Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog tersayang..ini adalah entry seperti yang dijanjikan sebelum ini..ia adalah sambungan dari entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/11/best-yogurt-drink.html
minuman yogurt kegemaran saya yang selalu saya minum di pejabat |
Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan
pencernaan iaitu Lactobacillus
delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus
thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk
menangani dan merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar
imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah
osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8. Yogurt makanan untuk
tumbesaran.
amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

9. Mampu
atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland,
probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi
untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait
rapat dengan tekanan.
Rumusan
itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik
Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang
diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung.
Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini
membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan
bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar
Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
10. Sumber
kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8
ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang
sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi
keperluan kalsium harian kita.
info ini didapati dari http://pbasmkps.blogspot.com/2013/08/10-sebab-kenapa-yogurt-perlu-ada-dalam.html
Terima kasih kerana membaca entri ini . Salam sayang dari saya, love, huge & kiss..
untuk resepi minuman yogurt yang patut anda cuba sila baca link ini BUAT MINUMAN YOGURT MANGGO SENDIRI