Khamis, 25 Januari 2018

Resepi Mudah Maggi Homemade Versi Sihat


resepi mudah Maggi Home made versi sihat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mee maggi atau mee segera ialah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semenjak kecil lagi. Kesedapan mee maggi terutama mee kari maggi terutama baunya sahaja sudah membangkit selera. Malah ia adalah makanan kegemaran tidak kira golongan tua atau muda. Biasa, sederhana, miskin mahu pun kaya.

Seiring kesedaran kearah pemakanan lebih sihat. Semakin ramai sedar kepentingan menjaga pemakanan dan bahan-bahan merbahaya dalam mee segera.

Maka pelbagai resepi digarap dan direka serta diubah untuk menjadikan resepi mee segera ini lebih sihat. Artikel kali ini dikongsikan resepi Home made Mee Maggi Kari Versi sihat hasil olahan dan idea Nurul Aznira di facebook, dan dikongsi di artikel ini untuk anda mencubanya.

Anda juga boleh mengikuti beliau di facebook milik beliau iaitu facebook Nurul Aznira.

facebook pemilik asal resepi maggi home made sihat yang sering berkongsi mengenai resepi sihat

Berikut ialah resepi Maggi Homemade Versi Sihat

Bahan-bahan

Mee Maggi Versi Sihat sama ada Ramen atau apa sahaja janji versi lebih sihat. 
(untuk resepi pertama, saya menggunakan Ramen 5 Vegetable Powder)

Bahan-bahan untuk Rempah

1 sudu besar Serbuk kari ikan Baba's
1/ 4 sudu Rempah Cap Bunga Ros (gulai+rempah asli Terengganu)
Sedikit gula perang atau gula kabung atau gula kelapa
sedikit garam pink himalaya
Sedikit serbuk cili kering Faiza
*** gaul semua bahan diatas bagi sebati

Sayur-sayuran pilihan boleh ditambah sawi, bawang besar, daun kari, telur, tomato atau lobak.

Cara Memasak

Masak sahaja sama seperti anda masak mee maggi. Hanya mee anda gunakan ramen dan perencah anda gunakan perencah ini.

Pilihan lain lebih sihat untuk gluten free diet atau diet tanpa gluten, anda boleh gantikan ramen dengan bihun perang dari beras perang atau ramen dari buckwheat.

Resepi mudah meggi atau maggi versi sihat

Saya telah mencuba resepi ini. Alhamdulillah sedap. Rempah cap bunga Ros itu dibeli oleh sahabat saya dengan harga RM10 sepasang. Rempah ini khabarnya kini boleh di beli online.

Anda boleh pilih sama ada rempah gulai ikan atau rempah gulai ayam.

Ramen organik pilihan saya ialah ramen dari serbuk sayur-sayuran (terdiri dari 5 jenis serbuk sayur-sayuran). Jika anda baru belajar ingin menikmati sayur, anda boleh mulakan dengan ramen sayur-sayuran ini.

Selamat Mencuba resepi mudah ini.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan