Rabu, 28 September 2016

CARA MENJADI @ MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER 2016



gambar kenangan April 2010 saya dan rakan saya Emma bergambar disebelah kereta milik kawan kami Dato Seri Dr Rusli Bin Zaman


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semenjak tahun lepas UBER dikenali ramai sebagai salah sebuah perkhidmatan yang mengantikan fungsi 'teksi konvensional'.

Perkhidmatan ini sekaligus telah membuka peluang untuk anda yang mencari pendapatan sampingan sebagai pemandu UBER berdaftar sekaligus memberi peluang untuk anda yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan atau menambahkan lagi pendapatan serta pengalaman baru sebagai pemandu UBER.

Saya berpeluang mendaftar sebagai pemandu UBER 2016 baru-baru ini setelah membaca dan mendengar sendiri perkongsian dari abang kepada adik ipar saya yang sebelum ini adalah pemandu uber yang Aktif.

Untuk permohonan menjadi PEMANDU UBER tahun 2016 ini anda haruslah ke website UBER atau terus ke link ini untuk mendaftar DAFTAR UBER DISINI .

UBER MALAYSIA untuk setakat ini hanya beroperasi di KUALA LUMPUR , JOHOR BAHRU, PULAU PINANG, KUCHING & KOTA KINABALU sahaja.

Anda harus berada di 5 kawasan diatas barulah anda berpeluang untuk menjana pendapatan bersama UBER.

Ketika mendaftar anda haruslah mengupload atau menyediakan DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan UBER MALAYSIA seperti dokumen berikut :-

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Polisi atau cover notes Insurans atau Takaful Kenderaan Anda.
4. Telefon Pintar sekurang-kurangnya IPHONE 4S yang berfungsi untuk menginstall software bagi UBER.
5. Alamat email untuk komunikasi dan no telefon yang senang dihubungi.

Sesudah anda mendaftar anda akan menerima mesej dari UBER dan anda harus membawa kereta anda menjalani inspection atau pemeriksaan bagi memastikan kereta anda SELAMAT untuk digunakan sebagai salah sebuah kenderaan UBER.

Rekod memandu anda haruslah bersih dan digalakkan agar kenderaan anda berusia kurang 7 tahun tetapi jika anda bernasib baik dan ada rezeki jika kenderaan anda lebih berusia dan berkeadaan baik anda mungkin masih diterima.

Selamat Mencuba mendaftar sebagai PEMANDU UBER  dan jangan lupa daftarlah di link ini DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.


.




PENDAPATAN ADSENSE KEKAL AKTIF

Paparan Akaun Adsense terbaru saya pada pagi ini
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dihujani pelbagai dugaan dalam hidup juga dalam bidang blogging, tetapi rezeki tetap rezeki yang Tuhan anugerahkan kepada hambanya yang berusaha dan terus bersangka baik denganNYA.


Dalam kesibukan dan dugaan , blog ini semakin jarang dikemaskini semenjak awal tahun 2016 lagi.  Sekaligus masa yang diambil mengemaskini blog juga semakin kurang kerana asakan masa yang pantas berlalu serta kekurangan bahan untuk menghasilkan artikel termasuk masa, line internet, laptop yang bermasalah dan sebagainya.

Rezeki dalam blog adalah kekal rezeki pasif yang tidak pernah disangka. 
Akaun adsense saya masih kekal berjalan di blog ini dan 2 lagi blog saya yang lebih setahun tidak aktif di kemaskini.

Istimewa pemilik akaun adsense, selama mana iklan dan pengunjung serta pembaca mendatangi blog anda, selama itulah pendapatan pasif akan terus berjalan.

Saya adalah antara blogger kurang aktif dan berblogging hanya untuk suka-suka , dan alhamdulillah saya tetap berkesempatan menerima pendapatan dari ADSENSE.

Siapa ingin beri anda percuma USD100? tanpa anda sedari?

Saya antara blogger yang apabila membuka dashboard Adsense sentiasa bersyukur dengan jumlah yang tertera di paparan.

Selepas Nuffnang, Exabytes, Adsense dan pendapatan dari produk yang saya pasarkan. Blog adalah antara pendapatan pasif yang amat saya gemari dan sukai.

Menjadi pemilik akaun Adsense semenjak pertengahan tahun 2015, adalah antara rezeki blogging dari Tuhan yang harus saya syukuri kerana saya tidak pernah menyangka ia akan membantu saya dalam banyak perkara.

Bagi anda yang mempunyai pelbagai perkara dan ilmu menarik untuk dikongsikan. Mula berblogging dari sekarang.

Anda pasti akan bertemu ramai peminat blog anda yang meminta pendapat serta menyokong penulisan dan produk anda.

Terima kasih untuk anda yang terus menyokong blog ini.

Tanpa anda, pendapatan pasif saya tidak akan terus berjalan jika anda tidak pernah mengoogle segala apa yang terdapat didalam blog ini.


Terima kasih.




Sabtu, 17 September 2016

Tempat Menarik Di Melaka :- Emily Traveller Home Part 3


Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Emily traveller Home turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal untuk mereka yang menginap di rumah pengembara ini. 

Saya berpeluang menggunakan basikal ini disini beberapa Kali.


Untuk artikel bahagian ketiga ini saya bawa anda melihat sambungan bilik seterusnya dibahagian bawah rumah pengembara ini.


Selesai menyusur bilik hujung anda akan melihat lukisan gambar kura-kura yang akan membawa anda melalui Jalan batu is time a Yang cantik.

