ketika anda berpuasa. Berpuasa selain mengajar mengawal nafsu ia sewajarnya mengajar anda untuk memilih makanan halal dan toyib.

Selamat Mencuba 9 CARA BAGI MEMBANTU ANDA AWET MUDA DAN SIHAT ini.

Terima Kasih.





Khamis, 8 Mac 2018

PERKEMBANGAN ARTIKEL DAN KATEGORI BLOG




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula dari artikel ringkas seperti tempat makan best dan tempat menarik kini blog ini semakin berkembang kearah gaya hidup sihat.

Dari artikel khasiat herba dan makanan, blog ini semakin berkembang menyentuh pelbagai isu kesihatan dan perkara lain termasuk panduan blogger dalam kategori blogger, ekzema atau TSW, petua dan pelbagai lagi.

Seiring kematangan penulisan blog dan kedatangan pengunjung dan pembaca dari seluruh dunia yang konsisten, maka blog ini akan memberi tumpuan kepada tajuk lebih mendalam termasuk hormon, depresi dan jenis diet juga cara hidup.

Bagi permulaan, artikel dalam kategori dan sentuhan baru ini akan ditulis ringkas dan ringan, ia tidak berat dan tanpa huraian panjang. Hanya point penting.

Seiring waktu ia akan ditulis dengan lebih panjang dan huraian yang mudah difahami. Untuk mendidik ia harus dimulai secara perlahan-lahan, paling mudah supaya otak tidak rasa berat dan malas serta putus asa untuk terus mencuba dan belajar menghadam maklumat.

Ini termasuk produk semulajadi yang akan terus diperkenalkan diblog ini, untuk masa ini produk dari bahan makanan diperkenalkan, kemudian produk semulajadi sedikit demi sedikit.

Bermula dengan diet, cara hidup, hormon sehingga penggunaan bahan peribadi, blog ini akan cuba melengkapi pelbagai artikel bermanfaat sebanyak-banyaknya pada tahun ini.

Hanya menggunakan seorang penulis yang perlu mengolah pelbagai perkara dan data, ia memerlukan masa dan cara paling mudah untuk setiap artikel disampaikan agar setiap golongan yang membaca faham dan tidak bosan membacanya.

Untuk anda yang setia menjadi pembaca dan pengunjung setia, juga anda yang baru singgah membaca blog ini, anda boleh merujuk pelbagai artikel dalam setiap kategori blog ini. Bagaimana cara penulisan berubah dari mula ia dibina sehingga hari ini. Ia sebagai tanda bahawa setiap apa yang bermula pasti punya banyak kelemahan dan perlahan-lahan dibaiki tanpa berhenti sekaligus ia sebagai bukti untuk mereka yang baru belajar atau ingin belajar menulis dan berblogging.

Sebagai blogger, setiap apa yang ditulis didalam blog ini hanya pandangan peribadi penulis dan hasil dapatan kajian dan bacaan serta pengalaman penulis. Adalah disyorkan anda merujuk mereka yang lebih pakar atau mengkaji sebelum mencuba apa yang ditulis di blog ini kerana apa yang anda lakukan akan kembali kepada diri anda sendiri. Penulis tidak akan bertanggung jawab atas salah kefahaman anda.

Terima kasih untuk anda dan sesiapa sahaja yang terus menyokong blog ini, berkongsi setiap artikel blog ini di media sosial, di group whatapps atau telegram, juga mereka yang mengamalkan ia jika ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda.

Doakan semoga penulis terus diberi kekuatan menulis, mencari ilmu, membaca, mengkaji, melakukan research, diberi ilham dan semangat untuk terus memberi ilmu dan sokongan dalam memartabatkan kecintaan kepada makanan sebenar dan bahan semulajadi.


Terima kasih.





Crunchy Flakes by QK, SNEK UNTUK CHEAT DAY ANDA


Crunchy Flakes by QK dari campuran emping jagung, kacang pis hijau, kacang shandong, daun kari goreng dalam rempahan kari kaw yang enak.



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Snek, kudap-kudap, kunyah-kunyah, makanan ringan adalah makanan biasa yang diinginkan manusia pada waktu dan hari-hari tertentu.

Ada yang memilih jajan, coklat, kerepek, keropok, bepang, kekacang dan pelbagai lagi untuk menghilangkan rasa bosan dan untuk mengurangkan rasa lapar juga bagi mereka yang tidak berselera untuk menikmati makanan berat.

Emping jagung antara snek popular malah merupakan sarapan sihat yang sering diwar-warkan di media serta diiklankan bagus untuk kesihatan dengan menambah susu sebagai menu untuk pilihan sarapan sihat.

Sayang seribu kali sayang, emping jagung sebenarnya ialah makanan proses sekaligus bukan makanan sihat untuk anda yang mengamalkan diet sihat atau eat clean.

Namun jika anda masih mengamalkan cheat day atau cheat menu anda boleh memasukkan emping jagung sekali sekala bagi mengantikan jajan, coklat, cookies, keropok segera dan sebagainya.

Crunchy Flakes BY QK tidak ditambah coklat proses, sos proses, caramel atau gula tiruan. Ia adalah emping jagung yang ditambah rempah kari asli, daun kari, kekacang, dan rempah ratus terpilih.

Terdapat pilihan tanpa tambahan stok ayam kerana stok ayam kekal sebagai salah satu bahan perasa yang mengandungi MSG. Namun jumlah bahan stok ayam ini dikurangkan 50% dari ramuan ketika ia mula-mula diperkenalkan bagi mendidik anda untuk menikmati makanan lebih sihat.

Untuk anda yang sukakan emping jagung, rasa kari kaw, kekacang seperti kacang Shandong dan kacang pis, daun kari yang digoreng segar dan pelbagai rempah lagi, anda boleh mencuba CRUNCHY FLAKES BY QK ini.

Untuk masa ini harga sebotol CRUNCHY FLAKES BY QK ialah RM12 .  Pembelian minima ialah 4 atau 8 botol terpulang pada keadaan semasa stok.

Sila hubungi atau whatapps terus ke

016 276 2636

Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut produk ini.

Terima kasih.







Rabu, 7 Mac 2018

8 CARA MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON UNTUK LELAKI DAN WANITA


8 Cara Yang Membantu Meningkatkan Hormon Testosteron Anda



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hormon amatlah penting dalam operasi tubuh manusia, ia mempunyai hubungkait antara kesihatan mental, fizikal, seksual malah emosi.

Antara hormone penting yang sering dibincangkan ialah hormone testosterone untuk lelaki dan wanita. Hormon Testosterone di katakan penting dalam fungsi otot, mewujudkan emosi yang baik, membakar lemak, menggurangkan kedut, mengelakkan sembab malah membantu mereka yang mengalami emosi yang sering berubah-ubah. Jika terdapat individu yang mempunyai isu kulit kering dan berkedut, mudah baran dan mood yang berubah-ubah dengan cepat, ia perlu membuat ujian hormone testosterone dan kebiasaannya ia berkaitan rapat dengan hormone testosterone.

Antara 8 Perkara dan Rahsia yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan HORMON TESTOSTERON sekaligus mengurangkan risiko mood mudah berubah-ubah, mood swing, menambah otot tubuh, mengurangkan kedutan dan kulit serta tubuh yang cepat tua, adna boleh melakukan 8 PERKARA INI YANG MEMBANTU MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON BAGI LELAKI DAN WANITA.


1. Latihan Fizikal Yang Sistematik Dan Tersusun

Anda sudah pergi ke gymnasium setiap hari, namun emosi dan kesihatan anda masih tidak berubah. Maka anda kena melihat kembali latihan yang anda lakukan. Waktu bila dan latihan apa. Tidak semua latihan sesuai dengan tubuh anda dan bukan semua waktu sesuai untuk melakukan latihan.

Jangan hanya melakukan satu jenis latihan, pelbagaikan. Hari ini anda boleh melakukan yoga,  hari esok kardio, kemudian angkat berat pada hari lusa, latihan regangan, berlari, berenang, berjalan laju dan pelbagai latihan fizikal lain termasuk memanjat bukit. Terdapat pelbagai latihan fizikal popular dari tabata, lifting weight, burst training dan sebagainya. Anda boleh belajar satu demi satu latihan ini untuk mengelakkan tubuh anda ‘tepu’ dengan latihan yang sama.


2. Belajar Mengamalkan Herba Ashwaganda

Herba Ashwaganda semakin terkenal dalam dunia perubatan holistic. Herba yang terkenal dalam perubatan India ini terkenal untuk mengurangkan hormone kortisol, mengurangkan perasaan tertekan, mengstabilkan emosi , bagus untuk mereka yang mempunyai isu berkaitan tiroid, malah adalah satu remedy berkesan untuk individu yang mengalami sukar tidur atau sukar mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti.


3. Amalkan Biji Halba

Terdapat beberapa hadis mengenai keistimewaan halba. Masyarakat Malaysia beruntung kerana mudah mendapatkan halba termasuk di kedai runcit dan harganya juga dikategorikan murah. Jika anda google anda akan mendapat pelbagai keisitimewaan halba dalam islam dan perubatan yunani. Halba terkenal dalam perubatan usus atau penghadaman, memanaskan badan, menambah susu badan untuk ibu menyusu, membantu meningkatkan hormone testosteron, bagus untuk mereka yang alah laktasi. Anda boleh membancuh sendiri teh halba dan campurkan ia dengan perahan lemon untuk rasa lebih enak. Pilihan lain anda juga boleh membuat sprouted fenugreek seed atau biji halba tercambah sebagai menu makanan anda sama ada dalam biskut atau masakan nasi goreng dan sebagainya.


4. Cendawan Truffle

Cendawan terkenal lama dalam perubatan sebagai makanan dan perubatan anti kanser juga untuk antioksidan juga awet muda. Cendawan terkenal dalam diet cina lama terutama sup cendawan bersama stok ayam. Amalkan cendawan dalam diet anda, cendawan jenis truffle digalakkan untuk dijadikan amalan dan menu harian anda bagi membantu anda meransang hormone testosterone anda. Pilihan lain anda juga boleh mencuba minyak pati ‘Truffle’. Selain cendawan truffle, cendawan butang dan jenis cendawan lain juga bagus untuk hormon testosteron. Anda juga boleh menikmati kobis, brokoli dan saderi untuk meningkatkan hormon testosteron ini.

5. Himalayan Shilajit

Bahan toksid logam berat @ heavy metal seperti aluminum, mercury, plumbum terbukti menganggu hormone sekaligus kesihatan fizikal, mental dan emosi manusia. Semakin tinggi bahan logam (heavy metal) dalam tubuh, semakin ia mengakibatkan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh manusia
Himalayan shilajit, satu lagi herba terkenal yang membantu membuang dan menyahkan toksin logam berat ini. Himalayan shilajit membantu proses detoks tubuh dan mengurangkan toksin didalam tubuh. Tubuh yang kurang toksin dan bersih akan menjadi lebih ringan, kurang keradangan dan sekaligus mewujudkan emosi yang lebih stabil sekaligsu membantu meningkatkan hormone testosteron.


6. Keperluan Mineral seperti Zink, Magnesium Dan Boron

Masyarakat hari ini terbukti kekurangan pelbagai mineral penting seiring diet dan udara yang tidak sihat. Kekurangan Mineral dan galian penting seperti zink, magnesium dan boron antara punca yang menyebabkan ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan hormone testosteron. Pastikan anda mendapat cukup keperluan mineral dan galian ini. Dapatkan ia dari makanan sebenar atau pun supplement semulajadi bukan sintetik.


7. Biji Dan Kulit Anggur

Dalam islam, anggur dan biji anggur adalah antara makanan yang sering digalakkan diamalkan. Biji anggur dan kulit anggur juga antara makanan yang digalakkan untuk meningkatkan hormon testosteron. Pastikan anda mendapatkan anggur organic, jika sukar rendam dahulu anggur yang anda beli dalam air garam dan cuka sebelum cuci dan makan.


8. Sup Tulang atau Bone Broth

Bone Broth atau sup tulang terkenal zaman berzaman dalam perubatan cina dan kini ia semakin digemari ramai atas khasiatnya yang tinggi vitamin, mineral, galian dan kolagen.

Sup tulang dipercayai membantu usus yang bocor dan mencantikkan kulilt sekaligus meningkatkan hormone testosteron. Pastikan anda memilih binatang yang dibela secara liar atau lepas bebas, tanpa antibiotik dan tanpa GMO.

Selamat Mencuba 8 Cara Bagi Meningkatkan Hormon Testosteron Untuk Lelaki Dan Wanita ini.



Terima Kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...