Isnin, 24 Ogos 2015

Khasiat Nangka Madu


nangka madu yang dibeli oleh saya, sedap dan manis

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Sempena musim buah NANGKA MADU ketika ini, saya kerap membeli BUAH NANGKA MADU yang banyak dijual ditepi-tepi jalan. Walaupun pendapat orang tua dahulu, bahawa nangka adalah buah yang 'berangin' tetapi alhamdulillah, saya mampu menikmati berbelas biji nangka ketika perut kosong tanpa menganggu tubuh. Ini mungkin kerana penerimaan tubuh manusia berbeza-beza. Tetapi setiap penciptaan Tuhan tentu ada khasiat dan kebaikan sendiri.

Berikut adalah KHASIAT BUANG NANGKA MADU yang dapat saya kongsikan dengan anda .

1. BUAH NANGKA mengandungi vitamin A, B dan C dalam bentuk sebatian thiamin, riboflavin dan niacin.

2. BUAH NANGKA juga mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan seperti KALSIUM, POTASSIUM, zat besi, magnesium dalam jumlah yang tinggi berbanding dengan buah-buahan lain.

3. Selain itu BUAH NANGKA juga mengandungi kandungan GIZI YANG TINGGI , seperti protein dan karbohidrat.

4. 100gram BUAH NANGKA hanya mengandungi 106 kalori.

5. Oleh kerana BUAH NANGKA MADU dikategorikan sebagai buah yang manis dan agak tinggi kandungan gula kemungkinan besar ia akan menimbulkan kandungan gas di dalam perut, Pesakit kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menikmati BUAH NANGKA MADU.

6. BUAH NANGKA turut kaya dengan kandungan vitamin C dan antisoksida. Ia sekaligus membantu memperkuatkan sistem KEKEBALAN TUBUH dengan meningkatkan fungsi sel darah putih . Ini menjadikan BUAH NANGKA sebagai sumber perlindungan yang sangat bagus untuk tubuh..

7.Oleh kerana BUAH NANGKA kaya dengan kalium , ia turut membantu mengawal tekanan dan juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke.

8.BUAH NANGKA turut mengandungi fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponin yang membentuk satu lapisan perlindungan kepada tubuh untuk menghalang kemunculan sel kanser.

9. Kerana kandungan VITAMIN A dan kandungan antioksidan yang banyak, BUAH NANGKA juga membantu dalam menjaga dan memelihara kesihatan kulit. Sekaligus membuat anda kelihatan awet mdua.

10. Kandungan gula asli dalam BUAH NANGKA seperti fruktosa dan sukrosa juga membantu menambah tenaga dan mengurangkan keletihan tubuh.

11. Dengan segala khasiat dan mineral seperti mangan, zat besi, vitamin B6, niasin, asam folat dan segala vitamin dan zat zalian lain .Menikmati buah nangka, dapat memaksimakan fungsi tubuh bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Malah biji BUAH NANGKA juga mengandungi protein yang bagus untuk kesihatan tubuh dan amat enak untuk dinikmati.

12. Oleh kerana BUAH NANGKA adalah buah tempatan, ia mudah ditanam di Malaysia, dan hidup subur. Buah tempatan amat kurang penggunaan racun dan jauh lebih murah berbanding buah import. Khasiat buah yang segar lebih senang diserap dan lebih tinggi kandungan nutrisi.

Tunggu apa lagi, jika anda singgah di kedai-kedai buah sekitar kawasan anda, mungkin anda boleh memilih untuk membeli nangka untuk mempelbagaikan pilihan buah dan nutrisi untuk tubuh anda.


Terima kasih.




Khamis, 20 Ogos 2015

MASA UNTUK BUAT DUIT DENGAN BLOG : AKAUN POPADS DILULUSKAN


untuk paparan lebih jelas , sila klik imej

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah pagi ini saya menerima email dari PopAds bahawa blog saya diterima untuk paparan iklan berbayar didalam matawang USD. Syukur ke hadrat illahi.

dashboard Akaun PopAds - untuk paparan imej lebih besar dan jelas sila klik imej.


