Khamis, 23 Julai 2015

Blogger :Akaun Adsense Baru Saya


***Untuk paparan dan imej lebih jelas. Sila Klik Imej. Terima kasih.

imej ini agak kurang jelas kerana saya tidak pandai meng"edit" gambar atau menggunakan perisian (software) bagi membolehkan gambar dilihat jelas (sharp)


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Imej gambar diatas ini adalah , imej yang diambil menggunakan telefon bimbit saya pada 12 Julai yang lepas. Iaitu hampir 2 minggu saya mempunyai akaun adsense.

Dibawah ini pula ialah imej akaun adsense yang telah di 'print screen' oleh saya pada awal pagi, hari ini.

imej yang diambil oleh saya pada pagi ini

imej yang diambil oleh saya pada pagi ini, imej ini berubah-ubah mengikut hari dan waktu

Oleh kerana saya masih tidak punya waktu untuk mempelajari cara membaca 'dashboard' atau paparan halaman adsense ini, jadi saya sendiri tidak tahu untuk menilai dan membaca laporan adsense ini sekaligus mengunakan sepenuhnya akaun adsense saya untuk menjana wang di blog saya.


Walau bagaimana pun, saya kini dalam perancangan untuk memulakan menulis sebuah lagi blog personal saya yang lebih kepada motivasi kepada diri saya sendiri dalam waktu terdekat ini.

Saya kini mengidam mempunyai 3 buah blog sebelum akhir tahun ini, Kerana melalui pembacaan saya ramai blogger yang membuat duit melalui blog menggunakan adsense. Mereka membuat 'superblog' dan menjana wang dari adsense dari USD1 sehari sehingga USD1000 ke USD3000 sehari. Walau ia nampak sukar bagi blogger baru seperti saya, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi semangat untuk saya untuk terus berblogging.

Benarlah kata orang, kita adalah apa yang kita baca dan percaya. Jika dulu banyak yang saya sukar percaya mengenai buat duit dengan blog, tetapi makin mengenali blog, makin menambah ilmu saya makin yakin blog adalah salah satu medan pendapatan pasif yang bernilai dan bagus.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Saya akan berkongsi dengan anda blog saya yang terbaru dalam waktu terdekat ini. Semoga saya menjadi antara golongan adsense player yang berjaya dan sukses juga berjaya dalam bidang lain yang saya ceburi dan idamkan. Ramai yang mengatakan betapa pentingnya fokus. Dan saya akan cuba fokus kepada semua benda yang telah saya pilih dan ceburi.

Salam sayang dari saya. Terima kasih kerana terus menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan. Assalammualaikum.


Riang Ria Aidilfitri 2015

Raya pertama bergambar bersama adik ipar saya Leha, Intan dan anak saudara saya Qasrina dan Zara
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini, ramai saudara mara dan sanak saudara datang beraya ke rumah saya.


Raya pertama - Bergambar bersama kakak saya, Adik Ipar saya Leha dan Intan serta anak saudara saya Qasrina dan Zara

biasalah, hanya sekeping sahaja gambar keluarga yang menjadi kerana sibuk dengan anak-anak saudara yang kejar mengejar dan melarikan diri tidak mahu bergambar, dan mata saya pun terpejam ketika mengambil gambar keluarga ini

Diringkaskan sahaja artikel ini, saya abadikan segala gambar dan memori raya Aidilfitri diblog kesayangan saya ini sebagai kenangan masa akan datang.

bergambar bersama Kak Ros dan keluarga, Kak Ros adalah sepupu saya dan anak-anak beliau seramai 5 orang sudah dewasa masuk IPT dan bekerja.


bergambar bersama adik ipar Intan dan anaknya Zara

kemeriahan raya
Rumah saya biasa memang meriah dari raya pertama lagi dan berlanjutan sehingga hari raya ke Enam. Saudara Mara dari seluruh Pahang malah dari Kelantan juga datang beraya.

selepas seharian berpakaian traditional raya, ketika beraya waktu petang saya terpaksa menukar baju kerana kurang selesa. Nak pakai baju traditional tidak sempat gosok, jadi saya pakai sahajalah baju yang ada

tidak sah jika tidak ber'selfie' dihari raya
Raya berikutnya rumah kami terus dikunjungi saudara mara dari Jerantut, Jengka dan seluruh pelusuk Pahang (ayat lawak).

berselfie lagi bersama sanak-saudara dari Jengka dan Jerantut

bergambar bersama ibu saudara belah ibu, Cik Ngah yang berbelas tahun tidak berjumpa. Cik Ngah adalah kakak kepada ibu saya.

berselfie dengan saudara mara belah ibu saya

gambar candid , kerana sibuk kehulu hilir saya hanya berpalazo sahaja

selfie lagi
Oleh kerana kanak-kanak dalam keluarga kami bersungguh-sungguh untuk bersuka ria mandi manda dikolam renang, kami berkesempatan pergi ke Sempurna Resort untuk membawa mereka mandi manda di Kolam Renang pada pagi raya ketiga lagi.

bergambar sambil menunggu kanak-kanak mandi manda dikolam

gambar yang sempat diambil. Zara dan Harris gembira bermain kolam

ibu-ibu melihat keletah anak masing-masing
Ini sahaja gambar yang sempat saya kongsikan didalam artikel kali ini. Semoga Aidilfitri akan datang lebih indah dari Aidilfitri sebelumnya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua dan selamat berpuasa sunat Syawal. Assalammualaikum.





Selasa, 14 Julai 2015

TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) DAN MUSIM PERAYAAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang  tersayang. Oleh kerana hari raya yang bakal menjelang, dan blog saya juga ada tempat rujukan bagi mereka yang memilih mengharung Topical Steroid Withdraw (TSW) saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika mengharungnya di musim perayaan tahun lepas.

Cuka Epal dan Minyak Kelapa Dara Organik bersaiz kecil - stok dipejabat saya, anda wajib menyediakannya sebagai senjata utama anda menghadapi Topical Steroid Withdrawal (TSW) kecuali anda alah minyak kelapa dara (jarang terdapat kes alahan minyak kelapa dara)
Sebelum meneruskan artikel ini, anda perlu membaca semua tulisan dan artikel tulisan saya sebelum ini, dan ini adalah sambungan dari artikel atau link ini Fasa-Fasa Topical Steroid Withdrawal (TSW) . Sila pastikan anda membaca dari artikel pertama label EKZEMA / TSW diblog ini. Saya ada menyediakan bahagian label di kanan blog ini, terdapat pelbagai label antaranya termasuklah health, love, Tempat Makan Best dan sebagainya, untuk memudahkan carian bagi pembaca blog saya mencari rujukan bahan bacaan pilihan mereka.

Perkara pertama yang saya ingin pesan ketika anda mengharungi TSW ini, tolong jangan stress atau tertekan. Jangan rasa terseksa andai anda terpaksa pantang banyak makanan kegemaran anda. Ia permulaan pertama berpantang memang perit, tapi jangan risau kerana ia berbaloi dan paling penting anda bukan perlu pantang makan selamanya.

Untuk pengetahuan anda, dahulu ketika saya tidak benar-benar memahami Topical Steroid Withdrawal saya makan semua benda termasuk pulut. Waktu itu saya tidak tahu bahawa makanan bergula tinggi adalah penyebab ekzema lagi teruk. Jadi sila pastikan anda bukan sahaja mengelakkan rendang ayam mahupun daging, tetapi mengelakkan makanan berasaskan pulut termasuk ketupat pulut dan lemang.

Jangan risau anda boleh makan ketupat nasi tapi sebolehnya elakkan ketupat nasi dari dalam plastik seperti ketupat nona dan sebagainya, kerana plastik mengandungi toksid. Oleh kerana perjalanan Topical Steroid Withrawal ini mengeluarkan toksid didalam tubuh anda, jadi jika anda tidak berpantang ia akan lebih flare-up atau meradang.


bawang putih mentah yang mengandungi alicin adalah juga senjata hebat mengharungi Topical Steroid Withdrawal


Ingin saya ingatkan antara makanan anda perlu pantang ketika musim perayaan ini termasuklah nightshade seperti terung, bendi, tomato, timun, lobak. Jenis makanan atau sayuran seperti starchy vegetable umpama kentang (terutama non gmo), labu, brokoli dan sebagainya.

Anda tidak perlu risau kerana kurang setahun saya mengharungi Topical Steroid Withdrawal (TSW) saya kini sudah boleh menikmati semua makanan nighshade, starchy vegetable malah saya juga boleh menikmati ayam organik dan telur ayam organik. Paling utama saya juga alhamdulilah dibulan Ramadhan ini telah berkali-kali menikmati daging lembu yang bukan segar, murtabak daging dibazar ramadan, karipap yang terisi daging ayam biasa juga kulit diperbuat dari marjerin,kuih raya semperit dan sebagainya yang memang pantang bagi mereka yang mengharungi TSW kerana perjalanan TSW saya yang semakin lancar dan makin pulih. Ingin saya katakan disini bahawa penyembuhan TSW saya lebih cepat dari yang diramalkan (alhamdulillah, syukur kehadrat illahi). Malah sebelum bulan puasa lagi, saya sudah beberapa bulan menikmati daging salai dan pelbagai kek dan manisan tanpa flare-up atau radang dengan syarat anda memperkuatkan sistem imun anda dengan makanan yang memperkuatkan sistem imun.

Antara makanan yang anda perlukan untuk memperkuatkan sistem imun yang mudah didapati ialah, cuka epal (pastikan organik dan unfiltered serta with mother) , saya syorkan anda memilih jenama bragg. Anda juga perlu menyediakan Minyak Kelapa Dara Organik yang banyak terdapat di farmasi dan kedai organik. Sila amalkan minum minyak kelapa dara organik ini pagi dan malam ketika mengharungi topical steroid withdrawal ini. Anda juga boleh menyapu minyak ini ke kulit anda.

Jika anda mempunyai pokok lidah buaya, sila amalkan minum jus lidah buaya ini sehingga ekzema anda sembuh, bila sembuh sila berhenti kerana saya membaca bahawa lidah buaya ini tidak elok diamalkan selalu, ia elok diamalkan sehingga peyakit sembuh.

Anda digalakkan menikmati bawang putih mentah (lebih elok organik). Jangan risau tentang bau badan kerana ia hanya untuk permulaan kerana terlalu banyak toksik didalam tubuh anda, lama-lama ia akan hilang sendiri. Anda juga digalakkan mengamalkan biji betik atau betik hijau, serta buah delima. Jika mampu dan mudah anda digalakkan mengamal minum jus sayur-sayuran mentah terutama sayur hijau. Digalakkan buat sendiri. Jus yang enak dan elok diamalkan ialah jus sawi dan epal hijau, jus peria dan epal hijau juga jus nenas (pastikan nenas yang tidak terlalu masak). Air kelapa juga amat bagus untuk ekzema atau topical steroid withdrawal tetapi sila pastikan anda tidak menghadapi masalah 'candida overgrowth'.

Sila pastikan anda mencatatkan point-point penting didalam artikel saya untuk kali ini jika anda atau anak anda sedang mengharung Topical Steroid Withdrawal (TSW). Jika anak anda yang sedang menjalani TSW dan anda menyusukan anak anda. Anda tetap kena mengelakkan segala makanan yang saya sebutkan diatas kerana bahan makanan yang anda makan akan pergi kedalam tubuh anak anda melalui susu anda. Sila pastikan anda yang memakan makanan penguat imun sistem melalui 
susu badan anda.

Saya akan menyambung artikel ini jika diberi kesempatan dan masa yang mengcukupi. Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Saya harap sesiapa yang melalui TSW sila tabah, kerana jika anda google dan membaca kehebatan TSW anda pasti akan bersyukur kerana anda berani memilih dan mengharunginya.

Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.




Terima Kasih Kepada Semua Pelanggan Crunchy Flakes By QK

penghantaran menggunakan City-Link

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah walau perniagaan Crunchy Flakes by QK saya agak perlahan tetapi paling penting ia tetap berkembang dan masih mempunyai permintaan termasuk dari pelanggan yang sering ulang membeli dengan kata-kata pujian untuk produk pertama saya ini.


antara balang-balang botol yang bakal di poskan kepada pelanggan
Saya akui saya tidak seperti peniaga lain yang rajin mempromosikan produk mereka di facebook atau intagram. Alasan saya ialah kerana saya berasa segan untuk mempromosikan produk saya difacebook kerana saya bimbang rakan-rakan saya di facebook akan rimas dengan iklan yang sama. Sungguh negatif sekali fikiran saya. Malah saya sendiri tidak mempromosikan blog saya ini di facebook saya sendiri. Satu perangai yang tidak patut dicontohi oleh orang lain.

antara balang botol Crunchy Flakes by QK ini terdapat 60 balang botol crunchy flakes yang ditempah oleh pelangan baru yang mengetahui produk Crunchy Flakes by QK melalui blog.

Walau bagaimana pun sempena minggu terakhir bulan Ramadan saya sempat mempromosikan hanya beberapa hari sahaja produk Crunchy Flakes by QK saya dalam intagram dan blog (dengan menulis artikel mengenai produk ini) . Alhamdulilah saya telah mendapat pelanggan baru dari iklan di media sosial ini termasuklah seorang pelanggan yang memesan 60 balang botol Crunchy Flakes by QK untuk acara Syarikat atau pejabat beliau. Pelanggan ini telah menemui produk Crunchy Flakes by QK dari blog saya ini. Pelanggan terbaru saya dari Kampung Baru ini telah diberi PENGEPOSAN PERCUMA ke tempat beliau oleh saya menggunakan city-link sebagai tanda terima kasih kerana memilih saya untuk program mereka kali ini. Saya juga akan memulakan promosi kos pengeposan percuma jika anda membeli 24 balang Crunchy Flakes by QK selepas ini menggunakan penghantaran City-Link ke tempat anda.

oleh kerana pengeposan melalui plastik buble dan dimusim perayaan- saya mengalas botol dengan bubble agar tidak mudah hancur, tetapi jika bukan musim perayaan, tanpa plastik buble pun, snek ini masih elok dan tidak hancur


Harga promosi bagi produk CRUNCHY FLAKES by QK masih RM10 , harga sebenar ialah RM12. Saya masih memanjangkan promosi produk ini kerana saya mempunyai ramai pelanggan sedia ada yang mengemari produk ini. Terima kasih kerana masih mempercayai produk saya sebagai produk "KUNYAH-KUNYAH" pilihan keluarga anda. Saya akan mula mempromosikan produk ini dengan  lebih bersungguh lagi selepas ini. Insyaalah saya akan mula membuang perasaan segan untuk mempromosikan produk saya ini di facebook dan intagram juga diblog.


Terima kasih sekali lagi. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.


BLOGGER : BLOG SAYA DAN IKLAN

Iklan paling atas adalah dari Exabytes, iklan tengah dari Nuffnang dan yang ketiga atau bawah dari Adsense


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Menyambut malam-malam terakhir Ramadan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal datang.


bahagian tepi kanan adalah iklan dari Adsense

Setelah 2 tahun saya berkecimpung didalam penulisan blog, alhamdulillah, blog saya kini mempunyai 3 (Tiga) syarikat pengiklanan yang memaparkan iklan mereka di blog saya. Tiga  ( 3) syarikat pengiklanan itu ialah Nuffnang, Exabytes dan terbaru adalah Adsense. Syukur alhamdulillah atas perkembangan ini.

Iklan biru ditengah-tengah juga dariNuffnang

Menulis blog telah membantu saya banyak perkara. Dia memberi ilham untuk saya berfikir apa yang perlu ditulis dan dikongsi serta memberi manfaat kepada orang lain. Menjadikan saya lebih rajin membaca dan berfikir diluar kotak. Dan memberi saya rezeki yang tidak disangka-sangka termasuk dalam perniagaan Crunchy Flakes saya.

Iklan Zalora dibahagian atas adalah dari Adsense , dibahagian tengah juga dari Adsense dan bahagian bawah sekali adalah dari Nuffnang

Mungkin pendapatan dari blog saya buat masa ini tidak sebanyak dan semewah blogger popular yang lain. Tetapi ia sudah mencukupi untuk mengenalkan diri saya di google. Saya menetapkan jangka masa untuk blog ini menjadi medan pendapatan pasif yang lumayan untuk saya pada masa akan datang sebagai platform untuk memperkenalkan diri saya, imej dan juga tempat saya terus membina kerjaya atau perniagaan yang ingin saya pasarkan.

Saya percaya blog adalah medan paling mudah untuk memperkenalkan diri dan paling bertahan lama. Saya harap saya akan terus diberi peluang untuk menulis dan blog-blog saya akan menjadi bantuan untuk memperkenalkan diri saya juga segala perniagaan saya yang dalam perancangan atau yang sedang berjalan.

Terima kasih atas rezeki tuhan kepada saya juga google yang memberi peluang untuk setiap insan menggunakan enjin carian google ini sekaligus membantu saya mengembangkan sayap perniagaan dan kerjaya saya sendiri

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada folower-folower saya dan juga semua pembaca blog saya ini. Tanpa sokongan kalian blog saya tidak akan sampai ke peringkat ini.

Salam sayang dari saya. Saya harap anda tidak terganggu dengan segala iklan di blog saya ini. Assalammualaikum.



Jumaat, 3 Julai 2015

PENAWAR KENCING TIKUS @ LEPTOSPIROSIS

serai dan daun serai penawar bagi penyakit kencing tikus

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda petua atau penawar kencing tikus  atau Leptospirosis. Dewasa ini memang penyakit ini amat membimbangkan dan dikatakan sukar dirawat serta boleh menyebabkan kematian. 


Saya berkongis petua ini yang saya dapati dari facebook Tuan Haji Mohd Tariq MKamal :-

Beliau mengatakan ,dengan izin Allah penawar ini mujarab dan boleh membunuh kuman kencing tikus serta menyembuhkan pesakit.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Beberapa batang serai termasuk daun serai

Cara-cara :-

Cuci bersih serai dan daun serai (seeloknya organik atau ditanam sendiri) dan rebus (seeloknya dengan air yang telah ditapis)

Setelah siap, boleh diberi minum kepada pesakit yang terkena virus penyakit kencing tikus. Dengan izin Allah akan memberikan kesembuhan segera.

Tuan Haji Mohd Tariq MKamal turut memberitahu dalam facebook beliau, bahawa terdapat pesakit yang terlantar dihospital turut mencuba ramuan diatas dan dengan izin Allah telah sembuh. Malah , doktor yang merawat pesakit itu juga terkejut kerana ia sembuh hanya dengan meminum air rebusan serai dan daunnya sahaja sebagai penawar kepada penyakit ini.


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.


BERBUKA PUASA DI HOTEL MS GARDEN , KUANTAN


bergambar sebelum berbuka puasa

Assalammmualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Bagi anda yang mencari tempat berbuka puasa yang menarik dan hidangan yang enak terutama bagi mereka yang mengemari masakan cina , anda boleh memilih MS Garden Hotel sebagai tempat pilihan yang terbaik untuk berbuka puasa di Jade Restoran.


saya kusyuuk ambil gambar sehingga selalu terlupa mengambil gambar sendiri

Saya telah berpeluang berbuka puasa di Restoran Jade di MS Garden Hotel Kuantan ini pada minggu lepas. Kebetulan rezeki saya dan rakan-rakan, sahabat kami Naemah telah berbesar hati membelanja kami menikmati hidangan berbuka puasa Set bagi 4 orang yang hanya berharga RM128 termasuk cukai.

satu pilihan menu sup dan 3 pilihan menu lain yang terdiri dari ayam, itik, daging lembu, udang, sotong dan pelbagai sayuran

Set untuk 2-4 orang yang berharga RM128 ini terdiri daripada 1 pilihan sup (mengikut menu diberi), 3 pilihan lauk yang terdiri dari sotong, udang, itik, ayam, daging dan sayuran, nasi kukus wangi, teh cina dan manisan.

Kami memilih menu seperti dibawah iaitu ikan kerapu steam ala thai, sup isi ketam dan isi ayam, daging goreng cili kering dan udang goreng bersama sos Kam Heong.

Crabmeat Soup with Shredded Chicken
Kerapu  Steamed in Thai Style
dried meat with dried chilli
Pan Fried Prawn with Kam Heong Sauce

Manisan kami pada hari itu ialah Lai Chi Kang panas yang manis dan enak sekali. Kerana berbuka dihotel, pelayan restoran ini melayan kami dengan baik sekali dan mengisi segala makanan kedalam bekas makanan kami. 

manisan lai chi kang ini agak manis tapi tetap sedap

manisan atau lai chi kang

Air teh cina yang dihidangkan kepada kami agak pahit kerana berherba dan saya memang mengemari teh cina ini. Bukan mudah mendapat teh cina seperti ini.

teh herba cina

herba yang digunakan - menarik kan?


Kami memang amat berpuas hati berbuka disini dengan layanan 5 bintang yang diberi. Nasi kukus wangi disini memang sedap dan menyelerakan. 

bergambar selepas menikmati makanan

muka kekenyangan

lepas ini boleh belanja lagi

Harga buffet Ramadan atau berbuka puasa di Hotel MS Garden ketika hari kami pergi ini adalah RM70 seorang. Oleh kerana kami baru sahaja berbuka puasa buffet Ramadan di Hotel Megaview, Kuantan jadi kami lebih berminat dengan masakan cina yang paling terkenal di Restoran Jade Kuantan ini.

bergambar setelah kenyang berbuka puasa

muka kegembiraan
Sebelum pulang kami sempat bergambar di tangga hotel. Dan seterusnya masing-masing sempat membeli belah untuk raya dipasaraya megamall disebelah hotel MS Garden ini.

Sekian sahaja artikel saya untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.

Khamis, 2 Julai 2015

Berbuka Puasa di Hotel Megaview , Kuantan

bergambar di lobi hotel
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah saya diberi kesempatan baru-baru ini berbuka puasa di Hotel Megaview , Kuantan bersama-sama rakan-rakan saya. Kami menikmati buffet Ramadhan di Hotel Megaview Kuantan yang dianjurkan oleh Darul Makmur Medical Centre. 

adik saya dan kak akma sempat bergambar di lobi hotel

Kami tiba dihotel Megaview, Kuantan hampir waktu berbuka dan bergegas bergambar dilobi hotel yang dihias khas sempena bulan Ramadhan (pihak hotel menyediakan photo booth untuk pelanggan hotel bergambar)

Kami terus menaiki lif ke tingkat satu hotel ini untuk menuju ke dewan makan yang menyediakan perkhidmatan buffet. Buffet Ramadan dihotel Megaview Kuantan ini berharga RM40 bagi minggu pertama dan kedua , bagi minggu ketiga dan keempat harga buffet ini naik menjadi RM50 seperti diiklankan dibanting berhadapan hotel.


rakan-rakan saya bergambar bersama makanan
Oleh kerana kami sampai hampir waktu berbuka puasa, saya tidak berkesempatan mengambil gambar disetiap meja yang dihias cantik dengan pelbagai pilihan menu makanan. Tetapi cukup saya katakan terlalu banyak pilihan makanan yang enak dari manisan, kek, lauk pauk melayu, malah pais patin serta patin masak tempoyak juga turut tersedia. Selain itu hidangan sushi juga turut terdapat dalam buffet ramadhan ini.


sempat bergambar sebelum berbuka

Disini juga terdapat hidangan kambing golek @ bakar . Saya beri 4 bintang kepada menu udang mentega (butter prawn), kari kambing , patin masak tempoyak, terung goreng nestum dan pelbagai menu lagi  Air kathira disini boleh tahan rasanya berbanding tempat lain.


antara menu yang sempat kami ambil
Tempat buffet Ramadhan ini dipamerkan juga dihias cantik dan berkelipan sesuai suasana seperti berhari raya. Maaf kerana mengejar waktu berbuka saya tidak sempat mengambil gambar. Pelbagai hidangan timur barat disediakan disini segala jenis puding, kek dan manisan serta kuih muih melayu yang pelbagai juga terdapat disini. Tart buah disini juga boleh tahan sedapnya begitu juga kek.


kambing golek atau kambing bakar juga terdapat disini

Disini juga terdapat pilihan menu kambing golek atau kambing bakar serta makanan laut bakar yang lain. Oleh kerana saya peminat kambing , saya juga tidak ketinggalan menikmati menu ini.

pekerja hotel kusyuk menyediakan kambing bakar kepada tetamu hotel
Saya hanya sempat mengambil gambar kambing golek atau bakar ini sahaja. Jadi saya mohon maaf kepada anda pembaca blog saya kerana ketiadaan gambar menarik dalam artikel kali ini.

4 bintang diberi kepada menu dan hidangan dalam buffet ramadhan atau berbuka puasa di Hotel Megaview, Kuantan ini

Keseluruhannya saya memberi 4 bintang kepada menu dan rasa bagi buffet Ramadan atau buffet berbuka puasa di Hotel Megaview, Kuantan ini. Bagi saya ini adalah antara buffet berbuka puasa yang enak untuk dijadi pilihan untuk anda membawa keluarga atau insan tersayang berbuka jika anda berada di Kuantan.


Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...