Rabu, 17 Januari 2018

15 INFO PERBEZAAN SUSU DAN YOGURT ? YANG MANA LEBIH SESUAI DENGAN ANDA?


ini perbezaan susu dan yogurt

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Susu adalah minuman kegemaran zaman berzaman seluruh penduduk dunia tidak kira kaum, bangsa mahu pun Negara. Selain susu, yogurt juga adalah makanan berasaskan susu yang digemari ramai, juga telah menjadi santapan untuk usus dan makanan sihat beribu tahun lampau.

Dalam mengatur diet sihat, ada sesetengah individu yang alah pada susu dan memilih yogurt untuk usus lebih sihat kerana kandungan laktosa didalam susu. Kebanyakan susu segar di dunia dijual ialah susu lembu berbanding susu kambing sekaligus menyebabkan lebih banyak risiko alahan terutama mereka yang menghadapi masalah ketidakhadaman dan alahan kepada laktosa.

Tidak hairanlah kebanyakan produk kini mempromosikan ‘produk tanpa tenusu’ atau non-dairy product atas asbab kenaikan majority yang alah dengan produk tenusu.

Untuk anda yang selalu tertanya perbezaan antara susu dan yogurt, mana lebih baik antara susu dan yogurt.

Berikut diberikan perbezaan antara susu dan yogurt. Dari perbezaan ini, anda boleh nilaikan sendiri mana lebih baik untuk tubuh dan sesuai kesihatan badan juga cara hidup anda.

1. Susu ialah minuman yang kaya protein, galian dan mineral. Ia adalah makanan pertama wajib untuk bayi. Dalam islam ada kisah dan hadis, Rasullah SAW, diminta untuk memilih antara madu dan susu oleh Malaikat, dan Rasullah SAW memilih susu.

2. Jika anda diberi susu kambing segar dan susu lembu segar, susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghadapi alahan laktosa. Jika anda inginkan susu lembu yang lebih senang dicerna pilih susu lembu dari casein A1. Susu kambing dikatakan dari casein A1, namun susu lembu kebanyakannya ialah dari casein A2. Bonus untuk anda yang mencari susu lembu casein A1, anda akan tahu ia susu casein A1 jika ia dari lembu zaman moyang kita, purba dahulu. Lembu berwarna coklat dan mempunyai bongol diatas badan. Dengan kata lain lembu kampung tulen tanpa tambahan baka lain. Maka ini antara jawapan mengapa, dahulu nenek moyang kita tidak alah kepada susu lembu, namun masyarakat hari ini mempunyai pelbagai alahan berkaitan produk tenusu.

3. Yogurt ialah susu yang difermentasikan atau susu yang telah ditapai. Ia mempunyai bakteria baik sekaligus bagus untuk usus. Zaman moden ini ramai yang menghadapi isu ‘lactose intolerance’. Bagaimana anda ingin tahu anda mempunyai isu ini, antara tandanya selepas minum susu anda merasai seolah-olah perut anda kembung atau bloating, rasa loya dan ingin muntah, alahan kulit, sembelit dan pelbagai lagi isu yang berkaitan lactose intolerance atau alahan laktosa. Kebiasaanya mereka yang menghadapi isu penyakit auto imun tidak digalakkan menikmati produk tenusu kecuali susu segar dari kambing yang tidak dikacuk dan susu lembu asli dari casein A1 atau lembu kampung.

4. Yogurt dari susu yang ditapai adalah pilihan jauh lebih sihat bagi mereka yang menghadapi alahan laktos. Ia lebih mudah dihadam dan tidak menyebabkan rasa sebu berbanding susu. Malah yogurt yang kaya bakteria baik bagus untuk usus dan memudahkan proses penghadaman dan pembuangan najis dari tubuh.

5. Susu mempunyai kandungan iodin, tryptophan, calcium, vitamin D, vitamin B2, protein, fosforus , vitamin B12, Vitamin K, vitamin A dan potassium. Susu amat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk pembentukan otot tubuh, dan tulang yang sihat. Komponen paling popular ialah kalsium yang dikaitkan dengan pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Susu segar asli juga terkenal sebagai penyembuhan untuk penyakit kanser, diabetes, tekanan darah, kanser seperti kanser kolon dan kanser payudara. Namun sayangnya kebanyakan susu yang berhormon ini kini menjadi antara penyebab utama penyakit ini. Sedangkan susu berhormon dan tidak berproses boleh menyebabkan keradangan dan pelbagai penyakit, bayangkan susu berhormon yang diproses dan dicampur bahan proses lain.

6. Yogurt dari susu yang dimasak dan ditapai kaya dengan ioidin, kalsium fosforus, vitamin B2, vitamin B5, vitamin B12, tryptophan, zink dan potassium. Istimewa yogurt ia kaya bakteria baik yang terkenal amat bagus untuk usus sekaligus, digalakkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman. Malah dikatakan yogurt antara makanan terbaik untuk otak kerana ia menyihatkan usus sekaligus menyuburkan otak.

7. Beberapa pendapat mengatakan kalsium dari yogurt lebih mudah diserap berbanding susu. Ini atas asbab, yogurt mempunyai asid laktid dan enzim yang memaksimakan penyerapan kalsium.

Namun pendapat ini di canggah oleh  NCBI dengan kenyataan ini

Absorption of calcium from milk and yogurt.

Abstract

An increased prevalence of osteoporosis has been observed in lactase-deficient subjects. This association has been attributed to an avoidance of calcium-containing dairy products by lactase-deficient subjects and/or an adverse affect of lactose malabsorption on calcium absorption. Because the lactose in yogurt can be digested and absorbed by hypolactasic subjects, we tested the ability of lactase-deficient subjects and controls to absorb calcium from milk and yogurt. Subjects ingested 270 mg of Ca plus 45Ca in 250 g of milk or 147 g of commercial, unflavored yogurt, and blood radioactivity was assessed at intervals over 24 h. Based on the areas under the blood radioactivity curves, lactase-deficient subjects and controls absorbed calcium equally well from yogurt and milk. Lactase-deficient subjects absorbed 45Ca from both sources at least as well as did the controls. While we found no evidence to indicate that calcium in yogurt is better absorbed than calcium in milk, yogurt remains an excellent source of calcium because this fermented product is well tolerated by lactase-deficient subjects.

Reference : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3934956



8. Perbezaan paling ketara antara susu dan yogurt ialah bakteria baik yang semakin kerap digembar gemburkan amat penting untuk usus yang sihat. Usus yang sihat akan menentukan kesihatan tubuh dan otak individu. Fakta ini sering dinyatakan, bahawa usus ialah pusat utama menentukan sama ada individu itu sihat dari segi mental, kesihatan dan emosi. Dengan kesedaran ramai betapa pentingnya probiotik atau bakteria baik ini, pelbagai supplement berunsurkan probiotik dan bakteria baik semakin laris didunia. Maka yogurt ialah bakteria baik asli, paling mudah dapat dan senang dinikmati tanpa rasa was-was.

9. Yogurt amat terkenal sebagai salah satu makanan untuk mengurangkan juga mengelakkan kanser kolon atau kanser usus. Malah yogurt juga adalah makanan sihat untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan jangkitan faraj. Yogurt juga dipercayai boleh memulihkan masalah fungus dan candida overgrowth.

10. Kebanyakan kaum termasuk masyarakat bulgari malah kaum arab telah lama menikmati yogurt. Malah mereka antara kaum yang terkenal dengan jangka hayat yang panjang.

11. Dengan memasukkan yogurt ke dalam diet sihat anda, ia akan membantu memulihkan masalah pencernaan dan perut anda sekaligus memberi kesihatan yang lebih baik. Jika anda sering tertekan, stress kerana masalah pembuangan najis atau pembuangan yang tidak lawas, belajar tambah yogurt dalam diet harian anda. Pastikan anda memilih yogurt natural bukan low fat . Low fat dikatakan tinggi gula berbanding natural selain kurang lemak sihat yang amat diperlukan tubuh.

12. Jika anda kurang mengemari rasa yogurt yang masam, anda boleh menambah madu dalam yogurt anda sekaligus ini ialah campuran makanan sihat yang meningkatkan lagi potensi antioksidan dalam tubuh anda.

13. Jangan tinggal terus susu segar dalam diet anda . Susu dan yogurt mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri. Jika anda menghadapi isu laktosa atau lactose intolerance anda boleh menikmati yogurt untuk khasiat produk tenusu yang lebih selamat.

14. Untuk anda yang sihat, susu dan yogurt boleh dinikmati bila-bila masa, asalkan pilihan anda ialah susu segar dan yogurt asli. Susu berhormon dan tidak sesuai dengan tubuh anda akan menyebabkan kahak dan anda harus berfikir 2 kali untuk terus menikmati susu dalam diet anda . Terlalu banyak kes , susu menyebabkan kahak dan mucus. Kebanyakan susu jenis ini datang dari lembu kacukan dan menikmati makanan berhormon.

15. Antara yogurt paling popular ialah GREEK YOGURT, jika anda menjumpai yogurt jenis ini dan ia dari bahan terbaik pilih yogurt greek berbanding yogurt biasa.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dan memberikan semangat untuk anda terus menikmati yogurt baik dari minuman atau yogurt berbentuk lebih pejal dan berkrim.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan