Rabu, 29 Ogos 2018

11 KHASIAT & KEBAIKAN TEH HITAM






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Teh terkenal zaman berzaman sebagai minuman petang dan pagi bagi kebanyakan penduduk dunia. Malah teh hitam juga adalah teh dan minuman yang paling banyak dikonsumi penduduk dunia.

Antara teh yang paling terkenal termasuklah the hitam. Malah di Malaysia terutama dikalangan kaum melayu, menikmati teh hitam bersama biskut atau kuih muih ketika pagi atau petang telah menjadi amalan berketurunan. Malah kebanyakan rumah melayu sentiasa ada teh hitam ini di dapur.

Teh hitam atau black tea yang terkenal zaman berzaman ini mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada kulit dan tubuh.

Teh hitam mempunyai rasa yang lebih kuat berbanding the lain, dan teh hitam jgua terkenal mengandungi lebih kafein berbanding teh lain didunia. Namun satu keistimewaan teh hitam walaupun ia mengandungi kafein yang tinggi berbanding teh lain, kafein didalam teh hitam tetap kurang berbanding kopi.

Berikut antara 11 kebaikan dan khasiat TEH HITAM dan mengapa sesekali anda harus mengamalkannya.

1. Teh hitam mengandungi antioksidan
Istimewanya tumbuh-tumbuhan, setiap satunya mengandungi antioksidan yang penting untuk tubuh. Teh hitam antara tumbuhan yang kaya sumber antioksidan yang penting untuk kesihatan . Dengan menghirup secawan teh hitam, antioksidan didalamnya akan membantu menyahkan toksin dan radikal bebas didalam tubuh sekaligus mengurangkan kerosakan sel. Sumber antioksidan ini juga dipercayai mengurangkan risiko penyakit kronik.
Antara sumber antioksidan popular dalam the hitam ialah polyphenol. Antara sumber polyphenol ini termasuklah catechin, theaflavins dan thearubigins. Sumber antioksidan ini membantu melindungi tubuh keseluruhannya.


2. Membantu Mengurangkan Stress dan tekanan

Jika anda merasa stress dan tertekan, minum secawan teh hitam panas. Tambahkan sehiris limau nipis, lemon atau sebiji limau kasturi. Jangan lupa tambah sesudu gula perang. Ia akan membantu meringankan kepala anda dan mengurangkan stress.


3. Mengurangkan risiko Kanser Payudara

Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam teh hitam dipercayai membantu mengurangkan risiko kes kanser payudara dikalangan wanita. Kandungan Polyphenols didalam Teh hijau ini dikatakakan antara antioksidan yang memerangi sel kanser termasuk sel kanser payudara.


4. Teh hitam mengandungi Flavonoids yang bagus untuk kesihatan jantung.

Flavonoids yang sering ditemui didalam pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan dan coklat hitam turut terdapat dalam teh hitam.

Pengamalan minum teh hitam di katakana memabntu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk darah tinggi, kolesterol jahat dan obesity.

Dalam satu kajian rawak, hasil kajian mendapati mereka yang minum the hitam selama 12 minggu kurang kandungan nilai trighlyceride 36% ,  kandungan gula dalam darah juga berkurang dalam 18% dan HDL / LDL turut menurun  dalam linkungan 17%. Kajian lauin menunjukkan mereka yang minum 3 cawan teh hitam sehari turut mengurangkan riskiko sakit jantung sebanyak 11%.


5. Mengurangkan kadar kolesterol Jahat.

Dalam pelbagai dapatan kajian, dipercayai bahawa menikmati secawan teh hitam turut membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah.


6. Membantu Menyihatkan Usus

Kandungan polyphenols didalam the hitam turut membantu menyeimbangkan bakteria baik didalam usus, malah dipercayai kandungan antimicrob didalam teh hitam juga memabantu membunuh bakteria jahat sekaligus membantu menyihatkan usus.

  
7. Membantu Mengurangkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi semakin menjadi isu didunia ini. Malah dikatakan hampir satu billion manusia menghadapi isu tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi bersangkut paut dengan risiko kesihatan jantung, kegagalan buah pinggang, stroke, kehilangan penglihatan dan serangan jantung. Dengan menikmati secawan teh hitam, ia dipercayai turut membantu dalam pengawalan tekanan darah.


8. Mengurangi Risiko Strok

Strok dikatakan berlaku apabila perjalanan darah seolah diblok dan tidak berfungsi diotak. Strok deikatakan berkaitan dengan otak. Bagi mengurangi risiko strok, dinasihatkan untuk setiap individu menjadi aktif, menjalani hidup dengan lebih sihat, kurangi stress, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan proses serta menjauhi rokok.  Teh hitam dipercayai antara minuman teh yang boleh membantu mengurangkan risiko  strok.


9. Mengurangkan Gula dalam Darah
Teh hitam juga dipercayai membantu menstabilkan gula didalam darah dengan membantu mempertingkatkan fungsi insulin dalam tubuh.


10. Teh Hitam membantu anda lebih fokus

Kandungan kafein dan asid amino yang dipanggil L-theanine yang terdapat dalam teh hitam dipercayai membantu anda untuk lebih fokus. Asid Amino ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti alpha di otak dimana ia boleh meningkatkan konsentrasi dan fokus.


11. Memilih Teh Hitam Terbaik

Anda hanya perlu bijak memilih teh hitam tanpa pewarna dan tanpa racun. Antara teh hitam yang dipercayai tidak mengandungi pewarna dan menggunakan racun ialah teh popular dari Malaysia iaitu teh sabah. Ia bukan sahaja murah dan mudah didapati malah selamat untuk diminum. Jika anda mempunyai budget lebih anda juga boleh membeli daun teh organic yang turut boleh dibeli secara online.

Selamat menikmati dan menghirup teh hitam anda.


Terima kasih.


Isnin, 27 Ogos 2018

15 BAHAYA DAN KEMUDARATAN GULA PADA KESIHATAN - BAHAGIAN 1




Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.

Semakin hari, semakin ramai individu yang menyedari bahaya gula. Gula putih khususnya dipercayai antara bahan utama penyebab pelbagai penyakit. Berjuta rakyat termasuk rakyat Malaysia Khususnya menderita pelbagai penyakit akibat gula.  

Info dibawah menyatakan betapa kita sebagai manusia harus mengurangi pengambilan gula dalam pemakanan seharian kita:-


1. Dikatakan hampir 11.6 juta daripada 16 juta orang dewasa menghidapi penyakit yang sukar diubati seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser.

2. Penduduk Malaysia mengkonsumi purata 26 sudu teh gula sehari.

3. Malaysia antara Negara Asia yang mempuyai berat badan berlebihan dan ia melibatkan lebih 54% penduduk dewasa.

4. 6 kes strok baru berlaku setiap hari staip jam di Malaysia.

5. Malaysia kaya dengan pesakit diabetes. Malah, Malaysia menduduki tempat ke 4 tertinggi di Asia.

6. 4 daripada 5 pesakit diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di Malaysia).
 

GULA PEMBUNUH SENYAP YANG TIDAK DISEDARI

1. Gula secara kimia dikatakan hampir menyamai alcohol dan prosesnya sama seperti heroin. Malah ketagihan gula juga dikaitkan seperti ketagih pada ‘heroin’.

2. Gula juga dianggap umpama ‘dadah’ dan boleh mengakibatkan ketagihan.

3. Gula adalah makanan bukan asli malah ‘beracun’, gula juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit, terdapat 60 penyakit yang tersenarai yang dipercayai akibat ketagihan gula.

4. Terdapat pelbagai bahan makanan yang tinggi gula diluar pengetahuan masyarakat.

5. Antara bahan makanan yang biasa diamalkan dan tinggi gula dan bahan proses namun dianggap sihat termasuklah bijirin sarapan, biskut coklat cip, coklat, air berkarbonat, susu proses, minuman tenaga, minuman isotonic, kicap dan pelbagai sos juga makanan lain yang berproses.

6. Gula diperkenalkan ke dalam diet atau pemakanan manusia hanya selepas 500 tahun masihi. Sebelum itu, gula tidak wujud dalam pemakanan manusia. Sejak wujud dalam masyarakat manusia, gula menyebabkan manusia semakin ketagih kepadanya umpama ‘kokain’.

7. Gula bukan sahaja menyebabkan penyakit malah menyebabkan penuaan berlaku dengan cepat.

8. Selain kanser dan diabetes, gula juga menjadi punca kepada penyakit asma, alahan dan penyakit jantung.

9. Selain itu gula turut mengakibatkan kekurangan zat galian dan vitamin dalam tubuh sekaligus menyebabkan beberapa masalah kesihatan akan timbul.
Terdapat pelbagai lagi info mengenai gula dan mengapa racun putih atau serbuk putih paling merbahaya ini perlu dijauhi.

Artikel mengenai gula ini akan bersambung untuk bahagian seterusnya.

Terima kasih.


 *** sumber maklumat dari Panduan CAP.





Ahad, 26 Ogos 2018

11 KHASIAT DAN KEBAIKAN SAWI HIJAU YANG ANDA PERLU TAHU DAN AMALKAN




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sayur sawi hijau antara sayur-sayuran popular yang sering dijadikan sayur untuk masakan mee, bihun atau kuew tiaw.

Terkenal dikalangan kaum cina, sayur sawi hijau antara sayur-sayuran yang tinggi khasiat dan antioksidan.

Ketika mengharungi dugaan ekzema 'menjerit' atau Topical Steroid Withdrawal beberapa tahun dahulu, sawi adalah antara sayur hijau yang menjadi bahan untuk juicing yang harus ditelan untuk mempercepatkan penyembuhan.

Sahabat saya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memberitahu saya, dalam kita perubatan islam yang dibaca beliau di Mesir, ditulis betapa sawi amat bagus untuk mata. Lobak untuk retina mata dan sawi lebih kuat dari lobak untuk penyembuhan mata. Beliau memesan kepada saya untuk mengamalkan jus sawi kerana tahu saya menghadapi rabun mata yang tinggi.

Malah kata ibu saya sawi juga antara tumbuh-tumbuhan mudah ditanam dan tumbuh dengan cepat. Namun pengalaman saya menanam di tanam kampung saya yang kurang subur penuh batu, ia tidak menjadi.

Antara khasiat dan kebaikan sawi yang saya dapati dari sumber bacaan di google dari blog doktor terkemuka dunia adalah :-


1. Sawi Hijau tinggi sumber antioksidan.

Seperti sayur-sayuran hijau lain yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan antioksidan. Sawi hijau antara super green yang kaya antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh untuk melawan pelbagai penyakit.


2. Terkenal sebagai makanan sumber paling sihat di dunia.

Dengan kandungan pelbagai vitamin dan galian, enak dibuat sup dan ditambah dengan pelbagai masakan nasi dan bihun, sawi antara makanan sihat paling terkenal didunia.


3. Mengandungi bahan detoks untuk hati dan darah.

Sawi hijau amat tinggi kandungan klorofil yang berfungsi mencuci hati  dan darah. Malah sumber ini turut dipercayai membantu mencuci kesan logam berat, bahan chemical dan racun serangga didalam tubuh.


4. Mengurangkan kolesterol tidak baik dalam tubuh

Dikatakan bahawa asid BILE didalam sawi hijau amat bermanfaat dalam mengurangkan kolesterol jahat didalam tubuh.Asid Bile ini juga berfungsi mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung terutama jika ia disebabkan oleh lemak jahat.


5. Tinggi phytonutrien

Sawi hijau amat tinggi phytonutrien seperti tumbuhan superfood lain. Phytonutrien ialah sumber yang dijumpai dalam makanan berunsur tumbuh-tumbuhan.  Fitonutrien dikatakan bagus dalam mengurangkan penyakit kanser, risiko penyakit jantung, risiko diabetes, risiko obesiti malah ia amat penting untuk melambatkan proses penuaan otak.


6. Sawi Hijau tinggi kandungan Serat.

Serat dan tumbuh-tumbuhan berpisah tiada. Ramai antara kita kini sedar kepentingan serat atau fiber ini dalam pemakanan seharian. Serat berfungsi mengurangkan risiko pelbagai penyakit selain memudahkan proses pembuangan dan mengelakkan kanser kolon. Antara penyakit yang boleh dicegah dengan pengamalan pemakanan tinggi serat ialah strok, hypertension dan penyakit usus.


7. Tinggi kandungan Vitamin K yang amat bagus untuk tulang.

Majoriti masyarakat dunia kini mengalami masalah tulang yang lemah akibat pemakanan dan lifestyle yang semakin mudah dan kurang aktiviti berjalan.  Vitamin K ialah antara vitamin yang amat penting dalam pembentukan tulang.

Sawi hijau mengandungi 524% kandungan vitamin K yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Vitamin K selain penting untuk pembentukan tulang yang kuat, ia juga berfungsi menyokong fungsi otak juga metabolisme tubuh. Malah ada kajian mengatakan fungsi Vitamin K dalam mengurangkan risiko osteoporosis dikalangan golongan tua. Selain itu vitamin K juga membantu dalam mengurangkan keradangan, malah wanita yang menghadapi isu PMS juga boleh mengamalkan sawi hijau kerana dipercayai vitamin K ini membantu mengurangkan kekejangan ketika haid.


8. Tinggi Kandungan Vitamin C

Bukan sahaja buah oren atau buah sitrus. Sayur-sayuran hijau juga antara makanan yang tinggi kandungan vitamin C.  Vitamin C di dalam satu cawan sawi hijau mencukupi keperluan 59% diet harian.  Ramai antara kita sedar dan tahu kepentingan vitamin C ini termasuklah dalam melawan radikal bebas, membaik pulih tisu dan sel tubuh, memperkuatkan tubuh dari sebarang serangan jangkitan dan virus , membantu membina kolagen tubuh dan pelbagai fungsi lagi.


9. Sebagai supplement semulajadi memperkuatkan kulit dan mata

Sawi tinggi kandungan vitamin A yang terkenal amat bagus untuk kesihatan mata. Satu cawan sawi hijau yang dimasak mengandungi 177% keperluan vitamin A harian yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu vitamin A juga amat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit.  Seperti Vitamin C, vitamin A turut membantu memperkuatkan imuniti, mencantikkan kulit juga mengurangkan risiko kanser.


10. Sawi hijau juga tergolong dalam kategori Cruciferous Vegetables.

Sayur-sayuran dalam kategori Cruciferous Vegetables adalah antara makanan yang digalakkan diamalkan terutama bagi mereka yang sering terdedah kepada penggunaan plastik sama ada bahan kegunaan harian atau dalam penyediaan makanan yang dimakan.


11. Bagus untuk mengawal penyakit ekzema dan psoriasis

Untuk mereka yang menghadapi isu kulit baik jerawat, ekzema atau psoriasis. Tambahkan menu sayur sawi hijau dalam pemakanan anda. Sayur ini amat bagus dalam menangani pelbagai isu penyakit berkaitan kulit dan alahan kulit.


Bagi anda yang kurang mengemari sayur atau sawi hijau, anda boleh mencuba membuat jus dengan mencampurkan sawi dan epal hijau, pilihan lain anda boleh mengisar sawi hijau dan buah mangga masak.

Selamat mencuba sawi hijau dalam pemakanan anda.

Terima kasih.





Terus Berusaha Diet Eat Clean





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Akhirnya diri sendiri harus akui, amat sukar untuk konsisten dalam blogging, bukan sahaja blogging atau semangat malah dalam menjaga pemakanan.

Membaca mengenai diet sihat setiap hari dalam facebook mahu pun melayari facebook yang sentiasa memaparkan mengenai pentingnya pemakanan dalam kesihatan dan betapa penyakit jantung yang kian menyerang masyarakat termasuk golongan muda tidak cukup kuat untuk menguatkan diri untuk menikmati makanan sihat.