Diatas gambar kura-kura ini terpapar pelbagai gambarajah peta Melaka Dan tempat-tempat menarik disekitar Melaka.



Lihat lukisan Dan tulisan diatas Yang turut dilakarkan oleh pengembara disini.

Anda akan berjumpa dengan beberapa kura-kura yang hidup Dan berenang dikolam selepas ini.

Antara tulisan Dan lukisan menarik yg ringkas sebagai kenang-kenangan.



Ditepi gambar kura-kura ITU juga terdapat sebuah lagi bilik istimewa.

Untuk info, disini terdapat bilik katil bujang Dan bilik kelamin. Harga pada bulan MAC tempoh hari untuk sebuah bilik katil bujang sehari hanya RM60 & katil kelamin atau bujang 2 Buah ialah Dari serendah RM120 sehari. Harga ini saya tidak Tahu masih kekal atau berubah seiring kenaikan kos semasa.


Didinding rumah penggembara ini juga ditinggalkan pelbagai tulisan lain yang turut Memberi 'makna' tersendiri di setiap dinding-dinding yang anda sulusuri.


Tingkat atas rumah pengembara ini juga terdapat barisan bilik untuk anda duduki jika bilik dibawah telah penuh.


Berhampiran bilik 'Argentina' ini terdapat 2 tiang merah berhias indah dengan lukisan & tulisan pengembara yang pernah singgah disini yang akan membawa anda ke 'ruang' yang lebih mempersonakan.

Anda akan dapat melihat pintu tiang merah ini dari laluan bilik bawah lagi.

Berhampiran tiang merah ini terletak tandas Dan ditepi tandas ini terdapat tangga menuju ke bilik atas.

Barisan buku & kelengkapan tandas berhampiran tandas.




Tangga dikiri Dan kanan untuk anda pilih ke tingkat atas.




Menaiki tangga dibahagian kiri anda boleh melihat Pokok menghijau juga bilik rumah Kayu yang turut terdapat dirumah pengembara ini.



Lihat dengan jelas tangga yang anda akan lalui Dan pemandangan anda ketika turun naik. Inilah pemandangan setiap hari saya selama 5 bulan menginap disini.


Indah sahaja hari jika anda sentiasa dikerumuni pepohon menghijau Dan suasana rumah antik ini.

Gambar diatas ialah gambar saya menaiki tangga untuk ke bilik saya ditingkat atas.


Lihat dengan jelas rumah kecil (ia juga bilik untuk pengembara) yang sentiasa saya lihat ketika menuruni dan menaiki tangga juga tumbuhan sekeliling.


Bilik yang saya diami disini ialah bilik 'Ireland' bilik paling hujung disini yang paling berdekatan tangga menuju ke tandas dibawah & berhadapan ampaian baju.





Bilik 'Ireland', bilik saya menginap dan bilik ini tiada plug. Anda perlu caj laptop @ handphone ditingkat bawah, kadang kala saya terpaksa menumpang plug jiran saya dihadapan bilik ketika mula-mula menginap disini.


Antara barisan bilik lain disini.


Antara bilik jiran terdekat saya. Lihat tinggalan coretan pengembara disini.


Antara bilik yang dipenuhi lukisan.


Keunikan setiap bilik disini.


Juga lukisan dan tulisan pengembara.


Gambar pemandangan bilik dimalam hari.



Terus berjalan menuju bilik hujung dan tangga ke ruang tamu.



Tangga bawah menuju ke ruang tamu atau ruang bawah.


Lukisan gergasi istimewa yang terletak berhampiran pintu ditingkat atas dimana ada bahagian berehat 'out door' yang terpaksa ditutup untuk sementara waktu.



Antara pemandangan disini.


Lukisan antik yang penuh 'makna' tersirat.


Tangga menuju ke ruang tamu atau ruang bawah untuk anda berehat.


Bahagian 4 akan diteruskan selepas artikel ini.

Terima kasih.

Khamis, 15 September 2016

Tempat Menarik Di Melaka - Emily Traveller Home Part 2

Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Diberi peluang berkelana di Bandar Melaka, mencari rezeki dan pengalaman di tempat Baru & berjalan mengelilingi bandar hilir Melaka tanpa perlu mengadap jem, mencari parking, memilih hari tertentu atau masa tertentu adalah perkara terindah yang harus saya syukuri.

Di Sini, saya masih boleh mengelilingi bandar hilir Melaka berjalan kaki, walau terbangun Dari tidur pukul 11malam.


Dan yang lebih mempersonakan lagi, saya berpeluang menginap di rumah pengembara paling UNik di Melaka INI selama 5 bulan dan bertemu dengan ramai penggembara yang datang Dari seluruh pelusuk dunia.



Untuk artikel bahagian ke2 INI, saya persembahkan anda antars barisan koleksi bilik-bilik di bahagian bawah Rumah Penggembara INI.


Anda boleh perhatikan setiap bilik dilukis pelbagai lukisan tersendiri Dan indah.

Malah, terdapat pelbagai lukisan, ukiran Dan tulisan tinggalan penggembara disini sebagai catatan indah mereka pernah 'berada' disini.







Lihat sahaja setiap tulisan Dan lukisan yang ditinggalkan sebagai kenangan. Cantik Dan unik sekaligus membuktikan betapa istimewa kenangan yang mereka lalui disini.














Saya akan terus mempersembahkan lagi sambungan keunikan rumah penggembara INI dibahagian ketiga selepas INI.

Nantikan.



Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...