Selasa, 4 Disember 2018

BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM PRODUK BEDAK MUKA, KOSMETIK DAN KEGUNAAN HARIAN


masih dalam proses trial dan error

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Produk kegunaan diri termasuk produk kosmetik sering diwar-warkan antara bahan karsinogenik atau karsinogen yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sama ada penyakit auto imun, kanser, asma, depressi dan pelbagai lagi.

Isunya masyarakat hari ini tidak mampu hidup tanpa sabun, bedak, gincu dan produk keperluan diri lain.  Maka semakin banyak produk natural dan organic muncul di pasaran. Malangnya produk yang dilabelkan organic namun bahan-bahannya amat mendukacitakan bercampur bahan kimia lain, nano partikel yang juga alah bagi sesetengah individu dan pelbagai bahan campuran lain yang sebenarnya turut tergolong dalam bahan karsinogen dan membahayakan kesihatan.

Dari isu talc dan pelbagai bahan lagi, penggunaan bedak baik bedak bayi, padat atau serbuk, ia tetap meninggalkan kesan bahaya pada kulit kerana bahan-bahan dalam bedak mahu pun produk kosmetik lain ini boleh memasuki salur darah melalui pori-pori dalam kulit.

Bayangkan jika setiap hari seorang individu memakai bedak waktu pagi dan tengah hari sahaja, berapa banyakkah bahan karsinogen ini memasuki salur darah di kulit dalam sebulan apa lagi setahun atau seumur hidup?.

Cuba bayangkan jika bayi memakai bedak talcum semenjak hari pertama lahir? Berapa banyakkah bahan karsinogen ini telah berkumpul dalam badan jika bayi itu membesar menjadi dewasa.

Antara bahan kimia popular yang dikatakan berbahaya dan karsinogen yang sering terdapat dalam produk produk kosmetik dan kegunaan harian ialah :-

1.       sulfates
2.       parabens
3.       phthalate
4.       BHA (hidroxianisol butilado)
5.       AHA (alpha hydroxy acid)
6.       Poloxamer
7.       Lead
8.       coal nego
9.       Octinoxato
10.   Triclosan

Anda boleh melihat sama ada senarai bahan ini terdapat dalam produk kosmetik dan kegunaan harian anda.

Pada zaman teknologi dan sosial media ini, kerajinan mencari dan melakukan research mengenai produk semulajadi yang sesuai dengan kulit tanpa sebarang penggunaan bahan kimia hanya dihujung jari.

Pastikan anda tidak tertipu dengan iklan produk ‘natural’, ‘semulajadi’, ‘homemade’ mahu pun produk yang menggunakan tagline ‘organik’.

Pemerhatian yang dilakukan di pasaran terlalu banyak produk kosmetik yang claim natural dan organic yang dijual di pasaraya mahu pun farmasi turut mengandungi bahan kimia yang dikaitkan dengan punca kanser dan membahayakan kesihatan.

Anda harus membaca semua ingredient bahan-bahan yang terpapar di produk anda, jika anda kelliru anda hanya perlu mengoogle kesan-kesan dan bahaya bahan yang terkandung itu.

Sebagai contoh jika anda melihat di kandungan bahan nama bahan triclosan, anda google sahaja triclosan, pasti akan keluar fakta mengenai bahan ini di paparan telefon bimbit anda. Paling istimewa banyak perkara yang akan anda belajar jika anda mencuba melakukan kajian dan pemerhatian sendiri dengan pelbagai bacaan dan artikel yang dipaparkan oleh website yang dipercayai.

Malah pada hari ini wujud di pasaran , produk Bedak sejuk yang tertulis sebagai bedak sejuk traditional tetapi bahan-bahannya terdiri dari ‘talc’ yang amat terkenal bahaya untuk kesihatan. Pastikan anda membeli produk bedak sejuk asli yang kandungannya ialah beras atau beras pulut asli 100%.


Ketika ini bedak serbuk untuk wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi mula diperkenal secara kecil-kecilan oleh pencinta produk semulajadi. Anda hanya perlu menyesuaikan dengan wajah anda dan membaca dengan jelas bahan-bahan yang digunakan. Anda harus ingat tidak semua individu mempunyai kulit yang sama. Tidak semestinya bahan semulajadi yang digunakan dalam membuat bedak serbuk sesuai untuk kulit anda walaupun ia 100% dari bahan semulajadi. Kenali kulit anda dan kenali apa yang kulit anda alah.

Dalam proses mengeluarkan bedak wajah berbentuk serbuk, trial dan error dilakukan beberapa kali. Ia juga mengambil masa berbulan untuk mencuba dan melihat tindak balas. Tidak kira ia dibuat dari 100% bahan tumbuh-tumbuhan dan dari produk makanan sekali pun, pengalaman menggunakan setiap produk harus diambil kira termasuk kesesuain kulit.