Proses kelulusan untuk menjadi publisher bagi PopAds hanyalah mengambil masa satu hari sahaja. Ketika pertama kali memohon saya telah tersilap mengisi kolum kategori. Saya mengisi sekali lagi permohonan dan meletakkan dalam kategori blog yang sesuai. Alhamdulillah tidak sampai 2 hari dari tarikh mula-mula permohonan, akaun PopAds saya diluluskan.

Hari ini saya berjaya menjadi salah seorang blogger yang menggunakan POPADS untuk MENJANA WANG DARI BLOG. Selepas Nuffnang, Exabytes dan Adsense, PopAds adalah medium pengiklanan ke empat yang menjana pendapatan pasif bagi blogger seperti saya.

NUFFNANG dan EXABYTES membayar saya dalam matawang RINGGIT MALAYSIA. ADSENSE dan POPADS pula membayar dalam matawang USD. Ketika penurunan matawang RINGGIT MALAYSIA, menjadi salah seorang blogger ADSENSE dan POPADS adalah satu bonus yang tidak ternilai, lebih-lebih lagi ramai blogger yang mengidamkan peluang ini tetapi masih belum berhasil.

MEDIUM PENGIKLANAN MELALUI BLOG adalah cara paling mudah untuk MENJANA PENDAPATAN PASIF walaupun ketika anda tidur , bercuti atau sedang stress memikirkan kehidupan. Ia adalah fakta.

Doakan saya blog saya terus didatangi dan dibaca oleh seluruh pengunjung diseluruh dunia. Dengan berita baik lagi indah dipagi hari ini, sekaligus ia menambahkan lagi semangat saya untuk terus menulis blog. Anda juga boleh mencuba memohon akaun PopAds ini dengan mengklik sahaja iklan PopAds dipaparan atas blog saya ini dan jana wang dalam matawang USD sekarang. Bagi anda yang masih tidak punyai blog. Sila mula menulis dari sekarang. Semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang blogging ini. Terima kasih.


Selasa, 18 Ogos 2015

BUAT DUIT DENGAN BLOG BERSAMA POPADS


untuk paparan lebih besar dan jelas hanya perlu klik imej ini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah, saya baru sahaja membuka satu lagi akaun untuk menjana wang dari blog iaitu dari PopAds. Walau bagaimanapun saya baru sahaja memohon akaun PopAds ini dan saya berharap semoga permohonan saya sebagai publisher , diluluskan. Anda juga boleh mencuba untuk memohon akaun ini dan menjadi publisher bagi PopAds. Google sahaja kata kunci PopAds, dan anda akan jumpa website PopAds ini.

Sekarang ini terdapat pelbagai CARA MENAMBAH PENDAPATAN MELALUI BLOG. Bermula dengan hanya mempunyai akaun NUFFNANG, EXABYTES, ADSENSE dan terkini saya mencuba nasib  dan berjaya memohon akaun POPADS dan  kini berdoa berjaya menjadi salah seorang Publisher bagi PopAds.

Istimewanya POPADS ini, ia seperti ADSENSE yang membayar menggunakan matawang USD. Kita semua tahu bahawa penurunan harga matawang RM tidak menunjukkan tanda-tanda kenaikan untuk masa terdekat ini. Jadi alternatif terbaik kita sebagai blogger ialah mencari alternatif lain yang membayar dalam matawang USD.

Doakan saya bernasib baik dalam memohon menjadi Publisher bersama PopAds ini dan membuat duit dengan POPADS pula. Merasa nikmat mendapat pendapatan pasif dari NUFFNANG dan EXABYTES dan kelulusan akaun ADSENSE dan pengiklanan ADSENSE menambah lagi semangat untuk saya MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG.

Malah blog saya ini juga membantu memperkenalkan produk CRUNCHY FLAKES BY QK yang turut mendapat tempat dihati peminat dan pembeli melalui pembacaan blog.

