Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Oleh kerana hari raya yang bakal menjelang, dan blog saya juga ada tempat rujukan bagi mereka yang memilih mengharung Topical Steroid Withdraw (TSW) saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika mengharungnya di musim perayaan tahun lepas.
|
Cuka Epal dan Minyak Kelapa Dara Organik bersaiz kecil - stok dipejabat saya, anda wajib menyediakannya sebagai senjata utama anda menghadapi Topical Steroid Withdrawal (TSW) kecuali anda alah minyak kelapa dara (jarang terdapat kes alahan minyak kelapa dara) |
Sebelum meneruskan artikel ini, anda perlu membaca semua tulisan dan artikel tulisan saya sebelum ini, dan ini adalah sambungan dari artikel atau link ini
Fasa-Fasa Topical Steroid Withdrawal (TSW) . Sila pastikan anda membaca dari artikel pertama label EKZEMA / TSW diblog ini. Saya ada menyediakan bahagian label di kanan blog ini, terdapat pelbagai label antaranya termasuklah health, love, Tempat Makan Best dan sebagainya, untuk memudahkan carian bagi pembaca blog saya mencari rujukan bahan bacaan pilihan mereka.
Perkara pertama yang saya ingin pesan ketika anda mengharungi TSW ini, tolong jangan stress atau tertekan. Jangan rasa terseksa andai anda terpaksa pantang banyak makanan kegemaran anda. Ia permulaan pertama berpantang memang perit, tapi jangan risau kerana ia berbaloi dan paling penting anda bukan perlu pantang makan selamanya.
Untuk pengetahuan anda, dahulu ketika saya tidak benar-benar memahami Topical Steroid Withdrawal saya makan semua benda termasuk pulut. Waktu itu saya tidak tahu bahawa makanan bergula tinggi adalah penyebab ekzema lagi teruk. Jadi sila pastikan anda bukan sahaja mengelakkan rendang ayam mahupun daging, tetapi mengelakkan makanan berasaskan pulut termasuk ketupat pulut dan lemang.
Jangan risau anda boleh makan ketupat nasi tapi sebolehnya elakkan ketupat nasi dari dalam plastik seperti ketupat nona dan sebagainya, kerana plastik mengandungi toksid. Oleh kerana perjalanan Topical Steroid Withrawal ini mengeluarkan toksid didalam tubuh anda, jadi jika anda tidak berpantang ia akan lebih flare-up atau meradang.
|
bawang putih mentah yang mengandungi alicin adalah juga senjata hebat mengharungi Topical Steroid Withdrawal
|
Ingin saya ingatkan antara makanan anda perlu pantang ketika musim perayaan ini termasuklah nightshade seperti terung, bendi, tomato, timun, lobak. Jenis makanan atau sayuran seperti starchy vegetable umpama kentang (terutama non gmo), labu, brokoli dan sebagainya.
Anda tidak perlu risau kerana kurang setahun saya mengharungi Topical Steroid Withdrawal (TSW) saya kini sudah boleh menikmati semua makanan nighshade, starchy vegetable malah saya juga boleh menikmati ayam organik dan telur ayam organik. Paling utama saya juga alhamdulilah dibulan Ramadhan ini telah berkali-kali menikmati daging lembu yang bukan segar, murtabak daging dibazar ramadan, karipap yang terisi daging ayam biasa juga kulit diperbuat dari marjerin,kuih raya semperit dan sebagainya yang memang pantang bagi mereka yang mengharungi TSW kerana perjalanan TSW saya yang semakin lancar dan makin pulih. Ingin saya katakan disini bahawa penyembuhan TSW saya lebih cepat dari yang diramalkan (alhamdulillah, syukur kehadrat illahi). Malah sebelum bulan puasa lagi, saya sudah beberapa bulan menikmati daging salai dan pelbagai kek dan manisan tanpa flare-up atau radang dengan syarat anda memperkuatkan sistem imun anda dengan makanan yang memperkuatkan sistem imun.
Antara makanan yang anda perlukan untuk memperkuatkan sistem imun yang mudah didapati ialah, cuka epal (pastikan organik dan unfiltered serta with mother) , saya syorkan anda memilih jenama bragg. Anda juga perlu menyediakan Minyak Kelapa Dara Organik yang banyak terdapat di farmasi dan kedai organik. Sila amalkan minum minyak kelapa dara organik ini pagi dan malam ketika mengharungi topical steroid withdrawal ini. Anda juga boleh menyapu minyak ini ke kulit anda.
Jika anda mempunyai pokok lidah buaya, sila amalkan minum jus lidah buaya ini sehingga ekzema anda sembuh, bila sembuh sila berhenti kerana saya membaca bahawa lidah buaya ini tidak elok diamalkan selalu, ia elok diamalkan sehingga peyakit sembuh.
Anda digalakkan menikmati bawang putih mentah (lebih elok organik). Jangan risau tentang bau badan kerana ia hanya untuk permulaan kerana terlalu banyak toksik didalam tubuh anda, lama-lama ia akan hilang sendiri. Anda juga digalakkan mengamalkan biji betik atau betik hijau, serta buah delima. Jika mampu dan mudah anda digalakkan mengamal minum jus sayur-sayuran mentah terutama sayur hijau. Digalakkan buat sendiri. Jus yang enak dan elok diamalkan ialah jus sawi dan epal hijau, jus peria dan epal hijau juga jus nenas (pastikan nenas yang tidak terlalu masak). Air kelapa juga amat bagus untuk ekzema atau topical steroid withdrawal tetapi sila pastikan anda tidak menghadapi masalah 'candida overgrowth'.
Sila pastikan anda mencatatkan point-point penting didalam artikel saya untuk kali ini jika anda atau anak anda sedang mengharung Topical Steroid Withdrawal (TSW). Jika anak anda yang sedang menjalani TSW dan anda menyusukan anak anda. Anda tetap kena mengelakkan segala makanan yang saya sebutkan diatas kerana bahan makanan yang anda makan akan pergi kedalam tubuh anak anda melalui susu anda. Sila pastikan anda yang memakan makanan penguat imun sistem melalui
susu badan anda.
Saya akan menyambung artikel ini jika diberi kesempatan dan masa yang mengcukupi. Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Saya harap sesiapa yang melalui TSW sila tabah, kerana jika anda google dan membaca kehebatan TSW anda pasti akan bersyukur kerana anda berani memilih dan mengharunginya.
Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.