Isnin, 31 Julai 2017

Lulur Semulajadi Dari Bahan Selamat


Original Body Scrub dan Carboness Powder 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ada beberapa individu yang bertanya adakah saya setiap hari menggunakan Original Body Scrub untuk mandi?. 

Oh darling.. Tidaklah setiap hari,  kebiasaannya jika tidak berpeluh pagi saya hanya mandi bancuhan cuka epal sahaja begitu juga petang atau malam. 

Namun jika keluar dan berpeluh,  terasa pergi tempat ramai orang dan rasa seperti tubuh ini perlukan Skrub maka Original Body Scrub ini menjadi pilihan. 

Malah jika tiba-tiba saya rajin minum kopi,  maka rajinlah saya berskrub atau berlulur.  

Atas alasan hampas kopi itu di tambah ke dalam Original Body Scrub yang diletakkan dalam botol khas senang goncang dan digunakan. 

Untuk anda yang berada dalam bilik penghawa dingin kebiasaannya jika anda menggunakan sabun dan turut menggunakan apa sahaja Skrub termasuk original Body Scrub kebiasaannya kulit anda akan kering jika sesudah pemakaian anda tidak menyapu minyak semulajadi. 

Ini alasan mengapa digalakkan Original Body Scrub ini di pakai waktu malam sebelum tidur atau mandi petang sebelum tidur. 

Minyak semulajadi pilihan tentulah minyak kelapa dara atau minyak zaitun asli. 

Untuk anda yang kurang suka bau tidak enak dari minyak ini,  itu alasan mengapa minyak kelapa dara atau minyak zaitun ini harus di tambah minyak pati asli atau essential oil 100% pati Semulajadi. 

Anda harus tahu tidak semua minyak pati yang dikatakan original dan asli dari bahan minyak pati 100% adalah seperti di nyatakan. 

Pastikan anda memilih minyak pati dari jenama di percayai. 

Antara jenama yang kukuh dan popular sebagai 100% pati ialah essential oil jenama Young Living atau Doterra. 

Terdapat minyak pati jenama tempatan yang di percayai namun saya terlupa jenamanya namun akan di kemaskini dalam waktu terdekat. 

Penggunaan bersama Original Body Scrub  dan minyak kelapa dara atau minyak zaitun ini akan mengoptimumkan kecantikan kulit anda. 

Ia membuang sel kulit mati dan membantu memperhebatkan sel kulit baru. 

Syaratnya anda cuba untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pada tubuh anda. 

Eat Clean sahaja tidak cukup,  jika anda tambah dan cuba untuk cosmetic Clean ia lebih bagus. 

Selain Original Body Scrub yang menggunakan beras pulut susu sebagai bahan utama dan bahan makanan lain, (tentu sekali ia bahan semula jadi dan selamat) terdapat produk dari arang dari kayu tualang yang anda boleh campurkan ke dalam bancuhan Original Body Scrub anda (produk Carboness Powder) jika anda tidak mempunyai lebihan hampas kopi atau teh sebagai campuran lain. 

Namun arang juga mengeringkan kulit maka ia tidak sesuai untuk kulit kering dan sensitif. 

Namun jika anda berkulit normal anda boleh mencampur hanya sedikit (setengah dari secubit Carboness Powder)  ke dalam bancuhan Original Body Scrub anda sekali sekala. 

Pilihan lain hampas teh Rooibos atau teh Sabah,  hampas kopi,  atau hampas kelapa. 

Terdapat banyak sisa bahan makanan yang boleh mencantikkan kulit anda boleh digunakan ke tubuh dalam menjimatkan produk tubuh dan memberi kesan yang jauh lebih baik. 

Dapatkan Original Body Scrub sekarang dan percayalah ia pasti antara produk utama kegemaran anda seperti saya yang menggemari produk Original Body Scrub ini. 

Untuk pertanyaan, tempahan dan pembelian produk Original Body Scrub,  Carboness Powder dan Hair Gone. 

Sila Whatapps ke 016 276 2636. 

Selamat Mencuba. 

Terima kasih. 



Ahad, 30 Julai 2017

Hormat


Gambar menikmati makanan di luar bersama keluarga baru baru ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tidak semua manusia di beri hidayah oleh Tuhan,  seperti tidak semua manusia di beri kesedaran tentang kesihatan sehingga mati. 

Ada manusia ketika umur 60 tahun di beri hidayah keimanan,  ada manusia ketika usia 40 tahun di beri kesedaran mengenai kesihatan. 

Kesedaran kesihatan di beri oleh Tuhan untuk saya dalam usia 35 tahun. 

Selama 35 tahun saya menelan segala makanan tidak sihat,  coklat,  fast food non stop Untuk sarapan pagi,  tengah hari sehingga malam. 

Makanan luar bergoreng tanpa langsung menikmati masakan di rumah kerana saya ialah bujang senang yang langsung tidak memasak di rumah. 

Dari di IPT sehingga bekerja,  itulah saya kekal dengan segala snek tidak sihat di rumah dan makanan luar sahaja.  Bungkusan peket 3 in 1, makanan segera di masak hanya tambah air panas itu sahaja paling mudah jika saya tidak keluar. 

Tidak cukup sekadar itu,  duit gaji saya kebanyakan habis untuk coklat dan makanan ringan,  alat Makeup,  kosmetik dan segala vitamin tambahan,  dari susu formula sehingga segala vitamin famous di jual di farmasi dan MLM. 

Maka jika anda baru sahaja berusia 20an dan kini mempunyai kesedaran mengenai kesihatan,  anda lebih awal diberi kesedaran berbanding diri saya sendiri. 

Tepukan dan penghargaan harus diberikan pada anda dahulu dalam bab ini. 

Jika anda lebih berusia dari 35 tahun,  jangan bimbang,  konsentrasi anda dan tekad anda jika lebih kuat,  jauh meninggalkan mereka yang mempunyai kesedaran awal namun tetap culas dalam menjaga kesihatan. 

Tidak penting siapa kita semalam,  yang penting kita pada hari ini dan masa depan. 

Belum tentu hari ini kita tegas menjaga pemakanan dan kesihatan,  perkara itu akan berterusan selamanya.  

Begitu juga belum tentu mereka yang belum di beri kesedaran kesihatan akan 'tidur'  selamanya.  Ada golongan yang di beri kesedaran lebih lewat namun amat 'straight'  dalam prinsip untuk menjaga kesihatan apabila terbangun dari 'tidur'  yang panjang berbanding golongan yang mendapat kesedaran awal. 

Tidak perlu mengutuk golongan yang anda rasa lebih 'bawah'  dari anda. 

Kita tidak pernah tahu masa depan kita atau mereka. 

Fokus pada diri anda.  Doa baik-baik.  Hentikan memandang negatif dan menulis status menyakitkan hati. 

Amat berbeza status berbentuk Info dan status 'menyindir'  atau pun 'mengangkat'  diri sendiri. 

Saya seperti insan lain,  ada waktu tidak sedar tulisan saya atau cara saya 'menyindir'  atau punya unsur negatif. 

Namun sebagai penulis tentu sekali perkara seperti itu harus dielakkan. 

Setiap insan punyai pendapat masing-masing,  hormatilah. 

Setiap golongan juga punya cara menjaga pemakanan dan diet serta menyembuhkan penyakit masing-masing mengikut keadaan diri mereka sendiri. 

Jangan tinggalkan komen yang membuatkan 'percikan'  negatif kepada sesiapa pun. 

Dalam era globalisasi penuh kemajuan Internet dan media sosial,  apa yang kita tulis,  kita Share,  kita komen akan lalu lalang di wall sesiapa sahaja. 

Termasuk apa yang kita komen dan tulis di Group whatapps dan telegram. 

Ingat,  apa yang anda sembang dengan kawan anda juga boleh di print screen dengan mudah dan dihantar kepada sesiapa sahaja.

Berhenti 'mengumpat' secara tidak sengaja. 

Agak kurang tepat anda menjaga diet dan pemakanan anda,  namun tidak kata-kata dan tindakan apa lagi 'hati'  dan emosi anda. 

Jangan hanya penyakit fizikal kita sembuh namun kita dapat penyakit 'hati'  baru. 

Ketahuilah kita tiada hak langsung untuk menjadi hakim,  doktor peribadi atau tuhan untuk menentukan mana betul dan mana salah untuk golongan lain.

Sebagai manusia biasa saya sendiri tentu ada silap di sepanjang hidup di media sosial atau di mana sahaja. 

Apa lagi di masa akan datang jika umur panjang. 

Tiada yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan,  namun sebagai manusia ingat mengingati itu amatlah penting.

Akhlak dan hormat itu di medan media sosial harus wujud. 

Apa bila kita menghormati golongan dan insan lain,  tentu kata-kata akan lebih tersusun dan kita lebih berfikir untuk diam. 

Dengan cara ini anda akan lebih gembira dan tentu sahaja kegembiraan dan soal hati amat penting dalam kehidupan dan kesihatan. 

Salam sayang dari saya. 

Terima kasih.




Bangun


Bangun dan senyumlah 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap manusia punya isu dalam mencari apa yang perlu mereka lakukan untuk masa hadapan mereka. 

Ada yang telah berjumpa dan fokus terus kepada perkara yang menunjukkan peningkatan.  Ada yang menukar haluan ke perkara dan bidang baru yang lebih menunjukkan masa depan lebih cerah. 

Ada yang kekal,  bersyukur dengan apa yang mereka ada. 

Namun ada yang bertahun mencari,  dan masih mencari hala tujuan,  kerjaya dan perniagaan yang harus di laksanakan.  Dalam menunggu apa yang di hajat dan diimpikan,  perkara yang tidak disukai terpaksa di laksanakan dalam mencapai misi azam yang entah bila akan terlaksana. 

Ada perkara dan Ilham yang akan terlaksana apabila tiba waktunya. 

Contohnya ada sesetengah filem yang hanya boleh dilakukan apabila telah tiba kemajuan teknologi maklumat yang tepat.

Ada sesetengah perkara yang mungkin kita impikan adalah perkara yang bermanfaat namun ia bukan sesuai dilakukan oleh manusia yang tidak punya EXTRA leverage seperti kita. 

Disini pentingnya kreativiti.  Penyelesaian isu dan segala bentuk cabaran dalam hidup. 

Usah buang masa dengan cakap sekeliling yang menyakitkan hati.  Fokus perkara paling penting.  Abaikan perkara yang hanya akan menyempit dan menyemak fikiran anda. 

Kata bijaksana anda harus bersedia berhadapan dengan apa yang paling menakutkan anda dan apa yang anda paling takut hilang barulah anda akan mula mencipta kejayaan. 

Buang ego anda itu jauh-jauh.  Rendahkan diri anda. 

Ada waktu anda perlu menangis dan dapatkan pandangan insan yang boleh anda percayai. 

Kita hanya manusia biasa yang kekal perlukan sokongan dari sahabat dan mereka yang mempercayai anda. 

Mereka yang ikhlas ingin anda berjaya. 

Anda boleh lihat siapa sebenarnya sahabat yang anda boleh harapkan dalam bab ini. 

Menulis Blog adalah hobi sampingan untuk mengasah bakat dan berfikir. 

Namun memikir perkara yang lebih penting untuk kerjaya dan masa depan lebih utama. 

Dari tidak melakukan apa-apa lebih baik berblogging dari berfikir negatif atau melakukan perkara kurang sihat. 

Sebagai manusia biasa,  ada hari kita bersemangat,  ada hari kita lemah. 

Namun jangan biar anda lemah selamanya. 

Bangun dan teruskan berjalan. 

Terima kasih. 


Sabtu, 29 Julai 2017

Cuba Eat Clean


Menu hari pertama cuba untuk Eat clean 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari Khamis baru-baru ini saya mencuba untuk Eat Clean.

Ia berjaya untuk sarapan pagi,  hanya menukar 2 biji telur organik rebus dan 2 batang salad dan 2 biji tomato organik sederhana besar bersama taburan serbuk lada putih organik,  garam Pink himalayan dan 2 sudu minyak zaitun dara organik Palestin.

Namun sayang saya kecundang di waktu tengah hari dengan menikmati Mee kuning beli yang kaya MSG,  gula dan kicap.  Sesuatu yang jauh dari 'Eat Clean'.

Bernasib baik petang saya terselamat dan berjaya Eat Clean kembali dengan menu keledek Manis Jepun organik yang hanya di bakar.

Dan untuk malam,  saya menikmatinya tempoh daun pisang mentah yang kaya probiotik sebagai makan malam saya.

Adik. Perempuan saya memasak spaghetti namun saya tidak mengusiknya langsung.

Sebelum terlupa,  4 batang salad Organik  kecil dan 4 biji tomato organik kecil berharga RM6 sahaja dan boleh diguna untuk 2 kali resepi atau menu untuk seorang makan.  Jika di tambah 4 biji telur kosnya dalam RM10 untuk 2 kali makan.

Pilihan lain selain telur,  beras perang,  kacang kuda atau jika anda inginkan menu URBAN anda boleh tukarkan kepada quinoa.

Kononnya esok Jumaat saya juga berniat untuk Eat Clean namun dari awal pagi saya sudah menikmati omellet dan makanan tidak sihat lain,  dari keropok goreng,  karipap segera dan pelbagai lagi.

Malah di waktu tengah hari dan makan petang 2 pinggan besar cekodok taugeh dan kuchai habis di nikmati oleh saya.

Mujur ia di masak sendiri oleh saya menggunakan tepung organik dan sayur taugeh,  kuchai dan sedikit lada besar.

Sekurang-kurangnya ia menggunakan minyak kelapa sawit jenama SAJI yang masih baru.  Bukan yang di ulang pakai berkali atau minyak peket yang tidak bagus untuk kesihatan.

Namun minyak sawit ini kekal minyak proses dan 'refined'. Untuk lebih sihat anda harus memilih minyak kelapa asli yang lebih sesuai untuk menggoreng namun harganya juga agak mahal hampir RM35  untuk 2 liter.

Menu yang agak kurang sihat
Hari ini (Sabtu)  untuk sarapan sekali lagi menu kurang sihat yang dimasak menggunakan gula Putih,  garam putih dan perencah hilal oleh ibu saya menjadi santapan.

Harus diakui sampai mati,  manakan sama masakan ibu dengan masakan di luar.

Saya pula antara banyak-banyak nasi lemak,  masakan nasi lemak ibu pasti yang paling berselera.

Abaikan sambal yang penuh perasa dan pasti kurang sihat itu,  saya menikmati ia bukan sahaja untuk sarapan pagi malah untuk makan tengah hari..
Sudahlah timun hanya sekeping dan sayur ulam hanya beberapa helai kerana ketiadaan stok makanan dan sayur-sayuran dalam peti ais.

Hari yang sepatutnya saya membeli stok,  namun kereta saya rosak di tengah jalan,  menyebabkan stok makanan kering untuk simpanan  dan kegunaan harian.

Bernasib baik saya membeli 5 biji buah limau kesturi,  akhirnya hanya air limau itu menggantikan sayur sebagai detoks selepas menikmati makanan yang dimasak cara kurang sihat.

Untuk santan segar dan menggunakan air berlapis ia amat bagus.  Namun ada ura mengatakan santan segar zaman sekarang tetap ditambah sesuatu untuk pekat dan tahan lama.  Wallahualam.

Maka lebih baik anda cuba  berusaha membeli kelapa tua parut dan buat santan sendiri.

Saya tidak tahu apa lagi makanan akan saya nikmati selepas ini.

Namun tentu saya mencuba untuk Eat Clean.

Sebagai manusia biasa,  setelah berbulan terbabas,  ia agak sukar sedikit dan agak mencabar.

Namun,  insyallah saya akan usahakan.

Begitu juga dengan anda yang berniat sama.

Marilah kita berusaha dari sekarang.

Terima kasih.



Jumaat, 28 Julai 2017

Life Style


Bercucuk tanam juga antara Life Style zaman milenia -  gambar hasil tanaman ibu saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di zaman millennium dan zaman yang di monopoli oleh generasi Milenia,  kini Life style dan kesedaran semakin berkembang terutama dalam bab gaya dan cara hidup yang lebih sihat dan berharga.

Semakin ramai yang punyai kesedaran mengenai stress dan kesihatan juga faktor pemakanan yang memberi kesan sampingan bukan sahaja kepada hormon malah kepada personaliti dan tindak balas diri.

Lihat sahaja dalam Group di Facebook dan instagram,  bukan sahaja generasi emas malah generasi muda milenia kini makin sedar kepentingannya menanam sendiri. Malah golongan di barat terutama milenia mula menggunakan teknologi DIY untuk Bercucuk tanam walaupun mereka tinggal di condominium untuk pokok kecil-kecil yang boleh di tanam di dalam pasu terutama herba yang mudah di tanam dan hidup subur serta sering di Gunakan dalam masakan.

Tinjauan saya dalam Group ekzema dan kesihatan,  majoriti golongan muda lulusan Sains dan teknologi maklumat serta rajin membaca jauh ke hadapan dalam memilih bahan semula jadi untuk kegunaan mereka dan lebih sanggup DIY berbanding membeli walaupun kerjaya dan pendidikan mereka bukan calang-calang.

Ia lagi jelas dan nyata di dalam Group barat yang menunjukkan golongan milenia bukan sahaja ke depan dalam perniagaan dan keusahawanan dalam teknologi maklumat dan Internet malah gaya hidup lebih sihat dan sanggup mengambil sedikit masa untuk menanam sendiri.

Selama ini saya mengagumi Dato Dr Hamid Arshad yang sering berkebun di dalam Facebook beliau sebagai aktiviti senaman beliau.

Sering melihat beliau menunjukkan hasil tanaman beliau Bercucuk tanam.

Bayangkan seorang doktor pakar terkenal telah lama menjadikan cucuk tanam sebagai Life Style mereka apa lagi kita yang mungkin jauh bawah dari Dr Hamid Arshad yang bijaksana itu.

Jika anda rajin melayari instagram,  ramai golongan milenia barat juga melakukan perkara yang sama.

Tanam dan memasak sendiri.  Sama ada golongan lelaki mahupun wanita.

Maka tidak hairan jika Bossned (nama gelaran Nedim di instagram)  sering memasak untuk isteri kesayangan beliau Nora Danish kerana lelaki milenia kebanyakannya rajin dan gemar memasak makanan lebih sihat dan ringkas.

Alangkah indah jika anda dapat berjimat banyak dan paling penting mendapat hasil segar dari tanaman sendiri.

Saya pernah menanam sawi dan lobak putih.  Namun sayang is tidak menjadi kerana di makan siput babi.

Untuk menggunakan racun kimia itu mustahil kerana tujuan utama menanam sendiri bagi saya bukan sekadar untuk mengurangkan Budget namun paling utama untuk kesihatan.

Puas hati jika ia dihasilkan tangan sendiri kerana anda pasti tahu zaman sekarang 'penipuan'  di mana-mana dengan claim segala organik dan natural.

Jika anda punyai masa,  mari tanam satu lagi hobi Bercucuk tanam dan jadikan ia satu lagi Life Style anda.

Bercucuk tanam kini adalah Life Style moden yang amat bagus dan cukup memberi manfaat.

Anda boleh membeli segala benih di pasar atau pasar raya dan mula Bercucuk tanam di dalam pasu kecil sebagai permulaan.

Insyallah lambat laun ia akan menjadi habit dan hobi anda.

Saya juga berniat untuk mencuba Bercucuk tanam dengan aktif kembali.  Insyallah.  Mohon doakan.


Terima kasih.


Khamis, 27 Julai 2017

Stalker


Gambar bunga sekadar hiasan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. 

Stalker. 

Setiap dari kita pasti punyai Stalker.  Walaupun kita bukan siapa-siapa. 

Ntah,  di perumahan anda,  condominium anda duduki,  flat anda diami mata-mata dan Stalker kekal memerhati. 

Zaman media sosial dan Internet,  tidak cukup Facebook,  instagram,  Blog,  we chat,  LinkedIn ramai stalker memerhatikan anda untuk mengkritik,  mencari salah atau mungkin mengagumi anda dengan cara,  Style,  fikiran atau fesyen dan cara hidup anda. 

Jangan lupa,  kita juga Stalker kepada insan tertentu.  Mungkin rakan sendiri,  mungkin artis,  mungkin musuh anda atau mungkin sesiapa sahaja di Facebook,  instagram,  Blog,  twitter, LinkedIn dan sebagainya. 

Kadang kala cara penulisan individu tersebut cukup di kagumi.  Gambar dan dirinya cukup cantik dan hensem,  petua dan Tips amat bagus namun kita tidak pernah komen dan Like status hanya menjadi Stalker. 

Itulah Stalker.  Tidak pernah berhubung namun memendam dalam hati. 

Sama ada kutukan atau kritikan atau sekadar berkongsi minat kepada individu itu kepada kawan dan rakan terdekat. 

Stalker jika ia memberi manfaat kepada anda,  bersyukurlah. 

Namun jika ia wujud untuk mencari kesalahan dan dari segi negatif juga bersyukur. 

Banyak benda yang semakin harus berhati-hati di kongsi di zaman Internet dan media sosial ini. 

Status dan kegembiraan juga tidak boleh terlalu di pancarkan. 

Kadang kala mungkin kita terbabas,  namun pastikan kembali di track yang betul semula. 

Melihat idol anda sebagai Perfect dan sempurna pasti ada silap di situ. 

Tiada yang sempurna di dunia ini maka jika mereka ada melakukan kesilapan atau kesalahan,  anda harus dari awal faham itu ialah perkara biasa. 

Berdoa dan menunggu kejatuhan individu lain itu perkara yang harus anda elakkan. 

Mengkritik secara terang-terangan terutama di status facebook juga mengakibatkan imej anda turut tercalar walaupun mungkin kritikan anda itu bagi anda amat betul. 

Hormati wall dan gambar individu lain. 

Jika anda ada pendapat sendiri tulis secara elok dalam bahasa sopan dengan teguran dan kritikan paling membina. 

Berhenti mencari silap individu lain dan berhenti dari terlalu memuja. 

Anda pastinya ada keistimewaan juga kekurangan sendiri maka jangan lupa untuk serlahkan dan hilangkan apa yang patut. 

Untuk anda yang menjadi Stalker instagram,  Facebook, Blog, LinkedIn atau kehidupan saya di luar atau di dalam realiti mahu pun media sosial,  teruskan menjadi Stalker jika itu menggembirakan anda. 

Tentu perkara biasa untuk seorang intervet (pemalu)  untuk tidak Like dan komen status di Facebook mahu pun instagram dan Blog,  saya memahami. 

Malah saya sendiri dahulu dan ada masanya tidak pernah komen di idol kegemaran saya maka saya juga dahulu pernah menjadi Stalker. 

Baru faham mengapa Stalker Cafe milik Fatah Amin itu wujud. 

Mari kita menjadi Stalker yang baik jika ditakdirkan kita menjadi Stalker lagi satu hari nanti. 


Salam sayang selamanya. 

Terima kasih. 




Eat Clean untuk Motivasi Baru


Pink Lady,  untuk masa ini saya suka kan warna cerah terutama Pink light 
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca Blog saya yang tersayang. 

Makan tahun saya menulis di Blog ini dan semakin hari saya berjumpa pelbagai komen di Facebook dan Group membicarakan Blog Keep Walking sebagai sumber rujukan. 

Saya kira ia sebagai penghargaan untuk setiap artikel di Blog ini dan pastinya semua itu datang dari Allah baik ilham dan bakat penulisan jika ada pada saya pastinya 100% milik Allah jua yang diberikan sebagai anugerah untuk saya berkongsi dengan anda. 

Berbalik kepada Blog Keep Walking ini yang sekejap aktif sekejap tidak,  saya pasti anda faham ketiadaan idea dan mood menyebabkan tiada artikel perkongsian,  maka saya mohon doa anda untuk mendoakan saya sentiasa sihat dan di beri ilham serta idea dan ilmu untuk terus merakamkan ia disini untuk tujuan kita bersama dan golongan yang memerlukan. 

Menyentuh mengenai artikel dan cara hidup saya semenjak kebelakangan ini yang mencabar,  asyik menikmati makanan di luar segera,  manis,  trans fat dan sebagainya. 

Saya memahami perasaan sesetengah pembaca terutama yang agak straight tentang pemakanan sihat yang menjadikan Blog Keep Walking Antara blog favourite pasti ada sedikit rasa terkilan.  Sebagai manusia biasa,  inilah realiti hidup,  terbabas dari niat itu memang biasa.  Tidak dapat mengawal nafsu juga biasa.  Harus di tekankan ke sekian kali,  jika anda melihat ke belakang, selama 35 tahun saya menikmati makanan luar ikut suka tanpa pantang dan menikmati makanan di luar dan makanan baru adalah kegemaran dan hobi saya.

Agak sukar mencari Cafe vegetarian di Kuantan juga tempat lain kecuali anda berada di Kuala Lumpur di kawasan tertentu maka tentu sekali tempat persinggahan saya adalah restoran dan Cafe sama sekali tidak sihat. 

Mengetahui sebagai manusia biasa saya perlukan motivasi maka satu lagi kategori atau label akan di perkenalkan di Blog ini iaitu kategori Eat Clean.  Ia sekaligus sebagai menghargai pembaca yang akan singgah di Blog ini membaca motivasi untuk menikmati diet Eat Clean yang semakin popular di Barat. 

Khas untuk anda,  kategori Eat Clean ini akan mensasarkan menu sihat untuk Budget rendah dan berkhasiat serta cepat siap. 

Bukan itu sahaja kategori Cucuk Tanam dan DIY juga akan di perkenalkan dalam waktu paling singkat ini. 

Anda nantikan sahaja. 

Motivasi dalam menulis di Blog untuk saya selain komen anda yang memberi semangat dan kegembiraan di mana-mana sahaja sama ada di Blog,  email,  what apps,  Facebook,  instagram,  mulut ke mulut,  mahupun Group, amat saya hargai. 

Atas penghargaan itu saya akan cuba untuk menulis setiap artikel yang bermanfaat untuk kita bersama.  Insyallah. 


Salam sayang dari saya untuk anda. 

Teruskan memotivasikan diri. 


Terima kasih. 




Rabu, 26 Julai 2017

Selamat Datang Zulhijah


Bergambar sebelum pulang ke Kuantan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya Syawal 1438 berakhir beberapa hari lalu.

Saya dan keluarga saya sempat berhari raya dan menghadiri rumah terbuka adik lelaki saya di Melaka pada hari Ahad terakhir Syawal.

Kebetulan tahun ini adik saya hanya membuat rumah terbuka khas untuk ahli keluarga terdekat dan sahabat sekerja yang rapat sahaja. 

Antara hidangan rumah terbuka adik lelaki saya

Kami dari Kuantan tiba seawal hari Jumaat petang. 

Pada hari Sabtu kami sempat berjalan ke Bandar Melaka dan menikmati segala makanan enak di restoran terkenal di Melaka. 

Antara gambar aktiviti kami yang sempat di ambil dan diabadikan 

Antara yang kami sekeluarga sempat singgah ialah Molten Chocolate Cafe dan Melantak Steak Hub yang terletak di Dataran Pahlawan dan Pantai Klebang.

Saya ada menulis mengenai Review kedua-dua restoran ini di artikel sebelum ini di link berikut

1. Molten Chocolate Cafe

2. Melantak Steak Hub

Kami juga sempat memborong durian dan manggis berkilo gram untuk dinikmati bersama ahli keluarga yang ada.

Sekembali saya dan keluarga dari Melaka,  rupanya tidak habis di situ,  saya masih menikmati makanan luar bersama keluarga namun hanya dibungkus dan di makan di rumah.

Hanya hari Selasa baru saya merasa masakan rumah hanya untuk masakan tengah hari. Menu udang masak lemak tempoyak bersama tempoyak memang amat menyelerakan.


Menikmati sushi King dan yogurt

Hari ini saya masih makan luar.  Adik ipar saya semenjak bulan puasa ingin menikmati sushi King dan mengajak saya menemani beliau.  Maka hari ini saya menikmati sushi King sepuasnya, maklumlah orang belanja.  Apabila hampir habis waktu Lunch hour,  barulah saya teringat untuk menikmati sushi yang lebih sihat,  maka sushi dari tauhu manis dan bijan menjadi pinggang sushi terakhir saya nikmati.

Untuk makan petang saya hanya menikmati Yogurt dan buah sahaja.

Sedang berkira untuk kembali kepada diet yang lebih sihat.  Perlahan-lahan saya harus berusaha dari sekarang.

Bukan mudah sudah terbabas terlalu lama,  semenjak awal tahun lepas,  untuk kembali pada track asal namun tentu saya harus gigih berusaha. 

Bergambar di Syawal kedua terakhir tahun 2017 di Melaka 
Musim panas kembali melanda Kuantan.

Hanya tuhan yang tahu betapa membahang cuaca di bandar ini.

Namun harus disyukuri kerana setiap yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.

Untuk anda yang bakal menunaikan haji dan berangkat menunaikan haji,  selamat menunaikan haji.

Doakan saya punya rezeki untuk menunaikan haji di usia yang muda dan sihat sentiasa.

Ini sahaja nukilan ikhlas dari saya untuk anda.

Terima kasih.



Selasa, 25 Julai 2017

Tempat Makan Best Di Melaka Part 10 :- Molten Chocolate Cafe


Saya bersama hidangan Molten Chocolate Cafe 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini 


Jika anda peminat cokelat @ coklat anda boleh ke Cafe ini. 

Bahagian dalam Molten Chocolate Cafe 
Molten Chocolate Cafe ini adalah antara salah sebuah cawangan yang terdapat di Melaka.  Cawangan lain terdapat di Kuala Lumpur. 

Molten Chocolate Cafe Melaka ini berada di Dataran Pahlawan Melaka berdekatan Secret Resepi atau MC Donald. 

Kusyuk memilih menu pilihan di Molten Chocolate Cafe Melaka
Ketika kami tiba Cafe ini masih lenggang,  banyak meja masih kosong,  maka mudah untuk kami mendapatkan meja. 

Untuk Info anda Molten Chocolate Cafe Ini adalah Cafe coklat ala-ala Dip &  Dip. 

Antara Menu Molten Chocolate Cafe Melaka
Terdapat pelbagai pilihan menu coklat dari air,  crepe,  buah bersalut coklat,  pancake,  Brownies dan sebagainya. 

Harga makanan di sini dalam area Rm15 ke RM70 mengikut pilihan anda. 

Ruangan Molten Chocolate Cafe yang berhias cantik 
Sesuai dengan status Cafe coklat mewah,  ruangan Cafe ini berhias cantik dan ruang antara meja juga luas.

Anak Saudara saya sempat memanjat sofa sebelum ditegur oleh kami untuk turun dan duduk memilih menu bersama.

Selfie dulu sebelum makanan lain sampai
Seperti biasa sebelum makanan tiba,  kami sekeluarga berselfie dahulu untuk mengabadikan gambar dalam instagram. 

Servis disini cepat dan makanan dan minuman juga tiba cepat.  Mungkin atas alasan tidak ramai pelanggan ketika kami tiba.


Menu pilihan Molten Chocolate Cafe kami
Tidak sampai 20 minit kami menunggu semua menu yang kami pesan tiba. 

Ia dihidangkan cantik dan menarik dan cukup menggiurkan. 
Sebelum menikmati makanan saya sempat mengambil beberapa keping gambar yang ada, maklumlah anak saudara saya sudah tidak sabar menikmati hidangan. 

Irfan berdoa dan mengambil gambar sebelum menikmati Molten Chocolate Cafe menu pilihan 
Bagi pendapat kami rasa Molten Chocolate Cafe ini manis berbanding Dip &  Dip. 

Rasa manis lebih mengatasi rasa coklat di setiap menu. 

Jika tanya selera kami lebih kepada rasa coklat yang lebih pekat. 

Oleh kerana rasa manis yang agak kuat,  rasa menu yang kami pilih cepat muak. 

Jika ditanya pendapat peribadi kami jauh lebih menggemari Dip &  Dip berbanding Molten Chocolate Cafe. 

Jika di Dip &  Dip kebiasaan menu di sana kami akan habis makan dan mungkin akan tambah lagi namun berlainan disini. 

Namun jika anda sukakan rasa manis berbanding coklat anda boleh mencuba Molten Chocolate Cafe ini. 


Jumlah bil menu kami di sini 
Selesai menikmati menu disini masa untuk membayar.

Jumlah keseluruhan menu dalam RM177 termasuk tax.

Tunggu apa lagi,  jika anda berada di Melaka dan inginkan menu berasaskan coklat dan manis.

Anda boleh ke Molten Chocolate Cafe.


Terima kasih.

Ini link sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Melaka Part 11




Tempat Makan Best Di Melaka Part 11 :- Melantak Steak Hub


Bahagian hadapan restoran Melantak Steak Hub 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Artikel seterusnya untuk Tempat Makan Best Di Melaka dari sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Melaka Part 10.

Pertama kali membuat carian tempat Makan Steak best di Melaka saya melihat dan membaca Review yang menarik Mengenai Restoran Melantak Steak Hub ini.

Malah terdapat Blog yang mengatakan bahawa daging di restoran ini diambil dari tempat yang sama oleh restoran yang pernah Viral iaitu restoran M....

Anda boleh pilih sendiri daging atau makanan laut pilihan anda di peti ais Melantak Steak Hub ini
Oleh kerana kami merancang untuk menikmati Steak di Menate dan coklat di Dip & Dip Kuala Lumpur,  selepas berada 2 hari di Melaka maka kami membatalkan program perancangan kami itu dan menukarnya kepada program menikmati dinner di Melantak Steak Hub dan The Molten Chocolate Cafe Di Melaka. 

Maklumlah Menate dan Dip &  Dip sudah beberapa kali kami singgah. Jadi masa untuk mencuba restoran di Melaka. 

Tertarik dengan Review yang di berikan kami Sekeluarga memilih menikmati hidangan Steak dan banyak pilihan menu lain di restoran Melantak Steak Hub ini. 


Antara Menu yang di tawarkan disini
Terdapat pelbagai pilihan menu disini dari Steak,  makanan laut,  burger,  Pizza,  sizzling, pasta,  nasi,  mee dan sebagainya.

Pelbagai minuman pilihan juga tersedia.

Tertarik dengan hidangan menu di paparan pelbagai jenis makanan di pesan oleh kami.

Untuk Steak dan daging sama ada pilihan lembu, kambing atau salmon.  Pelanggan di kehendaki memilih sendiri di dalam 2 peti ais yang tersedia di hadapan.

Di sini juga terdapat pilihan daging Grass fed yang lebih sihat dan selamat.

Disini juga terdapat pelbagai pilihan kek dan manisan yang menarik yang di letakkan di dalam peti di tengah restoran Melantak Steak Hub ini.

Bergambar sambil menunggu hidangan 
Masa yang diambil untuk penghantaran menu di meja kami dikira okey tidak cepat dan tidak lambat,  maklumlah Steak. 

Namun sejujurnya minuman yang kami dapati ketika makan malam di Melantak Steak Hub tempoh hari terlalu manis. 

Bayangkan saya memesan air jus Nenas tanpa gula namun tetap di tambah gula. 

Adik lelaki saya yang kuat manis dan terkenal kuat manis memesan air Milo tabur dan beliau tidak mampu minum Milo tabur itu kerana terlalu manis. 

Kesimpulannya air minuman kami banyak yang tidak habis dan hampir seperti tidak diminum langsung. 

Malah adik ipar saya beberapa kali menambah air namun air teh beliau tetap manis.

Kami tidak tahu jika pembuat air malam itu terlebih gula atau apa. 

Antara gambar menu yang sempat di ambil 
Untuk rasa makanan Steak lamb dan daging. 

Maaf terlalu berbeza rasa dengan Steak di restoran M... Yang pernah Viral itu. 

Jauh lebih enak Steak dan daging di restoran M... 

Rasa Mee sizzling di sini juga terlalu biasa dan kami tidak mampu menghabiskannya termasuk kuew tiaw kantonis yang terpaksa di bungkus pulang kerana tidak luak langsung dan akhirnya di buang ke dalam tong sampah di rumah. 

Namun apabila melihat harga Steak di Melantak berbanding restoran M..  Agak logik mengapa rasa kedua-dua Steak di restoran ini amat berbeza. 

Pujian di berikan untuk Pizza.  Rasa Pizza di sini dikategorikan okey dan boleh di cuba. 

Sos steak disini bukan citarasa kami. 

Pilihan masakan well done juga amat keras dan terlalu sukar untuk kami telan dan potong. 

Jumlah bil hidangan kami di Melantak Steak Hub 
Jumlah bil semua hidangan kami malam itu dalam RM344 di kategorikan murah dan sesuai dengan rasa yang kami dapat.

Jika anda mengharapkan rasa enak seperti restoran M...  Di Kuala Lumpur itu,  rasanya anda mungkin kena lupakan saja.

Saya tidak tahu jika hari saya bersama keluarga nikmati makanan disini Chefnya berlainan namun ia bukan seperti jangkaan kami.

Namun untuk harga Steak RM30++ ia boleh di maafkan kerana memang harga itu sesuai dan secara automatik di kategorikan sedap atas dasar harga berikut.

Maka jika anda ingin menikmati Steak di Melaka dengan harga berpatutan,  bagi saya restoran ini tetap antara pilihan yang ada selain luas dan banyak pilihan.

Tunggu apa lagi jika anda berada di Melaka dan ingin menikmati Steak rasa tempatan sila bawa keluarga dan insan tersayang anda ke sini.


Terima kasih.



Selasa, 18 Julai 2017

Ramen Organik


Ramen Kimchi Organik 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Masih lagi dalam bab Cheat Diet dan malas memasak.

Maklumlah ada hari anda tentu terlalu malas untuk memasak dan membeli.

Puas melihat ramai menikmati Ramen Korea yang popular di televisyen dan di media sosial serta di rumah,  akhirnya terpaksa akur untuk membeli Ramen Organik yang turut dijual di kedai organik.

Ingin membeli setakat bihun atau Mee sayur kering namun untuk membancuh dan menumis perencah sendiri agak malas,  maka beli sahaja yang segera.

Antara pilihan Ramen atau mungkin Mee segera yang lebih baik ialah dari bahan organik serta tanpa bahan pewarna dan pengawet.

Namun harus ditegaskan organik tidak semestinya sihat.  Ia sekadar lebih sihat berbanding makanan segera komersial di pasaran.

Lihat sahaja contoh Ramen Organic yang di beli oleh saya.  Lihat kandungan bahan,  ia nampak ia lebih selamat dan semulajadi namun kandungan sodium tetap tinggi lebih 45%. Amat tidak sihat untuk mereka yang menghadapi masalah darah tinggi.

Benarlah kata pakar diet sihat bahawa apa yang dibeli tidak sesihat yang di rumah.  Namun bersyukur sekurang kurangnya ia menggunakan sea salt.  Untuk menikmati Ramen ini dengan lebih kerap untuk yang mempunyai sejarah darah tinggi mohon elakkan.

Saya sudah menikmati Ramen ini.  Sungguh pedas sekali.  Mungkin kerana saya menghabiskan satu peket terus sos Ramen ini dan saya tidak membuat Ramen sup yang lebih kurang pedas.

Namun bagi anda yang meminati Ramen.  Anda boleh mencuba Ramen ini.

Ramen ini lebih enak di makan bersama telur organik dan di buat sup.  Jangan lupa tambah lebih sayur-sayuran.

Ketika menikmati Ramen ini saya terlalu malas untuk menambah apa pun itu alasan mengapa Ramen saya kosong.

Anda boleh dapatkan Ramen ini di kedai organik berdekatan atau pasaraya yang menjual produk organik.

Sekurang kurangnya peminat masakan Korea boleh merasa sedikit lega untuk pilihan lebih sihat ini.

Terima kasih.





Masih lagi Cheat Diet


Hari minggu hari makan-makan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benarlah kata orang,  jangan sesekali mencuba,  dah tercuba pasti ingin lagi dan susah tinggal. 

Begitu juga saya insan lemah ini sekali tercheat diet asyik Cheat sahaja. 

Maka jika anda masih kekal dalam diet sihat mohon jangan senangnya termakan makanan tidak sihat. 

Ini atas alasan sekali cuba memang payah tinggal.  Lebih-lebih lagi jika anda dah terlalu asyik dengan makanan mudah dapat dan enak. 

Hari Sabtu baru-baru ini saya seperti biasa pada hari minggu ialah hari bersukaria bersama keluarga. 

Dari menikmati sarapan pagi lewat di The Coffee Bean &  Tea Leaf Di East Coast Mall,  kami menikmati makanan tengah hari di Pizza Hut  dan kemudian manisan tu Tong Fak Fu. 

Tidak cukup kek,  Ice blended manis berkrim turut saya nikmati. 

Balik rumah masakan ibu pula saya makan dengan puas. 

Hari ini saya berpuasa Syawal untuk hari ke 5, insyallah jika berjaya habiskan puasa ini pada hari ini tinggal satu hari untuk puasa sunat Syawal yang masih berbaki. 

Ketika ini beratur penuh promosi makanan dari Secret Resepi buy 3 cake Rm20 sempena ulang tahun ke 20 Secret Resepi pada 20 Julai ini,  tidak cukup itu Pizza Hut dan Domino's juga membuat promosi Pizza diskaun besar-besaran.  

Namun yang tidak sabar di tunggu bermula hari ini The Fish Manhattan turut membuat promosi untuk Fish and chips serta grill fish menu utama mereka. 

Saya dan adik saya sudah berkira-kira untuk ke The Fish Manhattan. 

Minggu ini juga penuh open house dan destinasi makan bersama keluarga akan saya tujui. 

Harapan dan doa moga selepas Syawal diet sihat saya lebih tegas dan menjadi. 

Jika anda juga sama seperti saya,  marilah kita mula bina kesedaran,  maklumlah berapa tahun sahaja lagi usia mula memasuki 40an,  sudah masa untuk menjaga kesihatan terutama dalam pemakanan seharian. 

Untuk mereka yang masih mengharungi proses TSW atau Topical Steroid Withdrawal,  mohon bersabar.  Jika anda semakin sembuh dan pulih jangan ambil kesempatan menikmati makanan tidak sihat dengan mudah.  Bimbang susah untuk anda berhenti dan kembali ke pangkal jalan nanti. 

Selamat berpuasa sunat untuk anda yang berpuasa. 

Terima kasih. 




Rabu, 12 Julai 2017

Bahagia


Buah-buahan tempatan dan oren yang enak
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kata bijaksana jika kita bersyukur dengan apa yang sedikit maka yang besar akan menyusul. 

Kebahagiaan dan rasa gembira bukan datang dari insan lain dan harta benda namun datang dari hati. 

Namun ada kajian mengatakan makanan dan warna juga mampu membuatkan anda lebih bahagia. 

Jika anda stress dan tertekan tentu anda inginkan coklat,  kek atau desert,  dengan kata lain benda manis dan menarik hati. 

Ada sesetengah individu ketika stress inginkan benda masam atau pedas. Ini berpandukan pada kegemaran masing-masing.

Namun ada sesetengah individu ketika stress mereka inginkan buah-buahan segar dan semangkuk salad penuh warna warni. 

Lebih-lebih lagi jika anda telah lama tidak menikmatinya. 

Sepanjang melayari setiap muka buku membaca perkongsian status dan ilmu yang di baca. 

Jika anda masih bujang,  amat penting untuk anda menitik beratkan persefahaman termasuk dari segi cara masakan kegemaran. 

Ia beriman dan bertanggungjawab itu sudah tentu. 

Namun bayangkan jika anda seorang yang berusaha keras untuk berdiet dan si dia seorang yang suka makan namun kurus dan sering terasa apabila anda tidak menikmati makanan ketika menemaninya.

Membaca keluhan beberapa isteri yang tertekan terpaksa memasak masakan suami dan tidak larat lagi untuk memasak masakan untuk diri sendiri yang lebih sihat,  akhirnya terpaksa makan masakan menu kegemaran suami antara perkara sukar  untuk beliau kekal menjaga diet dan kesihatan. 

Itu belum kira niat mendidik bakal anak yang bakal lahir dalam ilmu pemakanan terutama suami kegemarannya makanan segera sama ada di luar mahu pun masakan di rumah. (tidak termasuk segala sos,  kicap dan MSG). 

Ingatlah bercinta dan berkahwin amat berbeza.

Terasa kuat stress itu apabila membaca setiap keluhan masing-masing baik lelaki mahupun  wanita.

Sebagai manusia biasa,  ada perkara yang anda sendiri harus tahu utamakan mana yang paling penting dan mana yang boleh dididik. 

Jika anda masih dalam peringkat perkenalan atau sedang bercinta lebih baik anda berterus terang dari awal supaya ini tidak menjadi isu. 

Bahagia boleh di pupuk walaupun pada berlainan bangsa dan jenis menu makanan sekali pun. 

Buang ego anda.  Buang kedegilan anda walaupun apa yang anda pertahankan itu betul. 

Cuma kuatkan semangat anda untuk kekal dalam trek anda.

Ia agak tertekan melihat muka pasangan anda yang muncung dan masam apabila anda tidak ingin turut serta menjamah makanan kegemaran mereka. 

Namun tentu anda cukup bijak dalam menangani isu ini. 


Masih dalam mood ingin berpuasa sunat Syawal,  saya mengucapkan selamat berpuasa juga pada anda.

Jangan lupa doa banyak-banyak.

Pada yang bujang dan belum berpunya,  ini masanya untuk anda masukkan doa antaranya seperti mengelakkan isu diatas. 

Terima kasih. 



Selasa, 11 Julai 2017

Makeup


Bergambar di Majlis Perkahwinan adik lelaki saya baru-baru
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Makeup dan wanita sukar dipisahkan. Ia umpama sahabat karib.  Jika tiada lipstik atau Makeup penuh kata orang sekurang-kurangnya ada bedak di pipi juga pelembap bibir. 

Itu kata-kata yang sering dibaca di mana sahaja. 

Sebagai insan yang pernah menjalani pengalaman Topical Steroid Withdrawal (TSW)  yang sering saya kongsikan di Blog ini,  saya akui Makeup komersial mengandung kesan sampingan sendiri kepada tubuh dan tidak digalakkan untuk di guna pakai setiap hari. 

Ingin saya tegaskan disini.  Pengalaman saya bekerja dan sebelum melalui proses TSW saya memang seorang yang rajin bermakeup dan mencantikkan diri. 

Itu hobi dan kegemaran saya.  Namun tidaklah setiap hari saya bermakeup kecuali untuk perjumpaan bersama pelanggan atau event dan mesyuarat tertentu. 

Terkenal suka bergaya itu memang sifat semula jadi saya,  namun saya tetap menyesuaikan tempat dan pakaian sesuai atur cara yang saya pergi.  Ada waktunya ke pejabat saya hanya memakai pelembap bibir dan cermin mata sahaja dan ada waktunya jika saya bermakeup saya hanya bermakeup nipis sahaja kecuali ia memerlukan saya untuk bermakeup lebih tebal. 

Kembali kepada tajuk asal,  terutama kepada anda pembaca yang mengikuti Blog ini sebagai follower saya yang setia mengikuti kategori ekzema atau TSW di Blog ini. 

Untuk info anda kebanyakan gambar dan wajah saya memang langsung tanpa Makeup termasuk pelembap bibir. 

Saya memang telah lama meninggal semua itu. 

Malah ketika mengambil gambar dalam mempromosikan tempat Makan Best kebanyakan wajah saya 100% bersih tanpa solekan malah tanpa pelembap bibir. 

Seingat saya hanya untuk artikel tajaan tempat Makan Best Di Kuantan untuk Rimbunan Oriental Cafe sahaja saya bermakeup sedikit tanpa Foundation bagi menghidupkan keceriaan untuk artikel tajaan tersebut.

Namun sebagai manusia biasa minat dan kecintaan itu sukar untuk padam.

High heel dan pelbagai jenis kasut adalah kegemaran saya semenjak kecil.

Maka tidak pelik ia kekal antara kegemaran saya ke hari ini termasuk accessories.

Anda tidak perlu pelik,  jika anda lihat beberapa artikel ke belakang,  saya pernah menulis ketika menyambut Aidilfitri pada tahun 2014 dan 2015 saya kekal bermakeup walaupun ketika itu saya sedang menjalani TSW pada stage pertama di 2014 dan 2015 saya dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.

Sebagai antara rujukan pengalaman TSW untuk Blog,  saya bukan idol Perfect untuk itu.

Qisya Khadeeja tak akan mungkin akan menjadi sempurna untuk selamanya.

Ia hanya kekal menjadi diri sendiri dan tentu sekali berazam untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari tanpa paksaan dan kerelaan diri.

Jika anda inginkan idol dan motivasi,  anda harus cari insan yang boleh memotivasikan anda.

Saya berada di track saya sendiri dan jalan pilihan sendiri.

Pandangan dan prinsip saya tak akan mungkin sama dengan insan lain.

Sebagai Blogger anda boleh membaca Blog saya pada bila-bila masa,  dan sebagai manusia yang dianugerahkan pemikiran oleh Allah,  pilih sahaja yang baik untuk di ikuti.

Selamat Hari Raya dan selamat menunaikan puasa sunat Syawal dari saya untuk anda.

Ingat tiada sesiapa memaksa anda untuk memilih,  anda sendiri yang memilih.

Jangan salahkan insan lain terutama anak,  atau suami mahupun keluarga atas apa keputusan anda.

Apalagi menyalahkan Blogger atau insan lain yang berkongsi ilmu dan pengalaman di Facebook dan Group.


Terima kasih.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...