Rabu, 27 Januari 2016

TAKE A BREAK



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Blog ini agak kurang aktif sejak hujung tahun lepas sehingga hari ini.

Saya sedang mencuba untuk mencari masa dan mengumpul idea untuk perkongsian dalam artikel seterusnya.

Terdapat beratus draft dalam blog ini yang masih belum sempat dihabiskan semenjak blog ini dibina dari tahun 2013 lagi.

Atas segala faktor ekonomi, politik, cuaca dan apa sahaja masalah yang anda tempuhi, ingatlah bahawa ramai lagi insan yang lebih mempunyai masalah lebih besar dari anda. 

Selagi masalah itu masih mengenai hal dunia, Saidina Ali R.A pernah berkata ia bukan masalah.

Walau apa yang mendatang ingatlah, anda tetap punyai insan yang anda sayang dan menyayangi anda.

Saya akhiri artikel ini dengan lirik lagu yang saya gemari dan semakin popular ini :-

Assalammualaikum dunia,
bangunlah semua
lihatlah pada diri kita
semua serupa
damailah manusia
kita bersaudara
assalammualaikum dunia,

Semoga minggu hadapan saya akan berkongsi lebih banyak lagi artikel bermutu untuk anda.

TERIMA KASIH.





Jumaat, 22 Januari 2016

PENCUCI MUKA ASLI : SUSU TEPUNG



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, ini perkongsian saya cara penggunaan susu tepung sebagai pencuci wajah alami :-

Bahan-bahan diperlukan

1/2 sudu kecil Susu tepung (suggestion jenama fernleaf atau jenama kurang gula dan bahan proses yang lebih baik)
Air suling (air bertapis) atau air mineral
#pastikan bancuhan dalam bentuk paste lembut bukan cair

Cara penggunaan

1. Pastikan kulit dalam keadaan lembab
2. Dot kan bancuhan susu tepung yang telah di campur air bertapis di dahi, hidung, kedua-dua pipi, dagu dan leher.
3.  Basahkan jari jemari.
4. Hanya gunakan jari manis dan jari hantu yang telah dibasahkan dengan air, buat urutan berbentuk bulat @ putaran lembut jari jemari dari leher ke atas secara membulat secara lembut sehingga bahagian dahi.
5. Pastikan buat dengan secara lembut atau atas angin sahaja.
6. Buat perlahan-lahan jika anda buat secara cepat ia akan menekan dan mengkasari kulit wajah anda.
7. Pastikan anda melakukan dengan lembut, jika anda terlalu berkasar dengan wajah anda, ia akan menjadikan wajah anda mudah kering dan beruam serta mudah berkedut.
8. Setelah selesai selama 1-2 minit, bilas dengan air suling atau air bertapis atau pun air mineral.
9. Lap wajah anda dengan kapas muka bersih.
10. Anda boleh meletakkan penyegar wajah alami anda dan pelembab alami pilihan anda


Selamat mencuba.


INFO PENTING MENGENAI JERAGAT

20 JAN 2016- SELFIE SEBELUM KE PEJABAT

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, petua dalam menangani jeragat yang dikongsi oleh beautician Zai Beauty Formula di salon Zai Beauty formula untuk info anda semua. Semua petua yang dikongsi oleh mereka dipelajari dari ilmu YM Dr Tunku Zaidar sendiri. 

Walau bagaimanapun ingin sekali diingatkan bahawa setiap kulit dan tubuh serta kesesuaian petua ini bergantung kepada umur, jenis kulit, cara hidup, faktor persekitaran, cuaca dan sebagainya.

Ini antara ilmu yang anda boleh amalkan atau ikuti,

1. Masalah jeragat biasanya diwarisi dari keturunan, anda boleh mengurangkan pertambahan jeragat dengan mengelakkan perkara-perkara yang lebih menggalakkannya.

2. Dari ilmu yang dikongsi sepanjang saya berada di Salon Kecantikan Zai Beauty satu masa dahulu, antara ilmu yang dikongsi, menikmati buah-buahan citrus akan meningkatkan lagi pengeluaran jeragat di wajah  jika anda selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Jika anda tidak menghadapi masalah jeragat, anda akan menghadapi masalah kulit mudah terbakar atau 'sunburn'.

3. Walau bagaimana pun jika anda berada di negara luar yang bercuaca sejuk tanpa panahan cahaya matahari, anda boleh menikmati buah citrus. Ketahuilah kulit kita di Malaysia adalah berbeza dengan kulit mat salleh.

4. Harus diingatkan seiring usia, hormon anda akan menjadi kurang stabil dan kerana itu anda harus menjaga diet dan tingkatkan supplement berkaitan untuk mengstabilkan kembali hormon anda.

5. Seiring usia, kulit anda akan semakin nipis dan sensitif. Penggunaan petua yang salah akan memburukkan lagi keadaan ini.

6. Pastikan segala petua sesuai dengan usia dan keadaan kulit anda. Adalah tidak sesuai jika kulit anda yang berjeragat dan nipis, usia anda pula hampir 40an, anda menggunakan lemon dan menenyeh dengan kuat kekawasan kulit anda yang amat nipis diwajah terutama jika jeragat itu berada berdekatan kawasan mata iaitu diatas tulang pipi.

7. Jika terpaksa, sila rajinkan diri anda menggunakan payung ketika keluar di waktu sinaran matahari memancar-mancar terutama jika ia di waktu tengah hari. Sinaran matahari pagi dan petang amat penting untuk kulit dan tubuh anda. Sila tahu perbezaan sinaran cahaya matahari yang bagus dan yang tidak bagus.


8. Jeragat juga terjadi kerana kesan panjang penggunaan bahan kimia di kulit. Kurangkan penggunaan bahan kimia di wajah anda.

9. Keadaan kulit kering dan nipis juga menggalakkan pertumbuhan jeragat, lakukan sesuatu untuk mengurangkan perkara ini dengan penggunaan produk dan petua yang betul.

10. Kulit cerah dan putih lebih mudah mengalami masalah jeragat yang lebih ketara.

11. Cuba gunakan pencuci muka yang bersifat lembut, anda boleh menggunakan susu tepung sebagai pencuci wajah alami anda dari bahan alami dan jauh lebih selamat menggantikan pencuci muka biasa anda, saya kongsikan cara penggunaan susu tepung sebagai pencuci wajah untuk info anda di link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2016/01/pencuci-muka-asli-susu-tepung.html

12. Jadikan madu asli sebagai masker untuk mengelakkan kulit kering dan mengurangkan masalah jeragat.

Semoga info ini bermanfaat.

Terima kasih.






Rabu, 20 Januari 2016

PETUA PALING UTAMA



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang PETUA PALING UTAMA dalam menjaga DAN MENGHARGAI kecantikan anda.

Ini adalah PETUA UTAMA yang di beri dan dikongsikan oleh YM Dr. Tunku Zaidar di portal beliau dan selalu ditekankan oleh pekerja-pekerja atau beautician di salon-salon milik beliau bahawa betapa penting anda dan kita semua menghargai kecantikan asli yang dikurniakan tuhan.

Memetik kata-kata utama YM Dr Tunku Zaidar, anda harus dan bagi saya sendiri wajib menyayangi dan syukuri segala bentuk kecantikan wajah dan tubuh kurniaan tuhan kepada anda.

Anda harus berdoa dari sekarang supaya anda kekal menyukai dan menyayangi wajah, warna kulit dan bentuk rupa serta tubuh anda semenjak anda lahir tanpa perlu mengubah ciptaan tuhan yang terindah milik anda. Ketahuilah anda perlu hidup dan sukai wajah anda ini sehingga anda tua nanti. Jangan risau, jika anda menjaga ia dengan betul insyaallah anda tetap kekal awet muda dan bukan awet 'plastik'. Ketahuilah apa yang anda gunakan hari ini akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang.

Menurut YM Dr Tunku Zaidar lagi , melalui pengalaman beliau selama 25 tahun dalam bidang kecantikan, ia telah mengajar beliau, wanita yang kelihatan anggun dan cantik semasa lanjut usianya ialah MEREKA YANG MENYUKAI DAN MENERIMA KEKURANGAN YANG ADA PADA RUPANYA SEMASA MUDA.



Pesan YM Dr Tunku Zaidar lagi, jika sepanjang hayat, kita asyik memberi tumpuan pada kekurangan diri, tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. 

Dan bukankah orang yang sentiasa tidak berpuas hati hidupnya akan dapat dilihat pada wajahnya yang sentiasa kelihatan sugul dan masam.

Bayangkan jika setiap hari individu itu mukanya begitu. Bagaimana wajahnya setelah 10 tahun kemudian?

Tentu sekali air muka dan kulitnya lebih berkedut, bibir lebih jatuh ke bawah dan dahi lebih kerepot berbanding dengan seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang dan bersyukur, makan terbitlah air muka yang sentiasa tersenyum manis.

Wanita ini tentu sekali apabila tua kelak akakn kelihatan jauh lebih muda dan menarik.


Pesan nenda YM Dr Tunku Zaidar kepada beliau ,

"saat kita berhenti melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka PADA MASA itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.

BERHENTI BANDINGKAN DIRI DAN WAJAH KITA SERTA WARNA KULIT SERTA BENTUK BADAN KITA DENGAN ORANG LAIN.

Sayangi dan cintailah diri anda.

Amalkan PETUA UTAMA ini sebelum anda amalkan petua-petua kecantikan lain.

Selamat mencuba.

TERIMA KASIH.


TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 31 - LEMARI EMKAY

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : ALIF CURRY HOUSE.

 Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan kepelbagaian food vendor, di KUANTAN tidak terkecuali. Lemari Emkay adalah antara food vendor yang terkenal di Kuantan.

gambar bahagian hadapan cafe food vendor ini

Terletak di JALAN BUKIT UBI , Lemari Emkay ini dibuka pada pukul 12pm sehingga 6pm pada hari Isnin hingga Jumaat.. dan pada hari SABTU dari jam 2pm sehingga 6pm.  Cafe ini tidak beroperasi pada hari Ahad.

setiap hari Jumaat terdapat makanan percuma di sini

antara menu disini

menu makanan dan minuman yang murah

Isitmewa tentang cafe atau food vendor cafe Lemari Emkay , Kuantan ini. Disini selain terdapat pelbagai desert dari pilihan kek, nasi, brownies, cup cake, macaroni, pasta dan pelbagai makanan lain lagi, di sini juga turut di jual NASI KASIH SAYANG dari warung terkenal di KUANTAN iaitu warung aja, yang hanya dijual dengan harga RM3.50 sahaja dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang enak dan berkhasiat.

antara pilihan makanan lain

sahabat saya sedang memilih makanan
Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil untuk perkongsian di dalam artikel ini.


antara pilihan kek enak disini

serius sedap-sedap belaka








saya sempat selfie di sini



Di bawah ini pula adalah antara menu-menu yang terdapat di sini.


Ini pula adalah antara gambar-gambar menu yang sempat saya dan rakan saya beli dan nikmati di LEMARI EMKAY ini. Untuk info, semua nasi dalam gambar di bawah ini hanya berharga RM3.50 dan ia adalah nasi kasih sayang yang di bawa khas dari Warung Aja.

nasi dan filet ikan serta ulam tomato mini hanya berharga RM3.50 sahaja satu set

set nasi kasih sayang yang berharga RM3.50 ini juga percuma sup


laksa ini berharga RM5, kuih ketayap dan mee kuning ini pula adalah makanan percuma pada hari Jumaat.

nasi dah sambal bilis, serta sambal fish cake nipis serta salad hanya RM3.50 untuk nasi kasih sayang
nasi kasih sayang ini berbentuk hati menambah lagi keunikkan nasi ini



kedua-dua ini adalah set nasi kasih sayang yang berharga RM3.50
Lemari Emkay ini juga turut mengambil tempahan hantaran untuk sebarang majlis perkahwinan atau pertunangan. Untuk maklumat lanjut sila follow instagram LEMARI EMKAY , untuk maklumat lanjut.

disini juga turut menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran
Di bawah ini adalah antara makanan percuma pada hari Jumaat yang sempat saya ambil , saya datang lewat ke food vendor ini pada Jumaat yang lepas. Makanan percuma pada hari Jumaat ini adalah berubah-ubah. Begitu juga menu Nasi Kasih Sayang adalah berbeza setiap hari.

Anda boleh request atau memohon , lauk untuk nasi kasih sayang anda, dengan membuat pesanan lebih awal lagi.

sudut makanan percuma pada hari Jumaat
Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi pemilik LEMARI EMKAY seperti maklumat yang tertera di bawah ini.



Terima kasih.


Jumaat, 15 Januari 2016

Rehat Sebentar dari Menulis

13 Jan 2016 - selfie sebelum ke pejabat

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Awal tahun baru 2016, saya berehat sebentar dari menulis di blog kesayangan saya ini, harus diakui, ketiadaan mood adalah faktor utama kenapa saya tidak menulis.

Jika anda melihat ada artikel baru di paparkan di blog ini, kadang kala artikel itu sudah di tulis 2 atau 3 hari sebelumnya, termasuk artikel saya di  2 lagi blog milik saya.

Saya memerlukan masa untuk merehatkan minda dari menulis kerana menulis ini sebenar-benarnya amat memenatkan, walau anda mungkin lihat sebuah penulisan itu biasa sahaja dan mungkin juga lansung tidak menepati citarasa atau minat anda.

Saya menulis blog ini berdasarkan pengalaman hidup saya dan saya menggunakan medan blog ini berkongsi mengenai perjalanan suka duka dan apa yang saya amalkan dalam kehidupan saya seharian.

Ada perkara-perkara dan komen-komen serta whatapps , email mahu pun telegram dari para pembaca blog ini yang saya sendiri tidak pernah siar atau kongsikan walaupun tiada sebarang 'aib' yang perlu di sembunyikan dari setiap mesej-mesej dari setiap pembaca blog ini untuk saya.

Saya berterima kasih kepada anda yang sering menjadikan blog saya ini sebagai rujukan dan motivasi untuk anda dalam menjalani hidup yang lebih sihat serta mencintai bahan semulajadi serta motivasi untuk anda.

Ada waktu-waktunya saya sendiri harus merajinkan diri lagi untuk terus membaca dan mencari ilmu untuk dikongsikan dengan anda semua yang selalu memberi pelbagai soalan dan meminta pendapat dari saya.

Jika saya lewat membalas email, whatapp, telegram atau sebagainya (juga panggilan telefon) , saya harap anda faham bahawa ada waktunya saya sendiri ada sebab tertentu kenapa mesej-mesej anda memerlukan masa yang lama untuk dibalas.

Jika tiada artikel untuk beberapa hari, ketahuilah saya sendiri sedang membaca ilmu-ilmu di blog , group kesihatan di facebook dan mencari ilmu alam yang saya sendiri ingin amalkan dan kongsikan dengan anda. 

Saya bukan hanya membaca satu atau dua blog sahaja, dan blog-blog yang saya baca juga bukan sembarangan blog, saya akan mencari segala sumber rujukan sebelum saya amal, insyaallah dan kongsikan dengan anda.

Walau bagaimana pun ingin saya ingatkan, sebagai makhluk tuhan, ilmu itu terlalu tinggi dan tidak tercapai di akal. Ilmu yang setiap dari kita punyai hanyalah umpama setitik air di lautan di hujung jari masing-masing, dimana luasnya ilmu berupa lautan dan ilmu yang kita ada hanya setitik halus dari itu.

Ada perkongsian dari saya yang sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda, dan ada juga yang tidak berapa sesuai jika cara hidup dan pekerjaan anda berlainan. Cuba sesuaikan dengan apa yang  anda terdaya lakukan.

Saya tidak menolak sama sekali perubatan moden atau produk moden, tetapi saya kini semakin cuba mengelakkan diri dari menggunakan bahan kimia kerana telah berpuluh tahun saya bergelumang dengannya.

Untuk anda mencintai bahan semulajadi daya tahan, kesungguhan, kerajinan, ketabahan, kegagahan dan jiwa kental amat diperlukan terutama jika anda dikelilingi sahabat yang memang cintakan segala produk moden , suntikan kecantikan, segala mesin kecantikan atau pisau-pisau kecantikan yang semakin tumbuh umpama cendawan selepas hujan di Malaysia  apa lagi negara yang jauh lebih membangun.

Pilihan di tangan anda, apa sahaja pilihan anda pilihlah yang paling selamat kerana kesan jangka panjang dan akibat dari keputusan anda hari ini bukan akan mengambil masa sehari dua untuk anda menanggungnya di masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan anda kepada blog kesayangan saya ini.

Kerana minat anda , memberi kekuatan untuk saya terus menulis di blog ini.

Terima kasih.




Khamis, 14 Januari 2016

USAHA KEKAL KURUS DAN LANGSING


kekal kurus dan langsing menjadi idaman majoriti wanita


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ketika ini kita masih berada dalam aura Tahun Baru 2016,  ia tentu ramai antara kita yang bersemangat dengan azam baru dan berharap serta berdoa semoga ia menjadi kenyataan.

Berapa ramai antara kita yang mengidamkan tubuh yang lebih kurus dan lansing , yang termasuk dalam antara senarai azam 2016 tahun ini?, tidak kurang juga mereka yang ingin kekal kurus dan langsing dan tentunya lebih sihat.

Saya kongsikan dengan anda antara petua yang saya dapati dari segala pembacaan dan perkongsian ilmu yang saya dapati dari buku, majalah, blog, facebook, pages dan group-group kesihatan serta cerita-cerita insan yang lebih tua untuk perkongsian dan ingatan kita bersama. 

1. Seiring usia bukan sahaja kulit, tulang, gigi akan berubah, metabolisme tubuh juga akan berubah termasuk antibodi dan sistem perlindungan tubuh. Jika dahulu , dengan menikmati 2-3 pinggan nasi , berat anda kekal tidak berubah, tetapi seiring usia, jumlah yang sama akan meningkatkan peningkatan berat tubuh anda. Kurangkan jumlah makanan yang masuk ke tubuh anda seiring usia anda.

2. Tahukah anda terdapat perbezaan yang ketara antara bergerak aktif dan bersenam?. Bersenam adalah aktiviti yang sama selama setengah jam ke sejam atau lebih, tetapi bergerak aktif adalah aktiviti yang diselang-selikan dalam waktu yang sama bersama waktu rehat yang sesuai. Pastikan anda aktif, dan jika tempat kerja anda tidak membenarkan anda aktif, mungkin sudah tiba masanya anda merajinkan jalan kaki ke kedai, restoran, meletakkan kereta di tempat yang lebih jauh dan sebagainya. Perbuatan 'berat punggung' antara yang menunjukkan betapa anda bukan seorang yang 'aktif'. Jika anda ingin kekal langsing dan cergas , rajin-rajin bergerak aktif.

3. Ia, menikmati roti dan pizza memang kadang kala jauh lebih sedap , menyelerakan dari nasi putih, ulam dan ikan goreng. Malah roti dan pizza lebih mudah didapati dan di buat sendiri berbanding masakan berasaskan nasi. Tetapi seiring usia, kurangkan segala pemakanan yang banyak berproses ini. Antibodi dan sistem perkumuhan tubuh anda serta metabolisma anda tidak sekuat seperti anda berusia belasan tahun atau 20-an dahulu.

4. Jika dahulu anda makan sentiasa bersulam air atau mungkin lepas makan terus minum air, mungkin seiring usia, anda harus belajar, minum air setelah selesai makan atau minum air selepas 10 minit menikmati makanan anda. Adalah disyorkan jika anda menahan diri dari menikmati minuman setengah jam selepas makan untuk mengelakkan perut anda buncit. Walau bagaimana pun, ada pendapat mengatakan bahawa , anda harus terus menikmati minuman sejurus selesai makan untuk memudahkan proses penghadaman perut anda terutama jika makanan yang anda nikmati itu bersifat keras. Terpulang pada diri anda untuk memilih pandangan yang mana lebih sesuai dengan tubuh dan diri anda.

5. Seiring usia adalah lebih digalakkan untuk anda menikmati makanan yang bersifat lebih senang dihadam. Makanan yang lembut dan berkhasiat. Kurangkan menikmati makanan keras yang sukar dihadam. Makanan arab seperti hummus yang diperbuat dari kacang kuda yang telah digiling dan dihancurkan serta dicampur minyak zaitun adalah antara makanan lembut yang anda boleh nikmati. Selain itu bubur nasi yang kaya sayur-sayuran atau sup lentil juga adalah antara pilihan yang bagus.

6. Sosej, ham, nugget memang sedap terutama jika ia makanan sejuk beku yang mudah didapati. Anda boleh membuat sendiri sosej dan nugget di rumah menggunakan bahan yang lebih selamat. Sesekali anda boleh memuaskan nafsu dengan menikmati makanan di luar, tetapi pastikan anda seimbangkan dengan keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi dalam diet harian anda bagi melawan segala radikal bebas yang tidak bagus untuk kesihatan itu.

7. Tingkatkan pengambilan air putih dalam diet harian anda, terutama di musim panas ini. Jumlah cairan yang mencukupi di dalam tubuh, turut membantu menyahkan toksin di dalam tubuh anda sekaligus membantu sistem perkumuhan tubuh anda yang sering bekerja keras semenjak anda masih bayi lagi. Pastikan anda mendapatkan bekalan air bersih untuk setiap minuman anda. Kurangkan minuman manis dan hanya nikmati minuman yang benar-benar berkhasiat sahaja seperti susu segar asli, minuman yogurt asli, minuman kopi sebenar, teh herba sebenar dan jus buah sebenar sahaja.

Lakukan 7 perkara asas diatas dahulu, dan anda akan lihat, terdapat perubahan yang akan berlaku dalam berat badan anda , atau ia sekurang-kurangnya mengekalkan berat badan anda sedia ada.

Selamat mencuba. Terima kasih.


Rabu, 13 Januari 2016

Tolong Maafkan Aku...



Hampir 3 tahun, kali terakhir kamu menghubungi aku,
aku ingin memberitahu kamu kawan
terima kasih atas hadiah kamu yang lebih lama dari itu..
kini aku faham
ia langsung bukan salah kamu
tapi keterpaksaan meneruskan hidup
tapi aku tahu
kau sendiri tahu
yang aku langsung tidak lagi ingin ambil tahu
atau fikirkan mengenai kamu lagi...

Aku teringatkan kamu hari ini
kerana akhirnya aku tahu dan sedar
semua penggantimu sebagai sahabat aku
akhirnya melakukan perkara yang sama 
lebih kurang kamu
tapi aku akhirnya tidak terasa apa-apa
kerana kau telah mengajarkan ia padaku
lebih awal lagi..

'Aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku'

Dan untuk kamu-kamu
sahabat-sahabatku yang lain
sesungguhnya aku juga maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kalian tahu
yang aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku..

Aku tak akan mungkin 'remove' atau block kamu dari facebook aku
atau delete nombor telefon kamu
tapi kamu sendiri yang menukarkan nombor telefon kamu tanpa memberitahu aku
aku ucapkan terima kasih kerana masih sudi menjadi kawan aku walau dalam facebook
andai satu hari kawan, kau berjaya
tak perlu kau ganti apa-apa kepada aku
sebab aku percaya
gantian apa yang telah kau lakukan kepadaku
akan digantikan oleh tuhan dengan sesuatu yang lebih bermakna

Terima kasih kerana menemani hari-hari sedih aku yang terluka 
bertahun dulu
terima kasih kerana mengambil berat dan memanjai aku
terima kasih kerana selalu menjadi pendengar setia aku
terima kasih atas kemanjaan itu
dan terima kasih atas pengorbanan kalian untuk aku

Sesungguhnya aku akan kekal menyayangi kalian
hingga akhir nafasku
walau beratus-ratus penganti kalian 
akan terus bertukar ganti..

Kau takkan mungkin
akan bertemu pengganti seperti aku
seperti mana aku takkan mungkin 
menemui pengganti sepertimu

Aku akan sentiasa membawa kenangan persahabatan kita
selamanya
walau aku telah ditemani
insan lain yang lebih istimewa

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
jangan sebut namaku
dan aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku..

Dan..

TOLONG MAAFKAN AKU...







9 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH MENGKUDU

BUAH MENGKUDU SEGAR
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH MENGKUDU untuk kesihatan dan kecantikan anda.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH MENGKUDU untuk makluman anda :-

1. Buah mengkudu yang juga dikenali sebagai BUAH NONI ini , satu waktu dahulu menjadi fenomena dalam pembuatan jus mengkudu atau jus noni untuk kesihatan dan pengubatan kerana khasiat buah mengkudu yang tiada taranya. Malah terdapat beberapa syarikat MLM yang mempopularkan JUS MENGKUDU sebagai bahan dan produk utama syarikat keluaran mereka. Ini kerana buah MENGKUDU dikenali sebagai RATU TUMBUHAN.

2. Jika buah nenas terkenal kerana kandungan BROMELAIN, buah nenas juga mengandungi proxeronine. Buah MENGKUDU pula mengandungi proxeronine dan proxeronase yang lebih tinggi dari kandungan di  dalam buah NENAS ,ini adalah berdasarkan kajian Dr. Heinicke di Hawai.

3. Dr. Heinicke juga merumuskan bahawa buah noni atau buah mengkudu adalah antara sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

4. Kandungan dua bahan ini dalam Buah Noni atau mengkudu sekaligus membantu meransang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan dalam tubuh badan manusia. Jika anda ingin mengelakkan sebarang risiko pada sistem-sistem ini, anda boleh masukkan buah mengkudu atau buah noni dalam diet anda.

5. Xeronine juga mampu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritits, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, sakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan darah tinggi, mencegah pertumbuhan kulat dan parasit, merencatkan pertumbuhan sel-sel tumor atau barah dan pelbagai penyakit berbahaya lain.

6. Fungsi xeronine turut menyumbang dalam pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Ia amat bagus untuk menyembuhkan kesan patah tulang, salah urat, serangan serangga, barah, kulit melecur dan terbakar, serta mampu menghalang proses penuaan awal sekaligus bagus untuk awet muda dan sebagai rawatan kecantikan.

7. Jika anda menghadapi masalah kegemukan atau diabetes (jenis 1 & 2) , dengan menikmati buah mengkudu atau buah noni ini, ia akan membantu merawat penyakit ini.

8. Selain itu buah mengkudu juga berpotensi untuk menyembuhkan penyakit strok, afrodiasiak, masalah kegemukan, alergik,rheumatismn, masalah pencernaan, insomnia, masalah fungsi otak, sakit buah pinggang dan juga tekanan atau stress.

9. Selain BUAH MENGKUDU , daun pokok ini juga boleh dibuat ulam dan tinggi dengan khasiat. Rasa daun mengkudu ini pahit-pahit kelat tetapi lemak serta amat sedap sekali jika di makan dengan nasi. Anda tentu menggemari rasa pucuk daun mengkudu ini.

Jika anda sukar menikmati buah mengkudu mentah, anda boleh memeram buah mengkudu ini didalam tong beras atau menabur garam di atas buah mengkudu ini agar cepat masak.

Anda boleh menikmati buah mengkudu ini dengan mencicah dengan kicap berisi gula dan cili api serta sedikit garam.

Atau pilihan lain, buat sahaja jus buah mengkudu yang lebih enak dan senang diminum. Campur sahaja dengan jus buah asli lain untuk rasa yang lebih nikmat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.




Selasa, 12 Januari 2016

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT DAN MENEGANGKAN KULIT

12 JAN 2016 sesekali selfie sebelum ke pejabat

Secara peribadi , sesekali saya sukakan kulit "sunburn" dan adakalanya saya lebih suka kulit lansung tanpa makeup dan tentu sekali sesuai situasi dan tempat kadang kala saya tetap akan bermakeup dengan makeup yang amat nipis sekali.

Sebagai pencinta bahan kecantikan semulajadi serta pengguna setia PRODUK KECANTIKAN ZAI BEAUTY FORMULA yang di formulasi oleh YM DR. TUNKU ZAIDAR, untuk kali ini saya berkongsi dengan anda petua yang pernah disalin oleh saya dari portal ZAI BEAUTY FORMULA ini.

Kadangkala masalah kedut dan geleber bukan sahaja terjadi kerana faktor usia yang semakin tua. Selain faktor banyak terdedah kepada cahaya matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, stress akibat tekanan perasaan dan persekitaran, tetapi faktor utama masa kini ialah penggunaan BAHAN KIMIA dalam produk kecantikan dan makanan kesihatan yang semakin diabaikan oleh golongan masa kini kerana ingin kelihatan 'pantas cantik'.

Bagi anda yang mempunyai masalah KULIT BERKEDUT DAN SEMAKIN KENDUR , diharap 3 PETUA yang di kongsikan ini dapat membantu masalah anda.

1. 10 liter air dicampur dengan 500 gram serbuk teh (digalakkan / terbaik menggunakan 'white tea' jenis daun teh cina yang tidak di proses peram). Campurkan dengan 300 gram gambir. 

Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air menjadi separuh.

Embunkan ramuan ini semalaman selama 3 malam berturut-turut, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan insyaalah masalah anda akan perlahan-lahan sembuh.

2. Petua kedua ini juga turut membantu menambahkan seri wajah. 

Ambil lempoyang sebesar ibu jari, lempuyang wangi, kunyit sebesar ibu jari.

Bersihkan bahan-bahan tersebut dan kisar halus.

Campurkan bahan ini dalam segelas air sluing atau mineral.

Ramuan tadi  dibahagi 2 untuk 2 kali minum.

Ketika ingin menikmati minuman ini, pastikan anda campur madu dan kuning telur. 

Kacau dengan sudu plastik atau kayu.

3. Ini pula 3 petua lama untuk awet muda, anda boleh selang selikan dengan amalan dan petua di atas :-

A) Daun katuk atau Cekur Manis 10 lebar di kisar lumat.

Campurkan dengan 1/2 cawan air bersih atau suling atau mineral yang dimasukkan pecahan (cebisan) hempedu ayam organik atau kampung. 

Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit , kemudian bilas bersih dengan air suling atau bertapis.

Lakukan setiap malam.

B) Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung atau ayam kampung organik dengan 1 camca teh minyak bijan.

Sapukan pada wajah.

Biarkan bancuhan ini kering, kemudian bilas dengan air bertapis yang bersih.

C) Cari pisang embon 2 biji. Lumatkan pisang embon ini bersama 1/4 cawan susu segar. Ratakan pada muka.

Biar dan tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih dengan air suling.

D) Dapatkan kulit 2 biji pisang, kikir kulit pisang tersebut sehingga tinggal kulit pisang luaran sahaja.

Jika anda berkulit kering, kisarkan bancuhan ini bersama 1/4 cawan susu segar.

Jika anda berkulit berminyak, kisarkan bancuhan ini dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air bersih bertapis.

Gunakan kapas muka bersih dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit dengan lembut ke wajah.

Biarkan kering , kemudian bilas dengan air bersih.


Selamat mencuba semua petua yang saya kongsikan dari portal ZAI BEAUTY FORMULA yang kini tidak lagi di jual di pasaran tetapi hanya di jual kepada pelanggan-pelanggan terpilih (PELANGGAN VVIP ZAI BEAUTY YANG TELAH LAMA DAN SETIA MENGGUNAKAN ZAI BEAUTY PRODUK SAHAJA.)

** saya adalah antara pelanggan VVIP ZAI BEAUTY PRODUK yang menggunakan produk ini semenjak September 2007 sehingga kini.

Semoga petua ini boleh membantu anda.


Terima kasih.


ANTARA PILIHAN KOKO TERBAIK


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Saya pernah berkongsi dengan anda mengenai KHASIAT KOKO dan perbezaan KOKO SEBENAR dan KOKO yang telah terprosses di artikel sebelum ini , di link ini KHASIAT KOKO.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda jenama KOKO yang saya baru gunakan dan antara jenama KOKO yang anda boleh fikirkan selain VAN HOUTEN.


SERBUK KOKO jenama RADIANT ini adalah organik, kurang lemak antara 10-12%, tiada pemanis, tiada GMO (non genetically modified), dan di proses tanpa alkali.

SERBUK KOKO RADIANT ini diperbuat dari biji koko terpilih yang berkualiti dan diambil dari HUTAN AMAZON di PERU.

SERBUK KOKO RADIAT ini juga mendapat pengiktirafan halal JAKIM dan CERTIFIED ORGANIK.

Berharga RM18.90 sebotol untuk 200 gram. 

Ia amat sesuai sebagai minuman panas untuk sarapan pagi dan minum petang anda.

Jika anda inginkan minuman pagi yang sihat anda  boleh guna resepi mudah ini

antarabahan-bahan pilihan minuman koko saya

1. SERBUK KOKO ( jenama RADIANT atau Van Houten atau koko yang lebih asli)
2.SUSU KAMBING SERBUK  anda boleh pilih jenama ini SUSU KAMBING TERBAIK
3. OAT anda boleh mengetahui khasiat dan pilihan oat di artikel ini KHASIAT OAT
(tambahan gula perang atau gula molases jika anda inginkan rasa sedikit manis)

Tunggu apa lagi, selamat mencuba dan nikmati diet yang lebih sihat sempena tahun baru ini.

untuk artikel lain mengenai koko , dibawah ini:-

10 KHASIAT KOKO

KAKAO @ CACAO ORGANIK ENAK


Terima kasih.


Isnin, 11 Januari 2016

KHASIAT CUKA EPAL


cuka epal pilihan saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang KHASIAT CUKA EPAL yang semakin digemari ramai ini.

Cuka EPAL adalah antara ramuan kegemaran dalam diet masyarakat EROPAH dan Amerika. Malah pengamal DIET ATKIN juga dikatakan mengemari supplement semulajadi ini. Jika anda sedang melalui proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) dalam mengharungi EKZEMA tanpa bantuan steroid ini juga adalah antara supplement utama dalam rawatan TSW.

CUKA EPAL atau Apple Cider Vinegar (ACV) ini banyak digunakan dalam masakan, salad dan minuman kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit.

Baiklah ini adalah antara ringkasan KHASIAT  & KEBAIKAN CUKA EPAL

1. Anda boleh menggunakan cuka epal ini untuk merendam sayur-sayuran dan buah-buahan yang di cemari dengan bahan-bahan kimia dan racun serangga. Caranya campur sahaja sesudu cuka epal dan air paip di dalam besen dan rendam dalam 10-20 minit sebelum anda memasak atau menikmati buah-buahan yang baru dibeli.

2. Cuka EPAL digalakkan di minum di waktu pagi ketika perut kosong dan di waktu malam sebelum tidur (campurkan sahaja sesudu cuka epal kedalam air mineral). Jika anda mengalami gastrik , jangan bimbang, amal sahaja cuka epal dicampur air mineral dan madu. Insyaallah gastrik anda akan sembuh.

3. Cuka epal turut digunakan dalam membantu melawaskan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.

4. Amat bagus untuk dalam penurunan berat badan seiring diet yang lebih sihat.

5. Amat bagus untuk kecantikan kulit, jika anda menghadapi masalah ekzema, anda boleh menambah cuka epal kedalam besen mandian anda mengikut sukatan yang sesuai dengan kulit yang anda mampu terima.

6. Juga bagus dalam kecantikan kulit wajah dan tubuh, sebagai pencuci muka, penyegar, penghilang jerawat, jeragat, skin tag, keloid dan pelbagai masalah kulit lain.

7. Sebagai pengganti syampu rambut yang kaya bahan kimia, cuci sahaja rambut anda dengan campuran cuka epal dan pasti rambut anda akan lebih lembut dan bersih.

8. Membantu menghilangkan masalah kelemumur dan rambut berminyak.

9. Turut membantu memerangi kolesterol jahat.

10. Membantu peredaran darah yang lebih baik.

11. Menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.

12. Cuka Epal juga bersifat anti-bakteria dan anti-kulat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah candida terlebih biak atau candida overgrowth.

13. Cuka epal juga sesuai sebagai alat cucian untuk anggota sulit wanita dan mereka yang menghadapi masalah keputihan dan kegatalan di kawasan sulit.

14. Turut boleh digunakan sebagai pembersih luka.

15. Sebagai bahan asli yang bagus untuk mandian haiwan kesayangan dan menghapuskan kutu dan penyakit lain di badan haiwan kesayangan.

16. Turut melegakan gatal-gatal dan ruam-ruam kulit.

17. Cuka epal turut membantu mengurangkan lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh dan turut membantu mengurangkan selulit.

Pastikan anda membeli CUKA EPAL yang mengandungi IBU CUKA atau 'with mother' untuk khasiat sebenar CUKA EPAL. Dikatakan tanpa ibu cuka, khasiat cuka epal itu akan hilang hampir 90%. Wallahualam.

Terdapat banyak cuka epal organik yang dijual dipasaran sekarang. Pilihlah yang organik kerana ia lebih selamat tanpa racun serangga dan diiktiraf.

Oleh kerana cuka epal dikatakan bersifat sejuk, anda haruslah mengamalkannya berpada-pada, cukup 3-4 kali seminggu dengan penggunaan yang sederhana kerana ia boleh melemahkan badan. Tetapi bagi anda yang sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) / EKZEMA, ini adalah supplement wajib untuk anda ambil setiap hari. Pada peringkat pertama TSW digalakkan untuk anda mengamalkan CUKA EPAL ini 3-4x sehari dan makin berkurang seiring kesembuhan penyakit EKZEMA dan TSW anda.

Sesuaikan cuka epal ini dengan diet dan keperluan tubuh anda.

Selamat membeli dan mengamal cuka epal anda.


Terima kasih.



EKZEMA / TSW : PILIHAN KEK YANG ANDA BOLEH NIKMATI


antara kek kegemaran saya, bahan-bahan organik dan halal - ia berharga RM10.80 untuk sebuku bulat yang besar
Artikel mengenai TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) yang bersangkut paut dengan EKZEMA adalah antara yang makin mendapat perhatian di blog ini.

Kerana saya salah sorang dari TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) WARRIOR atau EKZEMA WARRIOR , saya kongsikan artikel ini dengan anda yang sedang melaluinya atau menyimpan impian melalui TSW dan meninggalkan segala krim dan ubat-ubatan mengandungi STEROID.

Untuk makluman anda yang baru mengikuti dan membaca blog ini , semua artikel mengenai EKZEMA / TSW berada didalam label yang sama iaitu EKZEMA / TSW di blog ini.

Dan ini adalah sambungan artikel dari sebelumnya iaitu EKZEMA / TSW : SILA TAMBAH ILMU INI

membawa botol air mineral kemana-mana restoran atau gerai makanan adalah wajib

Diringkaskan sahaja artikel ini , bagi anda yang sedang mengharung  TSW atau EKZEMA, ketahuilah bahawa musuh utama ekzema atau TSW atau candida antaranya ialah GULA dan juga gluten dan tentu sekali ia ada perkaitan dengan usus bocor atau masalah usus.


Tetapi bagi mereka yang mengharung EKZEMA atau TSW kadang-kala tentu sekali tertekan dengan segala diet ketat yang dicadangkan. Seperti mengelakkan menikmati kek dan biskut-biskut serta kuih kegemaran lain yang tinggi lemak, keju dan gula.

Saya antara anda yang mengemari makanan-makan manis yang menyelerakan itu. Dan sejujurnya ketika mengharungi TSW atau EKZEMA ini saya tetap menikmati kek dan cookies di SECRET RECEPI dan cafe-cafe kegemaran saya, tetapi saya tetap mencatu diet saya kerana bimbang kesan kepada tubuh yang sedang melawan proses penyembuhan TSW atau EKZEMA ini.

Bagi mereka yang mencari alternatif lain untuk mengantikan makanan kegemaran anda ini, anda boleh cuba mendapatkan kek-kek dari ramuan organik. Sekurang-kurangnya ia tidak memberi kesan yang lebih teruk dari anda menikmati kek atau biskut dari barang-barang bukan organik dan menggunakan banyak bahan kimia lain yang sekaligus memberi kesan kepada jangka masa penyembuhan EKZEMA dan TSW anda.

Butter cake diatas adalah antara kek kegemaran saya dan menjadi pilihan saya ketika mengharungi TSW / EKZEMA , walau bagaimanapun saya tetap menikmati kek di KULA CAKES dan brownies yang selalu kakak saya bawa dari rumahnya. Anda tidak boleh samakan diri anda dengan saya jika anda masih dalam fasa permulaan TSW / EKZEMA, kerana TSW / Ekzema saya telah pulih hampir 90% ketika ini. Alhamdulillah.

Pesanan saya untuk anda yang sedang melalui TSW/ EKZEMA, teruskan mengelakkan menikmati air manis di luar, bawa botol air mineral anda.

Saya sehingga kini membawa botol air yang berisi air mineral bagi mengelakkan memesan air manis yang menyelerakan diluar, lebih-lebih lagi KUANTAN kini popular dengan bauksite.

Jika anda teringin menikmati roti atau kuih-kuih lain, kini terdapat banyak lambakan roti dan produk sourdough yang lebih bagus untuk kesihatan dan tidak kurang keenakkannya.

Saya akan berkongsi dengan anda mengenai sourdough dalam artikel seterusnya.

Tabahlah mengharungi perjuangan TSW / EKZEMA tanpa penggunaan steroid dan penghentian produk kimia, kerana kesukaran anda lalui ini tidak akan lebih teruk dari kesan anda terus menggunakan steroid.

Pilihan kek di atas ini juga amat sesuai untuk anda yang mementingkan diet yang sihat.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...