Ahad, 30 Julai 2017

Bangun


Bangun dan senyumlah 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap manusia punya isu dalam mencari apa yang perlu mereka lakukan untuk masa hadapan mereka. 

Ada yang telah berjumpa dan fokus terus kepada perkara yang menunjukkan peningkatan.  Ada yang menukar haluan ke perkara dan bidang baru yang lebih menunjukkan masa depan lebih cerah. 

Ada yang kekal,  bersyukur dengan apa yang mereka ada. 

Namun ada yang bertahun mencari,  dan masih mencari hala tujuan,  kerjaya dan perniagaan yang harus di laksanakan.  Dalam menunggu apa yang di hajat dan diimpikan,  perkara yang tidak disukai terpaksa di laksanakan dalam mencapai misi azam yang entah bila akan terlaksana. 

Ada perkara dan Ilham yang akan terlaksana apabila tiba waktunya. 

Contohnya ada sesetengah filem yang hanya boleh dilakukan apabila telah tiba kemajuan teknologi maklumat yang tepat.

Ada sesetengah perkara yang mungkin kita impikan adalah perkara yang bermanfaat namun ia bukan sesuai dilakukan oleh manusia yang tidak punya EXTRA leverage seperti kita. 

Disini pentingnya kreativiti.  Penyelesaian isu dan segala bentuk cabaran dalam hidup. 

Usah buang masa dengan cakap sekeliling yang menyakitkan hati.  Fokus perkara paling penting.  Abaikan perkara yang hanya akan menyempit dan menyemak fikiran anda. 

Kata bijaksana anda harus bersedia berhadapan dengan apa yang paling menakutkan anda dan apa yang anda paling takut hilang barulah anda akan mula mencipta kejayaan. 

Buang ego anda itu jauh-jauh.  Rendahkan diri anda. 

Ada waktu anda perlu menangis dan dapatkan pandangan insan yang boleh anda percayai. 

Kita hanya manusia biasa yang kekal perlukan sokongan dari sahabat dan mereka yang mempercayai anda. 

Mereka yang ikhlas ingin anda berjaya. 

Anda boleh lihat siapa sebenarnya sahabat yang anda boleh harapkan dalam bab ini. 

Menulis Blog adalah hobi sampingan untuk mengasah bakat dan berfikir. 

Namun memikir perkara yang lebih penting untuk kerjaya dan masa depan lebih utama. 

Dari tidak melakukan apa-apa lebih baik berblogging dari berfikir negatif atau melakukan perkara kurang sihat. 

Sebagai manusia biasa,  ada hari kita bersemangat,  ada hari kita lemah. 

Namun jangan biar anda lemah selamanya. 

Bangun dan teruskan berjalan. 

Terima kasih. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...