Perbincangan pertama untuk Review |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bayangkan jika ketika ingin menulis Blog, saya mengikutkan kata hati yang inginkan kesempurnaan.
Pasti Blog ini sehingga hari ini masih belum wujud.
Bayangkan jika saya mengikut kata sekeliling yang mengatakan gambar yang cantik dan mempersonakan adalah wajib, satu artikel pun masih tidak dikongsikan di Blog ini.
Mengharapkan kesempurnaan, dan menginginkan kesempurnaan akan menyebabkan anda mungkin tidak akan bermula sama sekali.
Berlawan dengan kepuasan untuk menulis artikel paling menarik bersama gambar yang mengagumkan akhirnya saya berjaya menewaskan perasaan, hanya mahukan yang terbaik dan keinginan diri saya sendiri sebagai Blogger yang mahukan Blog saya itu cantik dan profesional.
Bayangkan saya pernah membeli satu domain khas qisya.com namun sehingga habis tahun tidak digunakan. Pernah mengupah seorang designer Blog namun hasil tidak seperti saya inginkan, akhirnya Blog qisya.com itu terkubur sehingga hari ini tanpa sebuah artikel tersiar sama sekali.
Itu bayaran yang saya bayar dalam mencari dan menunggu kesempurnaan.
Berbeza dengan Blog ini. Saya menulis tanpa mempedulikan semua pandangan yang berlegar di benak ini.
Saya abaikan semua kata-kata Yang saya rasakan orang akan perkatakan mengenai saya dan Blog saya.
Saya abaikan tentang kejatuhan, saya sahut setiap cabaran yang sering bertebaran di benak saya. Saya percaya itu hanya kata-kata negatif yang langsung tidak memberi apa -apa manfaat.
Akhirnya pada awal-awal bulan pertama Blog ini, ia lahir dari segala artikel yang penuh ikhlas. Menulis Blog bermula Febuari 2013, menggunakan semua gambar dari Facebook dari tahun 2012 ke tahun 2009, itulah gambar yang digunakan bagi artikel 3 bulan pertama Blog ini.
Bayaran atas keberanian dan membuang perasaan malu menulis dan mengabaikan kata negatif yang otak dan benak sendiri keluarkan akhirnya artikel Blog ini pada 3 bulan pertama telah berada di pages pertama Google.
Bukan 1 atau dua artikel sahaja, malah hampir sepuluh artikel, sedangkan ketika itu hampir sebulan saya berhenti menulis kerana memikirkan saya tidak mendapat apa apa dari Blogging. Itulah saya, keuntungan itu penting kerana masa itu emas.
Namun, manusia tetap manusia. Membaca komen salah seorang pembaca mengucapkan terima kasih atas perkongsian tempat Makan Best Di Kuantan yang menolong beliau dan keluarga bercuti dan menjimatkan masa, mendapat komen pertanyaan seorang owner home stay yang inginkan suggestion saya tempat Makan untuk kawannya yang akan datang bercuti ke Kuantan, teguran dari seorang pembaca saya menggunakan ejaan dan bahasa yang langsung beliau tidak faham akhirnya mengubah saya 360 darjah sekaligus pandangan saya sendiri, bahawa hidup ini bukan untuk Blogging suka-suka sahaja.
Hari ini anda melihat dan membaca setiap perkongsian cerita.
Gambar di setiap artikel masih tidak cantik sempurna seperti saya inginkan.
Namun bayangkan jika saya masih kekal bersama prinsip gambar sempurna, bukan gambar kekampungan tentu artikel di Blog ini hanya beberapa kerat sahaja.
Memudahkan kerja, saya ambil gambar sekaligus sahaja.
Saya inginkan ketika saya ingin menulis gambar telah tersedia.
Sempurna dan cantik jatuh nombor 2, paling penting apa yang ingin saya kongsikan untuk para pembaca saya.
Sebagai Blogger saya tentu ingin terus memotivasikan diri saya sebagai Blogger, dalam waktu yang sama memotivasikan pembaca dan pengikut Blog saya sendiri.
Sebagai insan yang pernah berjuang dalam melawan ekzema tanpa steroid dan mengharungi Topical Steroid Withdrawal saya juga ingin terus memotivasikan anda ke arah pemakanan dan fikiran lebih sihat.
Sebagai orang yang pernah merasa naik, turun, mencuba untuk naik dan berjuang menjadi insan lebih baik, saya juga inginkan sesiapa sahaja tidak kira pembaca, sahabat, musuh atau hater sekalipun mendapat pengajaran dan Kebaikan dari Blog ini ataupun diri saya sendiri.
Abaikan apa orang kata, apa diri sendiri fikir. Buat sahaja.
Percayalah sesuatu yang baik dan membantu insan dan golongan lain tetap diberi pahala.
Seiring mendapat pahala tentu sahaja ia dipenuhi kebaikan.
Seiring mendapat pahala tentu sahaja ia dipenuhi kebaikan.
Terima kasih.