Jumaat, 31 Januari 2020

APA ITU MINING BITCOIN / ETHEREUM DALAM DUNIA MATA WANG DIGITAL / KRIPTO


ketika ini mesin mining bitcoin dan ethereum adalah paling popular - imej dari google


Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency). Individu itu boleh membeli wang kripto / digital sedia ada di platform jual beli kripto yang tulen menggunakan platform blockchain tulen.

Selain itu cara lain untuk mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency) ialah melalui mining (melombong).

Belian terus di platform mata wang digital / kripto mudah di fahami. Namun apakah maksud mendapatkan mata wang kripto melalui mesin MINING / melombong?.

Bagi anda yang biasa mendengar perkataan bitcoin, ethereum, mata wang digital, crypto currency, mata wang kripto atau blockchain. Tentu anda biasa mendengan perkataan mining atau mesin mining.
Seingat saya semenjak tahun 2016 atau 2017 saya sudah melihat beberapa iklan mesin mining yang di jual di facebook dan di iklankan di forum terutama ketika dunia mula-mula ‘boom’ dengan kisah bitcoin yang memecah harga USD20,000 atau RM80000 di tahun 2017.

Mesin mining ketika itu di iklankan pada harga RM70,000 satu, kemudian muncul mesin mining RM35,000, beberapa bulan selepas itu mesin mining belas ribu, kemudian RM7500 kemudian RM3,000 mengikut jenis dan spesifikasi.

mesin mining yang biasa di jual di pasaran Malaysia - imej dari google

Pelik saya melihat mesin itu, gambar mesin yang diiklankan di wall dan di postkan di forum. Saya sendiri tidak faham apa maksud mesin mining itu yang boleh mining bitcoin?. Sungguh pelik. Itu saya pada tahun 2017.

Jika anda juga pelik seperti saya melihat gambarajah di atas, itu normal.

Apa itu MINING (perlombongan) mata wang kripto / digital?.
Ada 2 mesin mining paling popular dalam dunia mata wang kripto / digital. Mesin mining bitcoin yang menghasilkan upah bitcoin dan mesin mining ethereum yang menghasilkan upah ethereum.

Dalam transaksi blockchain, mata wang digital adalah penyelesaian masalah matematik yang rumit (algoritma matematik).

Setiap pemegang mata wang kripto / digital mempunyai address (alamat) masing-masing yang terdiri dari (hash / code). Alamat atau hash code ini dengan kata lain seumpama cap jari, tak akan mungkin dapat ditiru dan ia berlainan sesama manusia atau pemegang kunci mata wang kripto.


contoh alamat / hash code yang di terangkan dengan warna biru di dalam kotak - imej dari google

Bagaimana transaksi penyelesaian matematik (algoritma matematik) berlaku dalam transaksi mata wang digital / kripto?.

Wujud 2 pihak:-
1. Sender (pengirim / penjual)
2. Receiver (penerima / pembeli)

Apabila akan berlakunya transaksi, setiap sender (pengirim / penjual) & receiver (penerima / pembeli) mempunyai alamat (kod / hash) masing-masing.

Untuk berlakunya transaksi, kod sender perlu ditambah dengan sesuatu formula matematik supaya jawapan dia adalah kod yang ada pada receiver.

contoh penyelesaian masalah matematik yang rumit kerana proses ini di sulitkan - imej google

Penyelesaian matematik untuk mencari formula ini tidak mampu di kira oleh manusia.

Disinilah di perlukan mesin untuk validate (mengesahkan) formula yang diperlukan.

Validation (pengesahan) mesin inilah di kenali sebagai mining.

Tugas mesin mining ini adalah untuk validate (mengesahkan) formula.

Mana-mana mesin mining yang Berjaya validate (mengesahkan), mesin itu akan mendapat upah dari transaksi itu.

Inilah factor mengapa ramai manusia yang membeli mesin mining dan membuat mining sendiri untuk mendapatkan upah tersebut.

bagaimana satu transaksi di dalam blockhain disulitkan agar tidak boleh di tiru dan di hack, setiap masalah matematik yang rumit (algoritma matametik) yang berjaya di selesaikan akan mendapat hadiah bitcoin atau ethereum - imej dari google

Jika mesin mining bitcoin yang dibeli, akan dapat upah dalam bentuk bitcoin dan jika mining ethereum akan dapat upah dalam bentuk ethereum.

Untuk mining kebiasaanya upahnya ialah 0.005 eth untuk ethereum, dan jika bitcoin tidak menentu dan ia amatlah sedikit.

Harus diingatkan disini tidak semua mesin akan mendapat upah. Ada mesin mining ini lansung tidak dapat apa-apa. Ada pemilik mesin mining ada 10 mesin, 10-10 mesin tidak dapat apa-apa upah kerana tidak Berjaya menyelesaikan permasalahan matematik rumit itu (algoritma matematik).

Ada pemilik mesin mining hanya ada 2-3 mesin mining tapi dapat upah kerana ia berdasarkan mesin mana paling cepat dapat jawapan atau dengan ayat paling mudah bergantung kepada nasib.

Kebiasaannya apabila mesin ini tidak mendapat apa-apa, pemilik mesin akan tambah atau beli lagi mesin mining. Maka ini akan menambahkan kos mereka sendiri. Selain mesin mining yang semakin banyak, kos elektrik juga meningkat kerana dikatakan mesin mining ini memakan tenaga letrik yang banyak kerana ia perlukan tempat yang sejuk.

Oleh kerana mining ini sebenarnya memakan kos yang tinggi. Maka ada pihak yang membuat mining atau perlombongan bitcoin atau ethereum mewujudkan ‘crowd funding’ (pengumpulan dana) untuk kos operasi pihak mereka (syarikat) terutama kos mesin mining dan bayaran bil elektrik.

CROWD FUNDING (pengumpulan dana) ini pula biasanya menggunakan dana awam atau mempromosikan program dan menggunakan wang tersebut untuk membeli segala kelengkapan mining dan kos operasi.

Harus difahami bahawa mesin yang banyak tidak semestinya akan Berjaya mendapat upah. Ia tiada jaminan.

Jika syarikat A mempunyai 100 mesin dan syarikat B mempunyai 20 mesin, belum tentu syarikat A mendapat upah (keuntungan) yang paling banyak.

Kebiasaannya syarikat / pihak / individu akan menambah mesin kerana memegang falsafah law of average (berdasarkan purata).

Mesin yang boleh dibeli sendiri ini berharga RM7000, RM15000 ke puluh-puluh ribu melibatkan kos operasi yang sangat-sangat tinggi dan ketidak ketentuan menerima upah.


syarikat mining membeli mesin mining yang banyak dan melibatkan penggunaan sumber elektrik dan kos yang banyak dalam menjalankan operasi mining - imej dari sumber google

Jadi tidak peliklah jika anda melihat banyak syarikat mining bitcoin atau ethereum, walaupun mereka genuine / tulen dan sah buat operasi mining bitcoin atau ethereum mereka terpaksa tutup perniagaan mereka kerana menanggung kerugian yang besar.  Para pelabur mereka menuduh mereka menipu kerana kos yang amat tinggi itu tidak mampu ditanggung oleh pihak syarikat. Syarikat mining ini memerlukan aliran tunai yang banyak. Itu sebab syarikat sebegini tutup dan pelabur serta prospek mengelarkan mereka penipu dan scammer. Inilah kes yang banyak terjadi di kebanyakan Negara di dunia termasuk Malaysia.

Maka berhati-hatilah jika anda berjumpa dengan syarikat yang berunsur mining bitcoin atau ethereum. Walaupun mereka betul-betul mining namun belum tentu syarikat mereka kukuh dan mempunyai aliran wang yang cukup untuk operasi mereka . Apabila anda melabur dalam syarikat seperti ini anda harus tahu betapa tingginya risiko dan anda harus sanggup menanggung risiko ini.
Ada juga individu yang membeli mesin mining bitcoin dan ethereum sendiri dan memasangnya dirumah. Ini juga terpulang kepada nasib individu itu sendiri. Ada rezeki dapat upah, tiada rezeki bil letrik dan modal beli mesin mining sahaja bertambah.

Di harap artikel ini menerangkan dengan ringkas apa maksud mining atau melombong bitcoin dan ethereum .

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Bagaimana Mata Wang Kripto / Digital (Aset Digital) mendapat nilai? Naik harga dan turun harga?



Antara logo mata wang digital / kripto popular - imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam apa itu mata wang digital / kripto dan bagaimana ia boleh berubah menjadi aset digital.

Apa itu crypto currency / mata wang kripto / digital?.

Mata wang kripto ini adalah aset / harta.

Aset terbahagi kepada 2 :-
Fizikal aset (rumah, kereta, tanah)
Digital Aset (mata wang digital / kripto, akaun instagram, FB Pages, blog, youtube chanel, kedai di mall online seperti Shopee, Lazada)

Dalam perniagaan atau ekonomi, aset ialah :-
Capital gain (nilai makin tinggi) contoh rumah, asalnya tiada stesen lrt, tiba-tiba di bina stesen lrt, ia naik harga tinggi selepas 5 tahun.

Capital lost (nilai semakin berkurang atau rugi) contoh kereta lama, bukan kereta antik. Kereta lama yang enjin kerap bermasalah akan berkurangan nilainya dari tahun ke tahun.

Mata wang kripto / digital (crypto currency), juga ada nilai capital gain dan capital lost. Contoh seperti mata wang digital Ripple, XRP. Ia mempunyai aplikasi yang menyokong teknologi perbankan seperti remittance (pemindahan wang ke luar Negara). Maka nilai Ripple, XRP ini makin naik (capital gain).

Seperti kenaikan harga rumah yang di sokong oleh meningkatnya kemudahan pengangkutan awam, tempat beli belah dan sebagainya. Mata wang digital / kripto pula di sokong oleh aplikasi yang memudahkan penggunaan kripto dan komunitinya.


aset digital - imej dari google

Bagaimana aset mendapat nilai / dinilaikan (value)?.

Sekali lagi kita ambil rumah sebagai contoh.

Developer rumah meletakkan harga DARI RM300,000 (belum ada nilai / value). Harga iklan, ini hanya harga offer (iklan) belum  menjadi harga value (nilai).

Harga aset adalah kepada transaksi pembelian terakhir. Iaitu harga value (nilai sekarang). Harga terakhir transaksi rumah yang dibeli ialah harga sekarang.

Untuk mata wang digital/ kripto (crypto currency). Harga permulaan ditetapkan oleh syarikat mata wang digital yang di panggil ICO (initial coin offering).

Harga terakhir pembelian adalah harga terkini (nilai/ value) untuk mata wang kripto tersebut.

Harga pembelian terakhir / nilai terkini boleh di lihat di laman web https://coinmarketcap.com/.

Aset digital seperti kripto juga tidak lari dari spekulasi dan berita ekonomi dan kewangan. Spekulasi ini juga boleh menjejaskan nilai turun naik sesuatu mata wang kripto itu sendiri.

Dunia mata wang kripto kini di hujani dengan ratusan jenis dan nama wang kripto. Terdapat banyak mata wang kripto yang di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang lansung tidak mempunyai nilai hatta ia adalah mata wang kripto tulen.

Selain perlu memastikan wang kripto itu adalah tulen dengan menggunakan blockhain tulen, banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih mata wang kripto yang berpotensi untuk naik dan membina komuniti sendiri, sekaligus mempunyai nilai (value). Contoh wang kripto yang kuat komunitinya ialah Ethereum. Ethereum membina komuniti dengan membuka ruang kepada mata wang digital lain untuk menggunakan platform mereka. Selain itu Ethereum juga di sokong oleh aplikasi hebat yang dinamakan ‘smart contract’.

Mata wang digital seperti Ripple, XRP dahulunya turut menjadi mangsa, di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang tidak mempunyai nilai.  Namun hari ini Ripple, XRP muncul antara 5 mata wang digital paling berpengaruh di dunia.

Ada banyak lagi perkara mengenai wang kripto yang perlu di jelaskan dengan terperinci. Oleh kerana mata wang digital / kripto ini masih terlalu baru di popularkan di dunia luar, ia agak sukar di fahami oleh mereka yang tidak biasa dengan dunia pengaturcaraan dan bahasa computer juga dunia mata wang kripto itu sendiri.

Harus diingatkan artikel ini hanya menerangkan dengan cara paling mudah untuk mata wang digital / kripto ini difahami.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Selasa, 28 Januari 2020

SEJARAH RINGKAS ETHEREUM, MATA WANG KRIPTO KEDUA TERBESAR DUNIA SELEPAS BITCOIN


euthereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia - imej dari google

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan kewujudan teknologi blockhain (blok rantai dan terdiri dari senarai rekod dan rakaman data berterusan melalui kaedah dan jagaan kriptographi). Teknologi blockhain inilah teknologi yang menciptakan penggunaan mata wang kripto sekaligus menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double spending).

Pada tahun 2008 sistem blockchain di cipta oleh Satoshi Nakamoto.
Pada tahun 2009 bitcoin, mata wang pertama kripto / digital wujud turut di cipta oleh Satoshi Nakamoto pencipta blockchain.

Pada Febuari 2013 nilai bitcoin hanya USD30, Namun pada Mac 2013 harga bitcoin meningkat sehingga USD74.90, dimana peningkatan ini ialah 70% sekaligus jumlah pasaran bitcoin mencecah USD1 billion.

Buat pertama kali dalam sejarah bitcoin memecah rekod harga USD1000 pada bulan November 2013.

Dalam 5 tahun sahaja pengaruh bitcoin telah tersebar di seluruh dunia dan nilainya meningkat sehingga USD600 pada tahun 2014.

simbol ethereum dan simbol pengasas Euthereum Vitalik Buterin - imej dari google

Selepas 5 tahun terciptanya bitcoin. Pada tahun 2014, Vitalik Buterin dan tiga rakannya iaitu Mihai Alise, Anthony Di lorio & Charles Hoskinson mencipta ETHEREUM, yang kini muncul sebagai mata wang digital kedua terbesar di dunia.

Vitalik Buterin berketurunan Rusia dan Kanada. Beliau merupakan programmer (pengaturcara) yang juga merupakan pengasas majalah bitcoin.

Pada tahun 2014 Ethereum di perkenalkan sebagai ICO (Initial Coin Offering).

Menyedari betapa kuat dan hebatnya pengaruh bitcoin dan pasaran yang besar serta komuniti kuat bitcoin, Vitalik Buterin tahu bahawa ETHEREUM sukar untuk menandingi pengaruh dan komuniti bitcoin apa lagi memecah masuk komuniti ini sebagai mata wang digital baru. 

Sesuatu harus dilakukan agar ethereum juga boleh berdiri seiring bitcoin dan mengurangkan dominasi bitcoin sebagai satu-satunya wang digital berpengaruh di dunia blockhain.

Tidak seperti platform bitcoin yang stand alone (berdiri sendiri) dan tidak boleh dikongsi. Hanya bitcoin sahaja berada di dalamnya.

Platform Ethereum mengambil langkah sebaliknya. Vitalik Buterin telah membuka platform euthereum kepada semua pihak yang berminat untuk membuat coin (duit / mata wang) digital baru dengan menggunakan 'smart contract' (kontrak pintar yang menggantikan peguam). Platform ETHEREUM ini diberi nama ERC20 (Blockchain ledger) yang menggunakan blockhain tulen (genuine). 

bagaimana platform Ethereum beroperasi - imej dari google


Untuk memahami apa beza platform bitcoin dan platform euthereum dengan mudah.

Kita jadikan telefon pintar  jenama APPLE dan Android sebagai contoh.

Aplikasi (platform) iphone ialah apple store dan Aplikasi (platform) android adalah android store yang sering menggunakan google play.

Platform apple store hanya iphone sahaja boleh guna. Telefon android dan jenama lain selain apple tidak mungkin boleh gunakan aplikasi apple store.

Ini kerana applikasi APPLE STORE adalah ekslusif, ia di paternkan, bermaksud, stand alone (berdiri sendiri).

Ini berbeza dengan android. Platform Android tidak di paternkan. Ia boleh digunakan oleh semua handphone. Pengguna paling ramai didunia ialah pengguna Android kerana platform android boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia open (terbuka).

Maka untuk mudah faham, platform bitcoin umpama apple store.

Platform Ethereum, umpama Android store.

Apabila platform ETHEREUM dibuka, maka beratus-ratus mata wang kripto / digital baru menandatangai 'smart contract' (seperti peguam digital) dengan ethereum untuk membuat coin / mata wang kripto sendiri. Smart contract ini tentu sekali ada bayarannya.

Bayaran dari smart contrat ini digunakan untuk mengurus dan meningkatkan lagi kualiti serta potensi platform Ethereum ini sejajar dengan kelajuan teknologi yang semakin berkembang saat ke saat setiap hari.

Platform Ethereum ini pada mulanya di perkenalkan dengan nama ERC20, kemudian di dipertingkatkan (upgrade) dari semasa ke semasa dan kini menjadi ERC223. Rujukan untuk ERC223 ini boleh di lihat di sini etherscan.io .

Dengan menggunakan cara open platform (platform terbuka) ini, maka sekelip mata sahaja, komuniti dan pengaruh ethereum meningkat dan mula disebut-sebut dalam dunia digital selain bitcoin.

Kini apabila sebut sahaja bitcoin, maka pemain cripto dan mereka yang tahu mengenai cryptocurrency pasti akan menyebut Ethereum sebagai pesaing terdekat bitcoin.

Sambungan mengenai Ethereum dan maklumat mengenai euthereum yang lebih mendalam, serta beza bitcoin dan ethereum akan di terangkan di artikel akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.



Jumaat, 24 Januari 2020

Memuncaknya pengaruh dan kuasa bitcoin (mata wang digital / mata wang kripto) di mata dunia dan wujudnya ETHEREUM sebagai mata wang digital / kripto kedua


gambarajah dari google 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kita terus ke Bagaimana memuncaknya popularity bitcoin seterusnya mata wang digital atau kripto ini di mata dunia dan kemunculan mata wang digital / kripto kedua yang amat berpengaruh pada masa kini iaitu ETHEREUM.

Bermulanya satu transaksi pembelian pizza menggunakan 10000 bitcoin dan tercatat di dalam ledger blockchain, maka seterusnya berlakulah transaksi kedua, ketiga sehingga ke ribuan transaksi. Transaksi ini membentuk ledger-ledger, ledger-ledger ini membentuk blok dalam satu rantaian yang dikenali dengan nama blockhain.

Tahun demi tahun, bitcoin terus diterima. Dari tahun 2009 harga bitcoin terus meningkat naik dan semakin meningkat naik semenjak tahun 2015 ke 2016 dan memuncak naik pada tahun 2017 melebihi USD19000 , dimana diseluruh dunia dan dunia internet hanya menyebut mengenai BITCOIN sebagai mata wang digital utama yang bakal menggantikan wang fiat dan mata wang masa hadapan.

Bayangkan bitcoin digunakan dalam pelbagai transaksi belian dari makanan, tiket kapal terbang, tempahan hotel dan pelbagai lagi. Mesin ATM bitcoin mulai wujud. Beberapa Negara mula menerima dan mengiktiraf bitcoin atau mata wang digital ini.

Jutawan dunia terkenal seperti Bill Gates, Richard Branson mula melabur dalam teknologi blockhain atau mata wang digital ini. Bukan itu sahaja beberapa syarikat besar juga mula melabur dan menerima teknologi blockchain dan wang digital ini.

Harga bitcoin meningkat naik sehingga USD19,978.60 (melebihi RM80,000) pada tahun 2017. Walau pelbagai spekulasi dan kenyataan buruk dilemparkan kepada bitcoin. Bitcoin terus meneruskan pengaruhnya keseluruh dunia dan pengguna dan penerima bitcoin terus meningkat hari demi hari.

Apabila dunia melihat kontroversi dan viralnya bitcoin ini, ia bermaksud bitocin itu sendiri sudah mula mempunyai nilai dan dunia mula menerima bitcoin sebagai pertukaran dalam bidang ekonomi bersamaan dengan nilai wang.

5 tahun selepas kewujudan bitcoin, muncul satu lagi mata wang kripto atau mata wang digital yang kini juga amat berpengaruh besar dalam dunia digital iaitu ETHEREUM sebagai mata wang kripto / mata wang digital kedua di dunia.

imej di ambil dari google



ETHEREUM

Pada tahun 2014, 5 tahun setelah kemunculan bitcoin, ETHEREUM diwujudkan dalam sistem blockhain dan muncul sebagai mata wang digital (crypto currency) / mata wang kripto kedua di dunia.

Menyedari kuasa dan pengaruh komuniti BITCOIN yang amat besar dan amat sukar di tembus dan ditandingi, maka pengasas ETHEREUM membuka platform ERC20 (ledger blockchain).

ERC20 (blockchain ledger) bagi platform ETHEREUM ini sekarang telah diupgrade atau ditingkat beberapa kali dan kini dikenali sebagai ERC223.

ERC223 ini anda boleh lihat rujukannya di Etherscan.io

Ketika ini jika anda membaca mengenai mata wang digital atau kripto mahupun teknologi blockhain. Anda pasti akan berjumpa dan tahu bahawa 2 mata wang yang sedang kuat mendominasi dunia digital dan kripto ialah BITCOIN & ETHEREUM.

Semenjak 2014 dalama masa 3 tahun ETHEREUM meningkat sebanyak 5000 kali ganda.

Tajuk seterusnya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kuasa dan pengaruh ETHEREUM yang mendominasi kewujudan mata wang digital lain selepas bitcoin. Dimana beratus wang digital atau kripto yang wujud ketika ini adalah datang dari platform ETHEREUM melalui smart contract (kontrak yang dikatakan akan menggantikan jawatan peguam di masa akan datang). Bagaimana anda ingin mengenali sama ada wang kripto atau wang digital itu genuine (benar) atau tidak, anda akan ketahuinya dalam artikel seterusnya.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.




KENAPA TEKNOLOGI BLOCKCHAIN BAGUS DAN DIKATAKAN SELAMAT?





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa artikel sebelum ini telah diterangkan secara ringkas pengenalan kepada BLOCKCHAIN, BITCOIN atau ASET DIGITAL yang turut dikenali sebagai mata wang digital atau mata wang kripto.


Pada tahun 2008 sistem Blockhain diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto. Ia bermula dengan satu ledger yang decentrelised (tidak berpusat). Tujuan asal sistem blockchain atau decentrelised ledger ini dibina adalah untuk KESELAMATAN SISTEM DATA sekaligus menghapuskan kuasa minder middle man (orang tengah) .

Sebagai contoh dalam bidang kewangan dan bank dunia ketika ini, orang tengah yang dimaksudkan ialah Bank Dunia dan USD.

Blockchain terkenal dengan sistem tidak berpusat dan block ledger.

Apa beza sistem berpusat dan tidak berpusat ini?.  Dan mengapa sistem tidak berpusat ini di terima dan semakin di sukai ramai?. 

gambarajah dari google


Sistem berpusat (Centrelised) bermaksud data boleh masuk dan juga boleh di padamkan.
Contoh :- Jika data yang dimasukkan ialah 10 ribu, ia boleh diubah menjadi 8 ribu atau ia boleh dipadamkan terus seumpama data 10 ribu itu tidak wujud. 

Sistem tidak berpusat (Decentrelised) bermaksud Data boleh masuk dan ia tidak boleh di padamkan juga tidak boleh di manupulasi.
Contoh:- jika data yang dimasukkan itu 10 ribu ia tetap ada data itu. Ia tidak boleh di padam. Jika di pindah milik sekali pun data itu tetap wujud.

