imej akaun adsense yang jelas menunjukkan penurunan 61% berbanding bulan sama tahun lepas 2017 |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Beberapa persoalan mengenai Adsense sering ditanya
terutama bagi blogger yang baru sahaja memiliki akaun adsense ini tidak
terkecuali blogger yang masih berusaha untuk memiliki akaun adsense.
Seperti mana marketing atau
pemasaran produk yang sering harus dilakukan setiap hari, begitu juga bagi
pemilik akaun adsense. Mempunyai blog dan memiliki akaun adsense tidak menjamin
anda akan kekal mendapatkan pendapatan pasif ini jika anda semakin berkurangan
aktif mengemaskini blog.
Ia, pendapatan adsense meningkat
berpandukan berapa ramai pembaca yang datang singgah membaca blog anda, bonus
jika pembaca anda klik dan beli. Namun untuk mendapatkan pembaca tentu sekali
blog anda harus digemari google terutama jika anda berada di page teratas dalam
carian secara organic.
Pengalaman penulis sendiri
sebagai blogger adsense, pendapatan pasif dari adsense ini semakin menurun
seiring berkurangnya pembaca yang singgah di blog ini. Tidak seperti tahun
lepas, blog ini aktif dikemaskini setiap hari dan jumlah pembaca harian
mencecah ribuan berbanding jumlah pembaca yang berkurang hampir separuh
berbanding tahun lepas. Ini tidak pelik kerana pada tahun ini jumlah penulisan
artikel amatlah sikit berbanding tahun lepas.
pengurangan artikel pada tahun 2017, lebih dari 300 artikel dan tahun ini memasuki akhir bulan Ogos hanya 64 artikel setakat ini |
Google mengemari blog yang sentiasa dikemaskini dan penuh info. Untuk sentiasa berada di pages pertama, blogger harus sentiasa mengemaskini blog, barulah pengunjung akan setia mengunjungi blog anda.
Jika sebuah blog mempunyai pembaca setia, pembaca atau follower setia itu mungkin akan berubah ke blog lain jika blog yang menjadi kegemaran mereka semakin tidak aktif.
Penulisan membantu menghubungkan pengunjung dan pembaca, dengan penulisan pembaca dan pengunjung akan mula menyukai sesebuah blog, lebih-lebih lagi jika blog ini sentiasa di kemaskini.
Bagi mengekalkan prestasi blog, keaktifan dan konsisten amatlah penting. Berbeza dengan blog yang tidak aktif, blog yang aktif kebiasaannya akan mengandakan pendapatan adsense hari demi hari.
Jika anda adalah blogger separuh masa dan rajin menulis anda boleh menjadikan blogging sebagai kerjaya anda, namun jika anda sekadar suka-suka anda boleh menjadikan blogging sekadar hobi yang memberi manfaat kepada anda dan masyarakat dunia.
Jika sehingga hari ini anda mempunyai impian mendapatkan akaun Adsense, teruskan mencuba. Dan jika anda telah mempunyai akaun adsense, namun seperti saya yang punyai mood untuk mengemaskini, ada sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksa dan hanya mengikut rasa hati untuk menulis, apabila menulis atas paksaan seperti tidak ingin blog terbiar, maka tulisan artikel paksaan itu, seperti saya menulis ketika ini. Ada rasa, namun rasa seperti yang tidak sampai benar kepada hati pembaca.
Ada perkara yang perlu dipaksa, seperti saya yang sedang memaksa diri menulis walaupun mata saya terasa berat. Bimbang jika terus blog ini tidak dikemaskini, penyakit malas mengemaskini dan menulis menjadi 'habit' atau tabiat.
Semoga artikel ini tetap membantu anda yang baru menulis atau sekadar singgah diblog ini untuk membaca, menambah ilmu dan semangat.
Terima kasih.