SAY NO TO STEROIDS - GAMBAR DARI GOOGLE |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada
semua pembaca blog saya yang tersayang.. untuk sambungan entry sebelum ini PUNCA-PUNCA EKZEMA saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai fasa-fasa Topical
Steroid Withdrawal (TSW)..
Sebelum itu, harus dinyatakan disini, Ekzema
sebenarnya boleh dikawal dari mula tanpa menggunakan krim steroid, tetapi
kerana ramai antara kita tidak tahu apa itu eczema dan mula resah apabila badan
ditumbuhi tompokan atau bintik merah membuatkan ramai mencari jalan mudah dengan
bertemu doctor terutama jika ia melibatkan bayi yang baru lahir. Ekzema
mempunyai rawatan semulajadi yang selamat tanpa mengunakan bahan kimia, saya
akan menulis entry mengenai rawatan semulajadi pada masa yang sesuai nanti.
Baiklah dibawah ini adalah antara fasa TSW yang
akan dilalui oleh pesakit Ekzema yang pernah mengamal menyapu krim steroid :-
1. Memulakan penghentian krim steroid dalam
seminggu @ 2 minggu ada lebih ada kurang yang mula menunjukkan simpton TSW.
2. Bermulanya tumbuh kembali bintik-bintik merah ,
ruam atau eczema.
3. Ekzema mula merebak dan tumbuh walau dikawasan
yang tidak pernah disapu steroid.
4. Kulit mulai merah teruk, rasa terbakar dan
panas…
5. kulit merah dan bisa serta tidak boleh disentuh
lansung.
6. kulit tidak boleh terkena air.. rasa ingin
menangis.. kulit sunburn… ketika ini cuaca panas sakit akan lagi teruk.
7. berlaku radang kulit seperti eczema.. (perasaan
stress sudah mula menguasai pesakit kerana ia mula merebak jauh dari jangkaan,
kulit kering dan pecah serta luka-luka)
8. Terdapat juga pesakit yang mengalami kaki dan
tangan bengkak kerana bendalir didalam badan.
9. Kulit berair, hanyir dan selalu luka kerana
menggaru.. (anda diminta bersabar banyak-banyak kerana air yang keluar itu
adalah toksid dan amat gatal.. serta menyebabkan radang…)
10. ketika proses diatas.. tidak kira apa pun yang
anda sapu, pantang… makanlah segala vitamin supplement sekali pun.. proses
pengeluaran toksin akan terus berlaku.. .cecair akan terus keluar dan ketika
ini biasanya tidur anda akan kerap tergangu, dan stress akan meningkat
mendadak, anda diminta untuk mengawal stress anda kerana ia hanya akan
menyebabkan TSW anda lebih teruk).
11. Ketika fasa diatas anda digalakkan mengambil
cuti kerja @ belajar.. kerana honestly proses TSW ini memang amat mencabar dan
menyeksakan
12. Kulit kering dan mengelupas.. selepas kulit
berair tadi mulai kering.. ia akan mula mengering dan kerana kekeringan itu
juga menyebabkan gatal.. ketika ini kulit kering @ flaky skin akan berguguran dimana-mana.
Sila rajin sapu dan mop.
13. Ketika proses ini suhu badan anda juga tidak
menentu. .sekejap panas , sekejap sejuk,
14. Emosi menjadi-jadi , anda akan sentiasa rasa
ingin marah, tidak dihargai, rasa ingin menangis, menjerit, emosional lebih..
jadi anda diminta supaya sentiasa berzikir pada waktu-waktu ini.
15.noda limfa membengkak ( ketulan dibahagian
ketiak, pelipat kaki (belakang lutut), celah kelangkang, keliling rusuk. Ketika
ini badan pesakit sedang detox dan kelenjar membengkak adalah normal) – walau
bagaimanapun jika anda rasa pelik , boleh berjumpa doctor, tapi pastikan tiada
penggunaan steroid oleh doctor.
16. Rambut gugur & bulu mata gugur (akan tumbuh
balik lagi subur selepas proses TSW ini)
17. Sakit Mata , mata pedih, kering, merah, berair,
sensitive pada cahaya, kabur dan keluar lendir ( Bagi pesakit yang pernah
menggunakan steroid dikawasan mata atau dalam mata , untuk mereka yang menggunakan
ubat steroid terutama yang membuat lasik, kesan TSW pada mata boleh menyebabkan
KATARAK. Sila ambil perhatian.
18.
Tiada tenaga – kerana tidur yang terganggu dan tekanan perasaan memang anda
akan tiada tenaga ditambah dengan kesakitan dan seksa yang ditanggung ketika
proses ini.
19.
Sukar untuk tidur – kerana kegatalan yang teruk tidak kira masa, memang
menyukarkan anda untuk tidur dalam jangka masa proses TSW ini
20.
Tiada Selera Makan – ketika melalui proses yang menyakitkan ini secara
automatic anda akan tiada selera makan.
21.
Perasaan rendah diri dan stress yang tinggi – ketika fasa TSW ini memang
perasaan rendah diri itu muncul kerana ruam-ruam yang tumbuh dibadan anda,
termasuk stress yang tinggi dalam menghadapi cabaran TSW yang mencabar ini..
tetapi jangan bimbang proses ini bukan selamanya.. ia mengambil masa untuk
membuang segala toksin didalam tubuh anda bukan sahaja steroid yang anda
amalkan sahaja. Selepas proses TSW ini berakhir diri ANDA YANG BARU akan
muncul.. insyaalah.
22.
TSW ini mempunyai beberapa cycle.. ada yang melalui 1st cycle yang
teruk dan yang kemudian kurang teruk, dan ada juga yang melalui 1st
cycle kurang teruk tapi yang kemudian teruk.. semoga anda semua sabar dan tabah
dalam melalui proses TSW ini..
***
KETIKA PROSES TSW INI SILA HENTIKAN PENGGUNAAN SABUN MANDI BIASA SAMA SEKALI..
ANDA BOLEH BERTUKAR KEPADA PRODUK MOOGO ATAU BUDS SEBAGAI GANTIAN ATAU MANDI
MENGGUNAKAN AIR BIASA SAHAJA ATAU EPSOM SALT.
Baiklah
ini sahaja entry yang saya boleh coretkan untuk kali ini, saya akan sambung
tajuk entry seterusnya dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry
ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss..
***
Jutaan terima kasih keatas FACEBOOK EKZEMA GROUP MALAYSIA – NAAE atas segala
ilmu yang dicurahkan didalam group yang diikuti oleh saya.. segala maklumat dan
ilmu diatas saya pelajari dari NAAE… dan dari pengalaman diri saya sendiri…