Memaparkan catatan dengan label My Heart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Heart. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Disember 2017

2 Hari Lagi, Menuju 2018


Pemandangan petang 30 December 2017, hai love.. 😍

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dipersembahkan detik-detik dalam gambar ringkas hari-hari terakhir 2017. 


Buah tangan dari mekah dari kakak tersayang,  Love 😍  💝 Ganache ♥

Rak pertama dan di sebelah kaunter bayaran kedai organik 

Asyik makan benda manis dan kurang sihat,  makanan sihat juga makin kurang selera di makan


Minggu terakhir bulan December 2017, raikan love 😍 💝 katanya 


Brownies coklat murah Homemade RM10


Ubi kayu dari Panching,  di beli di pasar Beserah 

Telur kampung organik di goreng bersama daun kelor Or moringga,  dihias daun dukacita,  1st time Makan menu ini

Pertama kali mencuba pisang bakar dan mentega


Buku yang ditulis bertahun lampau kemudian di alih bahasa bertahun sudah,  baru mula dibaca.  Satu sudah di khatam dan habis di baca. 

Tercapai Target USD25 dan lebih untuk bulan December 2017 sebelum 31 December.  Alhamdulillah. 

Counting 2018.

Wish 2018 will be amazing year for prosperity, Healthy,  wealthy and lots of love for me and all of us.

Insyallah.






Rabu, 25 Oktober 2017

Harijadi Idaman


Sesuai usia dan kegemaran, saya juga berubah 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Manusia berubah,  saya tidak terkecuali. 

Hati berubah itu bukti kuat mengapa ada doa yang boleh diamalkan untuk tetapkan hati terutama kepada perkara baik iaitu doa memohon ketetapan hati. 

Untuk perkara yang tidak berapa bagus dan sesuai adalah digalakkan untuk lebih cepat berubah. 

Seiring usia,  jika dahulu menerima sedozen donut mahu pun coklat kek besar atau hamper berisi penuh coklat sudah cukup mengembirakan hati sebagai hadiah.  Baik sebagai cenderamata mahupun hadiah hari jadi. 

Mampu menghabiskan ia seorang diri,  namun seiring pengalaman hidup dan pengajaran,  perkara seperti itu tidak lagi diamalkan saya sendiri. 

Cukup sekadar sekotak coklat gelap dengan 99% koko atau sepotong kek coklat atau keju coklat untuk mengucap selamat hari jadi,  saya lebih gembira dengan hadiah sebakul buah atau sayur organik dalam satu bakul hamper hatta satu plastik shopping bag. 

Agak rasa bersalah jika anda memberikan saya coklat dan makanan manis lain yang mahal dan saya kurang menikmatinya sedangkan saya faham anda bermaksud mengembirakan hati saya dan saya pasti ingin sekali menghargainya dan menghabiskan segala hadiah dan cenderahati dari mereka yang menghargai saya. 

Artikel ini saya tulis untuk masa hadapan. 

Agar anda yang menghargai saya dan amat saya hargai memahami bahawa saya suatu waktu dahulu jauh berubah. 

Jika dahulu coklat bermaksud romantik dan paling saya suka, kini saya masih suka coklat. 

Roti coklat,  kek coklat,  coklat gelap dan Brownies. 

Namun saya makin kurang menikmatinya dan saya pasti anda juga ingin menghadiahkan saya sesuatu yang saya suka. 

Cukup saya katakan saya lebih sukakan  buah-buahan berbanding coklat dan kek sebagai hadiah. 

Mungkin jika anda masih ingin kekal sebagai satu cenderahati romantik anda boleh hadiahkan buah dan coklat yang boleh dimakan bersama dan antara kegemaran saya. 

Ingat untuk sesiapa pun yang sukakan diet lebih sihat mereka lebih sukakan dark chocolate dan coklat yang tiada trans fat serta tanpa gula. 

Saya menghargai apa sahaja hadiah dan cenderamata dari anda hatta kek coklat biasa.

Percayalah tiada paksaan dalam memberi.  Saya tetap gembira dengan apa sahaja hadiah dari anda walaupun mungkin saya tidak menikmati ia kerana alergi namun saya tidak mungkin akan mengsia-siakan ia. 

Dari pengalaman setiap insan yang mengeluarkan tenaga dan wang tentu ingin mengembirakan. 

Maka saya hanya inginkan anda akan lebih gembira dengan lebih memahami saya.

Tentu sekali tugas saya jua memahami anda. 

Tidak kira sama ada anda sahabat saya 30 tahun lepas atau baru setahun lepas,  tidak kira apa anda beri atau siapa pun yang berikan saya pasti akan hargai. 


Begitu juga untuk anda yang bakal menjadi sahabat saya pada masa akan datang kerana artikel ini ditulis bukan hanya untuk hari ini juga untuk akan datang. 

Salam kasih sayang dari saya. 

Terima kasih. 





Rabu, 18 Oktober 2017

Tambah Satu Tahun Lagi


Celebrate 🎉 birthday 🎂 with my nephew and sister 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Maka bertambah satu tahun lagi usia.

Kata bijaksana,  bertambah usia sewajarnya bertambah ilmu dan kematangan.

Lebih bijak mengawal emosi,  lupakan masa silam dan memandang ke hadapan.

Harus mencabar diri sendiri,  buktikan pada diri sendiri,  melakukan apa yang anda suka dan usah menoleh lagi.

Malah pernah membaca bilionair terkenal dunia Jack Ma juga berkata, pada usia 40 tahun,  masa untuk melakukan apa yang kita suka.

Imam Syafie,  mula bertongkat di usia 40 tahun bagi mengingati mati.

Berapa tahun lagi usia 40 tahun akan menyapa saya, juga sesiapa sahaja yang menunggu giliran.

Begitulah masa. Tak akan mungkin berhenti. 

Bertahun tidak datang ke sini untuk morning walk
Hari ini. Pagi-pagi lagi,  sahabat saya Wan mengajak saya ke Taman Gelora.  Bertahun saya tidak ke sini. 

Malah kasut sukan saya dan baju sukan entah ke mana. 

Pujuk Wan,  beliau hanya ingin berjalan kaki laju sahaja di sini dan mahu saya menemani.  Kata Wan lagi memujuk saya bersungguh,  beliau meminta saya hanya menggunakan kasut sukan anak beliau yang satu SIZE dengan saya.  Beliau mengagak kami sama size, kerana ketinggian saya dan anak Wan hampir sama. 

Ia persahabatan memerlukan give &  take.  Jika saya sebagai bff tidak memberi semangat kepada sahabat yang ingin  menguruskan badan dan Exercise,  maka saya akan rasa sedikit bersalah.  Namun harus di ingat sebagai manusia biasa,  kita hanya mampu buat yang termampu sahaja. Untuk kali ini saya mampu. 

Maka saya menemani Wan,  berjalan kaki selama sejam tanpa henti di Taman Gelora Kuantan sebelum saya menerima whatapps mesej dari kakak saya untuk Birthday celebrations di cafe 90 Degree Cafe &  Art yang terletak di Air Putih Kuantan. 

Cukup sejam di Taman Gelora dan sedikit warm out, terus memandu pulang untuk menikmati Lunch dan di 90 Degree Cafe and Art.

Jam menunjukkan hampir pukul 11.35am dan janji harus sampai pukul 1 petang.

Tepat jam pukul 1 petang, kakak dan anak Saudara sampai dari membeli belah di Jaya Grocer.

Memilih kek coklat dari Koko Cafe,  jiran sebelah 90 Degree Cafe And Art,  menu lebih sihat seperti Ribs Eye Steak dan salad juga Green Smoothie menjadi pilihan.

Irfan dan Ilham hanya menikmati spaghetti.

Irfan dan Ilham bergambar bersama kek
Meja disini telah di booking awal. 

Alhamdulillah semua menu enak dan sihat. 

Amat sesuai dengan Life Style dan pemikiran dan keinginan saya untuk Birthday kali ini. 

Macam faham pula kakak saya dan anak saudara saya taste saya yang banyak berubah seiring usia dan pengalaman hidup juga pembacaan yang membawa banyak perubahan dari segi diet dan pemikiran. 

Kakak saya,  Irfan dan Ilham 
Irfan memberi saya hadiah makanan berupa semua buah-buahan segar dari barat termasuk Arab seperti raspberry,  blueberry,  buah tin,  tomato dan pelbagai lagi termasuk butter Presiden (untuk info butter ini pernah di kirim oleh saya ketika mereka bercuti ke Kuala Lumpur tempoh hari,  namun tidak di beli kerana faktor jarak antara Kuala Lumpur dan Kuantan, namun butter Presiden ini kini boleh didapati di Jaya Grocer Kuantan yang baru sahaja di buka minggu lepas). 

Cerita Irfan,  beliau hanya memilih buah mahal,  segar dan sihat sahaja untuk hadiah hari jadi saya.  Habis duit tabung beliau. 

Kata Ilham pula,  beliau memilih Ramen untuk hadiah hari jadi,  namun mama bagi tahu suruh letak balik kerana saya tidak makan Ramen komersial. Maka tiada Ramen untuk saya. 

Saya ketawa.  So touching.  Makin bijak kanak-kanak hari ini menilai cara orang dewasa memilih pilihan dan kesukaan. 

Irfan turut menikmati rasberry dan epal termasuk kakak saya di Cafe ini sementara menunggu semua menu sampai. 

Menunggu menu seterusnya 
Hanya menu ringkas dipesan,  dari Steak,  spaghetti,  salad,  green smoothie,  mocha dan ice tea serta kek coklat. 

Yang penting Cafe ini masih menawarkan banyak menu sihat. 

Pujian diberikan untuk semua rasa yang menepati citarasa saya. 

Satu pilihan bijak untuk warga Kuantan mencari Cafe yang more ke healthy dan vegetarian. 

Penuh menu dengan Avocado dan pilihan  sihat disini. 

Maaf saya lupa mengambil gambar menu. 

Steak enak
Saya tidak pasti nama menu salad kami. 

Yang pasti salad ini dipenuhi walnut termasuk delima. 
Salad enak yang harus dicuba
Spaghetti dan Ice lemon tea di pesan di Cafe sebelah iaitu Koko Cafe termasuk coklat kek. 

Coklat kek terbaik.  Wajib cuba. 

Green Smoothie juga enak,  walau pun taste saya jenis lebih pekat. 

Banyak pilihan Smoothie lain termasuk cold press juice yang lebih sihat dari jus buah biasa. 

Spaghetti dan Green Smoothie juga Ice lemon tea

Suasana ala sunyi dan lampu malap,  amat sesuai untuk meraikan sambutan istimewa. 

Tempat ini di hias indah sesuai nama Cafe Art ini. 

Sedap sila cuba
Sekelip mata makanan di sini habis dinikmati. 

Salad bowl disini besar dan anda pasti puas makan. 

Salad dan mocha cold
Bagi mereka yang mencari menu sihat di Kuantan,  saya memang setuju untuk meletakkan Cafe ini antara pilihan utama. 

Sekaligus menjadikan saya rasakan pilihan Cafe ini adalah pilihan bijak kakak saya dan anak saudara saya untuk meraikan hari jadi saya di sini. 

Antara hiasan art dan lukisan pokok disini 
Seiring usia yang bertambah. 

Hanya kesyukuran yang boleh dipanjatkan kerana masih dipanjangkan umur diberi kesempatan dan ruang untuk bertaubat. 

Masih sihat tanpa penyakit.  Kekal mampu melakukan perubahan walaupun di uji. 

Paling penting masih mampu menggunakan otak membaca dan mencari idea serta mencabar diri sendiri. 

Semakin anda berusia semakin anda sedari tiada apa yang perlu di terangkan panjang lebar. 

Yang penting anda tahu apa anda lakukan dan terus percaya pada takdir yang baik. 

Irfan dan Ilham bermain gitar dan bergambar 
Hidup kita kadangkala umpama lukisan. 

Tidak sama dalam setiap pandangan manusia. 

Ada yang memahami dan ada yang langsung tidak meminati apa lagi untuk faham. 

Yang paling penting untuk hari jadi tahun ini,  saya sekali lagi terharu dengan pemberian hadiah ikhlas. 

Kali ini dari anak saudara saya sendiri. 

Hadiah dari Irfan 
Tentu sahaja ucapan hari jadi dan doa dari sahabat juga perkara yang indah terutama ia diucapkan di pagi hari. 

Tidak kira betapa usia bertambah ia bukan bermaksud anda berhenti mencuba dan berubah. 

Banyak yang bermula lewat namun lebih berjaya dari yang bermula awal atas kesedaran dan kegigihan. 

Masuk usia baru, impian baru juga diimpikan. 

Seperti biasa,  sebagai manusia lemah saya mohon doa dari anda dan sekalian alam,  agar segala impian dan cita cita saya tercapai,  insyallah.. 

Semoga ketika anda mendoakan untuk saya,  malaikat juga mendoakan anda. 

90 Degree Cafe And Art 

Untuk anda yang lahir bulan ini atau bulan apa sahaja.

Selamat Hari jadi untuk anda.

Semoga setiap tahun dan bertambah usia,  kita semakin dewasa,  bijak dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Insyallah.

Terima kasih kerana sudi terus membaca segala artikel perkongsian di Blog ini.


Terima kasih.




Selasa, 1 Ogos 2017

Belajar Branding


Print screen dari instagram,  Facebook,  dan Facebook messenger

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Antara sifu yang sering saya ikuti di Facebook ialah Puan Ainon Mohd.

Saya pasti mereka yang aktif Facebook dan berminat dalam bidang keusahawanan merupakan follower beliau.

Antara ilmu yang kerap di kongsi oleh Puan Ainon Mohd di Facebook beliau sama ada Facebook peribadi atau Pages kebanyakannya mengenai ilmu keusahawanan.

Malah Puan Ainon Mohd juga mempunyai sekolah keusahawanan sendiri yang digelar Ainon Business School.

Antara yang saya pelajari dari Facebook Puan Ainon Mohd ialah mengenai Branding.

Betapa jika anda ingin memperkenalkan diri di media social anda harus aktif dan memperkenalkan diri.

Dari branding ini,  anda akan semakin bijak memperkenalkan diri kepada Channel yang akan anda gunakan untuk mempromosikan produk anda pada masa akan datang.

Malah dalam ilmu keusahawanan yang di ajar oleh ABS ia lebih kepada ilmu perniagaan kolaborasi bukan ilmu persaingan seperti ajaran sifu sebelumnya.

Berbalik kepada ilmu Branding yang di ajar oleh beliau dalam Facebook tentunya tidak sama dengan ilmu yang di ajar secara terperinci secara dalam kelas atau berhadapan juga seminar yang diperkenalkan oleh ABS,  maka tentu saja individu seperti saya agak kurang dalam ilmu ini.

Setakat membaca sekali dua ringkasan atau rumusan ringkas manakan sama dengan ilmu yang lebih mendalam mengenai Branding.

Lama telah berazam aktif Facebook dan Linkedln serta Twitter nampaknya setakat ini saya lebih aktif di Blog dan instagram,  Facebook agak jarang untuk saya berkongsi status dan Info,  hanya link dari Blog sahaja yang sering saya kongsi kan sekali sekala.

Melihat progress branding yang cuba saya lakukan seolah ia masih lagi samar.

Mesej di Facebook jelas menunjukkan saya masih dalam proses untuk mencari arah apa branding sebenar yang ingin saya tunjukkan baik di dalam Blog, Facebook dan instagram.

Melihat kepada setiap komen dan status di Facebook Puan Ainon Mohd bukan saya seorang yang menghadapi kesukaran ini.

Benarlah tiada apa yang mudah di dunia ini.

Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan perkemaskan dalam memperkenal imej saya dan branding yang cuba saya perkenalkan dan memastikan ia wujud.

Antara sifu yang sering di war-warkan oleh Puan Ainon Mohd ialah Seth Godin,  jika anda juga berminat dengan branding dan tribe yang di perkenalkan oleh mazhab ABS dan Seth Godin ini anda boleh mengikuti setiap ilmu yang di kongsi di Facebook milik Puan Ainon Mohd dan juga kumpulan ABS Holding yang saya kira amat popular di Facebook di kalangan golongan muda usahawan.

Malah jika anda berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pihak ABS sering mengadakan kursus dengan bayaran yang berpatutan.

Jika anda aktif Facebook dan rajin membaca.

Singgah dan Follow la Facebook Puan Ainon Mohd dan rakan-rakan beliau.

Banyak perkara yang anda akan pelajari.

Saya masih lagi terus belajar dan tentu terlalu banyak kekurangan dan kelemahan harus saya perbaiki lagi.

Doakan semoga impian dan kejayaan sentiasa bersama.

Terima kasih.



Ahad, 30 Julai 2017

Hormat


Gambar menikmati makanan di luar bersama keluarga baru baru ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tidak semua manusia di beri hidayah oleh Tuhan,  seperti tidak semua manusia di beri kesedaran tentang kesihatan sehingga mati. 

Ada manusia ketika umur 60 tahun di beri hidayah keimanan,  ada manusia ketika usia 40 tahun di beri kesedaran mengenai kesihatan. 

Kesedaran kesihatan di beri oleh Tuhan untuk saya dalam usia 35 tahun. 

Selama 35 tahun saya menelan segala makanan tidak sihat,  coklat,  fast food non stop Untuk sarapan pagi,  tengah hari sehingga malam. 

Makanan luar bergoreng tanpa langsung menikmati masakan di rumah kerana saya ialah bujang senang yang langsung tidak memasak di rumah. 

Dari di IPT sehingga bekerja,  itulah saya kekal dengan segala snek tidak sihat di rumah dan makanan luar sahaja.  Bungkusan peket 3 in 1, makanan segera di masak hanya tambah air panas itu sahaja paling mudah jika saya tidak keluar. 

Tidak cukup sekadar itu,  duit gaji saya kebanyakan habis untuk coklat dan makanan ringan,  alat Makeup,  kosmetik dan segala vitamin tambahan,  dari susu formula sehingga segala vitamin famous di jual di farmasi dan MLM. 

Maka jika anda baru sahaja berusia 20an dan kini mempunyai kesedaran mengenai kesihatan,  anda lebih awal diberi kesedaran berbanding diri saya sendiri. 

Tepukan dan penghargaan harus diberikan pada anda dahulu dalam bab ini. 

Jika anda lebih berusia dari 35 tahun,  jangan bimbang,  konsentrasi anda dan tekad anda jika lebih kuat,  jauh meninggalkan mereka yang mempunyai kesedaran awal namun tetap culas dalam menjaga kesihatan. 

Tidak penting siapa kita semalam,  yang penting kita pada hari ini dan masa depan. 

Belum tentu hari ini kita tegas menjaga pemakanan dan kesihatan,  perkara itu akan berterusan selamanya.  

Begitu juga belum tentu mereka yang belum di beri kesedaran kesihatan akan 'tidur'  selamanya.  Ada golongan yang di beri kesedaran lebih lewat namun amat 'straight'  dalam prinsip untuk menjaga kesihatan apabila terbangun dari 'tidur'  yang panjang berbanding golongan yang mendapat kesedaran awal. 

Tidak perlu mengutuk golongan yang anda rasa lebih 'bawah'  dari anda. 

Kita tidak pernah tahu masa depan kita atau mereka. 

Fokus pada diri anda.  Doa baik-baik.  Hentikan memandang negatif dan menulis status menyakitkan hati. 

Amat berbeza status berbentuk Info dan status 'menyindir'  atau pun 'mengangkat'  diri sendiri. 

Saya seperti insan lain,  ada waktu tidak sedar tulisan saya atau cara saya 'menyindir'  atau punya unsur negatif. 

Namun sebagai penulis tentu sekali perkara seperti itu harus dielakkan. 

Setiap insan punyai pendapat masing-masing,  hormatilah. 

Setiap golongan juga punya cara menjaga pemakanan dan diet serta menyembuhkan penyakit masing-masing mengikut keadaan diri mereka sendiri. 

Jangan tinggalkan komen yang membuatkan 'percikan'  negatif kepada sesiapa pun. 

Dalam era globalisasi penuh kemajuan Internet dan media sosial,  apa yang kita tulis,  kita Share,  kita komen akan lalu lalang di wall sesiapa sahaja. 

Termasuk apa yang kita komen dan tulis di Group whatapps dan telegram. 

Ingat,  apa yang anda sembang dengan kawan anda juga boleh di print screen dengan mudah dan dihantar kepada sesiapa sahaja.

Berhenti 'mengumpat' secara tidak sengaja. 

Agak kurang tepat anda menjaga diet dan pemakanan anda,  namun tidak kata-kata dan tindakan apa lagi 'hati'  dan emosi anda. 

Jangan hanya penyakit fizikal kita sembuh namun kita dapat penyakit 'hati'  baru. 

Ketahuilah kita tiada hak langsung untuk menjadi hakim,  doktor peribadi atau tuhan untuk menentukan mana betul dan mana salah untuk golongan lain.

Sebagai manusia biasa saya sendiri tentu ada silap di sepanjang hidup di media sosial atau di mana sahaja. 

Apa lagi di masa akan datang jika umur panjang. 

Tiada yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan,  namun sebagai manusia ingat mengingati itu amatlah penting.

Akhlak dan hormat itu di medan media sosial harus wujud. 

Apa bila kita menghormati golongan dan insan lain,  tentu kata-kata akan lebih tersusun dan kita lebih berfikir untuk diam. 

Dengan cara ini anda akan lebih gembira dan tentu sahaja kegembiraan dan soal hati amat penting dalam kehidupan dan kesihatan. 

Salam sayang dari saya. 

Terima kasih.




Khamis, 27 Julai 2017

Eat Clean untuk Motivasi Baru


Pink Lady,  untuk masa ini saya suka kan warna cerah terutama Pink light 
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca Blog saya yang tersayang. 

Makan tahun saya menulis di Blog ini dan semakin hari saya berjumpa pelbagai komen di Facebook dan Group membicarakan Blog Keep Walking sebagai sumber rujukan. 

Saya kira ia sebagai penghargaan untuk setiap artikel di Blog ini dan pastinya semua itu datang dari Allah baik ilham dan bakat penulisan jika ada pada saya pastinya 100% milik Allah jua yang diberikan sebagai anugerah untuk saya berkongsi dengan anda. 

Berbalik kepada Blog Keep Walking ini yang sekejap aktif sekejap tidak,  saya pasti anda faham ketiadaan idea dan mood menyebabkan tiada artikel perkongsian,  maka saya mohon doa anda untuk mendoakan saya sentiasa sihat dan di beri ilham serta idea dan ilmu untuk terus merakamkan ia disini untuk tujuan kita bersama dan golongan yang memerlukan. 

Menyentuh mengenai artikel dan cara hidup saya semenjak kebelakangan ini yang mencabar,  asyik menikmati makanan di luar segera,  manis,  trans fat dan sebagainya. 

Saya memahami perasaan sesetengah pembaca terutama yang agak straight tentang pemakanan sihat yang menjadikan Blog Keep Walking Antara blog favourite pasti ada sedikit rasa terkilan.  Sebagai manusia biasa,  inilah realiti hidup,  terbabas dari niat itu memang biasa.  Tidak dapat mengawal nafsu juga biasa.  Harus di tekankan ke sekian kali,  jika anda melihat ke belakang, selama 35 tahun saya menikmati makanan luar ikut suka tanpa pantang dan menikmati makanan di luar dan makanan baru adalah kegemaran dan hobi saya.

Agak sukar mencari Cafe vegetarian di Kuantan juga tempat lain kecuali anda berada di Kuala Lumpur di kawasan tertentu maka tentu sekali tempat persinggahan saya adalah restoran dan Cafe sama sekali tidak sihat. 

Mengetahui sebagai manusia biasa saya perlukan motivasi maka satu lagi kategori atau label akan di perkenalkan di Blog ini iaitu kategori Eat Clean.  Ia sekaligus sebagai menghargai pembaca yang akan singgah di Blog ini membaca motivasi untuk menikmati diet Eat Clean yang semakin popular di Barat. 

Khas untuk anda,  kategori Eat Clean ini akan mensasarkan menu sihat untuk Budget rendah dan berkhasiat serta cepat siap. 

Bukan itu sahaja kategori Cucuk Tanam dan DIY juga akan di perkenalkan dalam waktu paling singkat ini. 

Anda nantikan sahaja. 

Motivasi dalam menulis di Blog untuk saya selain komen anda yang memberi semangat dan kegembiraan di mana-mana sahaja sama ada di Blog,  email,  what apps,  Facebook,  instagram,  mulut ke mulut,  mahupun Group, amat saya hargai. 

Atas penghargaan itu saya akan cuba untuk menulis setiap artikel yang bermanfaat untuk kita bersama.  Insyallah. 


Salam sayang dari saya untuk anda. 

Teruskan memotivasikan diri. 


Terima kasih. 




Rabu, 26 Julai 2017

Selamat Datang Zulhijah


Bergambar sebelum pulang ke Kuantan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya Syawal 1438 berakhir beberapa hari lalu.

Saya dan keluarga saya sempat berhari raya dan menghadiri rumah terbuka adik lelaki saya di Melaka pada hari Ahad terakhir Syawal.

Kebetulan tahun ini adik saya hanya membuat rumah terbuka khas untuk ahli keluarga terdekat dan sahabat sekerja yang rapat sahaja. 

Antara hidangan rumah terbuka adik lelaki saya

Kami dari Kuantan tiba seawal hari Jumaat petang. 

Pada hari Sabtu kami sempat berjalan ke Bandar Melaka dan menikmati segala makanan enak di restoran terkenal di Melaka. 

Antara gambar aktiviti kami yang sempat di ambil dan diabadikan 

Antara yang kami sekeluarga sempat singgah ialah Molten Chocolate Cafe dan Melantak Steak Hub yang terletak di Dataran Pahlawan dan Pantai Klebang.

Saya ada menulis mengenai Review kedua-dua restoran ini di artikel sebelum ini di link berikut

1. Molten Chocolate Cafe

2. Melantak Steak Hub

Kami juga sempat memborong durian dan manggis berkilo gram untuk dinikmati bersama ahli keluarga yang ada.

Sekembali saya dan keluarga dari Melaka,  rupanya tidak habis di situ,  saya masih menikmati makanan luar bersama keluarga namun hanya dibungkus dan di makan di rumah.

Hanya hari Selasa baru saya merasa masakan rumah hanya untuk masakan tengah hari. Menu udang masak lemak tempoyak bersama tempoyak memang amat menyelerakan.


Menikmati sushi King dan yogurt

Hari ini saya masih makan luar.  Adik ipar saya semenjak bulan puasa ingin menikmati sushi King dan mengajak saya menemani beliau.  Maka hari ini saya menikmati sushi King sepuasnya, maklumlah orang belanja.  Apabila hampir habis waktu Lunch hour,  barulah saya teringat untuk menikmati sushi yang lebih sihat,  maka sushi dari tauhu manis dan bijan menjadi pinggang sushi terakhir saya nikmati.

Untuk makan petang saya hanya menikmati Yogurt dan buah sahaja.

Sedang berkira untuk kembali kepada diet yang lebih sihat.  Perlahan-lahan saya harus berusaha dari sekarang.

Bukan mudah sudah terbabas terlalu lama,  semenjak awal tahun lepas,  untuk kembali pada track asal namun tentu saya harus gigih berusaha. 

Bergambar di Syawal kedua terakhir tahun 2017 di Melaka 
Musim panas kembali melanda Kuantan.

Hanya tuhan yang tahu betapa membahang cuaca di bandar ini.

Namun harus disyukuri kerana setiap yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.

Untuk anda yang bakal menunaikan haji dan berangkat menunaikan haji,  selamat menunaikan haji.

Doakan saya punya rezeki untuk menunaikan haji di usia yang muda dan sihat sentiasa.

Ini sahaja nukilan ikhlas dari saya untuk anda.

Terima kasih.



Selasa, 11 Julai 2017

Makeup


Bergambar di Majlis Perkahwinan adik lelaki saya baru-baru
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Makeup dan wanita sukar dipisahkan. Ia umpama sahabat karib.  Jika tiada lipstik atau Makeup penuh kata orang sekurang-kurangnya ada bedak di pipi juga pelembap bibir. 

Itu kata-kata yang sering dibaca di mana sahaja. 

Sebagai insan yang pernah menjalani pengalaman Topical Steroid Withdrawal (TSW)  yang sering saya kongsikan di Blog ini,  saya akui Makeup komersial mengandung kesan sampingan sendiri kepada tubuh dan tidak digalakkan untuk di guna pakai setiap hari. 

Ingin saya tegaskan disini.  Pengalaman saya bekerja dan sebelum melalui proses TSW saya memang seorang yang rajin bermakeup dan mencantikkan diri. 

Itu hobi dan kegemaran saya.  Namun tidaklah setiap hari saya bermakeup kecuali untuk perjumpaan bersama pelanggan atau event dan mesyuarat tertentu. 

Terkenal suka bergaya itu memang sifat semula jadi saya,  namun saya tetap menyesuaikan tempat dan pakaian sesuai atur cara yang saya pergi.  Ada waktunya ke pejabat saya hanya memakai pelembap bibir dan cermin mata sahaja dan ada waktunya jika saya bermakeup saya hanya bermakeup nipis sahaja kecuali ia memerlukan saya untuk bermakeup lebih tebal. 

Kembali kepada tajuk asal,  terutama kepada anda pembaca yang mengikuti Blog ini sebagai follower saya yang setia mengikuti kategori ekzema atau TSW di Blog ini. 

Untuk info anda kebanyakan gambar dan wajah saya memang langsung tanpa Makeup termasuk pelembap bibir. 

Saya memang telah lama meninggal semua itu. 

Malah ketika mengambil gambar dalam mempromosikan tempat Makan Best kebanyakan wajah saya 100% bersih tanpa solekan malah tanpa pelembap bibir. 

Seingat saya hanya untuk artikel tajaan tempat Makan Best Di Kuantan untuk Rimbunan Oriental Cafe sahaja saya bermakeup sedikit tanpa Foundation bagi menghidupkan keceriaan untuk artikel tajaan tersebut.

Namun sebagai manusia biasa minat dan kecintaan itu sukar untuk padam.

High heel dan pelbagai jenis kasut adalah kegemaran saya semenjak kecil.

Maka tidak pelik ia kekal antara kegemaran saya ke hari ini termasuk accessories.

Anda tidak perlu pelik,  jika anda lihat beberapa artikel ke belakang,  saya pernah menulis ketika menyambut Aidilfitri pada tahun 2014 dan 2015 saya kekal bermakeup walaupun ketika itu saya sedang menjalani TSW pada stage pertama di 2014 dan 2015 saya dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.

Sebagai antara rujukan pengalaman TSW untuk Blog,  saya bukan idol Perfect untuk itu.

Qisya Khadeeja tak akan mungkin akan menjadi sempurna untuk selamanya.

Ia hanya kekal menjadi diri sendiri dan tentu sekali berazam untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari tanpa paksaan dan kerelaan diri.

Jika anda inginkan idol dan motivasi,  anda harus cari insan yang boleh memotivasikan anda.

Saya berada di track saya sendiri dan jalan pilihan sendiri.

Pandangan dan prinsip saya tak akan mungkin sama dengan insan lain.

Sebagai Blogger anda boleh membaca Blog saya pada bila-bila masa,  dan sebagai manusia yang dianugerahkan pemikiran oleh Allah,  pilih sahaja yang baik untuk di ikuti.

Selamat Hari Raya dan selamat menunaikan puasa sunat Syawal dari saya untuk anda.

Ingat tiada sesiapa memaksa anda untuk memilih,  anda sendiri yang memilih.

Jangan salahkan insan lain terutama anak,  atau suami mahupun keluarga atas apa keputusan anda.

Apalagi menyalahkan Blogger atau insan lain yang berkongsi ilmu dan pengalaman di Facebook dan Group.


Terima kasih.







Sabtu, 25 Mac 2017

Bukan Untung Semata-mata


Stok bahan yang dibeli di pasar dan kedai organik
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Percaya hidup ini bukan mencari keuntungan semata-mata. 

Namun jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas anda. 

Itu prinsip yang dipelajari setelah hampir berpuluh tahun wujud di dunia ini. 

Baking soda jenama Arm & Hammer
 Semalam menerima order Hair Gone salah satu produk di bawah jenama QK yang di formulasikan hasil segala bacaan di pelbagai Blog kesihatan. 

Maka seiring menambah baik fungsi produk,  formula asal Hair Gone,  kini dengan tambahan baking soda bermutu tinggi jenama Arm &  Hammer. 

Bukan semua baking soda adalah sama.

Hasil kajian dan pembacaan,  kebanyakan baking soda mempunyai kandungan aluminium,  namun tidak bagi jenama Arm &  Hammer yang merupakan jenama baking soda no. 1 yang paling di percayai di Amerika. 

Ia tanpa aluminium dan adalah Baking soda asli jenama no. 1 yang sering disebut oleh pencinta produk kesihatan dan Semulajadi.

Kurang 1 bahan,  iaitu Baking soda jenama Arm and Hammer,  akhirnya saya terpaksa pergi ke bandar yang agak jauh dari rumah saya di musim panas ini walaupun saya sebenarnya langsung  tiada mood untuk keluar. 

Maklumlah cuaca yang terlalu membahang menyebabkan saya amat malas dan tidak sanggup keluar.

Andai diikutkan kira-kira biasa, di mana pulangnya modal jika produk Hair Gone jenama QK itu masih diperkenalkan dengan harga promosi RM3.50 berbanding kos minyak yang hampir RM20 untuk sekali ke bandar.  Tidak termasuk kos parking dan masa. 

Hendak menolak, Order pelanggan itu agak tidak sesuai.

Namun bagi mendapatkan mood dan semangat diri,  belajar memujuk diri agar menggunakan Budget minyak ke bandar itu untuk membeli segala keperluan stok harian  untuk minggu hadapan di pasar besar Kuantan. 

Itu cara paling sesuai dalam menyesuaikan dan mengurangkan kos dalam bidang pemasaran bagi permulaan memperkenalkan produk QK Ini. 

Roselle yang direbus bersama daun pandan dan kurma madinah
Beruntung diperkenalkan dalam dunia Facebook,  antara artikel yang sering dibaca dan menjadi rujukan ialah artikel tulisan CEO ABS,  iaitu Puan Ainon Mohd  dan pakar pakar motivasi popular lain. 

Tidak terlewat untuk tersedar dan belajar,  ilmu jika diamalkan akan berguna pada waktunya. 

Hari yang sama saya turut membawa anak Saudara saya yang paling rajin mengikut saya, Zara untuk membeli bahan keperluan di bandar. 

Di bandar ini saya mengambil kesempatan, singgah ke pasar untuk membeli tomato kampung dan lada hitam segar sebagai ulam,  ia jauh lebih murah berbanding membeli di kedai organik. Maklumlah dalam kemalasan saya tetap wajib menggunakan kos minyak saya itu untuk membeli barang lain. 

Cuaca panas membahang tentu merimaskan dan memaksa kami pulang awal ke rumah. 

Namun seperti biasa saya wajib singgah di kedai organik untuk membeli stok barang seterusnya. 

Di pasaraya buah-buahan tidak ketinggalan untuk dibeli. 

Pulang ke rumah saya terus merebus Roselle untuk di buat jem organik tanpa gula  atau sugar free jam (menggunakan kurma Madinah sebagai ganti gula perang).

JEM Rozelle ini sesuai ditambahkan ke dalam Smoothie,  diatas atau dicampur terus ke dalam Smoothie buah atau Smoothie campuran sayuran.

Jem organik Rozelle ini tentu sekali amat enak dimakan bersama oat atau roti. 

Ingin mengurangkan pembaziran kurma yang terlalu  banyak dari Madinah yang telah dibeli oleh ibu dan bapa saya.  Kurma Madinah ini telah lama berada di dalam peti ais semenjak bulan Mac,  untuk mengurangkan pembaziran,  ia digunakan sebagai pengganti gula.

Bau harum rebusan Rozelle bersama daun pandan berbau semerbak di seluruh rumah. 
 Sungguh wangi.

Dan rasanya tentu jauh lebih enak dan berkhasiat tanpa sebarang campuran gula dan hasil air tangan sendiri. 

Percaya dan yakin pada,  pesanan ahli perniagaan berjaya,  juga mentor ahli perniagaan lain. 

Biar kita kalah dulu,  menang kemudian. 

Jangan kejar untung dahulu kejar growth.

Growth lebih penting dari keuntungan. 

Ada banyak alasan mengapa ada sesetengah syarikat yang masih tidak punyai untung namun dibeli oleh syarikat besar kerana pertumbuhan yang ditunjukkan. 

Itu antara sebab mengapa pertumbuhan itu penting.

Masih terlalu awal untuk menentukan hala tuju produk di bawah label QK,  namun sebagai Founder,  tentunya setiap Founder akan menghargai setiap pembeli produk di bawah label mereka,  begitu juga produk di bawah label QK. 

Dalam tempoh pengenalan dan promosi produk,  banyak pengorbanan harus dilakukan.  Itu perkara biasa.

Pihak QK akan cuba memenuhi hasrat dan hajat pelanggan produk kami sebaik baiknya.  Insyallah. 

Terima kasih mempercayai produk di bawah label dan jenama QK. 

Kami amat menghargainya. 

Dan terima kasih kerana terus membaca Blog ini. 

Terima kasih.


** istimewa untuk anda resepi Smoothie Roselle atau Rozelle tanpa gula di sini

Smoothie Rozelle @Roselle Mudah Tanpa Gula





Selasa, 7 Mac 2017

Aktiviti bersama Keluarga


Gambar dari instagram Qisya Khadeeja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lama tidak menulis Blog.  Saya agak sibuk dengan aktiviti harian selain baru pulang dari Kuala Lumpur menghantar ibu saya menunaikan umrah.

Ayah saya telah selamat menunaikan umrah akhir tahun lepas dan kini giliran ibu saya pula menjadi tetamu Allah di Mekah Mukaramah itu.


Sepanjang 2-3 bulan ini,  aktiviti saya lebih kepada menikmati makanan pelbagai makanan luar bersama keluarga.  Brownies boleh dikatakan hampir tiap minggu menjadi santapan pemanis mulut untuk keluarga kami termasuk kek coklat.

Seperti biasa jika bercuti di Kuala Lumpur,  Cafe ais krim popular Haagen Dazs dan Dip n Dip antara tempat wajib singgah.

Bukan sahaja berada di Kuantan hanya penuh dengan aktiviti makan makan,  di Kuala Lumpur juga begitu.  3 kotak Brownies di tempah khas oleh keluarga saya dan kami menikmati makanan tengah hari di rumah adik lelaki saya ketika jam asar.

Adik lelaki keempat saya menyediakan menu masakan laut khas lagi sedap ala-ala shell out

Menu air tangan adik lelaki saya

Antara menu yang di masak beliau,  tom Yam sea food bersantan ala Thai,  kerang kicap,  ketam telur masin,  ketam kai Hong,  dan lemon chicken di makan bersama nasi putih.  Sungguh sedap.  Kebanyakan resepi dipelajari oleh beliau dari chef-chef restoran kegemaran beliau yang popular dan eksklusif.

Antara Menu kegemaran ais krim Haagen Dazs 
Seiring dengan diet tunggang langgang yang tidak terjaga.  Usia yang makin meningkat dan metabolisme seiring usia.  Maka saya mendapat teguran dari adik ipar dan beberapa rakan mengenai berat badan saya yang makin bertambah sedikit.

Maklumlah asyik menikmati makanan dan bahagia.

Adik ipar saya menegur berat saya yang nampak naik dan kawan saya menegur muka saya makin melebar 
Aktiviti blogging saya sebagai food Hunter kadang kala menyebabkan saya alpa mengenai diet sihat.  Itu antara pengorbanan menjadi seorang Blogger.

Namun itu bukan alasan untuk saya alpa dan tentu sahaja saya perlu beringat ketika menikmati makanan di luar pada masa akan datang.

Aktiviti yang dirakamkan di dalam instagram Qisya Khadeeja 
Untuk masa ini,  saya mengurangkan penggunaan Makeup termasuk bedak kompak dan Foundation.

Saya masih berkira kira untuk meneruskan detoks kulit wajah sehingga masa yang ditetapkan oleh saya untuk kembali bersolek.

Untuk info anda digalakkan melakukan detoks bukan sahaja pada sistem perkumuhan namun pada kulit tubuh dan kulit wajah.

Ibu saya bergambar di tempat perlepasan

Sebagai anak tentu sekali saya mendoakan ibu saya mendapat umrah yang mabrur.
Segala amalan dan doa beliau diterima dan semoga selamat pergi dan balik.

Saya akan cuba meneruskan hajat di hati untuk kekal menulis artikel berkualiti setiap hari di Blog kesayangan saya ini.

Doakan.

Terima kasih.




Ahad, 12 Februari 2017

Mula Aktif di Facebook


Imej pertama Qisya Khadeeja di Google yang kini berusia 4 tahun lebih
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring perjalanan saya dalam dunia blogging. 

Cinta saya dalam bidang media sosial semakin mendalam. 

Merupakan follower kepada Puan Ainon Mohd,  di Facebook,  saya mengakui ilmu disampaikan beliau mula mempengaruhi saya. 

Antara galakkan  beliau ialah mula menulis status Facebook berkualiti dan membina tribe. 

Saya mengikuti beliau semenjak 2 tahun lalu. 

Tahun 2017 ini saya mula belajar menggunakan Facebook sebagai antara medium tempat saya berkongsi maklumat dan membina 'tribe'. 

Tribe di perkenalkan oleh Seth Godin. 

Seth Godin khabarnya hanya memfokuskan penulisan Blog. Sehingga kini beliau menulis hampir 7000 artikel. 

Beliau tidak membalas sebarang komen,  Facebook beliau hanya digunakan untuk mempromosikan Blog beliau. 

Kini Seth Godin muncul sebagai antara yang berpengaruh dan mempunyai jutaan folower setia. 

Itulah berkat fokus mendalam Seth Godin pada Blog beliau. 

Status Facebook pertama saya ke arah memberi informasi 
Antara perancangan dan azam baru 2017.

Saya ingin lebih aktif dalam memberi informasi dan berhubung dengan mereka dalam golongan sasaran. 

Maka saya mula berkongsi sedikit informasi di akaun Facebook saya. 

Terlebih dahulu saya menukar gambar profile Facebook saya kepada imej saya di Google. 

Ini adalah antara teknik untuk branding dan positioning. 

Bermula 9 Februari saya berkongsi info mengenai sayur-sayuran di status Facebook saya. 

Status itu mendapat 106 komen dan 33 likes.  

Status sebelumnya mendapat 65 komen dan 36 likes. 

Saya menulis lebih 5 status pada hari yang sama dan waktu yang hampir sama. 

Teknik ini nampaknya berbaloi dan mewujud 'engagement'  yang agak hebat pada hari pertama eksperimen.  Alhamdulillah. 

Dato Norizan bin Sharif sempat singgah dan memberi likes

3 hari saya membuat eksperimen,  semalam saya mengurangkan mengemaskini status Facebook.

Maklumlah semalam ialah hari Sabtu.

Hari agak jarang orang melayari Facebook.

Namun pada waktu malam, saya melihat salah seorang yang berpengaruh dalam sahabat Facebook Puan Ainon Mohd iaitu Dato Norizan bin Sharif yang terkenal dalam program INSKEN mula likes beberapa status dan link perkongsian saya di Facebook.

Dato Norizan yang juga menulis di Blog Nobisha milik beliau adalah antara insan berpengaruh dalam Tribe ABS dan mempunyai ramai follower di Facebook.

Tentu sahaja saya terharu kerana dalam berpuluh ribu folower dan sahabat Facebook beliau,  Dato Norizan masih sempat memilih status Facebook saya untuk di likes.

Untuk info,  engagement di Facebook di kira dari jumlah likes,  komen dan share.

Bukan pada jumlah sahabat Facebook anda.

Ia juga dikira pada golongan sasaran anda.

Pastikan kehadiran anda disedari untuk mewujudkan kehadiran anda di kalangan mereka.

Status saya turut mendapat share untuk 3 hari berturut eksperimen ini di jalankan.

Gambar profile instagram juga selari imej di Google 
Pada hari yang sama saya menukar gambar profile di Facebook,  saya turut menukarkan gambar profile saya di instagram.

Ini adalah untuk memastikan imej ini selari seperti apa yang saya baca dan pelajari.

Untuk medan sosial seterusnya seperti Twitter dan linkedln saya juga akan menggunakan gambar atau imej yang sama untuk memudahkan imej branding dan positioning.

Saya akan berkongsi pengalaman seterusnya di dalam artikel akan datang.

Terima kasih atas kesudian anda menjadi pembaca  dan follower tetap Blog ini.

Semoga artikel ini memberi anda motivasi untuk memikir perkara positif mengenai media sosial.

Terima kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...