Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Rabu, 25 Julai 2018

8 PETUA KESIHATAN MUDAH UNTUK MENGUBATI PENYAKIT YANG ANDA BOLEH CUBA




Assalammulaikum dan salam sejahtera.

Disini disertakan 8 lagi Petua Kesihatan yang sempat di salin dari pelbagai buku rujukan kesihatan berunsur perawatan islam untuk rujukan pembaca blog ini.

Anda boleh mencubanya sebagai satu cara untuk mengubati penyakit anda. Namun adalah dinasihatkan untuk anda mendapat pandangan pakar yang lebih profesional. Bimbang jika anda menghadapi masalah kesihatan lain.


1. Demam

3 biji bawang merah di tumbuk lumat  dicampur bersama jus perahan sebiji limau nipis kemudian tambah sedikit minyak kelapa. Kacau rata. Sapukan campuran ini di kening untuk mengurangkan demam yang dihidapi.


2. Demam panas atau panas badan

Ambil jeli lidah buaya, campurkan dalam semangkuk air. Ramas jeli lidah buaya dan jadikan ia sebati bersama air. Sapukan diatas kepala dan muka serta tapak tangan juga kaki bagi mengurangkan panas badan atau demam panas.


3. Resdung

Amalkan mencium bunga bawang merah.


4. Kaki Tertusuk Duri

Sebiji bawang merah di celup kedalam minyak kelapa, kemudian di bakar dengan api hingga hangus. Tumbuk bawang merah tadi dan tampal pada bahagian kaki yang tertusuk duri. Duri akan keluar dengan perlahan-lahan.


5. Sakit Belakang

Ambil isi halia segar yang telah dikupas kulit dan dibasuh bersih. Tumbuk lumat kemudian campurkan dengan minyak kelapa. Sapukan bancuhan ini di belakang badan yang sakit.


6. Sengal Tulang

Kupas bersih halia dan buang kulitnya. Tumbuk halus dan tampalkan pada tulang yang sakit.


7. Lemah Tenaga Batin

3 biji kurma ajwa di makan dengan madu liar mentah 2 jam, sebelum tidur. Amalkan selalu.


8. Tubuh Masuk Angin

Bawang putih dikupas kulit , dibersihkan dan ditumbuk lumat. Kemudian perah isi bawang putih tadi dan hanya ambil jus atau airnya sahaja. Campurkan dengan madu liar mentah asli anggaran sesudu.  Kacau rata bancuhan ini. Kemudian minum.


Selamat mencuba petua tradisional ini. Harus diingatkan petua tradisional ini haruslah diamalkan bersama diet dan pemakanan yang sihat.


Terima kasih.




Selasa, 19 Disember 2017

6 Petua Mudah Dalam Buku ISLAMIK , Untuk Merawat Penyakit Anda



makan buah delima setiap hari dikatakan boleh menyuburkan rahim


Asssalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia ini kaya dengan petua, dari petua melayu, cina, india, siam , jawa dan sebagainya.

Termasuk petua dari barat dan timur.

Berikut dikongsikan 6 PETUA MUDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN yang senang diikuti dan mudah dibuat.


1. Petua Insomnia atau Susah Tidur
Buat jus kurma asli, minum ia sebelum tidur.

2. Petua untuk Kurang Tenaga & Semangat
Rebus buah kurma cina atau kurma biasa dengan longan. Kemudian minum.

3. Petua Menguatkan badan Dan Meningkatkan Stamina
Rebus kurma sebentar (atau celur dalam air mendidih), tambah susu segar asli dan madu kemudian minum sebelum tidur.

4. Petua Masalah Sembelit
Rendam beberapa biji kurma semalaman dalam jumlah ganjil. Minum air rendaman kurma itu pada waktu pagi ketika perut kosong.

5. Petua Panas Badan atau Badan Panas
Makan buah kurma campur tembikai untuk mengurangkan panas sebelum makan.

6. Petua Untuk Mudah Bersalin
Rebus daun zaitun bersama beberapa biji kurma ajwa sehingga mendidih. Jika anda tidak mampu mendapatkan daun zaitun segar, guna sahaja daun zaitun kering. Minum air rebusan tersebut.


*** di baca dan diolah dari buku Indahnya Pemakanan Dan Perubatan

Selamat mencuba petua mudah dan senang dicuba ini.

Terima Kasih.


Sabtu, 7 Oktober 2017

Bahan Dapur Untuk Kecantikan Wajah Dan Seluruh Tubuh


Lidah Buaya dan Kunyit antara tanaman yang mudah di tanam di dalam pasu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Terdapat banyak bahan murah dan hanya di berada di dapur untuk kecantikan wajah dan seluruh tubuh termasuk rambut. 

Sama ada anda rajin atau pun tidak. 

Antara bahan dapur yang murah dan senang didapati paling popular ialah 


1. MADU

Madu terkenal untuk pelbagai rawatan termasuk batuk dan sakit tekak serta Supplement utama untuk kekuatan antibodi selain Habbatus Sauda. 

Madu boleh di sapu di wajah untuk pelbagai masalah kulit dari jerawat,  kekeringan,  panau dan sebagainya. 

Malah madu juga amat bagus sebagai pengganti pelembap asli kulit. 

Selain itu madu juga sesuai untuk rawatan bibir dan lulur @ skrub badan. 

2. KUNYIT 

Selain terkenal sebagai bahan antiseptik untuk kurap atau penyakit kulit. 

Kunyit juga amat bagus untuk menanggalkan parut di wajah dan di tubuh. 

Malah kunyit terkenal untuk mencantikkan warna kulit. 

Dikalangan actress bolywood,  mereka mencampurkan kunyit dan minyak zaitun untuk rambut yang cantik dan menghilangkan kelemumur. 

Anda boleh mencampurkan kunyit dalam lulur badan anda. 

Dan menyapu pest kunyit di wajah (sikit sahaja)  pada waktu malam dalam 2-3 minit kemudian cuci bimbang warna kuning melekat di wajah kecuali anda memakai ia pada hari cuti. 

Kunyit termasuk tumbuhan yang mudah di tanam di dalam pasu. 

3. BAWANG PUTIH 

Selain kunyit,  bawang putih juga turut bagus untuk mematikan Fungus dan mengubati penyakit kulit seperti kurap. 

Untuk jerawat anda perlu berhati-hati jika ingin memakainya di wajah bimbang kulit terbakar. 

Jerawat yang degil boleh dihapuskan dengan bawang putih. 

Cincang bawang putih dan ambil seketul kecil sahaja dari yang di Cincang. 

Perlahan-lahan tekap di jerawat. Jangan gonyoh bimbang kulit melepuh,  jika anda tidak pandai mohon elakkan cara ini. 

Pilihan lain,  anda hanya perlu makan bawang putih mentah. 

Tentu masalah kulit seperti jerawat, kurap dan panas insyallah mudah hilang. 

4. LIDAH BUAYA 

Mudah di tanam dalam pasu dan dikatakan antara tumbuhan mudah hidup. 

Aloe Vera bukan sahaja boleh disapu di wajah,  tubuh dan rambut malah sesetengah jenis boleh di minum sebagai Supplement kecantikan dan kesihatan. 

Malah kulit yang terkena air panas juga,  boleh terus diisi lidah buaya dan ia tidak akan meninggalkan parut,  insyallah. 

Selain untuk masalah jerawat,  kedutan,  Fungus,  kurap dan parut. 

Aloe Vera terkenal sebagai masker kulit asli. 

Gel atau isi lidah buaya juga boleh diminum dan dimakan untuk di buat jeli dan Supplement kesihatan. 

5. TELUR

Terkenal sebagai lauk kecemasan. 

Sebiji telur cukup untuk basuhan dan perapan rambut sihat dan kuat serta berkilau. 

Dikatakan petua untuk menguatkan akar rambut dan memberi kilauan,  sebiji telur cukup digunakan untuk memberikan rambut sihat dan kuat. 

Tidak cukup itu,  putih telur juga amat terkenal sebagai masker dan bahan kecantikan kulit.
Sapu putih telur di wajah.  Tekapkan kapas muka,  tunggu kering dan cabut. 

Segala bintik putih di wajah akan ditanggalkan termasuk sel kulit mati dan habuk-habuk yang terperap di pori wajah. 

Tunggu apa lagi,  jika anda punya waktu dan barang ini di dapur anda.
Mulakan dari sekarang menggunakan bahan makanan semulajadi yang lebih selamat ini. 

Selamat Mencuba. 

Terima kasih 



Jumaat, 29 September 2017

Air Mandian Herba Mudah


Campuran daun pandan dan daun limau purut di rebus dalam periuk tanah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selain berlulur,  memakai Skrub atau mandi susu. 

Anda boleh mencuba mandian herba untuk menyegarkan badan. 

Paling istimewa ia amat mudah di buat sendiri di rumah. 

Hanya sediakan bahan-bahan asas sesuai kegemaran anda. 

Dan anda boleh jadikan ia sebagai mandian atau penyegar badan selepas mandi. 

Berikut cara penyediaan mandian herba mudah ini. 

MANDIAN HERBA HOME MADE MUDAH

Bahan-bahan 

BAHAN A
Daun pandan segar
Daun limau purut segar
Kulit buah limau purut
Serai


BAHAN B
** beberapa kuntum bunga melur segar
Jus Perahan buah limau purut

Cara-cara Menyediakan MANDIAN Herba 

1. Rebus semua bahan-bahan A dengan air berlapis dalam periuk tanah. 
2. Tunggu hingga air mendidih 2-3 x.  
3. Tutup Periuk tanah dengan penutup. 
4. Biarkan suam atau dingin. 
6. Campuran campuran bunga melur segar dan jus Perahan buah limau purut kedalam baldi. 
7. Isi bahan-bahan dalam dan air dalam periuk tanah tadi ke dalam baldi berisi 5  cebok air. 

Anda boleh menjadikan mandian ini sebagai mandian atau penyegar badan (selepas berlulur). 

** jika tiada bunga melur segar dan limau purut juga tidak apa.  Gunakan sahaja daun pandan dan daun limau purut atau bahan yang ada sahaja. 

Mandian ini bukan sahaja menyegarkan badan malas mewangikan tubuh dan mengurangkan tekanan. 

Anda boleh menggunakan mandian ini sempena mandi sunat Jumaat,  di hari cuti,  berpantang atau selepas haid. 

Mandian ini juga membantu mengurangkan toksin didalam tubuh. 

Jika anda ialah pengguna Original Body Scrub by QK,  anda boleh menjadikan air rebusan ini sebagai bancuhan Skrub anda dan biarkan ia direndam semalaman.

Original Body Scrub by QK 
Bagi pertanyaan dan pembelian produk Original Body Scrub by QK Anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 

Original Body Scrub by QK  Di perbuat hanya dari bahan semula jadi bermutu tinggi menggunakan bahan lulur Semulajadi turun temurun. 

Anda boleh membaca semua artikel mengenai Original Body Scrub by QK Ini di link di bawah

ORIGINAL BODY SCRUB by QK


Selamat Mencuba Original Body Scrub by QK Dan Mandian herba mudah ini.

Terima kasih.



Ahad, 19 Februari 2017

PETUA SAKIT PINGGANG


Halba yang kaya manfaat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak berkongsi petua di Blog ini.

Alhamdulillah saya terbaca petua berguna yang di kongsi oleh Puan Muna binti Muhammad, salah seorang sahabat saya di Facebook.

Saya telah meminta izin beliau untuk berkongsi petua mudah untuk kaum wanita ini khususnya.

Amalan ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah sakit pinggang,  rahim Lemah dan banyak angin di dalam badan.

Paling penting ia terlalu mudah untuk di sediakan.

Bahan-bahan yang di perlukan

1.  1 kg Garam Kasar
2. 2 sudu makan lada hitam
3. 2 sudu makan halba

Cara-cara Membuatnya

Goreng semua bahan diatas tanpa minyak dalam kuali.

Goreng agak-agak panas 2-3 minit.

Masuk bahan-bahan yang siap digoreng ke dalam kain.

Bunjutkan ia.

Tuamkan bunjut ini di belikat,  pinggang,  belakang badan, perut,  betis,  peha,  kedua-dua belah peha,  celah kelangkang dan mana-mana bahagian anda rasa perlu termasuk betis dan tapak kaki.

Petua atau bunjut ini juga boleh digunakan oleh wanita dalam pantang atau selepas pantang.

Wanita hamil atau mengandung di larang menggunakan petua atau bunjut ini.

Petua ini membantu melegakan sakit badan,  sakit pinggang,  melawaskan dan membantu membuang angin.

Selepas rawatan bunjut ini anda di galakkan menikmati teh halia suam atau air halia suam. Kosong untuk pembuangan angin dan toksid lebih lancar.

Petua ini tidak digalakkan di gunakan secara kerap kerana ia panas.

Maka anda hanya di galakkan mengamalkannya seminggu sekali atau 2 kali sahaja.

Semoga petua ini membantu anda.

Terima kasih.



Sabtu, 30 Julai 2016

JOM BUAT JAMU ASLI SENDIRI

gambar hiasan
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah artikel sambungan link ini 3 RESEPI JAMU MUDAH

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda RESEPI JAMU ASLI ATAU HOME MADE yang saya ambil dari facebook Suzy Honey Herbs dan saya lihat banyak lagi pages facebook lain menyiarkan resepi yang sama.

Berikut antara bahan jamu mudah yang anda boleh buat sendiri.

1.  Jamu Air Rebusan  Serai dan Halia.
      - 3 batang serai segar.
      - 4cm halia  atau 2 ketul halia bara atau bentong

Diketuk kedua-dua bahan tersebut kemudian direbus  dengan 3 gelas air  sehingga menjadi 1gelas air . Tunggu air menjadi suam kemudian diminum. 

Jamu ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan mengalami lenguh-lenguh badan,  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Dan diamalkan 2-3 kali seminggu.

2.  Jamu Air Rebusan Daun Sireh 
      - Daun  sireh 3 ke 5 helai. 
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan biarkanhingga ia menjadi 1 gelas. Biarkan suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Jamu ini sesuai untuk menghilangkan bau badan dan memulihkan segala penyakit  berkaitan urat dan sengal-sengal badan. 

Jamu Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali. 

3 . Jamu Air Rebusan Daun Sireh dan Daun Inai
       - Sediakan 3 ke 5 helai daun sireh.
       -  Dan Segenggam  daun Inai.
 Kedua-dua bahan direbus  bersama 3 gelas air dan sehingga menjadi 1 gelas air. Tunggu hingga suam dan minum.

**Air Rebusan  ini spaling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak.  Juga berbau. Daun inai bersifat tajam. Amalkan sekali sebulan sahaja.

Jamu rebusan ini sesuai di amalkan  selepas haid. 

4. Jamu Air Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga  
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu lebih bagus digantikan dengan
        madu jika suka.

****Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid. 
Cukup sekali sebulan sahaja diamalkan dan diminum.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan. 

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.

Segala ramuan jamu-jamu ini tidak disyorkan diamalkan setiap hari. Sila pastikan amalan dan aturan mengikut  keperluan badan sendiri dan kesesuaian tubuh.

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksid dan lemak serta 1001 khasiat.

Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.

Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.

Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.

TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.

Terima kasih.


Ahad, 29 Mei 2016

REMEDI @ PETUA MENYEJUKKAN BADAN DI MUSIM PANAS


selain sedap minuman ini juga menyejukkan badan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi dengan anda ilmu saya yang tidak seberapa ini.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda REMEDI atau PETUA MENYEJUKKAN BADAN yang amat sesuai untuk anda yang sedang demam, menghadapi sakit kepala akibat cuaca panas, sakit tekak dan pelbagai penyakit lain yang bersangkut paut dengan panas badan atau suhu badan yang tinggi.

jika anda mempunyai budget lebih, pilihlah barli organik
Barli Jobs Tear atau lebih dikenali dengan nama 'air mata nabi ayub' saya memilih barli spain atau perancis bukan yang berwarna putih 
Bahan-bahan untuk remedi ini amat mudah iaitu :-

1.Air bertapis 
2. Barli Jobs tear atau barli biasa (yang telah direndam semalaman)
3. Longan kering 
4. Kurma merah atau kurma cina

longan kering organik
longan kering organik dan kurma merah organik
Anda boleh mendapatkan barli jobs tears, longan kering dan kurma cina di kedai ubat cina atau jika anda mempunyai budget yang lebih , anda juga boleh mendapatkan di kedai organik.

Perbezaan antara barli biasa yang senang didapati dikedai runcit berbanding barli jobs tears ialah, barli biasa mempunyai gluten dan barli jobs tears pula tidak mengandungi gluten. Barli jobs tears dikatakan adalah barli sebenar . Saya ada menulis mengenai jobs tears barli di artikel di link ini Barli Jobs Tears .

kurma merah dan longan kering yang telah dibersihkan
Kurma merah atau kurma cina yang terdapat di kedai tabib cina atau ubat cina kebiasaannya dikatakan diletakkan sedikit sulfur untuk tahan lama, berbeza dengan kurma cina atau kurma merah yang terdapat dikedai organik yang diletakkan didalam peti ais kerana mudah rosak. Jika anda membeli kurma merah atau kurma cina dikedai organik anda perlu menyimpan stok kurma merah dan kurma cina ini di dalam peti ais. Begitu juga halnya dengan longan kering, longan kering di kedai organik turut disimpan didalam peti ais untuk tahan lama, berbeza longan kering yang terdapat dikedai ubat cina yang ditambah sulfur untuk tahan lama dan disimpan diluar.


tutup periuk anda dan biarkan air mendidih

Cara membuatnya :-

1. Campurkan semua bahan-bahan diatas didalam periuk dan hanya panaskan diatas dapur dengan api perlahan.
2. Setelah semua bahan-bahan kembang, anda boleh tutup api dan tunggu sejuk.
3. Hidangkan panas atau sejuk.
4. Untuk tambahan rasa manis, tambahkan sahaja gula perang, madu atau gula batu organik.

pastikan longan kering, kurma merah dan barli telah kembang baru tutup api dapur
longan kering yang tadi kecut telah kembang dan mekar
kelihatan kurma merah dan barli tidak cukup kembang atau dididihkan 

Pastikan anda merendam barli anda semalaman didalam air bertapis. Selain itu air hendaklah sentiasa ditambah ke dalam periuk yang sedang mendidih untuk memastikan bahan-bahan kembang dengan sempurna.  

Jangan tiru saya ,kerana remedi diatas tidak cukup sempurna kerana saya mengejar masa. Kebiasaannya selepas kurma merah mulai kembang, ia akan menghasilkan bau wangi yang manis dan membuatkan anda berselera untuk menikmati manisan ini. Selagi ia belum menghasilkan bau bermakna remedi anda masih belum cukup masak dan kembang.

Campuran kurma merah atau kurma cina dan longan kering ini juga dibuat minuman untuk wanita mengandung yang kekurangan darah. Terdapat beberapa sahabat saya yang menggunakan remedi ini dan berhasil tanpa perlu menambah darah ketika mengandung. Jika anda menghadapi kekurangan darah, buat REBUSAN KURMA MERAH DAN LONGAN KERING sebagai REMEDI TAMBAH DARAH dan menambah tenaga untuk anda.

barli jobs tear Spain organik
Jika anda tidak cukup budget dan ingin berjimat cermat atau kekurangan bahan seperti kurma merah dan longan kering, air rebusan barli jobs tears juga sudah cukup membantu menyejukkan badan dan mengurangkan panas badan anda. Rebus sahaja barli jobs tears anda yang telah direndam semalaman.

rupa jobs tear barli yang telah direndam semalaman dan dididih berkali-kali diatas dapur , cukup kembang

Pastikan barli jobs tears anda cukup kembang dengan kerap menambah air dan mendidihnya berkali-kali, barulah anda akan mendapat hasil seperti diatas.

Selamat mencuba remedi mudah ini. Semoga panduan ini berguna untuk anda.

Terima kasih.

Isnin, 28 Mac 2016

PETUA MEMUTIHKAN DAN MENGHILANGKAN BAU KETIAK


ramuan mudah kapur makan dan limau nipis

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah saya masih berkesempatan menulis berkongsi ilmu dengan anda walau kesibukan saya yang semakin menjadi sepanjang tahun ini.

Hari ini ini saya ingin berkongsi dengan anda antara petua dan ramuan mudah untuk memutihkan kembali ketiak anda yang hitam akibat penggunaan deodorant atau pewangi serta pemutih ketiak bahan kimia lain.

Juga petua untuk mengurangkan bau badan atau ketiak anda.

bancuhan yang telah siap di bancuh

Petua ini amat mudah anda hanya perlu menyediakan 2 bahan berikut sahaja :-

1. Kapur makan secukupnya
2. sebiji limau nipis

Cara membuatnya :-

Hanya bancuh kapur makan dengan air dan pastikan kapur telah lembut.

Ambil 2 sudu kapur makan yang lembut tadi, isikan dalam mangkuk plastik yang tidak lagi digunakan.

Perah sebiji limau nipis didalam kapur makan tersebut.

Kacau rata. Sapu bahan ini setiap hari diketiak anda sebelum mandi.

Baki bahan ini boleh disimpan dan digunakan kembali sampai habis.

Kesan Penggunaan Petua ini 

1. Kulit ketiak anda lebih kering dan kurang berpeluh.

2. Bulu ketiak juga lebih halus. (Anda sebenarnya hanya perlu menggunakan kapur makan sahaja untuk mencabut bulu ketiak anda tanpa perlu anda mencukur atau menggunakan krim yang mengandungi bahan kimia).

3. Ramuan ini bukan sahaja mengurangkan bau badan malah turut membantu menghaluskan dan memudahkan anda mencabut bulu ketiak anda.


Selamat mencuba petua mudah ini.

Terima kasih.


Rabu, 3 Februari 2016

BUAT SKRUB BIBIR SENDIRI

pilih pelembab bibir dari produk organik untuk lebih selamat

Bukan setakat skrub wajah, skrub tubuh, kini bibir juga mempunyai skrub sendiri.

Tentu anda ingin bibir anda sentiasa kelihatan lembut dan merah , tetapi atas kekangan budget dan ingin produk yang lebih selamat anda tentu ingin mencari cara paling murah untuk menghasilkan skrub bibir sendiri.

Ini adalah antara bahan-bahan dan resepi untuk membuat skrub bibir mengikut pilihan anda dan pilih yang paling sesuai bagi diri anda.

Jika anda mempunyai bibir yang hitam dan kering, skrub bibir insyaalah boleh membantu merawat masalah anda ini.

Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan sebagai skrub untuk bibir anda adalah seperti berikut :-

Bahan-bahan Pilihan untuk SKRUB BIBIR

1. Minyak kelapa dara dan gula perang
2. Minyak zaitun  asli dan gula jaggery 
3. Serbuk kopi organik yang telah digunakan
4.Isi lidah buaya segar dan gula perang halus
5. Hampas ubi bit merah atau isi ubi bit merah bersama minyak kelapa dara
6. Hampas halia yang telah dikisar atau halia yang di tumbuk halus dan minyak zaitun asli 
7. Butter  atau mentega asli dari susu segar bersama gula perang
8. Madu dan sedikit hampas dari kelapa muda.

Cara-cara Membuat SKRUB BIBIR ASLI

1. Campurkan kedua-dua bahan pilihan anda dari senarai diatas.
2. Anda boleh pilih untuk menukar pilihan minyak kepada minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau minyak pati mengikut kesesuaian anda sendiri.
3. Gula perang atau gula jaggery mestilah halus dan tidak terlalu kasar.

Cara-cara Menggunakan SKRUB BIBIR 

1. Pastikan bibir anda lembab.
2. Sama ada sudah dibasahi air atau dilumur minyak zaitun atau minyak pilihan anda atau jika anda tidak mempunyai minyak, anda boleh gunakan mentega asli , pilihan lain minyak sapi asli yang diperbuat dari susu lembu.
3. Lumur bancuhan ramuan skrub bibir pilihan anda dengan jari manis.
4. Gunakan hanya hujung jari manis, buat perlahan-lahan seperti atas angin.
5. Lakukan hanya 1-2 minit sahaja.
6. Basuh bibir anda.
7. Lap dengan kapas lembut.
8. Sapukan bibir anda dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
9. Setelah bibir kering, sapu madu.
10. Siap dan anda boleh terus melakukan aktiviti harian anda .


jika anda kerap menggunakan gincu dan pelembab bibir berwarna yang tinggi bahan kimia, ia akan menyebabkan bibir anda mudah kusam , kering dan gelap.


Info lain mengenai masalah bibir hitam dan kering

1. Bibir menjadi gelap kerana kering, pastikan anda minum cukup air putih untuk mengatasi masalah ini.
2. Antara punca bibir kering termasuk penggunaan penghawa dingin, pastikan anda kerap menyapu bibir dengan pelembab bibir organik, kurangkan penggunaan bahan kimia dibibir anda.
3. Penggunaan kerap gincu juga menyebabkan bibir mudah kering dan menjadi hitam, lakukan detoks sekali seminggu atau sebulan sekali dengan meninggalkan penggunaan gincu selama seminggu di dalam sebulan atau sehari dua dalam seminggu.
4. Jangan selalu mengigit bibir atau menjilat bibir, ia hanya menambahkan masalah kekeringan bibir.
5. Pastikan anda menyapu pelembab bibir atau minyak zaitun atau kelapa asli atau madu sebelum tidur dibibir anda untuk mengelakkan masalah kekeringan bibir anda.
6. Jangan terlalu berkasar ketika mencuci bibir anda atau melakukan perawatan bibir.


Selamat mencuba.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menangani masalah bibir kering, hitam dan kusam.


Jumaat, 22 Januari 2016

PENCUCI MUKA ASLI : SUSU TEPUNG



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, ini perkongsian saya cara penggunaan susu tepung sebagai pencuci wajah alami :-

Bahan-bahan diperlukan

1/2 sudu kecil Susu tepung (suggestion jenama fernleaf atau jenama kurang gula dan bahan proses yang lebih baik)
Air suling (air bertapis) atau air mineral
#pastikan bancuhan dalam bentuk paste lembut bukan cair

Cara penggunaan

1. Pastikan kulit dalam keadaan lembab
2. Dot kan bancuhan susu tepung yang telah di campur air bertapis di dahi, hidung, kedua-dua pipi, dagu dan leher.
3.  Basahkan jari jemari.
4. Hanya gunakan jari manis dan jari hantu yang telah dibasahkan dengan air, buat urutan berbentuk bulat @ putaran lembut jari jemari dari leher ke atas secara membulat secara lembut sehingga bahagian dahi.
5. Pastikan buat dengan secara lembut atau atas angin sahaja.
6. Buat perlahan-lahan jika anda buat secara cepat ia akan menekan dan mengkasari kulit wajah anda.
7. Pastikan anda melakukan dengan lembut, jika anda terlalu berkasar dengan wajah anda, ia akan menjadikan wajah anda mudah kering dan beruam serta mudah berkedut.
8. Setelah selesai selama 1-2 minit, bilas dengan air suling atau air bertapis atau pun air mineral.
9. Lap wajah anda dengan kapas muka bersih.
10. Anda boleh meletakkan penyegar wajah alami anda dan pelembab alami pilihan anda


Selamat mencuba.


INFO PENTING MENGENAI JERAGAT

20 JAN 2016- SELFIE SEBELUM KE PEJABAT

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, petua dalam menangani jeragat yang dikongsi oleh beautician Zai Beauty Formula di salon Zai Beauty formula untuk info anda semua. Semua petua yang dikongsi oleh mereka dipelajari dari ilmu YM Dr Tunku Zaidar sendiri. 

Walau bagaimanapun ingin sekali diingatkan bahawa setiap kulit dan tubuh serta kesesuaian petua ini bergantung kepada umur, jenis kulit, cara hidup, faktor persekitaran, cuaca dan sebagainya.

Ini antara ilmu yang anda boleh amalkan atau ikuti,

1. Masalah jeragat biasanya diwarisi dari keturunan, anda boleh mengurangkan pertambahan jeragat dengan mengelakkan perkara-perkara yang lebih menggalakkannya.

2. Dari ilmu yang dikongsi sepanjang saya berada di Salon Kecantikan Zai Beauty satu masa dahulu, antara ilmu yang dikongsi, menikmati buah-buahan citrus akan meningkatkan lagi pengeluaran jeragat di wajah  jika anda selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Jika anda tidak menghadapi masalah jeragat, anda akan menghadapi masalah kulit mudah terbakar atau 'sunburn'.

3. Walau bagaimana pun jika anda berada di negara luar yang bercuaca sejuk tanpa panahan cahaya matahari, anda boleh menikmati buah citrus. Ketahuilah kulit kita di Malaysia adalah berbeza dengan kulit mat salleh.

4. Harus diingatkan seiring usia, hormon anda akan menjadi kurang stabil dan kerana itu anda harus menjaga diet dan tingkatkan supplement berkaitan untuk mengstabilkan kembali hormon anda.

5. Seiring usia, kulit anda akan semakin nipis dan sensitif. Penggunaan petua yang salah akan memburukkan lagi keadaan ini.

6. Pastikan segala petua sesuai dengan usia dan keadaan kulit anda. Adalah tidak sesuai jika kulit anda yang berjeragat dan nipis, usia anda pula hampir 40an, anda menggunakan lemon dan menenyeh dengan kuat kekawasan kulit anda yang amat nipis diwajah terutama jika jeragat itu berada berdekatan kawasan mata iaitu diatas tulang pipi.

7. Jika terpaksa, sila rajinkan diri anda menggunakan payung ketika keluar di waktu sinaran matahari memancar-mancar terutama jika ia di waktu tengah hari. Sinaran matahari pagi dan petang amat penting untuk kulit dan tubuh anda. Sila tahu perbezaan sinaran cahaya matahari yang bagus dan yang tidak bagus.


8. Jeragat juga terjadi kerana kesan panjang penggunaan bahan kimia di kulit. Kurangkan penggunaan bahan kimia di wajah anda.

9. Keadaan kulit kering dan nipis juga menggalakkan pertumbuhan jeragat, lakukan sesuatu untuk mengurangkan perkara ini dengan penggunaan produk dan petua yang betul.

10. Kulit cerah dan putih lebih mudah mengalami masalah jeragat yang lebih ketara.

11. Cuba gunakan pencuci muka yang bersifat lembut, anda boleh menggunakan susu tepung sebagai pencuci wajah alami anda dari bahan alami dan jauh lebih selamat menggantikan pencuci muka biasa anda, saya kongsikan cara penggunaan susu tepung sebagai pencuci wajah untuk info anda di link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2016/01/pencuci-muka-asli-susu-tepung.html

12. Jadikan madu asli sebagai masker untuk mengelakkan kulit kering dan mengurangkan masalah jeragat.

Semoga info ini bermanfaat.

Terima kasih.






Rabu, 20 Januari 2016

PETUA PALING UTAMA



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang PETUA PALING UTAMA dalam menjaga DAN MENGHARGAI kecantikan anda.

Ini adalah PETUA UTAMA yang di beri dan dikongsikan oleh YM Dr. Tunku Zaidar di portal beliau dan selalu ditekankan oleh pekerja-pekerja atau beautician di salon-salon milik beliau bahawa betapa penting anda dan kita semua menghargai kecantikan asli yang dikurniakan tuhan.

Memetik kata-kata utama YM Dr Tunku Zaidar, anda harus dan bagi saya sendiri wajib menyayangi dan syukuri segala bentuk kecantikan wajah dan tubuh kurniaan tuhan kepada anda.

Anda harus berdoa dari sekarang supaya anda kekal menyukai dan menyayangi wajah, warna kulit dan bentuk rupa serta tubuh anda semenjak anda lahir tanpa perlu mengubah ciptaan tuhan yang terindah milik anda. Ketahuilah anda perlu hidup dan sukai wajah anda ini sehingga anda tua nanti. Jangan risau, jika anda menjaga ia dengan betul insyaallah anda tetap kekal awet muda dan bukan awet 'plastik'. Ketahuilah apa yang anda gunakan hari ini akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang.

Menurut YM Dr Tunku Zaidar lagi , melalui pengalaman beliau selama 25 tahun dalam bidang kecantikan, ia telah mengajar beliau, wanita yang kelihatan anggun dan cantik semasa lanjut usianya ialah MEREKA YANG MENYUKAI DAN MENERIMA KEKURANGAN YANG ADA PADA RUPANYA SEMASA MUDA.



Pesan YM Dr Tunku Zaidar lagi, jika sepanjang hayat, kita asyik memberi tumpuan pada kekurangan diri, tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. 

Dan bukankah orang yang sentiasa tidak berpuas hati hidupnya akan dapat dilihat pada wajahnya yang sentiasa kelihatan sugul dan masam.

Bayangkan jika setiap hari individu itu mukanya begitu. Bagaimana wajahnya setelah 10 tahun kemudian?

Tentu sekali air muka dan kulitnya lebih berkedut, bibir lebih jatuh ke bawah dan dahi lebih kerepot berbanding dengan seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang dan bersyukur, makan terbitlah air muka yang sentiasa tersenyum manis.

Wanita ini tentu sekali apabila tua kelak akakn kelihatan jauh lebih muda dan menarik.


Pesan nenda YM Dr Tunku Zaidar kepada beliau ,

"saat kita berhenti melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka PADA MASA itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.

BERHENTI BANDINGKAN DIRI DAN WAJAH KITA SERTA WARNA KULIT SERTA BENTUK BADAN KITA DENGAN ORANG LAIN.

Sayangi dan cintailah diri anda.

Amalkan PETUA UTAMA ini sebelum anda amalkan petua-petua kecantikan lain.

Selamat mencuba.

TERIMA KASIH.


Selasa, 12 Januari 2016

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT DAN MENEGANGKAN KULIT

12 JAN 2016 sesekali selfie sebelum ke pejabat

Secara peribadi , sesekali saya sukakan kulit "sunburn" dan adakalanya saya lebih suka kulit lansung tanpa makeup dan tentu sekali sesuai situasi dan tempat kadang kala saya tetap akan bermakeup dengan makeup yang amat nipis sekali.

Sebagai pencinta bahan kecantikan semulajadi serta pengguna setia PRODUK KECANTIKAN ZAI BEAUTY FORMULA yang di formulasi oleh YM DR. TUNKU ZAIDAR, untuk kali ini saya berkongsi dengan anda petua yang pernah disalin oleh saya dari portal ZAI BEAUTY FORMULA ini.

Kadangkala masalah kedut dan geleber bukan sahaja terjadi kerana faktor usia yang semakin tua. Selain faktor banyak terdedah kepada cahaya matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, stress akibat tekanan perasaan dan persekitaran, tetapi faktor utama masa kini ialah penggunaan BAHAN KIMIA dalam produk kecantikan dan makanan kesihatan yang semakin diabaikan oleh golongan masa kini kerana ingin kelihatan 'pantas cantik'.

Bagi anda yang mempunyai masalah KULIT BERKEDUT DAN SEMAKIN KENDUR , diharap 3 PETUA yang di kongsikan ini dapat membantu masalah anda.

1. 10 liter air dicampur dengan 500 gram serbuk teh (digalakkan / terbaik menggunakan 'white tea' jenis daun teh cina yang tidak di proses peram). Campurkan dengan 300 gram gambir. 

Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air menjadi separuh.

Embunkan ramuan ini semalaman selama 3 malam berturut-turut, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan insyaalah masalah anda akan perlahan-lahan sembuh.

2. Petua kedua ini juga turut membantu menambahkan seri wajah. 

Ambil lempoyang sebesar ibu jari, lempuyang wangi, kunyit sebesar ibu jari.

Bersihkan bahan-bahan tersebut dan kisar halus.

Campurkan bahan ini dalam segelas air sluing atau mineral.

Ramuan tadi  dibahagi 2 untuk 2 kali minum.

Ketika ingin menikmati minuman ini, pastikan anda campur madu dan kuning telur. 

Kacau dengan sudu plastik atau kayu.

3. Ini pula 3 petua lama untuk awet muda, anda boleh selang selikan dengan amalan dan petua di atas :-

A) Daun katuk atau Cekur Manis 10 lebar di kisar lumat.

Campurkan dengan 1/2 cawan air bersih atau suling atau mineral yang dimasukkan pecahan (cebisan) hempedu ayam organik atau kampung. 

Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit , kemudian bilas bersih dengan air suling atau bertapis.

Lakukan setiap malam.

B) Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung atau ayam kampung organik dengan 1 camca teh minyak bijan.

Sapukan pada wajah.

Biarkan bancuhan ini kering, kemudian bilas dengan air bertapis yang bersih.

C) Cari pisang embon 2 biji. Lumatkan pisang embon ini bersama 1/4 cawan susu segar. Ratakan pada muka.

Biar dan tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih dengan air suling.

D) Dapatkan kulit 2 biji pisang, kikir kulit pisang tersebut sehingga tinggal kulit pisang luaran sahaja.

Jika anda berkulit kering, kisarkan bancuhan ini bersama 1/4 cawan susu segar.

Jika anda berkulit berminyak, kisarkan bancuhan ini dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air bersih bertapis.

Gunakan kapas muka bersih dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit dengan lembut ke wajah.

Biarkan kering , kemudian bilas dengan air bersih.


Selamat mencuba semua petua yang saya kongsikan dari portal ZAI BEAUTY FORMULA yang kini tidak lagi di jual di pasaran tetapi hanya di jual kepada pelanggan-pelanggan terpilih (PELANGGAN VVIP ZAI BEAUTY YANG TELAH LAMA DAN SETIA MENGGUNAKAN ZAI BEAUTY PRODUK SAHAJA.)

** saya adalah antara pelanggan VVIP ZAI BEAUTY PRODUK yang menggunakan produk ini semenjak September 2007 sehingga kini.

Semoga petua ini boleh membantu anda.


Terima kasih.


Selasa, 29 Disember 2015

PETUA AIR REBUSAN SERAI UNTUK KESIHATAN

cara paling mudah, potong serai halus dan masukkan sahaja dalam air panas dalam mug dan tutup. 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Kebelakangan ini saya kerap membaca petua dan khasiat air rebusan serai untuk kesihatan baik bagi lelaki atau wanita.

Terdapat pelbagai petua dan ramuan yang berbeza. Saya kongsikan dengan anda 2 petua air rebusan serai yang saya temui dari facebook dan dikongsikan dalam group kesihatan yang saya ikuti.


1. PETUA UNTUK KESIHATAN RAHIM WANITA & MENGELAKKAN KANSER


Untuk kaum wanita , amalkan petua mudah ini, masukkan sahaja sebatang serai yang di ketuk kedalam air panas di dalam mug kegemaran anda, kemudian biar 10 minit dan anda boleh minum dan amalkan. Air serai ini amat bagus untuk kesihatan rahim anda dan mencegah kanser.


2. PETUA UNTUK MEREKA YANG MENGHADAPI SAKIT LUTUT.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali menghadapi masalah sakit lutut dan kekurangan bendalir dikepala lutut tentu anda tahu kesukaran mereka untuk berjalan dan menunaikan ibadah.

Cuba ramuan mudah ini :-


Bahan-bahan


1. 5 batang serai segar

2. 5 biji epal hijau segar yang telah direndam dalam cuka dan air garam selama 10 minit

3. Air Bertapis


Cara Membuatnya :-


1. Masukkan serai yang telah di potong halus dan buah epal hijau yang telah di potong kedalam periuk yang berisi air.

2. Tutup periuk tersebut dan panaskan diatas dapur atau api yang kecil.

3. Biarkan periuk diatas dapur sehingga buah epal menjadi lembek atau empuk sekali.

4. Tutup api dan boleh diminum tanpa tambahan gula atau pemanis lain.

Dari perkongsian di group kesihatan, minuman ini membantu menjana kembali tulang lutut. Malah dengan amalan yang kerap, dikatakan mula berhenti menggunakan suntikan dan ubat-ubatan sakit lutut lain.

Tunggu apa lagi, kongsikan petua ini dengan semua rakan-rakan dan keluarga anda serta orang yang anda kenali.

Terima kasih.

** terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat ini didalam facebook dan group kesihatan yang saya sertai.


Jumaat, 11 Disember 2015

JAMU SELEPAS PERIOD





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang tersayang.

Kaum melayu terkenal dengan jamu untuk kaum wanita dan kaum lelaki.

Jamu yang terkenal sebagai antara bahan untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta awet muda ini di amalkan beribu tahun dahulu oleh nenek moyang kita.

Tetapi di zaman ini sukar untuk mendapatkan jamu asli dan tanpa steroid serta selamat untuk di makan.

Mujurlah terdapat banyak perkongsian di media sosial bagaimana cara membuat jamu yang mudah untuk anda dan golongan muda untuk amalkan.

Di bawah ini adalah antara ramuan perkongsian jamu dari FACEBOOK pemilik asal yang saya tidak ketahui, tetapi seperti biasa saya tetap mengolah mengikut kefahaman saya segala keterangan mengenai jamu ini , khasiat serta penyediaannya.

Jamu ini adalah JAMU KHAS UNTUK GADIS ATAU WANITA SELEPAS HAID ATAU PERIOD.

Bahan-bahan 

1. Halia (sebesar ibu jari)
2. Kunyit (sebesar ibu jari)
3. Serai (2 batang)
4. daun pandan (2 helai)
5. Gula perang atau madu (secukup rasa)
6. Air mineral atau bertapis (3 cawan)

Tambahan bahan mengikut keperluan

** Daun Sireh (2 helai) jika menghadapi masalah keputihan

*** Manjakani (1 biji) untuk mereka yang telah berkahwin

Cara penyediaan

1. Rebus semua bahan-bahan.  (Bahan-bahan tadi boleh di potong atau di hiris mengikut citarasa)

2. Pastikan dari 3 cawan air yang di masak tadi menjadi 1 cawan air rebusan sahaja.

3. Setelah air suam anda boleh minum air rebusan ini.

4. Ramuan sebenar anda tidak perlu kisar bahan-bahan tadi dengan air tetapi itu terpulang kepada anda jika rajin, anda boleh kisar bahan-bahan yang telah di rebus tadi kemudian di tapis untuk di minum.


Khasiat JAMU SELEPAS HAID ATAU PERIOD UNTUK WANITA DAN GADIS INI antaranya ialah :-

1. Membantu membersihkan rahim
2. Membantu mengeluarkan angin dalam tubuh
3. Mengurangkan risiko kanser, insyaallah
4. membantu memecahkan lemak.
5. Turut membantu mengurangkan bau badan
6. Membantu masalah kemaluan berbau

PERHATIAN

1. Pastikan anda minum jamu ini betul-betul selepas haid atau period anda betul-betul kering.
2. Minuman ini tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau hamil.
3. Amalkan minuman ini sebulan sekali.
4. Saya lebih mengesyorkan minuman ini di minum selepas 2-3 hari haid atau period anda telah kering.


Selamat mencuba.

Terima kasih.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...