Insyaalah jika masa mengizinkan dan rezeki di berikan, produk bedak serbuk wajah akan diperkenalkan untuk produk homemade natural dalam waktu terdekat ini. Ketika ini proses mengenal pasti bahan-bahan sesuai dengan pelbagai jenis dan masalah kulit masih berjalan.

Selamat belajar membaca dan mengenali bahan-bahan yang terdapat dalam produk kosmetik harian anda.


Terima kasih.

Khamis, 29 November 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 54 :- CAFE CEKUR MANIS





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan Part 53 :- EAST GRILL STEAK HOUSE

Jika anda berada di Kuantan dan mencari masakan panas melayu atau barat, anda boleh mencuba menikmati makanan di Cekur Manis Café  yang terletak di antara Jalan Gambut atau Jalan Bukit Ubi. Café Cekur Manis ini betul-betul terletak sebelah Hospital Pakar MUIP.




Café Cekur Manis ini selain menyediakan masakan panas ia juga turut menyediakan sarapan pagi. Masakan panas di café ini bermula dari pukul 11 pagi. Selain itu café Cekur Mnais ini turut menyediakan minum petang dan menyediakan pakej keraian, training, mesyuarat, ceramah, kursus, sambutan hari jadi, seminar, pembentangan dan juga kelas pembelajaran. 






Dari serendah menu minuman berharga RM1.50 dan makanan serendah RM2.50, café ini menyediakan menu yang amat berpatutan dengan harganya.

Di khabarkan café Cekur Manis ini tiada campuran MSG dalam masakan. Maka bagi anda yang tidak menyukai MSG, anda boleh memasukkan café ini antara tempat makan kegemaran anda sekeluarga.

Café Cekur Manis ini dihias cantik dan keluasan yang luas amat sesuai untuk apa sahaja majlis. Anda boleh menempah atau menyewa bilik sahaja untuk sehari, separuh hari atau 3 jam dengan bayaran bermula RM50. 






Café ini berhias cantik dengan bunga-bungaan, di tampal dengan banner yang tertera gambar menu yang ditawarkan beserta harga.

Antara sarapan pagi yang disediakan termasuk nasi lemak, nasi impit dan kuah kacang, laksa pinang dan pelbagai lagi.

Bagi masakan panas antara menu yang ditawarkan ialah pelbagai nasi goreng termasuk nasi goreng kambing, nasi goreng seafood, nasi goreng daging merah, nasi goreng kampong, nasi goreng ayam blackpepper dan pelabgai lagi.

Disini turut ditawarkan menu kuew tiaw goreng, laksa pinang, rending ayam, soto, roti arab dan kari kambing, laksa Terengganu, laksa Pahang dan pelbagai menu menarik lain.


tiada campuran MSG digunakan dalam masakan disini

antara menu yang ditawarkan
menu dan harga berpatutan

untuk tempahan seminar dan keraian

Bagi peminat minuman panas terutama koleksi kopi disini turut ditawarkan minuman panas seperti latte, mocha, Americano, cappuccino dan afffogato. Malah bagi peminat dessert atau makanan manis disini juga turut tersedia menu banana split yang berharga hanya RM6.

Set makanan besar untuk 2 0rang , 4 orang, 6 orang hingga 10 orang turut disediakan. Bagi mereka yang ingin menyambut sambutan hari jadi disini, anda juga boleh memilih menu sambutan Hari Jadi yang turut ditawarkan disini.

Antara menu kegemaran saya ialah Alfredo lamb yang ala-ala spaghetti carbonara, manakala sahabat saya Kak Akma amat mengemari roti arab dan kari kambing di sini. Anda boleh melihat betapa ia menjadi kegemaran saya dengan melihat hanya menu ini menghiasi instagram Qisya Khadeeja jika menikmati masakan disini.


kak akma dan roti arab kegemaran

Alfredo kegemaran saya

roti arab dan alfredo lamb

ruang meja makan yang luas

bergambar bersama menu kuew tiaw ladna dan alfredo lamb


Di bawah ini antara gambar-gambar dari Instagram Qisya Khadeeja bersama menu kegemaran disini Alfredo Lamb dan alfredo shrimp.







kuew tiaw ladna dan alfredo lamb










Bagi rakan saya Naemah, beliau mengemari masakan panas disini antaranya ialah kuew tiaw ladna.

Café Cekur Manis ini di buka setiap hari dari jam 7.30 pagi sehinggga 11 malam. Manakala waktu operasi pada Jumaat hingga Ahad ialah 7.30 pagi sehingga 12 malam. 

Untuk tempahan anda boleh menghubungi hotline café Cekur Manis 011 29303977 atau En Izhar 012 9672902.

Selamat mencuba menu dan pakej yang ditawarkan di CEKUR MANIS CAFÉ ini.

Untuk lebih jelas, saya sediakan video CEKUR MANIS CAFÉ yang ringkas untuk tatapan anda.





Terima kasih.


Selasa, 23 Oktober 2018

KOPI HITAM ALA ITALIAN ESPRESSO LEBIH SIHAT UNTUK ANDA CUBA


Kopi jenama The House Of Robert Timss yang terkenal semenjak tahun 1951
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum ini telah dipaparkan mengenai kopi jenama The House of Robert Timms di artikel kopi yang lebih lembut dan dibakar tidak terlalu hitam serta lebih sihat di bawah tajuk Pilihan Kopi Yang Dibakar lembut dan Kurang Hitam serta lebih Sihat.

Kopi dari seleksi 'Royal Special' itu lebih light atau lembut dan kurang hitam sekadar berwarna coklat berbanding kopi dari seleksi ' Italian Espresso Style' ini yang lebih dibakar lama sehingga berwarna hitam pekat.

100% kopi arabica, tiada kerisauan mengenai campuran marjerin atau garam mahupun gula
Bagi pengemar kopi terutama black coffee atau kopi hitam pasti akan menyukai ' Italian Espresso Style' dari jenama The House Of Robert Timms ini.

Ia betul-betul rasa kopi kaw dengan aroma kopi yang cukup kuat.  Pengemar kopi hitam harus mencuba kopi expresso ala Itali ini yang boleh dibeli di Jaya Grocer atau pasaraya terpilih.

dibakar dengan lebih warna hitam bagi pengemar kopi hitam
Untuk info kopi yang dibakar lebih lama akan memberikan rasa yang lebih kaw dan warna yang jauh lebih gelap, namun lebih lama sesuatu makanan itu dibakar maka semakin berisiko untuk makanan itu lebih tinggi kandungan akrilamida (acrylamide). Bahan akrilamida ini adalah bahan yang tidak bagus untuk kesihatan, namun dikatakan kerana kopi tinggi antioksidan maka, akrilamida ini tidak memberi kesan yang teruk seperti makanan berkanji atau berkarbohidrat yang di bakar.

Kopi dikatakan lebih berkhasiat diminum bersama gula asli seperti gula kabung atau pun madu asli, berbanding di minum kosong tanpa gula. Terdapat pendapat berbeza mengenai campuran minyak sihat seperti minyak kelapa dara atau lemak sihat seperti mentega asli dalam kopi. Ada satu pendapat mengatakan lebih sihat dan ada pendapat lain mengatakan ia mengurangkan kandungan antioksidan didalam kopi. Namun bagi pengamal diet ketogenic mereka percaya minum kopi bersama minyak kelapa dara atau mentega asli akan membantu dalam proses ketosis sekaligus mengurangkan berat badan.

Untuk rasa kopi yang lebih sihat anda boleh menambah kulit kayu manis atau bunga lawang mahupun campuran luban (kemenyan arab) untuk tambahan khasiat.

Semoga artikel ini memberi anda pilihan untuk kopi seterusnya anda cuba dan membantu anda.


Terima kasih.




Isnin, 22 Oktober 2018

BAHAYA MAKANAN BERGORENG TERHADAP KESIHATAN






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makanan bergoreng adalah makanan paling popular di kalangan masyarakat melayu khususnya.

Bayangkan berpuluh tahun kita dihidangkan dengan masakan bergoreng dari pagi seperti nasi goreng, cekodok goreng, ubi goreng, pisang goreng, karipap, temosa, ikan goreng, roti telur, kerepek dan segala yang bergoreng.

Jika 50 tahun lampau dahulu, masyarakat melayu menggunakan minyak kelapa tanak untuk mengoreng dan tentu sekali minyak kelapa ini bukan refine atau diproses, asli dalam segala proses. Berbanding dizaman ini kebanyakan minyak adalah dikilangkan dan ia adalah produk minyak refine atau proses yang lansung tidak sihat digunakan hatta ia minyak kelapa atau minyak kelapa sawit sekali pun, kecuali ia homemade atau tertulis unrefined.

Makanan bergoreng ini tidak terhad atas penggunaan minyak kelapa sawit yang dikatakan jauh stabil berbanding minyak jagung atau minyak bunga matahari juga minyak sayuran lain.

Isunya makanan bergoreng tidak sihat terutama jika ia membabitkan makanan berkanji dan mengandungi gula seperti ubi, kentang, pisang dan pelbagai makanan kanji lain.


Selain itu suhu gorengan itu juga menjadi isu dimana selain melibatkan ‘smoke point’, perubahan warna minyak, ia juga mengakibatkan terbentuk satu bahan toksid dikenali dengan nama akrilamida (acrylamide). Akrilamida ini terbentuk apabila makanan digoreng atau dipanaskan melebihi suhu 120c.

Akrilamida yang bertoksid ini dikatakan boleh memberikan kesan ketapa kesihatan termasuk risiko kanser. Malah makanan bergoreng yang terendam lama (deep fry) lebih memburukkan kandungan akrilamida didalam makanan tersebut.


Kajian dilakukan menunjukkan akrilamida ini paling banyak dalam makanan berkanji berbanding makanan berprotein yang digoreng. Selain itu jangka masa gorengan, suhu dan jenis minyak turut mempengaruhi kandungan akrilamida ini.  Minyak yang digunakan berulang kali juga meningkatkan kandungan akrilamida ini termasuk makanan yang digoreng dua kali seperti ikan goreng semalam, kemudian digoreng sekali lagi termasuk keropok lekor, pisang goreng, kentang goreng dan apa sahaja yang digoreng.

Bahaya akrilamida ini, ia mudah diserap oleh tubuh kerana size zarah akrilamida ini yang kecil dan terus disebarkan ke pelbagai organ tubuh termasuk hati, jantung dan buah pinggang.

Antara makanan yang tinggi akrilamida yang harus dielakkan dan dikurangkan ialah pisang goreng, cekodok pisang, kentang goreng, cakoi , ubi goreng dan makanan berkanji lain. Makanan berprotein seperti ayam, daging atau ikan goreng tidak menunjukkan kandungan akrilamida yang tinggi seperti makanan berkanji dan mengandungi gula seperti pisang, ubi atau kentang.


Menggunakan air fryer turut membantu mengurangkan kandungan penggunaan minyak yang banyak dalam mengoreng deep fry. Namun adalah disyorkan supaya penggunaan air fryer ini dikurangkan atas sebab-sebab tertentu yang akan ditulis dalam artikel akan datang.

Selain itu bertukar kepada minyak kelapa atau minyak kelapa sawit yang lebih tahan suhu tinggi. Elakkan minyak sayur-sayuran dalam mengoreng yang sebenarnya antara punca masalah kerandangan dalam tubuh. JIka anda mampu buat sendiri minyak kelapa tanak, minyak unrefined adalah jauh lebih sihat berbanding minyak refine di pasaran.

Malah jenama minyak kelapa popular yang digunakan kebanyakan golongan yang berdiet sihat, sebenarnya juga adalah produk refine yang juga memberi kesan tidak baik kepada tubuh dalam jangka masa panjang.

Pilih dan amal cara masak yang lebih sihat seperti rebus atau kukus, kurangkan makanan gorengan dalam pemakanan seharian.

Menikmati lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan turut membantu meningkatkan antioksidan dalam tubuh sekaligus membantu melawan keradangan dan radikal bebas. Pastikan jika anda terpaksa atau mengidam menikmati makanan bergoreng ia disertakan dengan bahan antioksidan seperti ulam-ulaman dan buah-buahan.

Semoga artikel ini memberi manfaaat dan membantu anda.


Terima kasih.


Ahad, 21 Oktober 2018

ANTARA PILIHAN JENAMA SERBUK GUM @ GAM ARAB @ ARABIC TERBAIK TANPA GULA


antara jenama gam arab atau gum arabic yang dipercayai
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Gam arab atau gum arabic dan lebih dikenali manna bagi pengemar makanan kesihatan adalah antara prebiotik yang amat bagus untuk kesihatan usus, kulit dan tubuh.

Gam Arab atau manna ini boleh didapati dalam bentuk ketul dan juga serbuk. Kini gam arab atau manna semakin mudah didapati dan dijual di pelbagai kedai arab dan juga jualan online.


Ada yang mengemari bentuk ketulan kerana percaya ia lebih asli dan selamat diamalkan. Bagi sesetengah individu mereka memilih jenis serbuk kerana tiada sisa kulit kayu atau serbuk kayu juga habuk kayu yang menyusahkan untuk ditapis dan dibuang.


pilih gam arab atau manna 100% tanpa kandungan gula, gula tambahan dan maltodextrin
Jika gam arabic atau manna ketul dipilih dari segi warna putih berbanding warna coklat gelap kerana dipercayai warna cerah lebih baik dan lebih tinggi gred berbanding gam arab atau manna ketul berwarna coklat cair atau gelap.

Namun untuk gam arab atau manna dalam bentuk serbuk, adalah disyorkan supaya pengguna memilih serbuk gam arab tanpa gula, perasa, pewarna dan pengawet. Elakkan serbuk gam arabic yang dicampur maltodextrin atau gula tambahan. Terdapat banyak jenama gam arabic atau manna ini yang mengandungi gula campuran.


Gam arabic atau manna selain bagus untuk pesakit buah pingang, ekzema, SLE, asma dan penyakit autoimun lain, ia juga amat bagus sebagai makanan tambahan asli untuk kesihatan.

Pelbagai khasiat gam arab dan manna ini boleh dirujuk di artikel sebelum ini di KHASIAT DAN MANFAAT GAM ARAB ATAU ARABIC GUM ( MANNA) UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN .

Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu anda. 


Terima kasih.





Sabtu, 20 Oktober 2018

14 KHASIAT & KEBAIKAN BAOBAB, SI POHON DAN BUAH MASA HADAPAN


Serbuk Baobab kini dijual di Malaysia, sila pastikan anda memilih tanpa campuran gula

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kekurangan vitamin C sentiasa diwar-warkan terutama dikalangan perokok dan perokok pasif. Malah kekurangan vitamin C juga antara punca perlbagai permasalahan kesihatan.

Selain buah oren, buah kiwi atau buah jambu batu yang tinggi vitamin C, buah Baobab atau serbuk buah baobab adalah buah yang tinggi kandungan vitamin C dan amat bagus untuk kesihatan, lebih-lebih lagi bagi individu yang tinggal dikawasan perindustrian atau dipenuhi dengan pelbagai kenderaan terutama di bandar-bandar besar.


pastikan anda memilih serbuk baobab, 100% tanpa gula, perasa tambahan, pewarna dan pengawet
Tumbuh dan hidup subur serta terkenal di Afrika dan Sudan, Baobab turut dikenali sebagai pokok kehidupan . Baobab juga boleh didapati di Australia dan negara Timur Tengah.

Pokok Baobab terkenal sebagai pokok yang panjang usianya, sehingga boleh hidup ratus ke ribu tahun. Ada pendapat mengatakan pokok baobab boleh hidup sehingga 2 ribu tahun.


Berikut adalah  14 Info berserta Khasiat dan Kebaikan Baobab untuk kesihatan untuk rujukan kita bersama .

1. Terkenal sebagai pohon masa hadapan dan berusia ratusan tahun, baobab telah diamalkan berkurun lama sebagai makanan kesihatan di Africa dan Sudan.

2. Jika anda mencari produk supplement asli yang tinggi vitamin C, serta terkenal untuk kecantikan kulit dan awet muda anda boleh mencuba serbuk baobab. Baobab dikatakan mengandungi 15x ganda vitamin C dari buah delima.

3. Baobab juga mengandungi 5x lebih banyak kalium dari pisang, tidak lupa juga kandungan potasium yang tinggi dalam baobab amat bagus untuk kesihatan tubuh terutama golongan tua dan menghadapi masalah kesihatan.

4. Baobab juga mempunyai 3 kali ganda antioksidan dari blueberry. Sekaligus pilihan yang baik untuk mereka yang sering terdedah kepada radikal bebas. Antioksidan terkenal dalam melawan radikal bebas dalam tubuh.

5. Bagi mereka yang sukar untuk minum susu, anda boleh mendapatkan kandugan kalsium dari baobab yang dikatakan mengandungi 3 kali ganda kandungan kalsium berbanding susu.

6. Baobab juga tinggi serat, mengandungi pectin dan 8 jenis asid amino yang penting dalam diet seharian.

7. Kandungan serat yang tinggi didalam baobab bertindak sebagai prebiotik, makanan bagi probiotik yang bagus untuk kesihatan usus. Kesihatan usus sering menjadi isu utama bagi mereka yang menghadapi penyakit autoimun.

8. Dua pertiga serat dalam baobab adalah serat larut dan yang ketiga tidak larut sekaligus menjadikan baobab prebiotik yang kuat dan mudah diserap sekaligus memanfaat nutrien lebih cepat dan mudah.

9. Istimewanya baobab walaupun dalam serbuk kering, ia kekal tinggi kandungan vitamin c tidak seperti makanan, sayur atau buah lain yang dijemur kering. Buah baobab satu-satunya buah didunia yang kering secara semulajadi dibawah cahaya matahari dalam anggaran enam bulan. Inilah keistimewaan buah baobab yang tidak terdapat pada tumbuhan lain.

10. Kandungan potasium didalam baobab ialah 4 kali ganda berbanding pisang. Baobab juga turut mengandungi fosforus dan protein. Selain itu kandungan baobab selain mengatasi buah delima ia turut mengatasi oren sebanyak 10 kali ganda vitamin C.

11. Kandungan baobab termasuk zink, thiamine ,lysine, zat besi dan mangan.

12. Paling istimewa kandungan magnesium dalam baobab lebih 5 kali ganda dari buah alpukat atau avocado menjadikan buah baobab cukup keperluan pelbagai vitamin dan galian untuk tubuh bagi golongan yang sering mengabaikan pemakanan sihat dalam kehidupan.

13. Terdapat sebatian antiradang atau anti inflamasi didalam baobab sekaligus membantu mereka yang mengalami luka dan kecederaan, serta sakit perut, lutut mahu pun sendi. Sumber antiradang ini turut membantu dalam pernafasan sekaligus baobab sesuai diamalkan oleh mereka yang asma atau ada isu kesihatan paru-paru.

14. Pelbagai lagi manfaat baobab termasuk mengurangkan risiko tekanan darah dan strok termasuk serangan jantung.

15. Jika anda mencari supplement kesihatan atau bahan asli untuk memudahkan pembuangan najis anda boleh mencuba serbuk baobab ini. Serbuk baobab ini boleh diamalkan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan golongan emas.


Anda digalakkan mendapatkan serbuk baobab 100% asli tanpa gula, tanpa pengawet, tanpa pewarna atau penambah rasa.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.


Terima kasih.




Jumaat, 19 Oktober 2018

12 Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah @ Red Palm Oil Untuk Kesihatan Anda


SUNNO antara jenama minyak kelapa sawit merah yang dipercayai asli 100%
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Di dunia ini, kita sering diketengahkan dengan pelbagai kebaikan minyak. Sama ada minyak zaitun, minyak avocado, minyak argan, minyak pati, minyak biji anggur dan pelbagai minyak lagi. 

Jika sebelum ini, kita amat biasa mendengar dan menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak dan mengoreng. Namun kita jarang mendengar mengenai minyak kelapa sawit merah.

Dalam tahun 2013, Doktor Oz dalam rancangan beliau memperkenalkan minyak kelapa sawit merah. Bagi Doktor Oz, minyak kelapa sawit merah ini membantu dalam mengurangkan lemak tidak baik dalam tubuh dan melancarkan perjalanan darah. Ketika itu minyak kelapa sawit merah langsung tidak dikenali tidak seperti hari ini, di mana di luar negara, khususnya Eropah, minyak kelapa sawit merah ini semakin mendapat tempat di hati mereka yang mementingkan kesihatan.

Jika minyak sawit yang biasa kita gunakan berwarna kuning cair, minyak kelapa sawit merah berwarna merah sesuai dengan namanya.

pastikan anda memilih minyak kelapa sawit merah yang mengandungi 100% minyak sawit merah asli
Terdapat pelbagai Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah @ Red Palm Oil untuk kesihatan kecantikan .

Antara 12 Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah ialah :-

1. Minyak kelapa sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro vitamin A) lebih 15x ganda dari lobak merah. Asid lemak ini penting untuk membina membran setiap sel dalam badan termasuk tulang, saraf dan otak. Karotenoid pula terkenal penting untuk kesihatan mata, antioksidan yang kuat, mengurangkan risiko kanser, melindungi jantung dan katarak, malah dikatakan karotenoid ini turut membantu melindungi tubuh dan kulit daripada panahan matahari dari dalam tubuh lagi. Selain lobak merah, karatoneid ini turut terdapat dalam buah tomato namun tidak terdapat dalam minyak sawit biasa.

2. Minyak kelapa sawit merah juga mengandungi Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Selain itu kandungan mikronutrein membantu memastikan se-sel tubuh sihat dan berfungsi dengan baik.

penerangan ringkas khasiat karoten
3. Minyak kelapa sawit merah ini turut membantu dalam mengurangi risiko strok serta membantu menyembuhkan strok kernaa ia mengandungi vitamin E TOKOTRIENOL.


4. Bagi mereka yang menghadapi isu kegemukan dan masalah lemak jahat, minyak kelapa sawit merah ini dikatakan turut membantu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada, dengan wujudnya vitamin E tokotrienol dalam minyak kelapa sawit merah ini.

5. Minyak kelapa sawit merah juga antara sumber makanan anti radang. Tubuh yang berjaya melawan kerandangan dan kurang kerandangan akan mewujudkan tubuh yang sihat dan awet muda. Sekaligus minyak kelapa sawit merah ini juga membantu anda kelihatan muda jika terus mengamalkan dengan diet yang sihat.

6. Terdapat kajian yang menunjukkan potensi minyak kelapa sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara dari merebak, maka minyak kelapa sawit merah ini tentu sekali sesuai diamalkan oleh kaum wanita khususnya.

7. Bagi mereka yang sering mengamalkan makanan bergoreng dalam diet seharian, sewajarnya minyak kelapa sawit merah juga menjadi amalan, kerana dipercayai minyak kelapa sawit merah ini boleh mengurangkan risiko kesihatan dari makanan bergoreng dan trans fat.

8. Minyak kelapa sawit merah turut digalakkan diamal dalam diet ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ia dipercayai membantu dalam meransang perkembangan otak janin yang dikandung dan meningkatkan kandungan vitamin A dalam susu ibu yang menyusukan bayi sebanyak dua ke tiga kali ganda.

9. Karotena dalah nutrien penting dan akan menukar vitamin A dalam tubuh manusia. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan isu rabun dan, kerosakan mata yang lebih serius, kelemahan tulang, kurang daya tahan tubuh dan kelembapan mental. Karotena memerlukan minyak untuk membentuk vitamin A dalam tubuh manusia. Keisitimewaan minyak kelapa sawit merah ia dapat membantu menukarkan karotena menjadi vitamin A.

10.  Minyak kelapa sawit merah juga merupakan minyak yang paling tinggi kandungan vitamin E berbanding minyak sayuran lain.


11. Minyak kelapa sawit merah juga turut membantu mereka yang menghadapi masalah kulit dan masalah rambut . Minyak kelapa sawit merah membantu menyuburkan rambut dan kulit dari dalam.

12. Minyak kelapa sawit merah turut dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, sesetengah individu atau golongan namun turut menyebabkan kenaikan kolesterol bagi individu lain atau golongan lain. Maka adalah disyorkan untuk individu yang mengalami isu kolesterol berhati-hati dalam pengamalan minyak kelapa sawit merah ini.


Selamat mencuba minyak kelapa sawit merah yang dijual di pasaran dalam linkungan harga RM30 sebotol.


Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih.



Selasa, 16 Oktober 2018

Susu kambing Serbuk Organik Keluaran Muslim


susu kambing organik jenama Mikkae 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bagi anda yang mencari susu kambing organik yang tidak menambah gula dan 100% asli dan organik.  Selain jenama Purenat yang mudah didapati di farmasi dan pasaraya,  anda juga boleh mencuba jenama keluaran Muslim yang juga 100% asli dan organik serta tanpa campuran bahan membahayakan lain termasuk gula atau maltodextrin, bahan perisa tambahan,  pengawet,  pewarna atau krim bukan tenusu,  anda boleh mencuba jenama susu kambing serbuk Salic atau Jenama Mikkae. 

Kedua-duanya ialah susu kambing organik yang selamat berbanding susu kambing campuran lain.  Ia adalah 100% serbuk susu kambing asli jenis saanen yang terkenal sebagai kambing baka terbaik. 

jenama susu kambing organik dalam bentuk serbuk Salic. 

Selama mengamalkan jenama susu kambing organik dan asli 100% baik jenama Purenat, Salic mahu pun jenama Mikkae.  Ketiga-tiga rasa susu ini sama sahaja. 

Anda boleh membeli susu ini yang dijual oleh agen-agen berdaftar mereka,  hanya perlu rujuk sahaja laman web jenama Salic atau Jenama Mikkae. 

Jenama Purenat lebih mudah didapati di kebanyakan farmasi. 

Jenama salic dan Mikkae,  juga boleh dibeli Online di shopee. 

Saya mendapatkan jenama Salic Goat dari Agent di Kuantan.  Ia dijual dengan harga rm44 untuk 400 gram.  Jenama Mikkae pula harganya RM35 untuk 250 gram.  Jika anda bernasib baik anda boleh membeli susu kambing Mikkae ketika promosi dengan harga RM29  untuk 200 gram.  Saya mendapatkan susu kambing Mikkae hanya di shopee. 

Selamat mencuba 2 lagi jenama susu kambing serbuk organik dan 100% asli untuk pemakanan harian anda. 

Semoga artikel ini membantu anda. 


Terima kasih. 



Isnin, 1 Oktober 2018

Bahaya Bahan Toksid Dalam Produk Kosmetik Wajah



Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera.

Di zaman media sosial ini, semakin hari semakin ramai menggunakan produk kosmetik, baik golongan lelaki mahu pun wanita.

Lima puluh tahun dahulu, hanya golongan wanita yang terkenal memakai bedak di wajah, pada hari ini anda mula melihat lelaki mula berdandan dan memakai pelindung matahari dan bedak diwajah. Malah ada segelintir memakai pelembab bibir. Ini bukan bermakna mereka mempunyai perwatakan dan ciri-ciri untuk menjadi wanita, namun perubahan cuaca panas, kering dan penggunaan penghawa dingin di dalam kereta, pejabat mahu pun di rumah menyebabkan kaum lelaki juga semakin menitik berat perubahan kulit wajah yang semakin hari semakin ketara dengan permasalahan kulit. Maka anda tidak perlu hairan melihat jika dahulu hanya pencuci wajah dan syampu untuk lelaki diiklankan, kini mandian dan pelbagai lagi bahan kosmetik untuk lelaki diperkenalkan termasuk minuman kecantikan kulit.

Sayang seribu kali sayang, untuk menjadikan bahan kosmetik tahan lama dan mampu milik serta mempunyai kesan cepat serta kelihatan menarik, pelbagai bahan kimia digunakan sama ada bahan kimia itu memberi kesan toksid, karsinogen atau tidak.

Terdapat pelbagai bahan-bahan toksid dalam kosmetik, untuk hari ini kita belajar mengetahui dan jika boleh menghafal 5 nama bahan toksid ini. Selepas ini jika anda berjumpa produk yang mengandungi 5 bahan ini, cuba elakkan dari membeli produk tersebut.


1. Talc

Jangan terkejut. Talc bukan sahaja terkandung didalam bedak bayi atau bedak talkum wajah. Talc juga bahan yang terkandung dalam eyeshadow, bahan mandian, losyen, produk penjagaan peribadi wanita, bedak asas, gincu bibir, deodorant dan masker wajah. 

Tahukah anda, talc dikatakan karsinogen sehingga boleh mendatangkan risiko penyakit kanser paru-paru, malah jika disapu dibahagian tempat peribadi wanita, ia juga dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser ovari.

Malah ada antara kes popular penggunaan talc dalam bedak bayi telah menyebabkan kes saman besar keatas syarikat jenama bayi terkemuka kerana dipercayai menyebabkan kanser.

Adalah lebih baik anda mengelakkan bahan mengandungi talc dan bertukar kepada bahan yang lebih selamat dan semulajadi.


2. Parabens

Bahan ini juga dikatakan terdapat dalam gincu bibir wanita dan produk penjagaan wajah seperti krim wajah dan sebagainya. Namun antara produk yang sering menggunakan bahan ini termasuk syampu, perapi, losyen, pencuci wajah dan skrub.

Dalam bahasa paling mudah, parabens ini dikatakan menggangu hormon wanita, termasuk hormon seks wanita. Tentu anda semakin faham betapa penting hormon yang stabil. Kaitan paraben dan hormon estrogen boleh ditemui jika anda melakukan research. Selain itu paraben juga dikatakan turut ditemui dalam tisu barah payudara sekaligus, dipercayai paraben turut meningkatkan risiko barah payudara. 


3. BHA / BHT

Bahan ini juga dijumpai dalam produk minyak bayi, lebih baik anda membaca kandungan minyak tubuh atau minyak wajah yang anda gunakan hatta produk itu tertulis minyak zaitun.

Selain itu BHA / BHT ini juga turut terdapat dalam produk bibir, produk rambut , makeup (eyeshadow, blusher dan sebagainya), produk pelindung matahari, deodorant, pewangi tubuh juga krim kecantikan wajah.

BHA / BHT dikatakan boleh menimbulkan alergi kepada tubuh. Selain itu BHA / BHT juga dikatakan berisiko menyebabkan kanser serta menggangu kesihatan reproduktif tubuh manusia. Jika anda menghadapi masalah kesuburan, seboleh-bolehnya elakkan bahan ini.


4. SLS / SLES

Sodium Laureth Sulfate ialah bahan paling kerap digunakan dalam produk berbuih. Sama ada mandian, sabun, syampu, ubat gigi, bahan pencuci pakaian, dan apa sahaja produk yang memerlukan buih (foam)  untuk digunakan diwajah dan tubuh. 

Penggunaan jangka masa panjang, produk yang mengandungi bahan ini dikatakan akan meninggalkan kesan sampingan seperti, kerosakan mata, depressi, kesukaran bernafas dan cirit birit. 

Dikatakan bahawa SLS / SLES ini kekal didalam sistem sehingga 5 hari. Ia memasuki organ hati dan mencemarkan ia termasuk paru-paru dan otak.  Malah ada pendapat mengatakan SLS / SLES turut menganggu sistem imun kulit dan merosakkannya.

SLS / SLES juga dipercayai tercemar dengan bahan 1,4-dioxane yang dikatakan antara penyebab kanser.

Kini terdapat pilihan ubat gigi tanpa SLS / SLES dipasaran, malah ia juga dijual dengan harga mampu beli.


5. Polyethylene Glycols (PEGs)

Polyethylene Glycols  ini antara bahan popular dalam produk seperti syampu, mandian, buih mandian, mandian bom yang popular sekarang juga produk yang memberi kesan lembut dan lembab pada kulit wajah dan rambut.

Produk yang memberi kesan lembut dan lembab ini juga dipercayai antara bahan karsinogen.  Pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bahan ini dipercayai menggangu sistem saraf sekaligus tubuh manusia. 

Lebih membimbangkan, bahan ini dikatakan berbahaya digunakan atas kulit yang terluka, terbakar atau sensitif. Selain itu bahan ini juga dipercayai jika dicampur dengan bahan karsinogen lain akan meningkatkan gandaan penyerapan bahan berbahaya tersebut ke dalam kulit.

Seboleh-bolehnya elakkan terus produk yang mengandungi bahan  Polyethylene Glycols (PEGs) ini.

Setelah selesai anda membaca artikel ini, cuba lihat salah satu bahan-bahan yang terkandung dalam produk kegemaran anda.

Adakah ada antara 5 bahan diatas ini terdapat dalam kandungan produk penjagaan diri anda?. 

Jangan pelik, jika anda membeli produk penjagaan diri di drugstore atau farmasi, namun bahan-bahan ini tetap terkandung dalam produk yang anda gunakan. Jenama terkenal, mahupun perkataan organic tidak melambangkan produk itu selamat dari bahan-bahan yang disebutkan ini.

Selamat mengetahui dan menghafal 5 bahan bahaya ini.  Terdapat beberapa senarai bahan karsinogen lain yang juga perlu dielakkan dan akan diterangkan dalam artikel seterusnya .

Perlahan-lahan, anda perlu bertukar kepada produk yang lebih selamat. Terdapat pelbagai produk semulajadi kini diperkenalkan dipasaran. Anda hanya perlu rajin mencari, membaca dan menyelidik.


Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda, keluarga  dan insan tersayang.



Terima kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...