Assalammulaikum dan salam sejahtera.
Disini disertakan 8 lagi Petua Kesihatan yang sempat di salin dari pelbagai buku rujukan kesihatan berunsur perawatan islam untuk rujukan pembaca blog ini.
Anda boleh mencubanya sebagai satu cara untuk mengubati penyakit anda. Namun adalah dinasihatkan untuk anda mendapat pandangan pakar yang lebih profesional. Bimbang jika anda menghadapi masalah kesihatan lain.
1. Demam
3 biji bawang merah di tumbuk
lumat dicampur bersama jus perahan
sebiji limau nipis kemudian tambah sedikit minyak kelapa. Kacau rata. Sapukan
campuran ini di kening untuk mengurangkan demam yang dihidapi.
2. Demam panas atau panas badan
Ambil jeli lidah buaya, campurkan
dalam semangkuk air. Ramas jeli lidah buaya dan jadikan ia sebati bersama air.
Sapukan diatas kepala dan muka serta tapak tangan juga kaki bagi mengurangkan
panas badan atau demam panas.
3. Resdung
Amalkan mencium bunga bawang
merah.
4. Kaki Tertusuk Duri
Sebiji bawang merah di celup
kedalam minyak kelapa, kemudian di bakar dengan api hingga hangus. Tumbuk
bawang merah tadi dan tampal pada bahagian kaki yang tertusuk duri. Duri akan
keluar dengan perlahan-lahan.
5. Sakit Belakang
Ambil isi halia segar yang telah dikupas
kulit dan dibasuh bersih. Tumbuk lumat kemudian campurkan dengan minyak kelapa.
Sapukan bancuhan ini di belakang badan yang sakit.
6. Sengal Tulang
Kupas bersih halia dan buang
kulitnya. Tumbuk halus dan tampalkan pada tulang yang sakit.
7. Lemah Tenaga Batin
3 biji kurma ajwa di makan dengan
madu liar mentah 2 jam, sebelum tidur. Amalkan selalu.
8. Tubuh Masuk Angin
Bawang putih dikupas kulit ,
dibersihkan dan ditumbuk lumat. Kemudian perah isi bawang putih tadi dan hanya
ambil jus atau airnya sahaja. Campurkan dengan madu liar mentah asli anggaran
sesudu. Kacau rata bancuhan ini. Kemudian
minum.
Selamat mencuba petua tradisional ini. Harus diingatkan petua tradisional ini haruslah diamalkan bersama diet dan pemakanan yang sihat.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan