Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya akan cuba menulis secara ringkas artikel setiap pertanyaan pembaca kepada saya mengenai kekeliruan dan pertanyaan mengenai bitcoin dan perkara berkaitan blockchain dengan cara yang paling ringkas dan mudah.
Ini jawapan untuk mereka yang ingin pastikan platform pertukaran / exchanger mata wang digital / kripto yang sah.
Platform matawang digital / kripto yang sah, wajib menggunakan platform blockhain tulen. Ini kerana blockhain ini adalah rangkaian yang saling bersambungan. Maka jika platform itu adalah tipu dan bukan blockchain tulen, platform atau exchanger itu tidak boleh menerima mana-mana mata wang digital tulen. Sebagai contoh bitcoin. Bitcoin hanya boleh diterima oleh exchanger atau platform blockchain tulen sahaja.
Contoh yang paling mudah, kita gunakan sahaja LUNO (ini kerana semua tahu LUNO adalah platform blockhain tulen).
Gambar diatas menunjukkan paparan platform luno. Luno ini adalah exchanger dan wallet mata wang kripto. Luno hanya menyediakan 4 jenis mata wang kripto buat masa ini iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Lite coin. Anda boleh membeli dan menjual ke empat- empat mata wang digital ini di Luno.
Sekarang tujuan kita ingin tranfer kan bitcoin dari Remitano ke Luno.
Perkara pertama yang perlu anda buat ialah, klik wallet bitcoin dan dapatkan alamat received. Anda nampak alamat received berbentuk url dibawah yang bersimbol Bitcoin. Itu alamat wallet bitcoin anda. Copy atau salin alamat tersebut. Sila pastikan tiada silap, ini kerana jika ada silap, bitcoin itu tidak sampai ke wallet anda tapi akan ke alamat wallet pemilik lain. Ingat anda tidak akan tahu siapa pemilik wallet tersebut. Maka pastikan alamat anda tidak silap diisi.
|
sila lihat alamat tertera disimbol Bitcoin berwarna kuning.
|
Kemudian anda boleh terus ke akaun remitano / wallet remitano anda dan isikan alamat bitcoin wallet luno anda di ruangan BTC Address di remitano dan jumlah amaun yang ingin di pindahkan ke luno, kemudian tekan submit / hantar.
|
wallet remitano, boleh terus copy masuk ke dalam bahagian BTC Address dan tekan submit |
Kemudian dalam beberapa minit, anda akan menerima bitcoin dalam wallet luno anda. Apabila bitcoin selamat berada dalam wallet luno anda, maka anda boleh menyakini bahawa REMITANO adalah platform sah yang boleh jual, beli dan memindahkan mata wang kripto sekaligus ia menggunakan blockchain tulen. Ingat, hanya blockhain sahaja boleh bersama blockhain. Blockhain tulen dan asal kerana prinsip asas blockhain ialah rangkaian block yang saling bersambungan.
|
penerimaan bitcoin dalam wallet luno dari Remitano |
Begitu seterusnya jika anda ingin menghantar bitcoin anda ke Remitano, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama, hanya isikan alamat address bitcoin anda di Remitano dan klik send sahaja. Pastikan alamat wallet bitcoin remitano anda adalah betul.
|
alamat wallet bitcon remitano perlu diisi untuk pindahan bitcoin ke remitano |
Untuk alamat deposit bitcoin anda perlu klik deposit di wallet bitcoin remitano untuk mendapatkan alamat tepat. Anda juga boleh menggunakan barcode.
|
alamat wallet bitcoin di Remitano
|
Harus ditegaskan disini bahawa, terdapat caj yang dikenakan untuk pindahan ini. Bagi saya caj pindahan ke luno adalah tinggi. Bayangkan dari 0.0005 bitcoin yang di pindahkan, 0.0002 adalah caj pindahan sahaja. Maka adalah tidak sesuai anda memindahkan bitcoin anda ke luno dan lebih baik anda jual sahaja di remitano kepada pembeli di sana.
Pada tahun 2017, platform Luno ini pernah di bekukan sementara. Ketika itu ramai pemilik bitcoin di dalam luno terperangkap sehingga Luno di luluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada tahun 2019.
Bagi mereka yang memahami prinsip blockhain, pada hari luno di bekukan, mereka tetap boleh memindahkan bitcoin dan ethereum ke platform mata wang digital lain seperti Remitano.
Maka jika anda terasa, anda ditipu oleh mana-mana skim, tidak pasti mata wang digital atau bitcoin anda adalah palsu atau tulen, cuba tanya bolehkah anda pindahkan bitcoin atau mata wang kripto anda ini ke remitano atau luno. Harus ditegaskan disini, mata wang kripto itu mestilah mata wang kripto yang sama. Bitcoin dengan bitcoin wallet. Remitano dengan remitano wallet. Ethereum dengan ethereum wallet.
Sebenarnya anda tidak perlu mengetahui terlalu mendalam mengenai blockhain dan mata wang kripto jika tujuan anda sekadar untuk pelaburan.
Kecuali jika anda berminat dengan dunia akan datang dan teknologi, ia masanya untuk anda memahami blockhain yang cukup hebat jika anda gali sedalam-dalamnya 'kuasa blockhain ini'. Anda akan berjumpa dengan 'protocol', 'white paper', 'satoshi' dan segala rahsia teknologi yang hanya peminat dunia blockhain dan kripto memahaminya.
Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu anda.
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.