Tunggu apa lagi, mohon akaun POPADS ini sekarang dan semoga kita bertuah menjadi antara Publisher PopADs , DAN JANA PENDAPATAN PASIF SETERUSNYA MELALUI BLOG.


Terima kasih.



Jumaat, 14 Ogos 2015

KHASIAT BUAH MANGGIS

buah manggis yang kaya khasiat dan antioksidan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah.

Sempena musim buah-buahan tempatan ketika ini. Saya ingin berkongsi dengan anda khasiat buah yang menakjubkan iaitu buah manggis.

Khasiat dan kegunaan Manggis yang Diambil dari wikipedia
Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones  yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah Manggis dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan manusia.
Xanthona yang terdapat dalam buah manggis merupakan sejenis super-antioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya:barah buah dadabarah paru-parubarah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis super-antioksida Xanthone di alam semula jadi) - juga diambil dari wikipedia
Kulit buah manggis juga amat tinggi khasiat dan telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Selain itu, buah manggis juga mempunyai CathechinsPolyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
Selain itu buah manggis juga kaya Vitamin CZat BesiNiasinKalsiumProteinSerat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan  lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

sempena musim buah, lebih berbaloi anda membeli buah tempatan yang harganya jauh lebih murah dari buah import

Secara ringkasnya berikut adalah antara khasiat buah manggis :-

1. Amat tinggi dengan anti oksidan
Buah manggis bukan sahaja tinggi dengan anti-oksidan malah ia juga mengandungi anti inflamasi. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kekurangan anti oksidan.
2. Rendah kalori
Buah manggis juga rendah kalori. Hanya mengandungi 63 kalori per 100 gram. Tidak mengandungi lemak yang tidak baik atau kolesterol. Ia juga kaya dengan serat makanan yang sangat penting.
3. Kaya Vitamin C
Buah Manggis juga kaya dengan vitamin C sekitar 12% RDA per 100g .Kandungan vitamin C larut ini berguna untuk melawan infeksi, flu dan selsema serta melindungi dari radikal bebas merbahaya. Vitamin C amat bagus untuk melawan pelbagai penyakit. Sekaligus buah manggis juga sesuai untuk ibu yang hamil.
4. Melancarkan Pengaliran Darah
Menikmati buah manggis juga membantu dalam melancarkan perjalanan darah dan mencegah anemia. Ini kerana ia membantu meningkatkan aliran darah sekaligus melebarkan pembuluh darah sekaligus melindungi dari penyakit akibat kolesterol, salur darah tersumbat dan rasa nyeri pada dada. Selain itu dengan pengaliran darah yang lancar penyakit katarak juga dapat dicegah.
5.Membantu Menjaga Kecantikan
Dengan kekayaan anti oksida dan antibakteria serta anti infeksi asli, menikmati manggis sekaligus dapat menyembuhkan masalah kulit terutama bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, kulit berminyak, noda-noda kulit, kulit kering atau sensitif dan masalah kulit yang lain. 
Selain itu kulit manggis juga mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah-buahan lain. Dengan menikmati segala keistimewaan yang terdapat dalam buah manggis, insyallah ia mampu menyembuhkan penyakit kulit, memperbaiki sel yang rosak dan melindungi tubuh. Buah manggis juga dapat mengurangkan penuaan yang muncul oksidasi. Manggis yang kaya dengan katekin (antioksidan yang sama dalam teh hijau) turut membantu dalam melawan radikal bebas sekaligus membantu anda kelihatan lebih muda.
6. Kurang Racun
Berbanding buah import dari negara luar. Buah Manggis yang ditanam di Malaysia atau kawasan berdekatan anda tidak mengandungi racun atau kurang racun berbanding buah yang diimport, sekaligus mengurangkan fungsi tubuh untuk membuang toksin dan berlawan dengan radikal bebas.
7. Harga lebih murah dan jauh lebih berkualiti
Harga buah tempatan pada ketika musim buah, jauh lebih murah berbanding harga buah import. Malas anda boleh mendapatkannya dimana sahaja. Paling penting buah tempatan yang segar jauh lebih berkualiti dari buah import.
Sempena musim buah ini, marilah kita sama-sama menyokong buah-buahan tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi Malaysia dan membantu penanam-penanam buah-buahan tempatan sendiri. 
Assalammualaikum dan terima kasih.

Khamis, 13 Ogos 2015

PETUA MERAWAT PENYAKIT BUAH PINGGANG BOCOR

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda Petua yang jarang diketahui iaitu Petua Merawat Penyakit Buah Pinggang Bocor.

Petua ini dikongsikan oleh sahabat baik saya dimana salah seorang dari kerabat beliau telah sembuh penyakit buah pinggang bocor dengan mengamalkan petua ini.


Kurma Merah atau Kurma Cina ialah bahan utama dalam remedi petua untuk penyakit buah pinggang bocor


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Segengam Kurma Merah atau Kurma Cina (digalakkan membeli kurma cina gred yang bagus)
2. Segengam  rambut @ bulu jagung (yang berwarna perang atau emas dibahagian atas jagung)
3. Sedikit kulit jagung
4. Air Bertapis

Cara-cara Penyediaan :-

Pastikan semua bahan-bahan dicuci bersih.

Rebuskan dalam periuk selama 15 minit menggunakan api perlahan. Sejukkan. Minum setiap hari. Sehingga penyakit sembuh.  Selamat Mencuba.

Anda boleh kongsikan petua ini kepada semua sahabat , kenalan dan ahli keluarga anda. Terima kasih. Assalammualaikum.




Isnin, 10 Ogos 2015

PETUA : CUCI BUAH PINGGANG MURAH !!!

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Saya pasti ramai antara anda tahu betapa pentingnya buah pinggang kepada tubuh badan kita. Oleh kerana itu, kita haruslah sentiasa menjaganya kerana dewasa ini penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang makin meningkat naik di Malaysia.

Anda amat digalakkan untuk mengamal petua mencuci buah pinggang ini kerana kita menggunakan fungsi buah pinggang setiap hari.


gambar daun sup dari google

Ini adalah petua mudah dan murah bagi anda yang mengalami tanda sakit buah pinggang atau kencing kotor atau menghidapi sakit buah pinggang. Kos petua dan remedi ini kurang dari RM1.00 .

Bahan-bahan yang diperlukan 

1. Seikat Daun Sup Segar  yang dicuci bersih (pastikan direndam dahulu dalam air garam sebentar dan dibilas bersih)

2. Air bersih bertapis

Cara-cara penyediaan :-

1. Potong kecil  daun sup yang telah di cuci bersih.

2. Masukkan daun sup yang dipotong kedalam periuk yang berisi air bertapis .

3. Rebuskan dengan api perlahan selama 10 minit,

4. Sejukkan dan tapis serta sedia untuk diminum

5. Anda juga boleh menyimpan lebihan bahan ini kedalam botol kaca dan simpan didalam peti sejuk.

6. Amalkan minum setiap hari. Insyaallah ada perubahannya. Segala kandungan garam dan racun yang tidak diperlukan akan lebih mudah dikumuh.

Gunakan daun sup atau petua dan remedi ini sebagai salah satu ramuan detoks untuk cucian buah pinggang anda. Selamat Mencuba.

Assalammualaikum.




Khamis, 6 Ogos 2015

PETUA MENGURANGKAN SAKIT ARTHRITIS @ SAKIT SENDI @ ANTI-RADANG @ EZEMA @ SLE



Gambar hiasan- kawan-kawan saya ketika minum air kelapa di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuatnan 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua petua atau remedi untuk mengurangkan sakit Arthritis atau sakit sendi.

Petua ini saya dapat dari Group Telegram yang diberikan oleh doktor rujukan kami iaitu Doktor Hafiz.

ini adalah petua yang diamalkan oleh orang tua atau ibu-bapa Doktor Hafiz sendiri.

