|
Raya pertama bergambar bersama adik ipar saya Leha, Intan dan anak saudara saya Qasrina dan Zara
|
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini, ramai saudara mara dan sanak saudara datang beraya ke rumah saya.
|
Raya pertama - Bergambar bersama kakak saya, Adik Ipar saya Leha dan Intan serta anak saudara saya Qasrina dan Zara |
|
biasalah, hanya sekeping sahaja gambar keluarga yang menjadi kerana sibuk dengan anak-anak saudara yang kejar mengejar dan melarikan diri tidak mahu bergambar, dan mata saya pun terpejam ketika mengambil gambar keluarga ini |
Diringkaskan sahaja artikel ini, saya abadikan segala gambar dan memori raya Aidilfitri diblog kesayangan saya ini sebagai kenangan masa akan datang.
|
bergambar bersama Kak Ros dan keluarga, Kak Ros adalah sepupu saya dan anak-anak beliau seramai 5 orang sudah dewasa masuk IPT dan bekerja. |
|
bergambar bersama adik ipar Intan dan anaknya Zara |
|
kemeriahan raya |
Rumah saya biasa memang meriah dari raya pertama lagi dan berlanjutan sehingga hari raya ke Enam. Saudara Mara dari seluruh Pahang malah dari Kelantan juga datang beraya.
|
selepas seharian berpakaian traditional raya, ketika beraya waktu petang saya terpaksa menukar baju kerana kurang selesa. Nak pakai baju traditional tidak sempat gosok, jadi saya pakai sahajalah baju yang ada |
|
tidak sah jika tidak ber'selfie' dihari raya |
Raya berikutnya rumah kami terus dikunjungi saudara mara dari Jerantut, Jengka dan seluruh pelusuk Pahang (ayat lawak).
|
berselfie lagi bersama sanak-saudara dari Jengka dan Jerantut |
|
bergambar bersama ibu saudara belah ibu, Cik Ngah yang berbelas tahun tidak berjumpa. Cik Ngah adalah kakak kepada ibu saya. |
|
berselfie dengan saudara mara belah ibu saya |
|
gambar candid , kerana sibuk kehulu hilir saya hanya berpalazo sahaja |
|
selfie lagi |
Oleh kerana kanak-kanak dalam keluarga kami bersungguh-sungguh untuk bersuka ria mandi manda dikolam renang, kami berkesempatan pergi ke Sempurna Resort untuk membawa mereka mandi manda di Kolam Renang pada pagi raya ketiga lagi.
|
bergambar sambil menunggu kanak-kanak mandi manda dikolam |
|
gambar yang sempat diambil. Zara dan Harris gembira bermain kolam |
|
ibu-ibu melihat keletah anak masing-masing |
Ini sahaja gambar yang sempat saya kongsikan didalam artikel kali ini. Semoga Aidilfitri akan datang lebih indah dari Aidilfitri sebelumnya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua dan selamat berpuasa sunat Syawal. Assalammualaikum.
Selamat berhari raya, Qisya :)
BalasPadamFrom FAMF Tower