Kita ambil contoh seperti sistem yang digunakan oleh bank atau pusat kewangan lain. Bank menggunakan sistem data berpusat. Apa sahaja transaksi terutama yang besar memerlukan 'approval' atau kebenaran kerana ia berpusat. Ada seseorang yang mengawal selia. Maksudnya ada pihak yang perlu sign atau approved.

Ledger dan sistem di kewangan di bank diuruskan oleh manusia. Dengan kata lain, ledger itu boleh dimasukkan, diubah dan dipadamkan. Tiada rekod dan bukti data apabila ia sudah dipadamkan. Terdapat kes kecurian wang di bank yang memakan berbilion wang dalam sehari.

Tentu anda pernah membaca kisah kecurian duit dari akaun dari kakitangan bank yang mencuri 1 sen dari akaun setiap pelanggan bank. Kenapa pelanggan tidak sedar? kerana baki akaun bank 3810.25 , bahagian sen jarang di pandang dan disedari oleh pihak pelanggan. Tahukah anda kecurian 1 sen setiap hari ini boleh menjadikan seorang kakitangan bank itu jutawan dan ia memakan tahun untuk disedari?. Malah dikatakan hampir 6 billion duit hilang dalam floating process bank dunia sehari.

Kenapa bank, contoh bank di Malaysia di insurans di bawah PIDM?. Ini adalah kerana sistem bank sendiri ada risiko tidak selamat. Duit boleh dicuri, boleh di hilangkan, sen-sen juga boleh hilang dicuri tanpa di sedari. PIDM bukan diwujudkan hanya untuk melindungi wang dari dirompak namun kes membabitkan wang lain.

Kenapa kecurian wang ini boleh berlaku?. Ini adalah kerana ada orang atau pihak yang mengawal selia yang kita panggil sistem berpusat (centrelised ledger). Apabila ia membabitkan manusia atau pihak maka isu sistem data digodam, dicuri, di ubah, di pindahkan itu tetap ada dan risikonya tetap tinggi.



Maka sistem blockhain yang decentrelised (tidak berpusat) ini jauh lebih selamat kerana ia tidak dikawal oleh sesiapa kecuali sistem itu sendiri. Dengan kata lain semua data-data ada pada semua pemegang yang menggunakan blockchain itu. Sukar untuk ubah data sistem ini, jika masih ada hacker yang kena hack hanya satu pihak sahaja bukan pusat. Bayangkan jika sistem berpusat,jika hacker nak hack, hack sahaja pusat dia iaitu jika Malaysia, Bank Negara Malaysia, jika dunia Bank dunia, jika ingin hack satu bank kecil, hack sahaja headquarter bank kecil itu kerana disitu biasanya pusat sistem bank yang menggunakan sistem berpusat.

Berbeza dengan sistem tidak berpusat (decentrelised ledger), jika bank A menggunakan sistem blockhain, apabila hacker ingin hack, dia boleh hack satu akaun sahaja, terpaksa tumpu pada satu akaun. Hacker tak akan boleh hack keseluruhan sistem kerana sistem ini tidak berpusat. Data dan pengguna atau pengawal setiap akaun adalah berbeza, iaitu pemilik akaun itu sendiri. Semua data-data ada pada setiap pemegang. Jika sepuluh juta atau 1 billion yang menggunakan blockchain tersebut, bayangkan betapa sukar kerja hacker.

Andai kata data itu diubah sekali pun, rekod data itu tetap wujud dan pengubahan itu juga ada bukti dalam data sistem blockchain itu diubah.

Ini antara alasan mengapa sistem blockhain ini amat bagus digunakan dalam sistem pilihan raya. Identiti setiap pengundi tidak boleh diubah. Undi hantu tidak akan wujud. Andai ada perubahan identiti atau data pasti akan diketahui.

Sistem blockchain ini bukan sahaja sesuai digunakan dalam bidang kewangan, bidang politik, bidang ekonomi, malah pelbagai bidang industri dan teknologi.

Jika anda lihat bagaimana block, block ledger ini terbentuk anda akan faham jika sistem blockchain ini tercipta 80 tahun dahulu, kerajaan hari ini tidak akan sukar menjejak pewaris kampung baru atau pewaris wang atau harta tidak dituntut kerana setiap data yang wujud tidak akan terhapus dan akan terus boleh dijejaki sampai pewaris terakhir.

Ketika ini mata wang digital atau mata wang kripto baik bitcoin, ethereum, XRP, USDT semuanya menggunakan sistem blockchain. Apa bila anda sebut mata wang digital atau kripto ia harus ada kena mengena dengan blockhain kerana teknologi blockhain ini yang memperkenalkan penggunaan mata wang kripto buat kali pertama.  Blockchain ialah pemboleh jadi (enable) pada wang kripto atau cryptocurrency. Matawang kripto yang benar atau genuine haruslah menggunakan teknologi blockhain yang genuine atau tulen (penerangan lanjut akan diterangkan dalam artikel akan datang).

Blockchain ini amat sesuai di gandingkan dengan teknologi Artificial Intelligence (Kecerdikan buatan). Artikel seterusnya akan menceritakan secara ringkas mengenai teknologi AI (kecerdikan buatan) ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.






Khamis, 23 Januari 2020

MATA WANG DIGITAL / MATA WANG KRIPTO SEBAGAI ASET DIGITAL






Mata wang kripto / matawang digital seperti Bitcoin, Ethereum, litecoin, dogecoin, ripple menggunakan internet untuk dikirimkan ke pemilik lain di seluruh dunia tanpa menggunakan bank dan tanpa perlu mengisi maklumat diri.

Di anggarkan 600 juta ke 1 trillion wang di pindahkan ke seluruh dunia setiap tahun menggunakan remittance,perkhidmatan bank, paypal , western union dan money gram. Setiap urusan pemindahan melalui perkhidmatan ini memakan caj yang banyak dari 5% sehingga 30%, sama ada dari caj perkhidmatan juga pertukaran mata wang. Dimana kos ini jika dikira adalah dalam 60 juta ke 100 juta setahun.

Dengan bitcoin, pemindahan wang ini hanya memakan kos yang amat rendah. Ada info mengatakan bahawa hanya dalam 2.5 sen buat masa ini terpulang kepada mata wang kripto yang digunakan.

Jika dahulu internet hanya beberapa orang sahaja yang mampu menggunakannya, kini kebanyakan Negara dan manusia mempunyai talian internet hatta di telefon bimbit yang boleh di bawa kemana sahaja.

Tentu anda boleh imbas pada tahun 1999 dahulu berapa orang sahaja yang mempunyai talian internet di rumah dan perlu pergi ke cyber café atau pusat computer berbayar untuk menggunakan perkhidmatan internet.

Kini internet boleh di dapati di mana sahaja. Malah secara percuma jika ada tallian perkhimatan wifi percuma yang disediakan oleh kerajaan khususnya.

Atas wujudnya kemudahan internet inilah, manusia hanya duduk dirumah atau di mana sahaja menjalankan perniagaan dan transaksi dan tahu pelbagai info melalui google, boleh berhubung dan menjalinkan persahabatan melalui facebook termasuk mencari sahabat yang hilang, berhubung dan menelefon dengan kos yang murah melalui whatapps, membina kelompok dan kumpulan di whatapps dan facebook, menonton video dan berkongsi video melalui youtube, mengakses akaun bank melalui telefon bimbit dan pelbagai perubahan teknologi lagi sehingga menaiki kenderaan seperti grab dan order makanan juga melalui grabfood.

Malah teknologi ini juga memudahkan kita mengakses portal penghantaran barang seperti pos laju dan j&t kita tahu barang kita berada dimana dan sudah sampai di mana. Malah lebih canggih lagi kita boleh menerima sms memberitahu runner dari ninja van dalam perjalanan untuk menghantar barang kepada kita.  Begitu canggihnya teknologi.

Sebagaimana banyak barangan di dunia dalam bentuk digital seperti surat bertukar kepada email, rakan pena kepada rakan facebook, majalah dan suratkhabar kepada website atau portal, album gambar juga kepada digital begitulah juga yang akan berlaku kepada wang.

Mata wang kripto ialah satu medium pertukaran yang sama dikeluarkan oleh kerajaan, yang membezakan mata wang kripto tidak dikeluarkan oleh kerajaan. Seperti mana sesiapa sahaja boleh membuat laman web sendiri, mana-mana individu juga boleh membuat mata wang sendiri. Semua orang boleh melakukannya.

Dalam bidang ekonomi dan kewangan , sesuatu itu dianggap sebagai wang apabila mempunyai 3 fungsi berikut :-
1. Boleh menyimpan kekayaan
2. Satu medium pertukaran
3. Unit akaun


Secara asasnya wang mempunyai nilai apabila kita bersetuju ia mempunyai nilai.

Anda tahu sesuatu akaun instagram itu mempunyai nilai apabila ia mempunyai ramai follower setia dan anda sanggup membeli atau membayar pemilik akaun instagram itu untuk mengiklankan perkhidmatan dan perniagaan anda.

Begitu juga dengan akaun facebook anda tahu ia mempunyai nilai apabila ia punyai ratusan kawan dan follower, komen yang banyak, share yang banyak dan facebook live yang ramai tontonan. Anda tahu satu akaun facebook itu amat bernilai dari ciri-ciri diatas yang boleh menghasilkan jualan kepada perniagaan anda.

Begitu juga dengan akaun youtube, anda tentu tahu saluran youtube tv3, awani, kesihatan yang punyai jutaan pengikut adalah satu akaun yang bernilai.

Begitu juga dengan akaun shopee, lazada, sesuatu perniagaan yang mudah mendapat pelanggan dari portal ini akan tahu bernilainya akaun shopee mall mereka di sini. SHOPEE itu sendiri adalah aplikasi bernilai yang mempunyai billion data pembeli dan penjual.

Dari sini anda tahu, sesuatu yang bernilai ada harga dan akan dibeli dan dilawati pengguna. Seperti bernilainya instagram yang mempunyai jutaan pengikut, facebook yang mempunyai kawan dan pengikut setia, akaun shopee yang terus dilawati setiap saat untuk jual beli, pemilik akaun ini atau kita sendiri faham akaun instagram, facebook page atau akaun facebook, applikasi seperti shopee adalah antara aset digital yang amat bernilai kepada pemiliknya kerana ia menghasilkan pendapatan.

Akaun seperti ini adalah bentuk aset digital dimana ia bermula dari pelaburan kecil membina satu akaun dan akhirnya terjalin hubungan dengan pengikut dan rakan-rakan akhirnya berlaku perniagaan jual beli disitu.

Inilah aset digital, selain blog, akaun instagram, akaun facebook, akaun youtube, aplikasi shopee atau lazada, mata wang digital / mata wang kripto juga adalah aset digital.

Mata wang kripto / mata wang digital ini dikira sebagai aset kerana ia ada masa naik dan turun. Ada waktu ramai membeli mata wang kripto ini, ada juga waktu mata wang digital ini kurang pembeli.

Buat masa ini ramai mengangap mata wang digital ini sebagai ganti wang. Ia terpulang apa pendapat anda, namun harus diakui wang juga berbentuk aset.

Mata wang kripto atau mata wang digital ini sebenarnya adalah aset kripto. Ia bukan hari ini anda beli, esok dijamin harga ia akan naik.  Mata wang kripto sama seperti pelaburan lain seperti emas, saham atau rumah yang turut dikategorikan sebagai aset. Ada waktu emas, saham dan rumah itu sendiri ada masa harga turun ada masa harga naik.

Rumah akan turun harga jika tiba-tiba kawasan itu kawasan banjir besar atau ada berita lif rosak sehingga terhempas dan pengurusan tidak bagus. Begitu juga emas dan saham, bila mana wujud spekulasi akan terjejaslah harga emas dan saham.

Aset digital atau wang kripto ini juga sama. Apabila banyak permintaan akan naiklah ia, apabila wujud spekulasi akan turunlah harga wang kripto atau aset digital ini.

Berikut ialah Analisa pembangunan Cryptocurrency

-Bitcoin 2009, dalam masa 8 tahun meningkat 26,000,000 kali ganda

-Ethereum 2014, dalam masa 3 tahun meningkat 5,000kali ganda.
-Litecoin 2011, meningkat 7500 kali ganda.
-Ripple 2013, meningkat 2500 kali ganda.
-Dogecoin 2013, meningkat 1000 kali ganda.


Sebagaimana anda melihat meningkatnya pengguna whatapps, pengguna facebook dan instagram, juga pembeli dan penjual atas talian, janganlah terkejut apabila melihat peningkatan harga dan pemilik mata wang kripto atau cryptocurrency ini.

Adalah lebih logik untuk mengangap mata wang kripto atau mata wang digital ini sebagai aset digital. Ia adalah pelaburan digital yang tetap punyai risiko sendiri. Kita semua Cuma harus bijak memilih mata wang kripto mana untuk dibeli dan disimpan sebagai aset digital.

Cuma satu harus dipersetujui, akan datang mata wang kripto ini akan terus diterima baik dan digunakan oleh masyarakat dunia seperti mana teknologi lain yang dibawa oleh internet yang terus berkembang pesat.

Diharap artikel ini Berjaya menjelaskan mengapa cryptocurrency atau mata wang kripto ini kini di gelar Aset Digital di kalangan pemain senior cryptocurency (pioneer).

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.






Rabu, 22 Januari 2020

RINGKASAN BITCOIN, ASET DIGITAL (Mata wang digital / Mata wang Kripto) dan BLOCKCHAIN




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

BITCOIN merupakan wang elektronik (juga di gelar mata wang digital / mata wang kripto / Aset digital).

Bitcoin di cipta dan di asaskan oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Siapa sebenarnya pihak atau individu bernama Satoshi Nakamoto ini tidak diketahui sehingga kini. Gosip mengatakan bahawa ketika itu pihak atau individu yang mencipta bitcoin ini merasa kurang puas hati dengan krisis ekonomi dunia pada tahun 2008 .

Pengenalan bitcoin ini adalah bagi menjadi pilihan alternatif kepada penggunaan wang fiat. Bitcoin menggunakan teknologi kriptografi dan di sulitkan agar tiada pihak yang boleh memalsukan bitcoin ini sekaligus menjadikan bitcoin ini lebih selamat. 

Oleh kerana bitcoin merupakan mata wang pertama digital di dunia, populariti yang diterima bitcoin mengatasi mata wang digital lain seperti ethereum, tether, litecoin, Ripple XRP dan beribu mata wang kripto baru wujud. Bitcoin ini hanya terdapat 21 juta di dunia sekaligus menjadikan ia bernilai di mata pemain kripto.

anda kena faham ini bukan bitcoin, ethereum, ripple atau mata wang digital @ kripto sebenar, ini sekadar imej iklan dan penulisan sahaja. Bitcoin dan mata wang digital / kripto tidak wujud dalam bentuk fizikal - imej dari google

MATA WANG DIGITAL atau MATA WANG KRIPTO (Aset digital) ini tidak di keluarkan oleh bank pusat atau bank sesuatu negara seperti wang fiat. Sekaligus ia tiada campur tangan kerajaan. Maka ia tidak boleh dispekulasikan oleh mana-mana kerajaan atau negara tidak seperti wang fiat sekaligus ia di gemari dan dipromosi oleh mereka yang membenci pengaruh AMERIKA atau kuasa USD.

Mata wang digital @ kripto ini disimpan di dalam wallet atau dompet digital. E wallet atau dompet digital ini juga di panggil 'future dompet atau dompet masa hadapan' yang semakin di guna pakai oleh masyarakat dunia khususnya.

Bitcoin atau mata wang digital ini dari bahasa mudah terhasil dari algoritma matematik (peer to peer / penyelesaian masalah matematik) . Penggunaan bitcoin adalah dengan menggunakan 2 kunci, satu kunci peribadi (private key?) dan satu kunci awam (public key). Kunci peribadi (private key) ini ialah password atau kata kunci pemilik bitcoin. Dengan kata mudah, jika pemilik kunci peribadi ini (password) ini berkongsi dengan orang lain password ini, orang yang mengetahui password (kunci peribadi) ini boleh mencuri dan memindah milik bitcoin itu. Dengan mengabungkan kunci peribadi dan kunci awam inilah baru transaksi akan berlaku.


Ini adalah transaksi bitcoin. Sila perhatikan ID dan block hash yang panjang dan sulit itu. ID dan block Hash inilah yang sukar ditiru dan menyukarkan bitcoin di curi dan dipalsukan - imej dari google
Mari kita pergi ke lebih mendalam dan spesifik mengenai bitcoin dan mata wang digital / kripto ini.  Kenapa apabila sebut sahaja mata wang digital akan di kaitkan dengan bitcoin? ini kerana manusia mengenali mata wang digital melalui bitcoin, ia mata wang digital pertama wujud. Umpama USD, atau jenama maggi untuk mee segera, colgate untuk ubat gigi, ramly untuk burger, begitu jugalah bitcoin untuk mata wang digital.

Pada masa ini pesaing terdekat bitcoin ialah ethereum. Ethereum telah memperkenalkan 'smart contract' bagi meluaskan pengaruhnya dan berada seangkatan dengan bitcoin.  Pengenalan ringkas mengenai ethereum akan diterangkan dalam artikel seterusnya.


imej diambil dari google

Teknologi Blockchain


Sebelum wujud bitcoin,  teknologi blockchain dahulu wujud pada tahun 2008, yang juga dicipta oleh pengasas yang sama iaitu Satoshi Nakamotho. 

Selepas siap ledger atau blockchain ini maka barulah Satoshi Nakamotho memperkenalkan bitcoin pada Januari 2009.

Blockchain ialah pembolehjadi (enable)  kepada bitcoin atau wang digital / wang kripto (aset digital) ini.  Ia umpama kereta, enjin atau tayar adalah enable kepada kereta. Jika kereta tidak ada enjin atau tayar tidak berjalan sebuah kereta itu.  Begitu juga dengan mata wang digital / mata wang kripto atau aset digital ini.

Apabila anda sebut ASET DIGITAL (mata wang digital / mata wang kripto) anda harus tahu ia memang berhubung kait dengan teknologi blockchain. Seperti padanan ROMEO & JULIET, TERUNA & DARA. Ia adalah padanan wajib.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.



Ahad, 19 Januari 2020

SEJARAH MATA WANG DUNIA DAN KELEBIHAN MATA WANG DIGITAL BERBANDING MATA WANG FIAT





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tentu semua sudah sedia maklum. Perubahan teknologi itu berlaku seiring zaman dan seiring penerimaan baik kepada perubahan itu. Contoh kelemahan cucian tangan di sungai yang akhirnya di gantikan dengan teknologi yang lebih baik iaitu mesin basuh.

Begitu juga dengan mata wang dunia. Bermula dengan sistem barter, di tukar kepada logam yang berat, kemudian kepada wang kertas yang lebih ringan dan mudah dilipat, dari wang kertas ditukar kepada kad akhirnya berubah kepada perbankan internet dan kini dikatakan akan berubah kepada mata wang digital yang menggunakan teknologi blockchain.

Bagaimana wang kertas di tukarkan kepada kad?, ini kerana tidak perlu susah payah untuk ke atm mesin mengeluarkan wang. Peniaga lebih selamat tanpa perlu memegang tunai di tangan, tiada kecurian wang tunai oleh pekerja dan tidak perlu membuang masa mencari parking dan beratur hanya untuk mengeluar dan mendepositkan wang. Dengan teknologi perbankan internet segala pembelian dan jualan juga boleh dilakukan secara atas talian dengan cukup mudah.

Namun seperti sebelumnya sistem wang fiat ini juga turut mengalami kelemahan dan cuba di baiki oleh pilihan lebih baik di zaman teknologi internet ini. Salah satu teknologi yang mencabar wang fiat ialah teknologi blockchain dimana teknologi blockchain ini memperkenalkan wang digital sebagai pencabar dan pengganti wang fiat.

Untuk pertama kalinya teknologi blockchain memperkenalkan mata wang digital pertamanya iaitu bitcoin pada tahun 2009 dan pada tahun 2015 dan seterusnya penggunaan bitcoin meningkat naik seperti mana meningkat naiknya segala jual beli, permainan game atas talian. Selepas kewujudan bitcoin yang semakin popular, mata wang digital lain seperti ethereum, litecoin, tether, ripple dan pelbagai mata wang digital lain lagi terus menerus muncul sebagai pilihan dalam teknologi blockchain.

Terdapat pelbagai kelebihan mata wang digital yang menggunakan teknologi blockchain ini berbanding mata wang fiat. Di bawah ini di berikan antara point penting yang sering diberikan oleh pemain crypto mengapa mata wang digital ini menjadi pilihan dan terus diterima pakai oleh pelbagai negara sehingga hari ini :-

1. Transaksi antarabangsa menggunakan wang fiat memakan kos-kos tertentu, dengan mata wang kripto syarikat dan orang persendirian dapat menjimatkan kos ini.

2.  Peniaga antarabangsa khususnya inginkan duit dimasukkan segera, namun teknologi wang fiat mengambil masa lama, malas ada masa sistem web syarikat 'down' jika berlaku banyak transaksi. Kelancaran web syarikat atau jualan mengakibatkan tergendala dan menyebabkan kerugian. Dengan teknologi blockchain, transaksi boleh dilakukan dalam berapa saat sahaja, menggunakan transaksi teknologi 'peer to peer' yang cepat sekaligus amat berguna untuk pernigaan antarabangsa khususnya.

3. Urusan bank yang leceh. Pelbagai negara telah mengetatkan pindahan wang dan deposit wang. Wang dalam jumlah yang tinggi seperti 20 ribu ke atas perlu deklarasi dari mana dan sebagainya. Ia menyusahkan bagi sesetengah pelanggan.

4. Rekod belian dan jualan turut dipaparkan dan diketahui oleh bank dan seterusnya bank negara. Sesetengah pelanggan inginkan privasi dan tidak ingin jual beli di ketahui oleh pihak ketiga.

5. Jumlah tunai atau aset di ketahui oleh bank negara, lembaga hasil dalam negeri atau pihak bank. Ramai individu kini inginkan privasi. Dengan teknologi blockchain hanya pemilik tahu berapa nilai aset digital atau mata wang digital yang mereka miliki.

6. Bank negara atau pihak bank tidak boleh membekukan wang digital tidak seperti wang fiat di akaun bank atau di unit amanah dan dimana sahaja. Tidak seperti aset lain seperti rumah, tunai, tanah dan perniagaan, mata wang digital tidak boleh dibekukan oleh pihak kerajaan.

7. Wang digital tidak dipengaruhi oleh nilai naik atau turun USD. Ia tidak dikawal bank pusat. Mata wang digital dipercayai akan mematikan pengaruh USD itu antara alasan mengapa banyak negara kini menerima wang kripto dalam perdagangan kerana ingin mengurangkan kuasa USD ini.

8. Penggunaan wang digital ini juga menunjukkan penerimaan masyarakat dunia pada teknologi digital dan mereka inginkan perubahan, tidak ingin di kawal oleh USD, terdapat penerimaan yang semakin menaik dari hari ke hari kepada penggunaan wang kripto malah tersedianya teknologi yang menyokong perubahan ini.

9. Teknologi blockchain @ wang digital ini juga lebih transparent,  sekaligus menyukarkan kes rasuah atau gelap duit berlaku.

Pada tahun 2020 ini mata wng kripto kini telah diguna pakai dalam pembelian barangan biasa, membayar perkhidmatan, tempahan hotel, tiket penerbangan , belian barangan kemas, restoran, belian applikasi dan pelbagai lagi.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...