Isnin, 29 Januari 2018

PRODUK RAWATAN BIBIR SEMULAJADI DAN SELAMAT, PENYELESAIAN MASALAH BIBIR PUCAT, HITAM DAN LEBAM



PRODUK PERAWATAN BIBIR DARI BAHAN MAKANAN SEBENAR, LIPS TREATMENT VS LIPS TINT
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masalah bibir bukan sahaja dialami oleh kaum wanita, namun kini turut menghantui kaum lelaki. 

Bibir hitam akibat penggunaan lipstik, penghawa dingin dan faktor usia bukan lagi perkara kecil dan semakin kerap dihadapi oleh pelbagai golongan dan usia.

Menggunakan lipstik atau gincu komersial yang dikatakan mengandungi pelbagai vitamin untuk merawat kulit namun sebenarnya mempunyai kandungan bahan kimia lain yang menyebabkan masalah bibir langsung tidak membantu. Malah bibir asal yang dahulu merah semakin pucat dan lebih teruk lagi jika masalah bibir kering dan lebam mula menjengah.

Cuba lihat bibir anda dalam cermin setelah bangun dari tidur tanpa sebarang sapuan balm bibir adakah ia merah atau pucat?.

Lihat kembali bahan-bahan kandungan yang digunakan dalam produk bibir anda dari lip balm, gincu atau produk perawatan bibir anda? adakah ia selamat? jika anda tidak tahu, anda boleh gunakan google untuk maklumat lanjut setiap bahan tersebut.

Di botolkan dalam botol kaca berkualiti tinggi menggunakan roller ball Stainless Steel
Lips Treatment Vs Lips Tint dari set RED LIPS ialah produk perawatan bibir berasaskan bahan makanan semulajadi 'real food' bukan pewarna pemakanan namun dari warna semulajadi makanan berasaskan tumbuhan.

Bahan utama produk ini tentu sekali madu mentah yang tinggi khasiat dan pelbagai vitamin dan bahan galian.

Ia bahan yang selamat kecuali anda ialah individu yang alergi kepada madu. Madu telah terkenal zaman berzaman sebagai antara bahan perawatan dalam kecantikan termasuk kecantikan kulit dan tubuh badan juga untuk perawatan bibir.

Dibancuh dan diperam dengan bahan makanan lain untuk hasil maksima, Lips Treatment vs Lips Tint ini didatangkan dalam botol kaca import berkualiti tinggi yang menggunakan roller ball diperbuat dari stainless steel untuk memastikan ia lebih selamat dan botol kaca tidak mudah leach.

Produk bibir tanpa bahan kimia bahaya, tanpa pewarna tiruan, tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pengawet dan 100% semulajadi dan dihasilkan dari bahan makanan ini di perkenalkan dengan harga RM9.90 sebotol . Sila ambil perhatian isi kandungan produk ini hanya separuh botol untuk memberi ruang udara .

Anda boleh menggunakan produk perawatan bibir semulajadi dan selamat ini sebagai perawatan bibir dan sebagai lips tint (anda wajib memakai berulang kali dan sentiasa touch up untuk mendapatkan warna merah lebih jelas).

Sila pakai produk ini waktu malam sebelum tidur untuk kesan maksima.


Untuk Pertanyaan dan pembelian LIPS TREATMENT VS LIPS TINT ini anda boleh terus hubungi atau what apps terus ke

016 276 2636


Terima kasih.





Hari Cuti Bersama Keluarga



hari cuti selalu dihabiskan untuk menikmati makanan diluar dan aktiviti makan bersama keluarga
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Andai anda mengikuti blog ini dari awal, tentu anda menyedari bahawa, setiap hari minggu ialah hari untuk menikmati makan diluar bersama keluarga, sama ada ibu bapa, adik beradik, anak saudara atau kaum kerabat.

Kata pujangga, diusia emas nanti jika anda dipanjangkan umur, apa yang paling anda ingati ialah saat-saat indah ketika anda bersama insan tersayang atau keluarga anda bukan cafe starbuck, Tony Roma's atau sebagainya. Maka pastikan ada kenangan bersama insan tersayang anda terutama anak-anak kecil kerana ketika mereka besar mereka akan ada hidup sendiri yang lebih pantas, ke sekolah Menengah, memasuki kolej, bekerja , berkahwin dan berkeluarga. Sedar tidak sedar mereka semua akan dewasa dan ahli keluarga anda sendiri akan semakin berusia . Anda semakin dewasa dan ibu bapa anda semakin tua. Ketika itu anda akan sedar waktu anda paling banyak dihabiskan untuk apa?.

Tidak seperti di Kuala Lumpur dimana semakin banyak cafe vegetarian muncul, di Kuantan sukar untuk mendapatkan cafe dengan menu yang lebih sihat.

Malah di Kuantan, Empire Sushi, Auntie Anne dan Caffe Bene baru sahaja wujud dalam Januari tahun ini. Terlalu baru. 

Sempena pembukaan cafe dan tempat makan ini, maka saya dan adik lelaki saya serta anak saudara saya juga kakak saya sengaja menikmati menu disini walaupun sebenarnya menu ini agak biasa dinikmati ketika kami di Kuala Lumpur. Ia sekadar meraikan pembukaan di kuantan sebagai sokongan kami penduduk Kuantan.

Ia realiti semua menu kaya gula dan bahan proses. Saya walaupun sedar dan tahu fakta ini tetap kekal menikmati makanan ini sehingga menjilat jari. Sayang sekali sehingga hari ini saya masih penggemar coklat termasuk pretzel Auntie Anne. Air atau makanan yang terlalu manis telah banyak yang saya tidak mampu telan, tidak seperti 3 tahun dahulu. Namun kesedaran untuk benar-benar 'eat clean' untuk masakan diluar tentu semua tahu tiada cafe di kuantan yang menghidangkan menu 'eat clean', malah keluarga saya sendiri masih memasak menggunakan MSG dan gula putih. 

Tidak mahu tertekan dengan perkara yang hanya menyebabkan stress dan mengurangkan kegembiraan atau ketegangan, lebih baik saya tumpukan perkara yang positif sahaja, namun dalam waktu yang sama tentu saya sendiri berazam untuk menjaga pemakanan ke arah lebih baik. 

Andai diberi masa dan kesempatan memasak sendiri, tentu bahan terbaik saya gunakan, namun jika menikmati masakan ibu ia masih menggunakan MSG dan gula putih, sukar untuk menolak jika ia masakan ibu. Anda pasti akan faham suatu hari nanti.

Dalam mengejar hari yang semakin pantas berlalu, bulan Januari yang tinggal beberapa hari lagi hampir tamat memasuki Febuari. Azam untuk menikmati makanan sihat nampaknya tidak bermula diawal bulan ini. 

Namun ia kekal ada untuk diteruskan untuk hari seterusnya. Sebagai manusia biasa, ada benda yang kita rancang dan plan namun ia digagalkan oleh kita sendiri kerana nafsu kita yang tidak kuat serta alasan yang tidak kukuh. Seiring usia ada perkara yang kadang kala, anda sendiri faham, anda malas untuk terus berlawan dan mengikut sahaja rentak. Ada masa anda kuat dan ada masa anda lemah.

Ketika anda masih punyai masa dan tidak tahu apa akan terjadi pada hari esok hargailah, walaupun ia mungkin sekadar bermain dengan anak kucing anda. Hargailah apa didepan mata kerana kita tidak tahu apa akan terjadi esok, lusa atau  3 saat dari sekarang.


Terima kasih.



Asyik Cheat Menu dan Cheat Day Akhirnya Ekzema Datang Kembali


sekali anda langgar pantang dan tiada apa terjadi, anda akan terus langgar pantang lagi
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sembuh dari Ekzema atau berakhirnya perjalanan Topical Steroid Withdrawal (TSW) bukan bermaksud anda boleh menikmati apa sahaja makanan bermaharaja lela.

Sekali anda langgar pantang dan tiada apa berlaku, kegatalan atau bintik mahu pun alahan tidak timbul, maka anda terus langgar dan makan sesuka hati anda.

Makan sahaja seafood, MSG, sayur disembur racun, ayam dan telur hormon, makanan manis, alhamdulillah ekzema mahu pun alahan tidak kembali. Anda sedar dan tahu kesan sampingan makanan tersebut terhadap kesihatan, namun nafsu anda sukar dilawan.

Niat di hati ingin menjaga pemakanan, namun insan sekeliling yang enak menikmati dan bergembira makan-makan dan bersukaria diluar, maka anda juga turut serta.

Kini setelah 2 tahun pulih dari ekzema dan menikmati apa sahaja makanan tanpa pantang, akhirnya kesan sampingan meninggalkan pantang dan tidak menjaga pantang larang makanan mula menjelma.

Berbeza di usia remaja, ketika sembuh ekzema atau penyakit alahan. Anda boleh bersuka ria dari 5 ke 10 tahun tanpa penyakit ekzema atau alahan kembali lagi. Namun ia tidak begitu untuk mereka di usia awal 30 an, apatah lagi jika anda berusia hujung dan awal 40 an.

dari hari kehari pemakanan kembali ke tidak sihat


Pesakit berusia 50 an lebih awal menunjukkan tanda jika melanggar pantang larang dan lebih sukar sembuh jika tidak menjaga pemakanan dan diet dengan ketat.

Pemakanan, barangan penjagaan diri dan barangan kelengkapan harian rumah dari pencuci simen dan sebagainya adalah antara faktor yang menyebabkan pelbagai penyakit kembali lagi.

Malah selain pemakanan, corak tidur, stress, udara termasuk asap dari kenderaan juga asap rokok turut menyebabkan kelemahan sistem imun sekaligus menyebabkan penyakit anda kembali.

Ini bukan sahaja terpakai kepada ekzema sahaja, malah asma, gout, kanser dan pelbagai penyakit autoimun lain.

Sembuh dari kanser bukan bermaksud penyakit kanser tidak akan kembali, ada ubat atau penawar yang anda makan sekadar mengandungi antioksidan yang tinggi namun tidak terus membunuh sel kanser dalam tubuh.

Malah dikatakan bahawa setiap tubuh manusia mempunyai sel kanser tersendiri. Ia sama ada sel kanser itu terus membiak atau berkembang seiring cara anda mengawal emosi, pemakanan, stress dan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan harian anda termasuk udara yang anda hirup setiap masa.

Melihat cara hidup dan pemakanan, anda sendiri boleh meneka sama ada penyakit anda boleh kembali semula atau tidak.

Malah individu yang tidak pernah terkena alahan sekalipun akan mula mendapat alergi jika memberi tumpuan kepada tubuh sendiri. Namun kebanyakan individu di zaman serba pantas ini lebih mudah membeli ubat alahan atau terus mendapatkan ubat alergi di farmasi atau klinik tanpa sempat berfikir panjang mengenai kesan sampingan dan apa bahan di dalam ubat pil atau krim yang digunakan.

Diri saya sendiri yang pernah melalui pengalaman ekzema atau Topical Steroid Withrawal (pemberhentian steroid) sembuh dalam jangka masa 9 bulan, namun selepas itu diet dan pemakanan saya sendiri semakin teruk dan kembali ke sebelumnya. Kembali sekali sekala menikmati ayam biasa yang berhormon, makanan laut, makanan manis, makanan bergoreng yang banyak termasuk makanan yang mempunyai trans fat.

Gaya hidup yang sentiasa menikmati makanan diluar bersama keluarga dan rakan-rakan yang rajin belanja dan memberi hadiah, menyebabkan azam untuk menikmati makanan sihat dan fokus sebenar untuk makan 'real food' sentiasa kecundang.

Berjaya membeli makanan versi sihat dari budget diri sendiri namun makanan versi tidak sihat sering diberi percuma dan tentu sahaja sebagai manusia yang agak lemah dengan nafsu sendiri walaupun tahu kesan sampingan akan datang saya menikmati bukan sedikit. Itu kesan sampingan makanan bukan 'real food' yang akan menyebabkan ketagihan dan menyebabkan anda terus makan dan makan tanpa sedar berketul-ketul atau berbungkus makanan tidak sihat itu anda nikmati.

Dua tahun mengamalkan diet tidak sihat akhirnya ekzema saya kembali lagi di kaki. Dari sebesar bintik jerawat ia makin membesar kerana saya tidak ambil peduli dan makin membesar.

Sayang sekali ketika masih membesar ini, saya masih kusyuk menikmati makanan luar yang tidak sihat.

Sedang bersungguh mengumpul semangat (sedangkan baru menghabiskan satu tin biskut mentega dan biskut wafer coklat yang enak), impian dan azam sedang digilap untuk kembali menjaga pemakanan.

Saya melihat sendiri perbezaan kulit di wajah akibat tidak menjaga pemakanan dan alahan ekzema yang semakin membesar.

Maka semakin sedarlah saya bahawa usia saya bukan remaja atau dua puluhan lagi. Saya tidak boleh terus mengikut nafsu saya yang kuat makan dan sekali makan berbekas dan berpeket serta berbotol seperti 3 tahun dahulu yang lansung tidak meninggalkan kesan kepada tubuh.

Mengambil semangat dan kekuatan kembali, nasihat saya kepada anda yang masih melalui Topical Steroid Withdrawal atau anda yang telah sembuh, sila pastikan jangan mengikuti stail saya. Sekali anda menikmati makanan 'tiruan' enak diluar, sukar untuk anda berhenti.

Sekali anda melanggar pantang sukar untuk anda terus berhenti kecuali dengan keazaman yang betul-betul kuat. Maka dinasihatkan, jangan mulakan ia.


Doakan saya kembali mengamalkan diet sihat dan ekzema saya segera sembuh kembali. Doakan juga setelah sembuh saya kekal dengan prinsip dan pemakanan sihat yang berterusan. Anda perlu berada dalam kalangan yang menjaga pemakanan untuk kekal dengan prinsip dan perjuangan anda agar anda tidak asyik terpesong dari sasaran.


Terima kasih.








Khamis, 25 Januari 2018

Resepi Mudah Maggi Homemade Versi Sihat


resepi mudah Maggi Home made versi sihat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mee maggi atau mee segera ialah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semenjak kecil lagi. Kesedapan mee maggi terutama mee kari maggi terutama baunya sahaja sudah membangkit selera. Malah ia adalah makanan kegemaran tidak kira golongan tua atau muda. Biasa, sederhana, miskin mahu pun kaya.

Seiring kesedaran kearah pemakanan lebih sihat. Semakin ramai sedar kepentingan menjaga pemakanan dan bahan-bahan merbahaya dalam mee segera.

Maka pelbagai resepi digarap dan direka serta diubah untuk menjadikan resepi mee segera ini lebih sihat. Artikel kali ini dikongsikan resepi Home made Mee Maggi Kari Versi sihat hasil olahan dan idea Nurul Aznira di facebook, dan dikongsi di artikel ini untuk anda mencubanya.

Anda juga boleh mengikuti beliau di facebook milik beliau iaitu facebook Nurul Aznira.

facebook pemilik asal resepi maggi home made sihat yang sering berkongsi mengenai resepi sihat

Berikut ialah resepi Maggi Homemade Versi Sihat

Bahan-bahan

Mee Maggi Versi Sihat sama ada Ramen atau apa sahaja janji versi lebih sihat. 
(untuk resepi pertama, saya menggunakan Ramen 5 Vegetable Powder)

Bahan-bahan untuk Rempah

1 sudu besar Serbuk kari ikan Baba's
1/ 4 sudu Rempah Cap Bunga Ros (gulai+rempah asli Terengganu)
Sedikit gula perang atau gula kabung atau gula kelapa
sedikit garam pink himalaya
Sedikit serbuk cili kering Faiza
*** gaul semua bahan diatas bagi sebati

Sayur-sayuran pilihan boleh ditambah sawi, bawang besar, daun kari, telur, tomato atau lobak.

Cara Memasak

Masak sahaja sama seperti anda masak mee maggi. Hanya mee anda gunakan ramen dan perencah anda gunakan perencah ini.

Pilihan lain lebih sihat untuk gluten free diet atau diet tanpa gluten, anda boleh gantikan ramen dengan bihun perang dari beras perang atau ramen dari buckwheat.

Resepi mudah meggi atau maggi versi sihat

Saya telah mencuba resepi ini. Alhamdulillah sedap. Rempah cap bunga Ros itu dibeli oleh sahabat saya dengan harga RM10 sepasang. Rempah ini khabarnya kini boleh di beli online.

Anda boleh pilih sama ada rempah gulai ikan atau rempah gulai ayam.

Ramen organik pilihan saya ialah ramen dari serbuk sayur-sayuran (terdiri dari 5 jenis serbuk sayur-sayuran). Jika anda baru belajar ingin menikmati sayur, anda boleh mulakan dengan ramen sayur-sayuran ini.

Selamat Mencuba resepi mudah ini.


Terima kasih.



Rabu, 17 Januari 2018

15 INFO PERBEZAAN SUSU DAN YOGURT ? YANG MANA LEBIH SESUAI DENGAN ANDA?


ini perbezaan susu dan yogurt

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Susu adalah minuman kegemaran zaman berzaman seluruh penduduk dunia tidak kira kaum, bangsa mahu pun Negara. Selain susu, yogurt juga adalah makanan berasaskan susu yang digemari ramai, juga telah menjadi santapan untuk usus dan makanan sihat beribu tahun lampau.

Dalam mengatur diet sihat, ada sesetengah individu yang alah pada susu dan memilih yogurt untuk usus lebih sihat kerana kandungan laktosa didalam susu. Kebanyakan susu segar di dunia dijual ialah susu lembu berbanding susu kambing sekaligus menyebabkan lebih banyak risiko alahan terutama mereka yang menghadapi masalah ketidakhadaman dan alahan kepada laktosa.

Tidak hairanlah kebanyakan produk kini mempromosikan ‘produk tanpa tenusu’ atau non-dairy product atas asbab kenaikan majority yang alah dengan produk tenusu.

Untuk anda yang selalu tertanya perbezaan antara susu dan yogurt, mana lebih baik antara susu dan yogurt.

Berikut diberikan perbezaan antara susu dan yogurt. Dari perbezaan ini, anda boleh nilaikan sendiri mana lebih baik untuk tubuh dan sesuai kesihatan badan juga cara hidup anda.

1. Susu ialah minuman yang kaya protein, galian dan mineral. Ia adalah makanan pertama wajib untuk bayi. Dalam islam ada kisah dan hadis, Rasullah SAW, diminta untuk memilih antara madu dan susu oleh Malaikat, dan Rasullah SAW memilih susu.

2. Jika anda diberi susu kambing segar dan susu lembu segar, susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghadapi alahan laktosa. Jika anda inginkan susu lembu yang lebih senang dicerna pilih susu lembu dari casein A1. Susu kambing dikatakan dari casein A1, namun susu lembu kebanyakannya ialah dari casein A2. Bonus untuk anda yang mencari susu lembu casein A1, anda akan tahu ia susu casein A1 jika ia dari lembu zaman moyang kita, purba dahulu. Lembu berwarna coklat dan mempunyai bongol diatas badan. Dengan kata lain lembu kampung tulen tanpa tambahan baka lain. Maka ini antara jawapan mengapa, dahulu nenek moyang kita tidak alah kepada susu lembu, namun masyarakat hari ini mempunyai pelbagai alahan berkaitan produk tenusu.

3. Yogurt ialah susu yang difermentasikan atau susu yang telah ditapai. Ia mempunyai bakteria baik sekaligus bagus untuk usus. Zaman moden ini ramai yang menghadapi isu ‘lactose intolerance’. Bagaimana anda ingin tahu anda mempunyai isu ini, antara tandanya selepas minum susu anda merasai seolah-olah perut anda kembung atau bloating, rasa loya dan ingin muntah, alahan kulit, sembelit dan pelbagai lagi isu yang berkaitan lactose intolerance atau alahan laktosa. Kebiasaanya mereka yang menghadapi isu penyakit auto imun tidak digalakkan menikmati produk tenusu kecuali susu segar dari kambing yang tidak dikacuk dan susu lembu asli dari casein A1 atau lembu kampung.

4. Yogurt dari susu yang ditapai adalah pilihan jauh lebih sihat bagi mereka yang menghadapi alahan laktos. Ia lebih mudah dihadam dan tidak menyebabkan rasa sebu berbanding susu. Malah yogurt yang kaya bakteria baik bagus untuk usus dan memudahkan proses penghadaman dan pembuangan najis dari tubuh.

5. Susu mempunyai kandungan iodin, tryptophan, calcium, vitamin D, vitamin B2, protein, fosforus , vitamin B12, Vitamin K, vitamin A dan potassium. Susu amat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk pembentukan otot tubuh, dan tulang yang sihat. Komponen paling popular ialah kalsium yang dikaitkan dengan pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Susu segar asli juga terkenal sebagai penyembuhan untuk penyakit kanser, diabetes, tekanan darah, kanser seperti kanser kolon dan kanser payudara. Namun sayangnya kebanyakan susu yang berhormon ini kini menjadi antara penyebab utama penyakit ini. Sedangkan susu berhormon dan tidak berproses boleh menyebabkan keradangan dan pelbagai penyakit, bayangkan susu berhormon yang diproses dan dicampur bahan proses lain.

6. Yogurt dari susu yang dimasak dan ditapai kaya dengan ioidin, kalsium fosforus, vitamin B2, vitamin B5, vitamin B12, tryptophan, zink dan potassium. Istimewa yogurt ia kaya bakteria baik yang terkenal amat bagus untuk usus sekaligus, digalakkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman. Malah dikatakan yogurt antara makanan terbaik untuk otak kerana ia menyihatkan usus sekaligus menyuburkan otak.

7. Beberapa pendapat mengatakan kalsium dari yogurt lebih mudah diserap berbanding susu. Ini atas asbab, yogurt mempunyai asid laktid dan enzim yang memaksimakan penyerapan kalsium.

Namun pendapat ini di canggah oleh  NCBI dengan kenyataan ini

Absorption of calcium from milk and yogurt.

Abstract

An increased prevalence of osteoporosis has been observed in lactase-deficient subjects. This association has been attributed to an avoidance of calcium-containing dairy products by lactase-deficient subjects and/or an adverse affect of lactose malabsorption on calcium absorption. Because the lactose in yogurt can be digested and absorbed by hypolactasic subjects, we tested the ability of lactase-deficient subjects and controls to absorb calcium from milk and yogurt. Subjects ingested 270 mg of Ca plus 45Ca in 250 g of milk or 147 g of commercial, unflavored yogurt, and blood radioactivity was assessed at intervals over 24 h. Based on the areas under the blood radioactivity curves, lactase-deficient subjects and controls absorbed calcium equally well from yogurt and milk. Lactase-deficient subjects absorbed 45Ca from both sources at least as well as did the controls. While we found no evidence to indicate that calcium in yogurt is better absorbed than calcium in milk, yogurt remains an excellent source of calcium because this fermented product is well tolerated by lactase-deficient subjects.

Reference : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3934956



8. Perbezaan paling ketara antara susu dan yogurt ialah bakteria baik yang semakin kerap digembar gemburkan amat penting untuk usus yang sihat. Usus yang sihat akan menentukan kesihatan tubuh dan otak individu. Fakta ini sering dinyatakan, bahawa usus ialah pusat utama menentukan sama ada individu itu sihat dari segi mental, kesihatan dan emosi. Dengan kesedaran ramai betapa pentingnya probiotik atau bakteria baik ini, pelbagai supplement berunsurkan probiotik dan bakteria baik semakin laris didunia. Maka yogurt ialah bakteria baik asli, paling mudah dapat dan senang dinikmati tanpa rasa was-was.

9. Yogurt amat terkenal sebagai salah satu makanan untuk mengurangkan juga mengelakkan kanser kolon atau kanser usus. Malah yogurt juga adalah makanan sihat untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan jangkitan faraj. Yogurt juga dipercayai boleh memulihkan masalah fungus dan candida overgrowth.

10. Kebanyakan kaum termasuk masyarakat bulgari malah kaum arab telah lama menikmati yogurt. Malah mereka antara kaum yang terkenal dengan jangka hayat yang panjang.

11. Dengan memasukkan yogurt ke dalam diet sihat anda, ia akan membantu memulihkan masalah pencernaan dan perut anda sekaligus memberi kesihatan yang lebih baik. Jika anda sering tertekan, stress kerana masalah pembuangan najis atau pembuangan yang tidak lawas, belajar tambah yogurt dalam diet harian anda. Pastikan anda memilih yogurt natural bukan low fat . Low fat dikatakan tinggi gula berbanding natural selain kurang lemak sihat yang amat diperlukan tubuh.

12. Jika anda kurang mengemari rasa yogurt yang masam, anda boleh menambah madu dalam yogurt anda sekaligus ini ialah campuran makanan sihat yang meningkatkan lagi potensi antioksidan dalam tubuh anda.

13. Jangan tinggal terus susu segar dalam diet anda . Susu dan yogurt mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri. Jika anda menghadapi isu laktosa atau lactose intolerance anda boleh menikmati yogurt untuk khasiat produk tenusu yang lebih selamat.

14. Untuk anda yang sihat, susu dan yogurt boleh dinikmati bila-bila masa, asalkan pilihan anda ialah susu segar dan yogurt asli. Susu berhormon dan tidak sesuai dengan tubuh anda akan menyebabkan kahak dan anda harus berfikir 2 kali untuk terus menikmati susu dalam diet anda . Terlalu banyak kes , susu menyebabkan kahak dan mucus. Kebanyakan susu jenis ini datang dari lembu kacukan dan menikmati makanan berhormon.

15. Antara yogurt paling popular ialah GREEK YOGURT, jika anda menjumpai yogurt jenis ini dan ia dari bahan terbaik pilih yogurt greek berbanding yogurt biasa.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dan memberikan semangat untuk anda terus menikmati yogurt baik dari minuman atau yogurt berbentuk lebih pejal dan berkrim.

Terima kasih.




Selasa, 16 Januari 2018

TAMBAH BAHAN INI UNTUK MENGANDAKAN KHASIAT MAKANAN ANDA



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Nenek moyang kita satu waktu dahulu, tidak perlu mempelajari sains untuk meneka ketika bila musim hujan (untuk menyediakan stok simpanan makanan), apa petua dan ubat mujarab untuk kesembuhan, makanan apa sesuai dimakan bersama dan beracun jika dicampur dan sebagainya.

Begitu uniknya pengalaman hidup. Seiring kemodenan, kajian sains ada menyokong pendapat ini dan ada menyangkal. Namun realitinya ada benda tidak mampu di terjemahkan melalui sains, seperti kewujudan Allah, Malaikat dan pelbagai perkara yang tidak perlu dinyatakan disini.

Ia umpama angin, kita boleh rasa dan sedari kehadirannya, namun tidak boleh digambarkan atau diambil gambar sekali pun. 

Begitu juga dalam bab pemakanan, ada bahan yang ditambah akan membantu meningkatkan khasiat makanan tersebut, malah ada bahan atau makanan lain yang mengurangkan khasiat dalam sesetengah makanan jika dicampur.

Untuk artikel kali ini, kita tumpukan tajuk 'Bahan Makanan Ini Jika Dicampur Akan Mengandakan lagi Khasiat Makanan Anda'.

1. Pernah lihat masakan lemak yang dicampur kunyit turut diserta lada hitam? contohnya sayur lemak labu?. Ia khasiat kunyit akan digandakan jika dimakan dan dicampur lada hitam. Ikan jika ditambah garam , kunyit dan dicicah lada hitam amat enak sekali. Tidak hairanlah jika anda melihat ada menu daging goreng kunyit yang kemudian di tambah lada hitam menjadi daging goreng kunyit lada hitam.


2. Jika anda peminat susu segar asli, tambah kunyit dalam susu segar anda. Golden Milk atau susu campur kunyit telah lama diamalkan oleh kaum india dan perubatan ayurveda untuk kesihatan. Ia membantu melawan keradangan, menambah antibodi , kaya antioksidan dan amat bagus untuk merawat batuk. Malah jika kawasan anda tinggal dilanda musim sejuk, anda boleh mengamalkan minuman ini sebagai salah satu cara menghangatkan dan menguatkan tubuh anda.


3. Mungkin anda sering membaca artikel diet untuk tidak menambah gula ketika menikmati teh hijau kerana bahaya gula putih khususnya. Namun selepas ini anda digalakkan menambah gula asli seperti gula perang atau gula molases ketika minum teh hijau anda. Kajian mendapati khasiat teh hijau akan meningkat 10 kali ganda jika ditambah gula atau fruktosa asli. Teh hijau kini semakin popular dengan kandungan  Epigallocatechin gallate (ECGG) yang dikatakan amat bermanfaat terutama kepada wanita yang mencuba untuk hamil. Bahan ini sering dijumpai di dalam teh hijau. ECGG juga kerap digunakan dalam perubatan cina untuk merawat masalah hormon, selain mencegah kanser dan membantu mengurangkan berat badan. Jika anda mahukan khasiat 10x ganda teh hijau ini, jangan takut menambah gula asli bukan gula proses.

4. Vitamin C terbukti dalam penyerapan zat besi. Maka jika anda makan makanan bersumber zat besi seperti bayam, ubi bit, daging merah, kacang sila pastikan anda makan bersama makanan yang kaya vitamin C, seperti daging dan jus limau, buah jambu batu juga antara buah kaya vitamin C termasuk betik. Lobak juga kaya zat besi anda boleh buat jus campuran lobak dan oren. Memang enak dan sedap  sekaligus menambah serapan zat besi anda dengan bantuan vitamin C yang tinggi.


5. Menambah buah ke dalam yogurt akan mengurangkan 50% khasiat buah tersebut, namun menambah madu kedalam yogurt akan menambahkan kebaikan yogurt dan madu. Terdapat banyak artikel mengenai kehebatan campuran madu dan yogurt baik untuk kesihatan sebagai makanan atau sebagai masker dan kecantikan kulit wajah. Disini disertakan 2 artikel menarik mengenai kebaikan campuran madu dan yogurt ;-




6.  Info ini baru sahaja diketahui oleh saya dari team ' OVEN NINI '. Vitamin A akan lebih meningkat khasiat atau digandakan dengan bantuan dari makanan berlemak baik seperti avocado atau santan. Dengan bahasa mudah, labu yang kaya vitamin A akan digandakan penyerapan dan khasiat pada tubuh jika dimakan bersama santan atau avocado, pilihan lain tambah sahaja minyak kelapa dara atas labu bakar atau cicah labu bakar anda dengan minyak kelapa dara. Jika anda ingin membuat jus lobak anda boleh campurkan ia dengan buah avocado dan seterusnya jika anda pengemar salad buah-buahan atau sayur-sayuran tambah sahaja lemak baik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara dalam salad anda. Ini alasan munasabah mengapa sejak zaman berzaman kaum arab dan rom menggunakan minyak zaitun dalam setiap salad sayur dan buah-buahan mereka.

*** Oven Nini ialah perniagaan makanan sihat berasaskan premix masakan sihat dan mempromosikan diet tanpa gluten. Sila google untuk maklumat lanjut.


Terdapat banyak lagi info dan makanan serta sumber galian lain yang mengoptimunkan setiap bahan asli yang dijadikan tuhan didunia ini. 

Selain buku, blog, facebook, instagram dan twitter, pengalaman mereka yang lebih berusia dan terjebak dalam bidang perubatan dan kajian amatlah berguna untuk kita menambah ilmu.

Tiada satu apa pun ilmu yang sia-sia untuk didengari kecuali ilmu yang menyesatkan seperti sihir dan ilmu yang membawa 'kebinasaan'.


Selamat menambah ilmu dan mula merancang diet sihat anda serta mengoptimunkan setiap bahan makanan yang anda makan.

Jadikan real food, supplement asli untuk tubuh anda yang sebenar.


Terima Kasih.



Isnin, 15 Januari 2018

18 INFO PEMAKANAN TERKINI




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pelbagai info pemakanan dikemaskinikan seluruh dunia hari demi hari. Kajian demi kajian dilakukan dan ada beberapa perubahan yang berlaku, ini termasuk :-

1. Info bahawa lemak baik amat bagus untuk kesihatan seperti lemak dari minyak zaitun, avocado, salmon, santan kelapa dan pelbagai lemak sihat lain. Lemak baik ini juga antara sumber makanan utama dalam diet yang semakin popular masa kini iaitu ketogenic diet atau diet keto.

2. Telur tidak seburuk disangka dan ia bagus untuk kesihatan dan tidak menyebabkan kolesterol jahat dan masalah jantung. Pastikan anda memilih telur tanpa hormon sintetik dan tambahan vitamin sintetik.

3. Dunia semakin mengakui kehebatan minyak kelapa sawit untuk memasak berbanding minyak sayur-sayuran lain termasuk minyak jagung, minyak soya atau minyak biji anggur yang dikatakan akan menjadi toksid apabila dimasak dalam suhu yang lebih tinggi terutama untuk menggoreng.

4. Ketika anda memasak telur, cuba asingkan telur putih dan telur kuning. Dengan kata lain, lebih bagus anda makan telur mata kerbau dari menikmati telur dadar.

5. Yogurt diakui enak dimakan bersama-sama campuran buah-buahan segar. Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa mencampurkan buah-buahan bersama yogurt akan mengurangkan hampir 50% khasiat buah-buahan tersebut. Jika anda menikmati buah-buahan bersama yogurt, pastikan anda tambah kandungan serat dalam diet anda. Pilihan lain anda boleh menikmati yogurt bersama madu atau makan sahaja yogurt begitu sahaja.

6. Dikatakan pulut kurang bagus dimakan bersama buah, seeloknya tambah halia untuk mengurangkan angin bagi anda yang mengalami masalah angin ketika makan pulut. Pilihan lain, tambahkan bijian habbatus sauda atas pulut anda dan makan ia dengan rendang atau serunding daging atau sumber protein lain termasuk ayam atau kelapa muda berbanding buah.

7. Buah ciku, buah nangka, saderi, pucuk kaduk kadang-kala akan menyebabkan 'angin' bagi sesetengah individu. Malah ada sesetengah individu juga alah kepada bunga kantan. Selain itu buah tempatan seperti langsat juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sengal tulang dan boleh menyebabkan anda dibawa ke hospital kerana masalah 'angin' yang kritikal.

8. Pisang sering dinikmati dengan susu, malah ini turut diamalkan oleh kebanyakan individu yang sedang berdiet menambah susu dengan campuran buah-buahan lain dan dijadikan smoothie. Susu amat bagus sebagai smoothie dan dinikmati dengan pisang namun anda harus pastikan ia dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti susu badam atau susu gajus. Susu binatang tidak bagus dikongsumi bersama buah-buahan. Namun ada pendapat susu kambing amat bagus dinikmati bersama kurma ajwa.

9. Jika anda pengemar smoothie anda boleh gantikan susu kegemaran anda dengan air kelapa muda dan tambah buah beri, serta bayam serta buah lain. Ia amat enak.

10. Kacang tanah memang enak, namun ia boleh menyebabkan alergi bagi kebanyakan individu. Jika anda pengemar kacang tanah, kurangkan menikmati kacang tanah. Ini kerana kacang tanah boleh menyebabkan ketagihan, sekaligus ia mengandungi fungus yang dipanggil 'aflatoxin'. Ada pendapat mengatakan kacang tanah juga tidak baik untuk hati. Pilih kacang cerdik atau kacang pistacio berbanding kacang tanah.

11. Kacang walnut memang enak, ia snek yang bagus untuk dinikmati ketika diet. Bonus lain, walnut amat bagus untuk otak. Sila pastikan dalam diet anda dipenuhi kacang walnut berbanding kekacang lain.

12. Biji avocado jangan dibuang, ia juga boleh dimakan dan dikatakan kaya pelbagai khasiat. Cuci bersih biji avocado anda, bakar dan potong halus kemudian kisar menjadi serbuk. Tambahkan serbuk biji avocado ini kedalam minuman kegemaran anda sama ada panas, sejuk, smoothie atau masakan anda seperti bubur.


13. Ketika anda makan buah delima, jangan dibuang bijinya. Biji delima amat kaya dengan khasiat. Pastikan anda makan biji delima yang telah lembut atau masak betul. Kunyah dan gigit. Biji delima amat berkuasa membunuh parasit jahat yang terdapat dalam usus dan mampu menyihatkan usus anda.

14. Biji buah betik juga bagus untuk membunuh parasit. Makan betik bersama buahnya. Ia mengurangkan rasa biji betik itu. Memakan biji betik juga adalah amalan untuk usus sihat dan membunuh cacing. Jika anda tidak mampu makan biji betik segar anda boleh jemur biji betik, keringkan ia dan kisar jadikan serbuk. Tambah sahaja dalam minuman dan makanan kegemaran anda.

15. Biji tembikai terkenal sebagai ubat kuat lelaki dan dikatakan setanding viagra. Ketika anda menikmati buah tembikai, makan sekali dengan bijinya. Pilihan lain anda boleh membuat jus tembikai dengan mengisar sekali dengan bijinya.

16. Seperti biji buah cempedak, biji buah nangka juga boleh direbus dan dimakan. Simpan dalam peti sejuk jika anda malas memasak. Ketika tiada apa ingin dimakan, anda boleh merebus biji ini dan jadikan ia menu sarapan pagi atau makan petang yang sihat dan enak.


17. Tidak seperti biji buah lain, biji buah epal dikatakan bertoksid, maka elakkan menikmati biji buah epal ini dan pastikan ketika anda membuat jus epal, biji ini tidak disertakan sekali.


18. Biji labu mentah juga amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Ia dikatakan antara makanan utama membunuh parasit didalam usus. Makan biji labu ini mentah-mentah untuk lebih khasiat. Pilihan lain, anda boleh masukkan sekali kedalam bubur labu atau goreng menjadikan ia sebagai kuaci.


Terdapat pelbagai lagi info pemakanan yang terus dikemaskini. Kita sebagai manusia hanya perlu mencari dan membaca serta pastikan ia dari sumber yang sah.

Ikuti blog terkenal dari sumber dan blogger yang boleh dipercayai untuk mendapatkan info bermanfaat dan sejajar dengan zaman moden.

Di zaman teknologi maklumat ini, ramai doktor perubatan telah mula menulis dan mempunyai blog serta saluran youtube mereka sendiri. Malah doktor ini terdiri dari barisan 10 doktor paling berpengaruh di Amerika khususnya.

Kita hanya perlu mencari dan memilih sumber bacaan dan rujukan yang terbaik.


Terima kasih.






5 PERKATAAN YANG BASIC BAGI MEMBEZAKAN INSURANS DAN TAKAFUL





Pernah tak anda terfikir, mengapa sesetengah terma/perkataan di dalam kontrak insurans berbeza dengan kontrak Takaful?.

Topik ini tiba-tiba muncul sebab rakan lama saya ingin tahu (or ambil tahu) bagaimana nak membezakan dokumen Insurans dengan dokumen Takaful. Kalau sekali baca, memang tiada beza...betul tak?. Perlindungan dan manafaat semuanya sama. So macamana nak tahu Insurans or Takaful (selain penerangan agent)...
 
