Selasa, 8 Disember 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 28 :- RESTORAN BOMBAY HAMID BROSS

restoran yang tersergam indah di tepi Jalan Besar berhampiran TAMAN KERANG atau  berada di Jalan Mahkota

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Ini adalah artikel sambungan dari link sebelum ini iaitu 

Salah sebuah restoran masakan INDIAN terkenal di KUANTAN , ketika ini ialah RESTORAN BOMBAY di bawah milik HAMID BROS iaitu jutawan Kuantan yang turut mempunyai kedai buku, kedai runcit dan kedai emas , di mana ketiga-tiga perniagaan ini berada berhampiran bangunan perniagaan yang berdekatan.





Kedudukan RESTORAN BOMBAY yang baru di buka ini berdekatan TAMAN KERANG sahaja, Taman kerang pula berdekatan dengan Masjid Besar, Kuantan.

Restoran BOMBAY yang terkenal dengan masakan beriani ini berada betul-betul sebelah atau berdekatan RESTORAN ALIF , daun pisang.




Pertama kali melihat RESTORAN BOMBAY ini , terdetik di hati saya mungkin makanan di sini mahal, tetapi setelah memasuki RESTORAN BOMBAY ini dan melihat segala menu makanan dan minuman di sini ternyata harga disini murah dan berpatutan bermula dari Serendah RM1 sahaja.




Restoran BOMBAY ini baru sahaja di buka dan tentu sekali hiasan dalaman di dalam restoran ini bersih dan cantik sekali. Malah penghawa dingin turut dipasang di dalam restoran ini sekaligus memberi rasa nyaman ketika menikmati makanan di sini.



Ketika saya tiba untuk sarapan pagi di sini, telah ramai pelanggan yang datang makan d isini, baik dari kaum melayu, kaum cina dan kaum india sendiri.

mengambil gambar di depan cermin memang kegemaran saya

Ruang restoran yang luas bersih dan di hias cantik amat menarik hati dan tidak seperti restoran mamak lain, anda tidak perlu risau tentang bau masakan yang melekat di baju anda kerana penghawa dingin yang digunakan selain , dapur memasak yang berada jauh dari meja makan yang di sediakan.












Di bawah ini adalah antara menu yang sempat saya ambil gambar untuk rujukan anda. 

Harga di RESTORAN BOMBAY ini memang murah dan berpatutan. Sila lihat senarai menu dan harga yang tertera yang sempat saya ambil gambar di bawah ini.










Saya memesan SET MORNING SPECIAL  yang berharga RM4.80 untuk sarapan pagi saya bersama sahabat saya, Wan. Sahabat saya , Wan pula memesan set CAPATI yang berharga RM2.50.

Saya memilih meja berdekatan cermin yang di hiasi perkataan Restoran Bombay
Set SARAPAN PAGI , MORNING SPECIAL ini terdiri dari idli, vadai, mini tosai @ puri, manisan dan mini kopi dan hanya berharga RM4.80

SET MORNING SPECIAL - abaikan kesari yang berwarna kuning itu, ia tidak termasuk dalam set ini
mini kopi turut diberikan percuma untuk set MORNING SPECIAL ini

di dalam mini tosai ini telah di isi kuah dal dan sedikit sayur. Rasa lain dari yang lain





set capati yang berharga RM2.50
CAPATI di sini terasa lemaknya dan sedap sila cuba

antara manisan yang dijual disini hanya berharga RM1
Di bawah ini ialah gambar saya menikmati makanan di RESTORAN BOMBAY ini.





Berikut ialah antara gambar dan pemandangan yang sempat saya ambil di RESTORAN BOMBAY pada waktu sarapan pagi.



ramai pelanggan yang datang menikmati sarapan pagi di restoran ini
penghawa dingin yang kuat serta baru memberikan rasa nyaman kepada pelanggan yang menikmati makanan di sini.



Di bawah ini adalah antara pemandangan dan antara menu hidangan lain untuk tatapan anda.
















Untuk anda yang mempunyai anak kecil, jangan risau, kerusi untuk kanak-kanak turut disediakan.


Pujian memang wajar diberikan kepada pemilik dan pekerja restoran ini yang ramah tamah dan perkhidmatan di restoran ini juga amat pantas. Beberapa kali pekerja restoran ini datang ke meja saya untuk memastikan segala menu dan kelengkapan diberikan.

Kebersihan dan keluasan restoran ini juga adalah bonus untuk restoran ini menjadi antara tempat wajib untuk anda membawa sahabat, keluarga dan insan tersayang anda menikmati makanan di sini.

Sila datang segera, anda tentu berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang pantas di restoran ini. Anda tidak perlu risau andai terpaksa lewat masuk ke pejabat jika menikmati makanan disini.

Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN :- AKAR KOPI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...