Sabtu, 5 Mei 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 52 :- Loft By Loteng


kafe Loft By Loteng
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 51

Seiring perkembangan sosial media, pelbagai kafe moden kini dibuka malah mendapat sambutan hebat jika sesuai lokasi dan sasaran pelanggan disamping menu dan perkhidmatan yang cepat.

Kafe Loft By Loteng antara kafe yang mendapat pujian ramai. Menghidangkan menu yang enak dan perkhidmatan yang pantas serta harga yang berpatutan meletakkan kafe ini antara kafe popular di Kuantan sebagai tempat sambutan hari jadi dan menikmati santapan bersama keluarga, rakan dan insan tersayang.


Pintu masuk Loft By Loteng
Terletak berhampiran Pasaraya Tunas Manja Transit Point. Di tengah-tengah bandar Kuantan berhampiran East Coast Mall, kafe ini amat mudah dijumpai lokasinya dan ia amat strategik.

Terdapat 2 bahagian tempat makan di atas dan dibawah
Masuk sahaja ke dalam kafe ini anda boleh memilih sama ada meja di bahagian atas atau meja di bahagian bawah.

Selain menyediakan masakan panas melayu, cina dan barat. Kafe Loft by Loteng ini amat terkenal dengan keenakan kek keju yang ditawarkan.

Antara kek keju ais krim popular disini termasuk kek keju mangga, durian, blueberry dan strawberry yang dibentuk dan dihias cantik.

antara menu kek yang di jual disini
Anda boleh memilih barisan kek yang cantik tersusun ditingkat bawah. Terdapat pelbagai pilihan kek yang kesemuanya memang dikatakan amat sedap.

nampak sedap sangat kek inni

Kek disini wajib dicuba kerana rasa kek yang enak ini amat kena dengan bentuk kek yang cantik.

barisan kek yang cantik
Untuk masa ini tawaran harga serendah RM7.90 untuk set makan tengah hari ditawarkan di kafe ini. Anda boleh melayari facebook Loft by Loteng untuk barisan menu yang menarik dan gambar makanan menarik disini.

gambar diambil dari tingkat atas
Kafe Loft by Loteng ini  dikira besar dan luas. Antara kafe menarik di Kuantan untuk apa-apa sambutan dan tempat yang sesuai untuk menikmati menu dengan lebih tenang terutama di musim panas membahang ini.

antara gambar meja di bahagian atas kafe ini
Meja kafe ini dihias indah dan ringkas begitu juga dengan susun atur yang tidak merimaskan. Kafe ini juga sesuai untuk pertemuan dan perbincangan bersama pelanggan atau rakan.

ais krim percuma untuk set menu makan tengah hari
Untuk ketika ini, set hidangan menu makanan tengah hari di beri percuma ais krim dan minuman percuma terpilih. Antara minuman percuma termasuk teh hijau dan teh ais.


Thai Style Kuew Tiaw Goreng
Saya mencuba set menu makanan tengah hari set kuew tiaw goreng ala Thai yang berharga RM11.90 . Ia percuma ais krim dan teh hijau. 

Porsi yang agak besar berbanding restoran dan gerai biasa dan ia amat enak. Ini antara menu anda harus cuba jika menikmati makanan disini.

mee tom yang udang enak rm14.90 satu set

Set menu mee tom yam udang juga enak. Ini juga set menu yang harus anda cuba jika anda peminat tom yam. Harga set ini hanya RM14.90.

Oreo Ice Cream Cheese Cake
Tidak lengkap jika anda tidak mencuba kek keju ais krim disini. Saya sudah mencuba kek durian dan kek mangga disini. Sungguh sedap. Sila cuba.

Jika anda peminat oreo anda boleh mencuba kek keju ais krim oreo.

chicken chop

Peminat chicken chop, disini turut ditawarkan menu chicken chop. Anda boleh mencuba menu chicken chop disini. Ayam disini juga dalam potongan yang agak besar berbanding restoran lain.

Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila singgah kafe ini. 

Untuk video ringkas suasana dalam Loft by Loteng ini anda boleh melihat video pendek dibawah ini .




Terima kasih.




Jumaat, 4 Mei 2018

11 SENAMAN MATA MUDAH UNTUK DICUBA







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penglihatan adalah satu anugerah tidak ternilai dari tuhan namun seiring usia, jarak penglihatan mulai kabur, malah kanak-kanak yang mengalami isu penglihatan juga semakin meningkat tahun demi tahun. Mereka yang memakai cermin mata semakin menambah ‘power’ kanta cermin mata kerana isu ini.

Antara yang disyorkan untuk penjagaan dan kesihatan mata ialah senaman untuk mata. Terdapat pebagai senaman mata direka khas untuk isu mata. Antara senaman mata yang disyorkan ialah seperti berikut :-


1. Mengelipkan Mata

Lakukan senaman mengelipkan mata anda beberapa kali secara perlahan-lahan. Lakukan sehingga 10 kali dan berhenti berehat sebentar kemudian lakukan lagi. Senaman ini dikatakan membantu melembabkan mata yang kering dan letih.


2. Melihat pemandangan jauh

Belajar melihat pemandangan yang jauh. Lebih jauh lebih bagus, kurangkan melihat benda yang terlalu berdekatan mata anda. Lebih jauh anda melihat pemandangan lebih baik untuk kesihatan mata anda.


3. Melihat warna hijau semulajadi atau pemandangan semulajadi yang hijau

Melihat pokok menghijau terutama pemandangan hutan menghijau yang jauh adalah antara senaman mata yang bagus. Adalah lebih baik dan menyegarkan mata jika diwaktu pagi anda melihat pokok dan pemandangan menghijau. Malah pemandangan alam semulajadi seperti gunung ganang, laut yang terbentang biru dan bersih merehatkan mata dan menguatkan mata anda.


4. Menggerakkan Kepala ke Pelbagai Arah

Dengan mata memandang kearah hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, kiri, atas dan bawah secara perlahan-lahan sambil mata hanya fokus memandang ke hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, berhenti sebentar, kemudian ke kiri, berhenti sebentar, kemudian ke atas, berhenti sebentar dan kemudian kebawah. Berhenti sebentar dan ulang lagi gerakan ini beberapa beberapa kali.


5. Menggerakkan Mata Ke Kanan dan Ke Kiri

Senaman mata mudah lain yang anda boleh lakukan bila-bila masa ialah melakukan senaman mengalihkan pandangan mata ke kanan dan ke kiri, sebentar anda pandang ke kanan kemudian  secara perlahan-lahan alih pandangan anda ke bahagian kiri pula. Pejamkan mata sebentar , kemudian ulang beberapa kali senaman ini.


6. Pejam Mata Dan Tenangkan Diri

Pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. Tenangkan diri dan sandarkan badan anda ke sofa lembut. Relax atau tenangkan tubuh anda. Bayangkan pemandangan hijau yang indah, pantai yang memukau yang mengembirakan hati anda, hanya bayangkan perkara indah. Pejam mata dengan tenang ini selama 30 saat. Kemudian anda boleh ulang lagi sehingga anda puas hati.


7. Tutup Dan Buka Mata Anda

Tutup mata anda secara perlahan-lahan selama 5 saat kemudian buka selama 5 saat. Lakukan senaman tutup dan buka mata ini 7 kali.


8. Letakkan 2 Jari Anda di Tepi Kanan Dan Kiri Mata Anda

Secara perlahan-lahan letakkan 2 jari jemari anda di tepi hujung mata kanan dan kiri anda. Letak secara perlahan. Tutup dan buka mata anda. Anda akan merasa tenang. Ulang beberapa kali.


9. Senaman Melukis Pelbagai Bentuk Dengan Bola Mata

Secara perlahan-lahan lukiskan bentuk bulat dengan menggerakkan bola mata anda seolah-olah melukis bulatan. Kemudian Bentuk 3 segi, kemudian segi empat, kemudian hexagon. Lakukan secara perlahan-lahan, dari bentuk paling mudah kepada bentuk yang lebih sukar dan sukar lagi. Senaman melukis pelbagai bentuk dengan anak mata ini antara senaman yang boleh anda lakukan.


10. Senaman Mata Tertutup Namun Bebola Mata Bergerak ke Atas Dan Bawah

Secara perlahan-lahan pejamkan mata anda. Kemudian ketika anda pejamkan mata, gerakkan secara perlahan-lahan bola mata ke atas secara perlahan-lahan, kemudian ke bawah secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.


11. Letakkan Jari Dihadapan Mata Anda

Letakkan satu jari di depan anda, jari telunjuk contohnya. Fokuskan mata anda pada jari telunjuk anda. Kemudian fokus kepada objek di belakang jari anda, kemudian di belakang lagi, tukar kepada objek lebih belakang.

Senaman ini ialah mengenai fokus kepada apa yang ada paling hadapan, dan berubah kepada yang belakang dan lebih belakang lagi.

Kemudian kembali secara perlahan-lahan fokus kepada ke hadapan kembali iaitu jari anda.

Selamat mencuba 11 senaman mata mudah ini.

Anda juga perlu menikmati makanan berkhasiat mata sihat dan kuat. Kurangkan terlalu lama mengadap skrin computer, telefon bimbit atau gadjet anda.

Terima kasih.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...