Secara basic, saya kongsikan 5 perkataan/ terma yang boleh dikatakan 'spot on' perbezaan Insurans atau Takaful. Jika anda banyak pengalaman, benda nie kacang jer..kan?. Tapi takpe, tak rugi rasanya bertukar idea. Nampak remeh bagi sesetengah orang tapi sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menentukan whether produk yang dijual itu Insurans atau Takaful. 


Perkataan-perkataan tersebut adalah:


1. Policy/ Polisi (Insurance) - Certificate/ Sijil (Takaful)

2. Premium/ Premium (Insurans) - Contribution/Caruman/Sumbangan (Takaful) 

3. Sum Insured/ Jumlah Yang Diinsurans (Insurance) - Sum Covered/ Jumlah Yang Dilindungi (Takaful) 

4. Insured/ Orang Yang Diinsuranskan (Insurans) - Person Covered/ Orang Yang Dilindungi (Takaful) 

5. Nominee/ Penama (Insurans) - Hibah or Wasi (Takaful) 

Cuba anda semak polisi/ sijil insurans/Takaful anda nanti. Confirm, anda akan notis terma-terma yang dinyatakan...so lepas, anda boleh tahu secara basic whether pelan itu insurans ataupun Takaful dengan hanya mengenalpasti beberapa perkataan sahaja..cubalah!



-FN-




Ahad, 14 Januari 2018

Hari Minggu, Aktiviti Bersama Keluarga serta sambutan Hari Lahir Irfan Ezhairy yang ke 11



sambutan hari lahir Irfan Ezhairy yang ke 11 di Angelo Cafe,  Grand Darul Makmur Hotel,  Kuantan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari minggu adalah hari dan waktu bersama keluarga. Itu kebiasaan yang diamalkan kebanyakan individu yang berkeluarga dan rapat antara satu sama lain. 

Minggu lepas, saya dan adik beradik serta keluarga salah seorang adik ipar, menikmati hidangan Steamboat di restoran Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan. 


Untuk video menu yang terdapat di Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan,  anda boleh menonton videonya disini



Berikut ialah video kami sekeluarga menikmati hidangan Steamboat di Al Mira Steamboat Grill Cheese Kuantan.

Untuk info,  restoran Steamboat ini adalah restoran yang Viral di pages Siakap Keli tempoh hari.




Semalam,  13 Januari 2018 kami meraikan hari jadi anak saudara sulung dan cucu sulung keluarga kami di Grand Darul Makmur Hotel Kuantan di salah sebuah Cafe di situ iaitu Angelo Cafe. 

Persiapan dan Dekorasi ringkas untuk sambutan hari jadi Irfan
Bertemakan Mobile Legend,  namun kerana majlis Hari Jadi ini dibuat saat akhir,  kononnya untuk memberi surprise kepada Irfan,  namun tidak menjadi di saat akhir.  Ini atas asbab,  Irfan telah melihat status whatapps ibunya iaitu kakak saya yang berbunyi 'waiting birthday 🎂 boy 👦'. 

Itu bahaya media sosial,  cepat sahaja boleh dikesan.  Kebetulan pada hari tersebut Irfan mempunyai kursus pengawas di sekolah dan membawa telefon bimbit beliau. 

Antara detik dan gambar yang sempat diabadikan
Menu Western dipilih untuk majlis sambutan hari jadi Irfan Ezhairy kali ini. 

Rakan-rakan Irfan turut dibawa.  3 orang lagi tidak dapat hadir kerana mempunyai program sekolah yang lain. 

Wajah-wajah kegembiraan masing-masing 

Ruang restoran yang luas dan bercermin, menghadap jalan besar Bandar Kuantan. Cafe ini amat sesuai untuk sambutan hari lahir untuk mereka yang mencari tempat sambutan hari lahir atau makan istimewa di Kuantan.


Bergambar sebelum potong kek,  lihat aksi kanak-kanak dalam gambar ini

Kanak-kanak paling gembira,  kerana selepas sesi makan-makan ialah mandi kolam. Hidangan set Western ini termasuk set chicken chop atau fish and chips,  kordial sirap laici, sup kentang dan roti berserta Mentega anchor juga dessert iaitu kek strawberi bersama sos strawberi. 

Pilihan lain ialah nasi ayam hainan steam atau roasted.  Zara memilih nasi ayam termasuk kakak saya,  iaitu ibu Irfan Ezhairy.


Antara menu hidangan untuk majlis ini 
Alhamdulillah semua berjalan lancar,  walaupun ada peristiwa kelakar iaitu salah letak lilin di kek.  Namun mujur Irfan Ezhairy tidak suka lilin 'Firework'  maka tiada masalah lilin itu di terbalikkan.


Gambar jelas sambutan hari jadi Irfan Ezhairy di Angelo Cafe,  Grand Darul Makmur Hotel Kuantan 


Selesai majlis makan-makan,  masa untuk kanak-kanak mandi kolam.  Zara dan Harris tidak turut serta untuk mandi kerana cuaca yang sejuk dan hujan rintik. 

Untuk Irfan Ezhairy selamat hari lahir ke 11 tahun semoga berjaya di dunia dan akhirat. 


Berikut ialah video ringkas sambutan hari lahir Irfan Ezhairy yang ke 11 tahun untuk tatapan anda. 






Terima kasih. 



Khamis, 11 Januari 2018

Jumaat, 5 Januari 2018

RUMUSAN RINGKAS CONTOH QUOTATION UNTUK PRODUK TAKAFUL I-CARE HASANAH, PRODUK TAKAFUL BAYARAN PENDEK, PERLINDUNGAN LEBIH PANJANG DAN TUNAI SETIAP TAHUN



Antara email pertanyaan produk Takaful I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful


Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini contoh ringkas jawapan untuk anda yang berminat mengetahui dengan lanjut mengenai produk Takaful, Hong Leong MSIG , I-Care Hasanah yang diberikan oleh saya melalui email berserta salinan quotation.


Berikut ialah contoh ringkas quotation I-Care Hasanah untuk Cik Puan Noraida (subjek hanya diwujudkan sebagai contoh).


Nama Cik Puan Noraida :-
berumur 30 tahun
bekerja di sektor perkhidmatan sebagai pembantu admin
tidak merokok dan 
memohon di sediakan quotation khas dengan anggaran bayaran bulanan RM150 sebulan sahaja.

Cik Puan Noraida setuju untuk menerima bayaran minima Living Assistance Care , iaitu bayaran tunai setiap tahun sebanyak RM600.


Dengan pembayaran premium takaful I-Care Hasanah sebanyak RM153.50 mengikut umur Cik Puan Noraida.




Rumusan ringkas ialah :-


1. Saya mengandaikan Cik Puan mengambil khas untuk diri Cik Puan sahaja.

2.Cik Puan boleh meletakkan suami sebagai pembayar jika berkahwin. Bonus untuk pembayar mereka turut dilindungi rider untuk pembayar jika menambah rider ini.


3. Perlindungan asas untuk Cik Puan ialah RM100,000 dan pendapatan harian hospital untuk Cik Puan untuk satu hari ialah RM150 sehari selama 365 tahun.




contoh quotation I-Care Hasanah dari Hong Leong MSIG Takaful

4. Pembayaran premium produk I-Care Hasanah ini ialah selama 10 tahun sahaja. Cik Puan Nik Suhaila akan menerima perllindungan selama 20 tahun.


5. Mulai akhir tahun ke 10 ,Cik Puan akan menerima Living Assistance Care  (tunai) sebanyak RM600 setahun, selama 10 tahun berturut-turut. Ketika ini Cik Puan sudah berhenti membayar premium.




tertera pembayaran Rider Livng Assistance Care sebanyak RM600 setiap tahun di quotation


6. Diandaikan, 'sebarang kejadian yang dilindungi berlaku' kepada Cik Puan pada bila-bila masa Cik Puan akan menerima jumlah dilindungi RM100,000 bersama jumlah 'cash value' akaun Cik Puan.


7. Produk ini matang setelah tamat tempoh 20 tahun. Cik Puan akan menerima jumlah tunai mengikut anggaran jumlah yang tertulis di lembaran 'quotation' cik Puan.


8. Berpandukan pada quotation @ illustration pada tahun terakhir tempoh 20 tahun , Nilai tunai ialah RM10,144.95.

10. Andaian tahun ke 20, 'sebarang kejadian yang dilindungi berlaku' kepada cik Puan, cik puan atau pewaris cik puan akan menerima anggaran tunai RM 110,144.95.



Semoga rumusan ini mudah di fahami.



Segala maklumat terperinci terdapat dalam quotation yang disertakan bersama email ini.


Sila rujuk quotation dan polisi untuk maklumat lebih tepat dan padat.



Sebarang pertanyaan lanjut Cik Puan Noraida boleh membalas email ini atau terus what apps ke 016 - 276 2636.



Pertanyaan dan maklum balas puan amat dialu-alukan.



Terima Kasih.



Khamis, 4 Januari 2018

5 REKA BENTUK PLANNER @ PERANCANGAN 2018 YANG MENARIK DAN PERCUMA UNTUK ANDA



Antara pelbagai imej planner menarik di google

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Belum terlewat mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 untuk semua pembaca blog tersayang yang sudi dan sering melayari blog ini.

4 hari telah berlalu untuk Januari 2018, belum terlewat bagi anda yang belum melakukan apa pun plan, azam atau perancangan untuk berazam dan mula merancang.

Ia, azam bukan dibina untuk setahun atau hanya untuk tahun baru, ia juga boleh dibina pada hari baru.

Namun aura azam itu sentiasa membara pada awal tahun ketika seluruh dunia meraikannya.

Itu, efek dari keadaan sekeliling, dimana sekeliling anda dan dunia punyai azam.

Baik azam untuk menjadi lebih baik, berjaya dalam kerjaya atau perniagaan, azam untuk percintaan dan perkahwinan juga perhubungan, azam untuk menunaikan haji dan umrah, azam untuk menyelesaikan hutang baik hutang kewangan atau hutang puasa, azam untuk mempunyai anak, azam untuk kurus, azam untuk sihat, azam untuk sembuh dan pelbagai azam lagi.

Dalam membina azam untuk tercapai, ia harus dimulai dengan perancangan. Maka sediakan kertas dan jadual yang terlukis segala perancangan anda.

Jika dahulu anda harus membeli planner atau diary yang telah tersedia dijual di pelbagai kedai buku dan pasaraya.

Kini, dengan kecanggihan dunia digital, anda boleh membuat planner anda sendiri dengan menghasilkan ia melalui perisian percuma di internet atau dapatkan sahaja secara percuma dari laman web yang menyediakan ia secara percuma untuk anda.

 Terdapat pelbagai jenis planner, baik planner untuk perancangan anak-anak anda, perancangan untuk diet, perancangan untuk kewangan, perancangan untuk perniagaan, malah perancangan untuk blogging juga ada.

Tiada alasan lagi dizaman digital ini. Anda hanya perlu google dan ia terus terpapar di papan pemuka anda baik di laptop, komputer, mahu pun telefon bimbit anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan planner 2018 dengan percuma dengan hanya mendownload dari paparan laptop atau laman web anda boleh terus ke link-link yang disediakan dibawah ini untuk pilihan anda.

1.  Untuk pilihan kalender mingguan 2018 anda boleh memilih laman web ini


2. Untuk pilihan perancangan untuk kanak-kanak dan anak-anak anda , laman web ini memberi pilihan yang bagus.



3.  Untuk perancangan plan budget 2018 anda, anda boleh menyusun ia dengan bantuan reka bentuk perancangan plan budget yang menarik di laman web ini



4. Untuk perancangan sepanjang tahun yang memukau, termasuk impian dan goal anda setiap bulan. Anda boleh mendapatkan perancangan untuk 2018 anda disini.



5. Untuk anda yang memerlukan semangat dan azam yang kuat , serta perancangan terperinci. Anda boleh melayari blog speaker terkemuka dunia Mel Robbins. Beliau turut memberi percuma perancangan 2018 khas untuk anda diblog beliau dengan klik ia di link ini



Terdapat banyak lagi pilihan planner percuma lain yang menarik. Anda hanya perlu google sahaja.

Pilihan lain, buat sahaja planner 2018 menggunakan kertas kosong dan pen berwarna-warni atau beli sahaja sebuah buku dan design ia menjadi planner yang menarik.

Ia biasa tidak menarik untuk insan lain, janji ia menarik untuk anda dan penting untuk anda gunakan.

Tiada guna jika anda merancang tanpa apa-apa tindakan.

Pastikan setiap perancangan anda dilakukan seiring apa yang anda tulis.

Pastikan perancangan anda itu penuh dan lakukan ia seperti yang dirancang.

Kajian pernah dilakukan yang menunjukkan mereka yang mempunyai perancangan dan azam jauh berjaya dari mereka yang tidak pernah mempunyai azam, perancangan dan menulis ia diatas kertas dan buku.

Maka tulis perancangan anda diatas kertas dan buku dengan terang dan jelas hari ini.


Pesanan ini juga untuk diri sendiri.


Terima kasih.