Dikelilingi pelbagai makanan yang sering dibeli oleh orang sekeliling baik rakan taulan mahupun ahli keluarga, malah ada masanya diri sendiri yang membelinya hanya untuk 'Cheat  Day' akhirnya seperti yang sering diwar-warkan oleh kebanyakan pakar pemakanan menyebabkan diri terus tewas dan menjadikan ia kebiasaan.

Amatlah sukar kembali ke track rupa-rupanya jika anda bukan seorang yang kuat semangat, tidak cukup hanya tahu mengenai segala khasiat dan bahaya makanan jika anda sendiri tidak kuat untuk menepisnya.

Pernah menjaga diet sebulan dua, namun kembali ke diet yang semakin terabai akhinya menyebabkan eat clean semakin jauh dan sayur-sayuran dan juicing juga berbulan ditinggalkan. Amat bahaya rupanya bila anda terus terbabas dengan diet tidak sihat, dari berbulan masuk tahun.

Namun tidak semestinya anda terbabas dan terus terbabas, ada masanya jika tersedar anda harus bangun untuk kuatkan diri kembali untuk diet sihat. Mencuba beberapa kali malah puluh kali, kemudian tewas lagi bukan bermaksud berhenti mencuba, paling penting punyai niat untuk terus mencuba dan mencuba lagi.

Dengan pelbagai keraian dan cuti yang pelbagai di Malaysia, menikmati makanan diluar dan beramai-ramai antara cara meraikan pelbagai kegembiraan. Agak sukar untuk memupuk tabiat makanan sihat terutama di Malaysia ini makanan kegemaran masyarakat melayu khususnya kaya dengan makanan bergoreng dan berminyak baik dari sambal nasi lemak dan pelbagai makanan goreng teramsuk kerepek dan goreng pisang, itu belum termasuk kuih muih, kek dan biskut serta pelabagai makanan manis lain.

Sebagai manusia biasa kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjalani hidup ini lebih baik dan mengurangkan stress dalam kehidupan.

Salam sayang dari saya untuk semua pembaca blog ini. Selamat hari minggu.


Terima kasih.



Ahad, 12 Ogos 2018

19 KHASIAT & KEBAIKAN TOMATO




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tomato adalah antara sayur-sayuran yang sering dimasukkan dalam pelbagai masakan. Malah tomato antara bahan masakan yang digalakkan diamalkan dalam pemakanan seharian. Tomato menjadi antara makanan kegemaran masyarakat timur tengah dan barat dalam pelbagai menu masakan mereka.

Tomato terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh. Terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat tomato untuk kulit dan kesihatan. Diantara khasiat dan kebaikan tomato yang paling popular ialah :-

1. Tomato tinggi antioksidan. Antara bahan paling popular dalam tomato ialah lycopene dimana kebaikan lycopene ini amat bagus untuk kesihatan tubuh khususnya.

2. Tomato juga terkenal sebagai penawar kepada kesihatan jantung dan kanser.

3. Tomato tinggi kandungan vitamin C, potassium, folat dan vitamin K.

4. Tomato mengandungi 3.9 gram karbohidrat, 18 kalori, fiber sebanyak 1.2 gram dan gula sebangak 2.6 gram.

5. Tomato juga dikatakan antara makanan semulajadi yang tinggi kandungan air sehingga 90%.

6. Tomato terkenal untuk kesihatan mata di mana dikatakan tomato melindungi mata dari kerosakan cahaya, risiko katarak, risiko mata seiring usia.

7. Selain terkenal untuk kesihatan mata dan kulit, tomato juga bagus untuk kesihatan perut. 

8. Amalkan menikmati tomato dalam pemakanan seharian anda, tomato akan membantu melawaskan dan mengurangkan risiko perut buncit.

9. Istimewanya tomato, ia mengandungi 4 kandungan utama karotinoid iaitu alpha dan beta-karoten, lutein dan lycopene. Walaupun setiap dari satu sumber carotenoids ini boleh berfungsi sendirian, dan mempunyai fungsi sendiri kepada kepada kesihatan namun dengan 4 jenis kandungan utama dalam kumpulan karotenoid ini ia akan berinteraksi lebih maksima untuk memberi kesihatan yang lebih baik.

10.Tomato bukan sahaja terkenal dengan sumber antioksidan dan anti radang malah tomato ini juga antara sumber MSG semulajadi dalam masakan. Jika anda inginkan makanan yang enak tanpa MSG (monosodium glutamate) anda boleh menambahkan pes atau kisaran pati tomato asli didalam masakan untuk menambah keenakan masakan anda.

11. Tomato juga dipercayai oleh masyarakat India diantara makanan yang boleh menyingkirkan toksin didalam tubuh. Tidak hairanlah kebanyakan masakan india menggunakan tomato sebagai bahan.

12. Khasiat lycopene dalam tomato dikatakan lebih tinggi jika dimasak. Maka digalakkan anda memasak tomato dan sekali sekala dimakan mentah.

13. Tomato juga bagus untuk mereka yang menghadapi gangguan penafasan. Amalkan minum jus tomato mentah setiap hari untuk mengurangkan gangguan ini.

14. Tomato amat bagus diamalkan kaum lelaki kerana tomato dipercayai membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan penyakit jantung.

15. Tomato juga tergolong dalam sayur-sayuran yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

16. Bahagian kulit tomato adalah bahagian paling tinggi lycopene. Jangan sesekali anda buang kulit tomato ini.

17. Tomato juga antara sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dan Vitamin E. Malah tomato juga dikatakan bagus bagi mencegah gusi berdarah. Jika anda sering mengalami gusi berdarah, rajinkan diri anda menikmati tomato sebagai jus atau menambahnya dalam menu makanan anda.

18. Tomato juga dikatakan bagus bagi mereka yang sering menghadapi sengal tulang.

19. Tomato juga tinggi vitamin A, sekaligus ia baik untuk kesihatan mata. Gandakan vitamin A untuk kesihatan mata anda dengan menambah lobak merah dalam menu harian anda.

Sebaik-baiknya anda mengamalkan tomato organic atau tanam sahaja tomato dirumah anda dalam pasu bunga.

Selamat mencuba dan belajar mengemari tomato dalam pemakanan seharian anda.

Terima kasih.

18 KHASIAT& KEBAIKAN DAUN MORINGGA @ KELOR @ MURUNGAI


Daun moringga - imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Malaysia terkenal dengan pelbagai ulam-ulaman yang berkhasiat. Antara ulam yang semakin terkenal dan telah lama ditanam di Negara ini ialah daun kelor atau murunggai atau dalam bahasa English Moringga.

Daun kelor atau moringga telah lama diamalkan oleh masyarakat india dan selalunya dimasak bersama kuah kari dan telur dadah. Bagi sesetengah kaum mereka menjadikan daun moringga ini sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Sesetengah pengemar daun ini selalu memasak lemak kuning telur itik dan sayur masak lemak.

Daun moringga kini semakin popular di dunia sebagai salah satu sumber antioksidan yang kuat dan digemari pencinta kesihatan. Malah daun moringga turut tergolong dalam ‘super food’. Di sesetengah Negara, mereka menggelar daun moringga sebagai ‘ miracle tree’.

Terdapat jutaan khasiat dan kebaikan moringga serta kegunaan moringga, diantaranya ialah :-

1. Moringga kaya dengan khasiat untuk kesihatantubuh seperti anti fungal, anti viral, anti depressi dan anti inflamasi sekaligus ia bagus untuk dikongsumi oleh mereka yang mengalami dugaan ekzema, kanser, stress, gout, sakit sendi dan sebagainya.

2. Daun Moringga ini mudah dijumpai di India, Asia, Afrika dan selatan Amerika. Kini daun moringga turut dijual sebagai supplement kesihatan di pasaran.

3. Moringga kaya kandungan protein, vitamin dan mineral. Sekaligus ia bagus sebagai sayur-sayuran dalam diet.

4. Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam moringga termasuk vitamin A, vitamin B1 (Thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B6, Folate, asid ascorbic (Vitamin C), kalsium, potassium, zat besi, magnesium, fosforus dan zink.

5. Moringga juga dikatakan rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol tidak baik.

6. Sebagai tumbuhan ‘super food’ yang tinggi vitamin dan galian serta anti oksidan, moringga membantu dalam melindungi serta mencantikkan kulit dan rambut. Malah mereka yang menghadapi isu masalah dan kulit muka yang mengamalkan moringga berserta diet sihat mengalami perubahan kulit dan rambut yang lebih sihat.

7. Moringga juga membantu pesakit edema dengan fungsi anti radang yang dimilikinya.

8. Moringga juga turut membantu memperkuatkan organ hati dan membantu membaik pulih fungsi hati. Harus diingatkan ia juga harus beserta diet sihat.

9. Sebagai makanan tinggi antioksidan, ekstrak moringga membantu menghindari sel kanser dan membantu memulihkan penyakit kanser tertentu.

10. Kandungan kalsium yang tinggi didalam moringga termasuk fosforus membantu tulang yang sihat dan kuat.

11. Jika anda menghadapi kemurungan dan sering stress serta mudah naik angin, moringga dipercayai antara bahan makanan yang membantu mendapatkan mood yang lebih baik.

12. Selain cepat menyembuhkan luka, moringga turut dipercayai mengurangkan risiko diabetis dan membantu menyembuhkannya, mengurangkan asma dan melindungi dari penyakit buah pinggang.

13. Moringga juga dipecayai membantu mata untuk lebih sihat dan juga membantu mereka yang mengalami anemia.

14. Dengan segala khasiat moringga ini, bagi anda yang telah menghadapi penyakit anda digalakkan mendapatkan pendapat pakar yang merawat penyakit anda.

15. Dikatakan moringga antara bahan makanan yang mengandungi oxalate yang tinggi serta tidak sesuai dengan pesakit buah pinggang.

16. Mereka yang mengandung dan menghadapi isu HB rendah juga tidak digalakkan mengamalkan moringga walaupun moringga terkenal mengandungi kalsium dan antioksidan tinggi.

17. Moringga tidak digalakkan diamalkan setiap hari terutama dalam kuantiti yang banyak walaupun bagi orang yang sihat. Ini kerana moringga tinggi oxalate.  Risiko sakit badan atau sendi bagi mereka yang kerap menikmati moringga mentah dalam kuantiti yang banyak.

18. Sila amalkan moringga dan apa sahaja makanan kesihatan walaupun semulajadi secara sederhana dan berpada-pada.

Bagi mereka yang jarang menikmati sayur-sayuran serta mengamalkan diet yang tidak sihat, jika kali pertama anda menikmati moringga mentah, kemungkinan besar untuk anda mengalami ‘pening kepala’. Adalah disyorkan anda menikmati moringga dalam kuantiti yang sedikit atau celur sahaja moringga sebelum makan. Pilihan lain sila pilih menu moringga yang dimasak.

Moringga mudah didapati di pelbagai pasaraya dan dijual segar di bahagian sayur-sayuran seperti pasaraya Jaya Grocer, selain itu moringga turut dijual di pasar.

Jika anda bukan peminat sayur-sayuran anda boleh mencuba teh moringga, serbuk moringga yang boleh dicampurkan dalam air kegemaran anda atau beli sahaja kapsul moringga untuk mendapatkan khasiat moringga ini.

Selamat mencuba daun moringga @ kelor atau murunggai ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.






Isnin, 6 Ogos 2018

15 KHASIAT KUS KUS @ COUS COUS , BIJIRIN ALTERNATIF KEPADA NASI PUTIH


KHASIAT KUS KUS @ COUS COUS BIJIRIN ALTERNATIF KEPADA NASI

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah lama ingin berkongsi mengenai khasiat Kus Kus atau Cous Cous di blog ini.  Kus Kus atau Cous Cous adalah antara pilihan alternatif penganti nasi selain bihun perang, spaghetti, quinuo dan pelbagai lagi bijirin popular di dunia.

Kus Kus atau cous cous ialah makanan popular di Timur Tengah termasuk morocco, Turki, malah dikatakan bijirin ini turut popular di Perancis dan Afrika.

Kebiasaanya di masak bersama pelbagai sayur-sayuran dalam menu 'vegetarian'. Cous cous atau kus kus ialah bahan yang tidak asing lagi dikalangan pencinta diet sihat dan diet sayur-sayuran.

Berikut ialah 15 Dari Khasiat Kus Kus atau Cous Cous untuk info anda.

1. Mengandungi pelbagai nutrisi seperti karbohidrat 26%, protein 26%, fiber 20% dan kalori hanya 19%. Vitamin yang terdiri dari Niacin 17% , Panthoniec Asid 12%, Thiamin 11% dan vitamin  B6 6%. Juga kaya mineral seperti manganese 39%, fosforus, copper dan magnesium.

2.  Membantu mengcegah risiko penyakit atherosclerosis, penyakit jantung dan strok.

3. Mengandungi selenium yang dikatakan bagus dalam mengurangkan risiko kanser prostat. Malah selenium juga dikatakan membantu membaiki sel rosak di dalam tubuh selain membantu mengurangkan keradangan. Selenium juga bagus untuk kesihatan tiroid dan membantu dari sudut hormon. Di anggarkan dalam satu cawan cous cous atau kus kus mengandungi 60% keperluan selenium dalam diet harian. Malah dikatakan selenium ini turut membantu merendahkan kadar kolesterol dan menguranggkan risiko sakit jantung.

4. Selenium didalam kus kus juga dikatakan membantu mencegah beberapa penyakit kanser. Pastikan anda sertakan makanan tinggi vitamin C dan E untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dikalangan perokok.

5. Dengan pelbagai khasiat yang terdapat dalam kus kus , makanan ini turut membantu meningkatkan antibodi tubuh dan mengelakkan pelbagai penyakit.

6. Sebagai sumber tumbuhan yang mengandungi protein bagus yang terdiri dari pelbagai asid amino.

7. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah kalori, kus kus lebih rendah kalori berbanding nasi dan quinuo. Satu cawan kus kus hanya mengandungi 200 kalori.

8. Dengan kandungan protein dan fiber di dalam kus kus, menikmati kus kus turut membantu mengstabilkan gula dalam tubuh. Glisemix index bagi kus kus ialah 61.

9. Khasiat yang terdapat dalam kus kus turut membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

10. Tinggi sumber antibakteria dan antiviral.

11. Mengurangkan risiko sembelit dan memudahkan penghadaman usus.

12. Membantu menggalakkan pertumbuhan otot, sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan ideal.

13. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

14. Kus Kus amat mudah dimasak. 

Cara Paling Mudah Memasak Kus Kus

Cara penyediaan paling mudah untuk mengantikan kus kus dengan nasi. 

Hanya panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan kus kus, hanya pastikan kus kus tengelam dalam air (jangan terlalu banyak air, bimbang risiko kus kus lembik).

Gaul kus kus dalam periuk sebentar seperti anda gaul nasi untuk 2-3 minit. Kemudian tutup periuk dan api perlahan selama satu minit. Tutup api dan biarkan lagi selama 5 minit sebelum makan. Siap untuk dihidangkan.

Kus kus enak dimakan dengan kari dan pelbagai ulam-ulaman. 

Pilihan lain anda boleh tambah kus kus dalam salad dan buat bubur kus kus.

15. Info penting lain mengenai kus kus khas untuk mereka yang menghadapi alahan gluten dan mengamalkan diet gluten juga mereka yang mempunyai risiko penyakit kencing manis dan diabetes.

Kus kus tidak sesuai bagi mereka yang alah gluten kerana kandungan gluten yang terdapat dalam bijirin yang asasnya ialah gandum.

Walaupun kus kus mengandungi protein dan fiber, namun satu cawan kus kus tetap mengandungi 36 gram karbohidrat. Bagi penghidap kencing manis atau diabetis adalah disyorkan anda menikmati kus kus dengan sayur-sayuran yang banyak. Malah jika diperhatikan kebanyakan masyarakat timur tengah memasak kus kus dengan memasukkan sayur-sayuran yang banyak sehingga hampir menengelamkan kus kus itu sendiri.

Walau pun kus kus mengandungi pelbagai nutrien dan sejenis bijirin yang berfungsi sebagai prebiotik, namun khasiat fiber dalam kus kus sedikit berbanding quinuo, beras perang dan oat. 

Khasiat potasium di dalam kus kus juga boleh ditandingi oleh pisang, avocado dan kentang.

Bagi anda yang berminat mencuba kus kus anda boleh dapatkan kus kus ini dipasaraya terpilih atau beli sahaja di kedai Arab. 

Pengalaman saya harga kus kus di kedai arab lebih murah berbanding kus kus yang di jual di dalam kotak cantik di pasaraya.

Semoga info ini membantu anda dalam mempelbagaikan lagi bijirin dan makanan sihat dalam pemakanan harian anda.

Selamat mencuba kus kus dalam diet anda.

Terima kasih.










Ahad, 5 Ogos 2018

Tiada Idea Menulis Lagi


lamb shank antara makanan kegemaran
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Niat di hati ingin menulis hampir tiap hari pada bulan Ogos ini setelah berbulan, blog ini tidak dikemaskini dengan penuh konsisten.

Namun, niat hanya niat, beberapa hari di minggu pertama bulan Ogos berlalu begitu sahaja.

Tiada mood dan idea yang timbul, namun kata cendikiawan, anda tetap harus menulis walau pun satu patah perkataan setiap hari. Dari satu patah perkataan akan menjadi 'habit' dan ia akan membawa anda kepada satu artikel lengkap.

Pizza Ayam dan nenas dari Azam Rooster
Hari minggu atau sabtu semalam, cadangnya sekurang-kurangnya satu artikel harus di tulis. 

Maka hari ini dengan paksa rela saya menulis dengan dihiasi gambar menikmati makanan bersama bff, 10 tahun saya, Mizi.

Ia jika bukan dihabiskan hari minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, tentu sahaja anda kena habiskan hari minggu anda dengan kerja.

Nampak gayanya bukan sahaja menulis blog tidak konsisten, diet 'eat clean' juga menunjukkan gaya yang sama.

Malah, kononya ingin terus 'bare face' tanpa bedak dan foundation serta gincu dan lipbalm. Namun seiring masa, foundation dan bedak kembali menjengah muka ini.

Hakikat harus diterima, agak berbeza wajah tanpa foundation dan bedak serta gincu yang jauh berseri dari 'bare face'.

Namun pembelajaran mengajar bahawa untuk kulit sihat dan mudah bernafas, kulit tanpa bedak dan foundation lebih bagus dan selamat.

bff lebih 10 tahun

Sebagai insan yang sukakan makanan, agak sukar menolak pelawaan sahabat yang datang dari negeri jiran sebelah, sedangkan godaan keluarga belanja makan sukar ditolak apa lagi sahabat yang telah kian lama bersama susah dan senang.

Masih berfikir idea dan tajuk artikel seterusnya untuk ditulis. Namun nampaknya idea diet sihat tidak kunjung tiba. Mungkin blog ini harus dimulakan kembali fokus kepada khasiat pelbagai makanan dan tumbuhan yang terdapat dan dijual disini.

Hari Ahad ini tidak tahu apa program seterusnya. Namun alhamdulillah, sekurang-kurangnya sebelum pukul 12 saya telah menaip artikel ini untuk diterbitkan di blog ini.

Mungkin ia nampak seperti artikel ringkas yang tidak memberi makna apa-apa, namun bagi blog ini, asalkan ada artikel dikemaskini ia akan memberi semangat dan 'habit' untuk terus menulis blog ini dari ia terus dibiarkan usang begitu sahaja.

Selamat hari minggu.

Terima kasih.




Rabu, 1 Ogos 2018

Inginkan Rasa kopi lebih light @ ringan? Anda boleh cuba kopi dari adunan ' ROYAL SPECIAL' dari Jenama Kopi Popular THE HOUSE OF ROBERT TIMMS



Kopi dari jenama THE HOUSE OF ROBERT TIMMS adunan Royal Special

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Jika sebelum ini kopi tenum, Sabah menjadi pilihan saya hampir 4 tahun, kini saya mula bertukar angin untuk mencuba jenama kopi lain selain kopi tenum, Sabah. Asalnya saya ingin membeli kopi jenama THE KOPPI yang dijual di facebook, ia adalah jenama kopi organik dan ditanam di Malaysia. Namun takdir tuhan akhirnya membuatkan saya terbeli Kopi jenama The House Of Robert Timms, kerana saya agak tertekan mengantuk dan memerlukan kopi untuk menjana kembali otak dan pemikiran saya .

Ia, kehabisan stok kopi Tenum Sabah, dan rasa malas untuk menikmati kopi tenum, Sabah ini lagi dan ingin menukar kepada rasa yang baru akhirnya memaksa saya membeli kopi jenama ini. Diharapkan selepas habis kedua-dua bungkusan kopi ini saya boleh kembali fokus untuk membeli jenama kopi organik, The Koppi.

Untuk info selain mencergaskan otak, kopi juga berfungsi membantu meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu menurunkan berat badan dengan syarat ia tanpa gula atau krimer. 

Kopi pilihan saya ini menggunakan 100% Arabica Coffee

Jika anda peminat kopi hitam atau mocha, mahu pun expresso, jenama The House Of Robert Timms ini menawarkan pelbagai adunan kopi enak, suka sangat resepi zaman berzaman. i

Berharga dalam linkungan RM21.90 di Jaya Grocer, untuk 200 gram, anda boleh memilih pelbagi pilihan adunan perasa kopi yang berlainan di adun khas sesuai citarasa dan gaya hidup pengemar kopi. 

Untuk adunan ' Royal Special' ini, adunan kopi ini amat 'light' atau ringan sekali. Warna kopi jauh lembut dari warna kopi tenum, dengan kata lain jika anda melihat kopi tenum sudah cukup cair warnanya kopi dari adunan ' Royal Special' dari jenama The House Of Robert Timms ini jauh lebih cair. Sekaligus ia amat sesuai untuk anda yang mudah migrain jika menikmati kopi yang pekat atau untuk mereka yang tidak ingin kesan kopi atau kafein yang kuat.

di asaskan semenjak tahu 1951 dan amat popular di Australia

Jenama The House Of Robert Timms ini diasaskan semenjak tahun 1951 dan popular di Australia dan New Zealand. Untuk info, semenjak rajin membaca dan menambah ilmu, produk dari Amerika khususnya semakin jarang dibeli, ini termasuk produk kopi, buah dan sebagainya. Jika sebelum ini hanya produk dari negara China di elakkan untuk dibeli khususnya produk makanan dan kegunaan peribadi, kini produk dari Amerika turut memasuki carta.

New Zealand dan Australia antara negara masih kekal berimej bersih dari segi pengawalan racun serangga untuk pertanian. Maka selain produk Eropah yang semestinya jauh lagi mahal, maka produk dari New Zealand atau Australia lebih membantu dari segi budget dan tidak kalah dari segi rasa. Lebih-lebih lagi, negara ini juga dekat dengan Malaysia.

Adalah disyorkan anda menikmati makanan yang dihasilkan dari tanah bumi sendiri, namun jika sukar mendapatkan yang organik tanpa campuran marjerin, garam dan gula maka jenama dari keluaran 2 negara ini agak bagus berbanding negara ketiga yang lain.


menggunakan packaging 'Air Tight'

Pembungkusan yang ringkas, dengan warna hitam menawan dalam peket 'Air Tight', menjamin kesegaran kopi yang telah dibungkus rapat ini.


penerangan ringkas mengenai adunan ' Royal Special'

Setiap adunan kopi diceritakan ringkas di bungkusan.

Contohnya seperti ' Royal Special' ini. Ia adalah adunan dari kopi  Arabica 100% , ia jauh lembut dari segi rasa dan terlalu 'slow' rasa kopinya. Dengan kata lain, jika anda pengemar kopi hitam, kopi ini pasti tidak mampu memuaskan anda.


warna kopi adunan 'Royal Special' growth ini lebih lembut berbanding warna kopi tenum, Sabah

Namun jika anda adalah golongan yang perlukan kopi ketika waktu petang namun bimbang menggangu jadual tidur anda, anda boleh memilih adunan ' Royal Special' ini yang jauh lebih 'smooth' atau slow dari segi rasa dan kekuatan membuatkan anda sukar tidur.

Malah bagi anda yang cepat menangkap kopi sehingga membuatkan sakit kepala kerana rasa kopi yang kuat, anda boleh mencuba kopi dari adunan ' Royal Special' ini.

ia seakan warna nescafe classic yang di bancuh cair, ini gambar kopi yang baru direndam dan belum di tapis. 

Jangan pelik jika anda melihat adunan kopi ini berwarna coklat cair dan bukan hitam pekat. Air kopi ini juga berwarna coklat cair. Lebih cair berbanding warna kopi tenum, Sabah yang memang cair itu.

Untuk info, cara pembakaran kopi berbeza mengikut adunan, ada kopi yang dibakar setakat perang warnanya dan ada kopi yang dibakar sehingga berwarna hitam pekat. Terdapat isu mengenai akrilamida (acrylamide) pada makanan yang dibakar. Lebih lama bahan makanan itu dibakar, lebih tinggi kandungan akrilamida dalam bahan makanan. Ini tidak terkecuali dengan kopi, semakin lama kopi itu dibakar dan semakin hitam kopi, maka lebih tinggi kandungan akrilamida. Isu akrilamida ini ialah isu mengenai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan, namun bahan ini boleh dikawal kerana kopi tinggi antioksidan.

Cukup untuk kali ini perkongsian salah satu dari pilihan kopi dibawah jenama THE HOUSE OF ROBERT TIMMS khas untuk anda.

Untuk peminat kopi yang lebih kaw dan lebih rasa kopi, saya akan menulis mengenai satu lagi kategori adunan kopi menarik di bawah jenama ini.

Ketika anda memilih kopi untuk diminum elakkan kopi yang mengandungi campuran marjerin, gula, garam dan bahan-bahan lain yang merbahaya untuk kesihatan. Sila elakkan kopi segera atau instant kopi dan jauhkan kopi 3 in 1.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih kopi sesuai citarasa anda yang inginkan kopi yang 'light' dan kesan kopi yang agak lembut yang berpadanan dengan aktiviti harian anda.

Terima kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...