Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Realitinya mengikut target hari ini saya ingin menulis kembali blog dengan aktif. Perancangan sebenar 3 artikel termasuk satu artikel mengenai produk takaful dari Hong Leong MSIG Takaful.
Namun perancangan dan target tinggal perancangan. Berbulan tidak fokus kepada blog ini semenjak December 2017, akhirnya ingin menulis dan mencari idea saya sendiri tidak mampu.
Malah, fokus kepada video berbentuk kesihatan juga lari. Telah berbulan tidak diteliti dan didengari untuk mencari idea dalam penulisan blog.
Copy & paste atau menulis hanya info ringkas agak tidak mencabar minda, lebih-lebih lagi blog ini telah berusia 5 tahun. Itu alasan mengapa saya sendiri sebagai penulis dan blogger merasa 'tepu' dengan penulisan sendiri.
Blogging dan menulis adalah satu kepuasan peribadi yang sukar digambarkan terutama jika artikel yang ditulis itu mencabar untuk diterangkan dengan mendalam supaya pembaca lebih mudah untuk faham dan hadam.
Penerangan yang ringkas dalam satu artikel terutama kerana kita semua tahu masa yang pantas berjalan ini menyaksikan pembaca mencari satu blog yang paling mudah faham namun berinfomasi.
Maka untuk memastikan diri ini kembali menulis, paksaan keatas diri menulis artikel ringkas ini agar ia menjadi satu 'habit' untuk kembali menulis dan kembali mencari aura dan semangat untuk berkongsi artikel di blog ini.
Melihat 'viewer' atau statistik pengunjung blog yang semakin berkurang semenjak blog ini tidak aktif jelas menunjukkan betapa penulis sendiri harus mengambil inisiatif untuk aktif kembali.
Blog ini tentu sahaja diwujudkan sebagai panduan dan dorongan kepada insan lain terutama diri sendiri. Namun sayang, seiring diri sendiri yang semakin tidak menjaga pemakanan dan life style, blog ini juga semakin kurang aktif.
Sedang berusaha perlahan-lahan untuk kembali menjalani diet sihat, saya terpaksa mencari kekuatan sendiri kerana jika anda telah mula menikmati makanan 'segera' anda pasti tahu agak sukar meninggalkan sesuatu yang enak dan mempunyai 'MSG'.
Selain itu blog ini juga semakin kurang berkongsi khasiat dan manfaat sesuatu bahan dan tumbuh-tumbuhan sedangkan ilmu ini sebenarnya akan memberi kita semangat untuk mencari makanan baik itu untuk tubuh sendiri.
Sedang melatih diri untuk mula kembali menjaga kesihatan. Namun sebagai manusia biasa latihan itu pasti bermula dari yang paling kecil kembali.
Selamat berhari minggu untuk semua. Realitinya hari minggu bersama keluarga dan rakan-rakan adalah hari yang agak sukar untuk menjaga pemakanan, namun ia akan dianggap sebagai cabaran baru dalam kehidupan.
Salam sayang dari saya untuk semua pembaca. Semoga saya mempunyai kesempatan dan idea serta ilmu untuk terus dicurahkan dalam blog pertama saya ini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan