Selasa, 29 Disember 2015

PETUA AIR REBUSAN SERAI UNTUK KESIHATAN

cara paling mudah, potong serai halus dan masukkan sahaja dalam air panas dalam mug dan tutup. 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Kebelakangan ini saya kerap membaca petua dan khasiat air rebusan serai untuk kesihatan baik bagi lelaki atau wanita.

Terdapat pelbagai petua dan ramuan yang berbeza. Saya kongsikan dengan anda 2 petua air rebusan serai yang saya temui dari facebook dan dikongsikan dalam group kesihatan yang saya ikuti.


1. PETUA UNTUK KESIHATAN RAHIM WANITA & MENGELAKKAN KANSER


Untuk kaum wanita , amalkan petua mudah ini, masukkan sahaja sebatang serai yang di ketuk kedalam air panas di dalam mug kegemaran anda, kemudian biar 10 minit dan anda boleh minum dan amalkan. Air serai ini amat bagus untuk kesihatan rahim anda dan mencegah kanser.


2. PETUA UNTUK MEREKA YANG MENGHADAPI SAKIT LUTUT.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali menghadapi masalah sakit lutut dan kekurangan bendalir dikepala lutut tentu anda tahu kesukaran mereka untuk berjalan dan menunaikan ibadah.

Cuba ramuan mudah ini :-


Bahan-bahan


1. 5 batang serai segar

2. 5 biji epal hijau segar yang telah direndam dalam cuka dan air garam selama 10 minit

3. Air Bertapis


Cara Membuatnya :-


1. Masukkan serai yang telah di potong halus dan buah epal hijau yang telah di potong kedalam periuk yang berisi air.

2. Tutup periuk tersebut dan panaskan diatas dapur atau api yang kecil.

3. Biarkan periuk diatas dapur sehingga buah epal menjadi lembek atau empuk sekali.

4. Tutup api dan boleh diminum tanpa tambahan gula atau pemanis lain.

Dari perkongsian di group kesihatan, minuman ini membantu menjana kembali tulang lutut. Malah dengan amalan yang kerap, dikatakan mula berhenti menggunakan suntikan dan ubat-ubatan sakit lutut lain.

Tunggu apa lagi, kongsikan petua ini dengan semua rakan-rakan dan keluarga anda serta orang yang anda kenali.

Terima kasih.

** terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat ini didalam facebook dan group kesihatan yang saya sertai.


KHASIAT UBI KAYU

antara menu kegemaran di musim hujan ubi kayu rebus

Menikmati ubi kayu rebus yang sedang panas bersama secangkir kopi kampung memang sedap terutama di musim hujan.

Di tambah pula ubi kayu itu di cicah dengan gula kabung atau gula molasses bersama kelapa muda di gaul garam halus. Fuh!! memang sedap tidak terkata.

Inilah menu turun temurun nenek moyang kaum melayu sebelum merdeka di mana ketika itu beras agak sukar diperolehi dan dihasilkan walau melalui penanaman padi.

Jangan pandang rendah ubi kayu, pokok yang senang ditanam dan dituai benihnya ini. Harga terbaru di pasaran dan di JUAL di KUALA LUMPUR hampir mencecah RM10 sekilogram dan harga di KUANTAN ialah dalam anggaran RM4 sekilogram.

Terdapat banyak KHASIAT DAN KEBAIKAN UBI KAYU . Antaranya seperti dikumpulkan oleh saya dalam maklumat di bawah:-

1. Ubi kayu kaya dengan kandungan VITAMIN B2, B kompleks, asid panthotenic, folat, B6, Besi, besi, mangan, karbohidrat, kalsium, serat pemakanan dan  pelbagai zat mineral dan galian lain.

2. Membantu menyihatkan badan.

3. Meningkatkan pengedaran sel darah merah.

4. Amat bagus untuk wanita hamil kerana membantu mengelakkan kecacatan bayi.

5. Membantu sistem penghadaman yang lebih baik.

6. Membantu mengurangkan kolesterol.

7.  Sebagai makanan pencegah penyakit kencing manis.

8. Menguatkan tulang dan jantung.

9. Membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan.

10. Tidak mengandungi gluten dan amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah toleransi dengan gluten terutama bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit autoimun.

11. Ubi kayu juga kaya dengan protein dan adalah menu pilihan terbaik bagi mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.

12. Karbohidrat didalam ubi kayu membantu menambah tenaga dan menggantikan nasi dalam menu seharian.

13. Bagi anda yang ingin membina otot badan , ubi kayu adalah antara menu terbaik untuk dimasukkan dalam diet harian anda.

Oleh kerana ubi kayu adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang mudah dimasuki 'angin' atau rosak serta mudah bertoksik. Pastikan anda membeli dan menikmati ubi kayu segar yang baru dicabut dari tanah.

Cara untuk anda mengetahui bahawa ubi kayu itu masih baru, isinya benar-benar berwarna putih bersih. Walau bagaimana pun jika seorang petani itu pakar dalam mencabut ubi kayu, ubi kayu bersama akar tanpa sebarang pecahan ubi kayu akan mengekalkan kesegaran ubi kayu itu lebih lama (pilih ubi kayu yang lansung tidak di potong dan masih ada sedikit akar, serta tertutup rapi tanpa terlihat sedikit pun isi ubi kayu). 

Ketika ini ubi kayu atau tapioca semakin popular di negara barat kerana ia adalah makanan tanpa gluten yang amat bagus untuk kesihatan.

Malah ubi kayu atau lebih dikenali sebagai singkong ini amat popular sebagai makanan anti kanser. 

Terima kasih kepada google atas segala maklumat di atas.

Terima kasih.


Jumaat, 25 Disember 2015

JENAMA SUSU KAMBING PILIHAN TERBAIK


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda JENAMA SUSU KAMBING (bentuk serbuk atau SUSU TEPUNG) terbaik yang sesuai untuk anda jadikan amalan.


Jenama Susu kambing yang ingin saya kongsikan dengan anda untuk kali ini ialah SUSU KAMBING JENAMA PURENAT. PURENAT ini adalah susu kambing tanpa campuran gula dan trans fat atau lemak tidak baik untuk kesihatan juga tanpa campuran creamer yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta tidak bagus untuk kesihatan.

Susu KAMBING ini sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun dan ke atas serta golongan dewasa.


Kandungan kalsium dalam susu ini juga tinggi serta ia tidak mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna atau perisa tiruan.

Paling penting ia mendapat persijilan HALAL dari JAKIM


Anda boleh mendapatkan SUSU KAMBING JENAMA PURENAT ini di farmasi ALPRO dengan harga yang lebih rendah dari tempat lain jika anda menjadi ahli di FARMASI ALPRO ini. Harga menjadi AHLI FARMASI ALPRO hanya RM10 seumur hidup dan anda dapat membeli susu kambing jenama PURENAT ini dengan harga kurang RM35 untuk 400 gram, untuk yang besar pula berat ialah 800 gram dan harganya tidak sampai RM70.

Tunggu apa lagi, jika anda mengemari SUSU KAMBING dan alah kepada susu lembu, pilih jenama ini untuk tambahan dalam menu atau minuman kesihatan anda.

Sayangi tulang anda dengan mula membekalkan kasium kepada tubuh anda.

Terima kasih.


Rabu, 23 Disember 2015

13 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH TIN

sedapnya buah tin segar...


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, khasiat dan kebaikan buah yang turut disebut dalam AL-QURAN iaitu buah tin (dalam surah At-Tin ayat 95).

Buah Tin yang kini boleh diperolehi segar di Malaysia dan telah mula ditanam di Malaysia ini, amat terkenal dengan khasiat dan manfaatnya. 

Di bawah ini saya kongsikan KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH TIN untuk info kita semua:-

1. Buah tin di katakan buah dari SYURGA dan dikatakan amat bagus untuk penyakit buasir seperti mana sabda Rasullah SAW , "Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga,niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyehatkan badan."

2.  Buah Tin mengandungi ,karbohidrat , pelbagai vitamin, zat besi , protein , kalsium dan potasium.

3.  Buah Tin amat bagus dalam menyembuhkan penyakit buasir.

4. Buah Tin kering mengandungi 6 kali ganda kalori berbanding buah tin segar.

5. Professor J.A  Vinson dari universiti di AMERIKA SYARIKAT telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tin mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan lain. Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan lain yang jauh lebih berkhasiat seperti kalium, serat dan zat besi.

6. Kajian Professor J. A Vinson juga turut menyatakan buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. 100 gram buah tin atau 1/4 cawan buah tin mengandungi 20% keperluan  serat seharian yang di perlukan oleh tubuh badan manusia.

7. Kajian Professor J.A Vinson ini juga turut menunjukkan 28% dari serat buah tin ialah serat terlarut di mana serat terlarut berfungsi mengurangkan kolesterol dalam darah dan mengikatnya dalam saluran pencernaan.

8. Serat tidak larut berfungsi melindungi dan mencegah penyakit kanser usus besar atau kanser kolon. Sekaligus buah tin amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit , buasir dan masalah usus.

9. Buah tin turut membantu menurunkan berat badan kerana tinggi serat yang dikaitkan dengan fungsi penurunan berat badan.

10. Buah tin juga mengandungi 'polyphenols' yang berfungsi sebagai antioksidan. Dalam kajian Professor J.A Vinson, didapati bahawa buah tin adalah paling tinggi kandungan polyphenols berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

11. Buah tin juga mengandungi sebatian anti kanser iaitu benzaldehyde dan coumarins di mana bahan ini berfungsi sebagai anti-tumor dan bagus untuk merawat masalah kulit dan kanser prostat.

12. Buah tin yang kaya kandungan  kalium dan magnesium selain serat turut membantu mengurangkan risiko angin ahmar dan juga mengurangkan tekanan darah tinggi.

13. Bagi pesakit kencing manis, jangan bimbang, anda boleh menikmati buah tin kerana buah tin kaya serat dan ia boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat karbohidrat dan serat dalam buah tin dalam bentuk gula ringkas (glukosa dan fruktosa) mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.


Kini terdapat ramai peniaga yang mula menjual benih pokok tin dari serendah RM70 - RM90 sepokok. 

Pokok tin ini kini sesuai di tanam di cuaca di MALAYSIA, saya melihat ramai juga pekebun-pekebun yang mula menanam buah tin di dalam facebook.

Jika anda sukar mendapatkan buah tin segar, anda boleh dapatkan buah tin kering di kedai-kedai makanan sunnah atau di kedai-kedai organik. Harga buah tin sepeket kecil dalam anggaran RM5 sahaja sebungkus.

Tunggu apa lagi, sila dapatkan buah tin anda sekarang.

Terima kasih.





Selasa, 22 Disember 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 29 :- AKAR KOPI



Ini adalah sambungan artikel dari artikel sebelum ini  TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : RESTORAN BOMBAY.

Jika anda mencari tempat sarapan pagi, tengah hari, petang, malam sehingga tengah malam untuk supper. AKAR KOPI ialah antara pilihan terbaik untuk anda.


Terletak di JALAN BESAR, Kuantan, berhadapan benteng dan lokasi cafe ini betul-betul di tengah-tengah UOB BANK dan OCBC BANK , Kuantan.


bergambar di hadapan pintu pagar AKAR KOPI yang masih belum di buka - actually saya kerap bersarapan pagi di sini.





Dengan dekorasi indah seperti di dalam hutan yang dipenuhi dengan pokok menghijau serta menggunakan kayu-kayuan serta tong besi sebagai dekorasi ia menjadikan kafe atau gerai makan ini unik dan damai sekali.


tempat untuk menikmati hidangan


Dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 2 pagi, AKAR KOPI ini di penuhi ramai pelanggan semenjak pagi. Saya mengambil gambar-gambar ini di waktu pagi kurang pukul 8.30am , tetapi sinar matahari tetap memancar tinggi panahan dari sungai yang terbentang di seberang Jalan Besar, Kuantan ini.




tempat cuci tangan

Di bawah ini adalah antara gambar-gambar dan dekorasi yang sempat saya ambil untuk perkongsian di dalam artikel ini.









Di bawah ini adalah antara senarai menu untuk pilihan dan info anda.



saya melihat-lihat menu yang menarik perhatian

saya memesan menu pilihan
Perkhidmatan disini ialah layan diri. Anda perlu ke kaunter dan memilih menu makanan pilihan dan membawa sendiri ke meja pilihan anda.



Ini antara gambar menu-menu yang sempat saya ambil untuk di kongsikan dengan anda.




Saya dan rakan saya Wan, memilih tempat duduk berdekatan dengan pokok-pokok yang menghijau. Mengambil bekalan oksigen di waktu pagi yang terang benderang ini.


tempat makan yang terlindung dari cahaya matahari dibawah pokok-pokok menghijau menjadi pilihan saya dan rakan saya Wan.
antara menu pilihan kami
nasi lemak di sini memang sedap, saya mengemarinya.

kusyuk melihat pemandangan yagn menghijau

bihun di sini pun sedap, isi udang kering dan fish cake sahaja berharga rm1.50



Menu disini amat enak rasanya terutama nasi lemak yang turut diletak halba di dalam nasinya. Serius sedap dan menjadi kegemaran saya. HARGA nasi lemak ini hanya RM1.50, tetapi kecil sahaja bungkusan nasi lemak ini. Tidak cukup jika makan sebungkus untuk saya.

tempat duduk pilihan kami

dekorasi menawan di kafe ini
hati-hati minum kopi panas.. nanti terkejut macam saya. .fuhh!! panas!!!!
Di bawah ini adalah pemandangan seterusnya di kafe atau gerai ini.











Jika anda berada di KUANTAN , jangan lupa datang menikmati makanan disini terutama untuk sarapan pagi.

Terima kasih.

Ini adalah sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best di Kuantan : ALIF CURRY HOUSE, NASI DAUN PISANG


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...