Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Susu adalah minuman kegemaran
zaman berzaman seluruh penduduk dunia tidak kira kaum, bangsa mahu pun Negara.
Selain susu, yogurt juga adalah makanan berasaskan susu yang digemari ramai, juga telah menjadi santapan untuk usus dan makanan sihat beribu tahun lampau.
Dalam mengatur diet sihat, ada
sesetengah individu yang alah pada susu dan memilih yogurt untuk usus lebih
sihat kerana kandungan laktosa didalam susu. Kebanyakan susu segar di dunia
dijual ialah susu lembu berbanding susu kambing sekaligus menyebabkan lebih
banyak risiko alahan terutama mereka yang menghadapi masalah ketidakhadaman dan
alahan kepada laktosa.
Tidak hairanlah kebanyakan produk
kini mempromosikan ‘produk tanpa tenusu’ atau non-dairy product atas asbab
kenaikan majority yang alah dengan produk tenusu.
Untuk anda yang selalu tertanya
perbezaan antara susu dan yogurt, mana lebih baik antara susu dan yogurt.
Berikut diberikan perbezaan
antara susu dan yogurt. Dari perbezaan ini, anda boleh nilaikan sendiri mana
lebih baik untuk tubuh dan sesuai kesihatan badan juga cara hidup anda.
1. Susu ialah minuman yang kaya
protein, galian dan mineral. Ia adalah makanan pertama wajib untuk bayi. Dalam
islam ada kisah dan hadis, Rasullah SAW, diminta untuk memilih antara madu dan
susu oleh Malaikat, dan Rasullah SAW memilih susu.
2. Jika anda diberi susu kambing
segar dan susu lembu segar, susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang
menghadapi alahan laktosa. Jika anda inginkan susu lembu yang lebih senang
dicerna pilih susu lembu dari casein A1. Susu kambing dikatakan dari casein A1,
namun susu lembu kebanyakannya ialah dari casein A2. Bonus untuk anda yang
mencari susu lembu casein A1, anda akan tahu ia susu casein A1 jika ia dari
lembu zaman moyang kita, purba dahulu. Lembu berwarna coklat dan mempunyai
bongol diatas badan. Dengan kata lain lembu kampung tulen tanpa tambahan baka
lain. Maka ini antara jawapan mengapa, dahulu nenek moyang kita tidak alah
kepada susu lembu, namun masyarakat hari ini mempunyai pelbagai alahan
berkaitan produk tenusu.
3. Yogurt ialah susu yang
difermentasikan atau susu yang telah ditapai. Ia mempunyai bakteria baik
sekaligus bagus untuk usus. Zaman moden ini ramai yang menghadapi isu ‘lactose
intolerance’. Bagaimana anda ingin tahu anda mempunyai isu ini, antara tandanya
selepas minum susu anda merasai seolah-olah perut anda kembung atau bloating,
rasa loya dan ingin muntah, alahan kulit, sembelit dan pelbagai lagi isu yang
berkaitan lactose intolerance atau alahan laktosa. Kebiasaanya mereka yang
menghadapi isu penyakit auto imun tidak digalakkan menikmati produk tenusu
kecuali susu segar dari kambing yang tidak dikacuk dan susu lembu asli dari
casein A1 atau lembu kampung.
4. Yogurt dari susu yang ditapai
adalah pilihan jauh lebih sihat bagi mereka yang menghadapi alahan laktos. Ia
lebih mudah dihadam dan tidak menyebabkan rasa sebu berbanding susu. Malah
yogurt yang kaya bakteria baik bagus untuk usus dan memudahkan proses
penghadaman dan pembuangan najis dari tubuh.
5. Susu mempunyai kandungan iodin, tryptophan,
calcium, vitamin D, vitamin B2, protein, fosforus , vitamin B12, Vitamin K,
vitamin A dan potassium. Susu amat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk
pembentukan otot tubuh, dan tulang yang sihat. Komponen paling popular ialah
kalsium yang dikaitkan dengan pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Susu
segar asli juga terkenal sebagai penyembuhan untuk penyakit kanser, diabetes,
tekanan darah, kanser seperti kanser kolon dan kanser payudara. Namun sayangnya
kebanyakan susu yang berhormon ini kini menjadi antara penyebab utama penyakit
ini. Sedangkan susu berhormon dan tidak berproses boleh menyebabkan keradangan
dan pelbagai penyakit, bayangkan susu berhormon yang diproses dan dicampur
bahan proses lain.
6. Yogurt dari susu yang dimasak dan
ditapai kaya dengan ioidin, kalsium fosforus, vitamin B2, vitamin B5, vitamin
B12, tryptophan, zink dan potassium. Istimewa yogurt ia kaya bakteria baik yang
terkenal amat bagus untuk usus sekaligus, digalakkan bagi mereka yang menghadapi
masalah penghadaman. Malah dikatakan yogurt antara makanan terbaik untuk otak
kerana ia menyihatkan usus sekaligus menyuburkan otak.
7. Beberapa pendapat mengatakan
kalsium dari yogurt lebih mudah diserap berbanding susu. Ini atas asbab, yogurt
mempunyai asid laktid dan enzim yang memaksimakan penyerapan kalsium.
Namun pendapat ini di canggah
oleh NCBI dengan kenyataan ini
Absorption of calcium from milk and yogurt.
Abstract
An
increased prevalence of osteoporosis has been observed in lactase-deficient
subjects. This association has been attributed to an avoidance of
calcium-containing dairy products by lactase-deficient subjects and/or an
adverse affect of lactose malabsorption on calcium absorption. Because the
lactose in yogurt can be digested and absorbed by hypolactasic subjects, we
tested the ability of lactase-deficient subjects and controls to absorb calcium
from milk and yogurt. Subjects ingested 270 mg of Ca plus 45Ca in 250 g of milk
or 147 g of commercial, unflavored yogurt, and blood radioactivity was assessed
at intervals over 24 h. Based on the areas under the blood radioactivity
curves, lactase-deficient subjects and controls absorbed calcium equally well
from yogurt and milk. Lactase-deficient subjects absorbed 45Ca from both
sources at least as well as did the controls. While we found no evidence to
indicate that calcium in yogurt is better absorbed than calcium in milk, yogurt
remains an excellent source of calcium because this fermented product is well
tolerated by lactase-deficient subjects.
Reference : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3934956
8. Perbezaan paling ketara antara
susu dan yogurt ialah bakteria baik yang semakin kerap digembar gemburkan amat
penting untuk usus yang sihat. Usus yang sihat akan menentukan kesihatan tubuh
dan otak individu. Fakta ini sering dinyatakan, bahawa usus ialah pusat utama menentukan sama
ada individu itu sihat dari segi mental, kesihatan dan emosi. Dengan kesedaran
ramai betapa pentingnya probiotik atau bakteria baik ini, pelbagai supplement
berunsurkan probiotik dan bakteria baik semakin laris didunia. Maka yogurt
ialah bakteria baik asli, paling mudah dapat dan senang dinikmati tanpa rasa
was-was.
9. Yogurt amat terkenal sebagai
salah satu makanan untuk mengurangkan juga mengelakkan kanser kolon atau kanser
usus. Malah yogurt juga adalah makanan sihat untuk wanita yang mengalami
masalah keputihan dan jangkitan faraj. Yogurt juga dipercayai boleh memulihkan
masalah fungus dan candida overgrowth.
10. Kebanyakan kaum termasuk
masyarakat bulgari malah kaum arab telah lama menikmati yogurt. Malah mereka
antara kaum yang terkenal dengan jangka hayat yang panjang.
11. Dengan memasukkan yogurt ke dalam
diet sihat anda, ia akan membantu memulihkan masalah pencernaan dan perut anda
sekaligus memberi kesihatan yang lebih baik. Jika anda sering tertekan, stress
kerana masalah pembuangan najis atau pembuangan yang tidak lawas, belajar
tambah yogurt dalam diet harian anda. Pastikan anda memilih yogurt natural
bukan low fat . Low fat dikatakan tinggi gula berbanding natural selain kurang
lemak sihat yang amat diperlukan tubuh.
12. Jika anda kurang mengemari rasa
yogurt yang masam, anda boleh menambah madu dalam yogurt anda sekaligus ini
ialah campuran makanan sihat yang meningkatkan lagi potensi antioksidan dalam
tubuh anda.
13. Jangan tinggal terus susu segar
dalam diet anda . Susu dan yogurt mempunyai keistimewaan dan kebaikan
tersendiri. Jika anda menghadapi isu laktosa atau lactose intolerance anda
boleh menikmati yogurt untuk khasiat produk tenusu yang lebih selamat.
14. Untuk anda yang sihat, susu dan
yogurt boleh dinikmati bila-bila masa, asalkan pilihan anda ialah susu segar
dan yogurt asli. Susu berhormon dan tidak sesuai dengan tubuh anda akan menyebabkan kahak dan anda harus berfikir 2 kali untuk terus menikmati susu dalam diet anda . Terlalu banyak kes , susu menyebabkan kahak dan mucus. Kebanyakan susu jenis ini datang dari lembu kacukan dan menikmati makanan berhormon.
15. Antara yogurt paling popular
ialah GREEK YOGURT, jika anda menjumpai yogurt jenis ini dan ia dari bahan
terbaik pilih yogurt greek berbanding yogurt biasa.
Semoga artikel ini memberi
manfaat kepada anda dan memberikan semangat untuk anda terus menikmati yogurt
baik dari minuman atau yogurt berbentuk lebih pejal dan berkrim.
Terima kasih.