Bahan-bahannya :-

1. Buah Betik HIJAU di potong dadu

2. Isi Kelapa Muda

3. Air Kelapa Muda

Cara-caranya ialah :-

Rebus ketiga-tiga bahan diatas selama 15 minit dan minum.
Amalkan setiap hari. Kesan akan nampak dalam masa satu ke dua minggu. Insyaallah

Amalan ini telah diamalkan oleh orang tua Doktor Hafiz sejak bertahun-tahun. Ia memang berkesan. Cuma kata Doktor Hafiz, jika berhenti lama mengamalkan remedi ini. Sakit Arthritis @ sendi akan kembali.

Secara ringkas ia hanya menghentikan sakit arthritis atau sendi ini untuk sementara waktu. Ia seperti painkiller atau antri radang sahaja dan juga memberi khasiat lain untuk tubuh. Sekaligus mengurangkan penggunaan painkiller dengan ramuan semulajadi yang insyaallah tiada kesan sampingan.

Jika anda ada mempunyai ahli keluarga atau sesiapa yang anda kenali mempunyai penyakit arthritis atau sendiri. Anda boleh mencuba petua dan remedi ini.


Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Assalammualaikum.

** petua atau remedi ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ekzema, sle , psoriasis, asma dan  radang yang lain.




BLOGGER : Perkembangan Adsense Saya


*** Perhatian. Untuk paparan IMEJ lebih jelas, sila KLIK IMEJ.


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.  Ini adalah antara perkembangan akaun adsense saya.

Perkara pertama saya belajar tentang adsense ialah Scorecard REVENUE OPTIMIZATION - sila gunakan sepenuhnya butang ini dan pastikan ia bertanda 5 bintang untuk keuntungan maksima anda. Anda boleh klik sahaja perkataan Revenue Optimization untuk mempelajari teknik lebih lanjut.

1) Imej yang memaparkan bahagian Revenue Optimization 5 bintang dan site health pula 3 bintang
1) Imej ini dikemaskini pada 26hb Julai- Jika anda perhatikan dalam artikel sebelum ini, paparan akaun adsense saya menunjukkan 4 bintang sahaja dibahagian 'Revenue Optimization'. Saya telah menambah jumlah iklan di blog saya dan seterusnya meningkatkan kadar bintang di scorecard bahagian ini.

Bahagian Site Health juga bertambah menjadi 3 bintang, sebelum ini hanya 2 bintang. Saya tidak pasti apa yang saya lakukan yang menyebabkan site health ini bertambah satu lagi bintang. Tetapi jika anda klik pada  'site health' ini, panduan akan diberikan untuk anda menjadikan blog anda lebih 'sihat'.

2. imej yang menunjukkan negara yang melawati blog saya sehingga pukul 12 tengahhari

2)  Jika didalam artikel sebelum ini saya imej yang diambil adalah ketika awal pagi, ini pula imej yang saya ambil sekitar pukul 12 tengah hari.

Imej sebelum ini memaparkan hanya negara Malaysia dengan jumlah paparan 57 dan jumlah RPM USD0.22 (USD lebih tinggi) walaupun paparannya lebih rendah dari imej diatas iaitu 168 paparan dengan RPM 0.19.  

Dan seterusnya imej dibawah ini diambil pada 28 Julai 2015 baru-baru ini.







Dan ini pula imej terbaru pada pagi ini.. 6 Ogos 2015 ..







Imej ini diambil pada pukul 9.37am pagi ini. Dan amat ketara sekali 'current balance' USD3.94 pagi ini dengan tarikh 28hb Julai hanya USD0.05 sahaja.

Score Card untuk 'Site health' saya juga meningkat tanpa saya melakukan apa-apa perubahan dalam seminggu dua ini. 

Perkongsian pengalaman google adsense saya ini akan saya kongsikan dengan anda pada artikel seterusnya. 


Terima kasih.

***Saya dalam proses menyiapkan blog kedua saya yang sepenuhnya dalam bahasa melayu tinggi dalam waktu terdekat ini bagi menyahut seruan Adsense. Insyaallah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...