Lempeng Kelapa disini sedap |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang saya kongsikan dengan anda Tempat Makan Best di Kuantan dan sambungan artikel Tempat Makan Best dari link sebelum ini di sini JAMAN TORY RESEPI.
kedai makan ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan |
Nama kedai makan ini ialah RODONG MELETOP.
Kedai makan Rodong Meletop ini terletak berhampiran tempat cuci kereta atau berhadapan TNB Kuantan. Berhampiran Megamall Kuantan.
pemandangan disini |
Kedai makan ini dibuka dari pagi sampai malam. Sebelah malam kedai makan ini turut menyajikan satay sebagai menu yang popular disini.
antara barisan menu dan harga |
Terdapat pelbagai jenis masakan pagi disini. Semuanya enak-enak sekali. Dari kuew tiaw goreng, bihun sup, mee kari, nasi kerabu, nasi dagang, lempeng kelapa, kuih muih dan sebagainya.
bahagian jualan roti dan lempeng serta sup dan kari. |
Jika anda berada atau bercuti di tengah-tengah bandar Kuantan anda tidak perlu risau lagi kerana tempat makan ini adalah antara tempat makan paling strategik di bandar ini.
Malah jika anda peminat telur kampung disini juga dihidangkan telur kampung separuh masak sebagai antara menu utama.
antara menu dan harga yang dipaparkan jelas disini. |
Harga menu di sini juga berpatutan , harga bihun sup dan mee kari hanya RM4, Lempeng kelapa RM2.50, Telur ayam kampung sebiji RM1 dan pelbagai menu yang menambat rasa.
air suam atau air masak disini menggunakan mesin filter lebih selamat |
Ketika saya berada disini saya memerhatikan bahawa pekerja dikedai makan ini menggunakan mesin air filter untuk minuman suam atau sejuk yang diminta oleh pelanggan sekaligus baik untuk kesihatan, maka tidak hairanlah jika air suam atau air biasa dicaj.
kuih kering yang turut dijual disini |
Disini juga terdapat pelbagai kuih kering yang turut dijual termasuk madu kampung.
tulang untuk sup tulang |
Jika anda teringin sup tulang ketika awal pagi sebagai sarapan juga anda boleh menikmatinya disini.
kuah nasi dagang ikan tongkol |
Nasi dagang ikan aya atau tongkol serta cekodok pisang juga dijual disini.
mee kari, bihun sup dan horlics panas |
saya menikmati bihun sup dan mee kari |
lempeng kelapa yang enak serta telur kampung |
Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, sila cuba menikmati makanan di kedai makan Rodong Meletop ini.
Terima kasih.