Jumaat, 9 Julai 2021

Khas untuk pertanyaan Ekzema, TSW dan Zai's Beauty Formula

 

Antara produk makanan ringan yang bahan-bahannya dikategorikan sihat 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai ekzema dan produk Zai's Beauty Formula.

Untuk peminat produk Zai's Beauty Formula, produk ini memang telah di hentikan terus. Saya sendiri tidak dapat membelinya, bagaimana saya boleh menolong anda?. Harap saya tidak lagi perlu menjawab soalan ini.

Bagi soalan mengenai EKZEMA dan TSW. Alhamdulillah, saya pulih sepenuhnya ekzema pada tahun 2018. Saya boleh makan apa sahaja ketika ini, tanpa perlul pantang sangat. Boleh kata seminggu sekali saya makan sahaja mcdonalds, marry brown, kfc, pizza hut, domino's, donut apa sahaja termasuk makanan bergoreng memang saya tak pantang lagi termasuk ice cream, coklat segala.

Bagi mereka yang masih mengharungi proses pantang makan bagi ekzema, lebih baik anda teruskan sehingga ia betul-betul sembuh. Satu perkara paling penting memang sifat sabar dan jauhi stress. Pesanan ikhlas, cuka epal, minyak kelapa dara ( jika berkemampuan digalakkan minyak kelapa dara peraman), makanan organik sebolehnya , wajib kurangkan makanan proses dan tentu sekali banyakkan makan sayuran hijau.

Ketika ekzema dahulu saya memang hanya makan ayam organik. Sekarang memang saya makan sahaja ayam hormon dan apa sahaja makanan saya beli. Ketika sakit memang wajib untuk tambah modal untuk makanan lebih sihat. Saya sendiri ketika mengharungi ekzema tidak berbelanja duit ke benda lain selain makanan sihat. Apabila sudah sihat baru saya menikmati makanan asal sebelum kena ekzema atau TSW.

Jika anda tidak mempunyai budget membeli makanan organik, tak perlu pening kepala. Kurangkan sahaja makanan proses atau amalkan IF, lagi bagus puasa. Beli sahaja sayur kampung dan makan nasi jauh lebih baik dari makan makanan bertepung tinggi dan bergluten. 

Terdapat pertikaian antara makanan gluten dan tanpa gluten untuk ekzema. Ketika badan penat bertarung dengan ekzema terutama TSW fasa pertama, adalah lebih baik untuk pantang gluten. Masuk fasa 2 atau ketiga boleh sahaja makan gluten sekali sekala. Saya bukan jenis straight sangat mengamalkan diet ekzema ketika ekzema. Namun tidaklah terlampau mengikut nafsu jua.

Saya sendiri tak tahu apa lagi saya ingin kongsikan, semua yang saya lalui sepanjang pengalaman saya ekzema dan melalui TSW telah saya kongsikan dalam blog ini di kategori ekzema dan TSW.  Apa yang paling penting, memang kena faham, ketika proses pemulihan biasalah muka cengkung, kulit kusam hitam, nampak tua, itu biasa. Lambat laun apabila pulih, insyaallah anda akan kelihatan lebih awet muda.

Ada yang bertanya saya mengenai dimana ingin dibeli segala produk yang saya gunakan. Kebanyakan produk yang pernah saya kongsikan di blog ini boleh di beli di shopee.  Tambahan untuk mereka yang mengalami ekzema dan masih perlu meneruskan diet ekzema, jika anda teringin makanan ringan anda boleh membeli produk seperti yang saya kongsikan di atas. 10 grains ring snack. Jika inginkan minuman botol, ia tentu sesekali teringin anda boleh membeli minuman botol 100% from fruits. Bukan concentrate. Seperti biasa sila baca betul-betul kandungan setiap produk yang dibeli. Jika anda tak faham sila google. Tetap ingin beritahu saya masih menikmati super ring, mr potato dan segala makan makanan ringan. Namun berpada atau ketika saya teringin sahaja. Minuman kopi di Coffee Bean dan Starbuck juga sesekali saya minum sahaja, sushi juga. Anda tak perlu risau sangat dengan keadaan kesihatan anda, kerisauan hanya menambah masa pemulihan yang panjang. Lebih baik anda ada motivasi kuat untuk pantang betul-betul sehingga sembuh dan bolehlah sekali sekala cheat day makan makanan yang anda ingin makan.

Selain itu saya sudah tidak buat kefir atau kambucha tea sendiri. Bertahun-tahun saya sudah berhenti. Segala benih kefir, cendawan mekah, scooby semua dah mati bertahun dulu. Sembuh banyak sahaja, saya memang mula sambil lewa dengan diet saya. Sepengetahuan saya, banyak sahaja kefir, kambucha yang dijual online di shopee. Paling mudah google sahaja, ramai sahaja penjual. Jika anda tanya saya bagaimana bela, bancuh semua itu sudah ditulis disini. 

Saya kini terpaksa fokus untuk menulis kategori wang digital / kripto, ramai yang mahukan saya menulis kategori ini walaupun semua info mengenai wang kripto boleh diperolehi hujung jari sahaja. Namun ramai sahabat saya kekal tidak faham, sedangkan mereka dikategorikan pandai bahasa english. Maka saya harus mengambil tanggungjawab ini menulis artikel dengan penerangan paling mudah untuk mereka dan follower saya yang lain

Saya harap artikel ini membantu anda dalam mengharungi ujian ekzema dan bagi pengguna Zai's beauty formula, maaf banyak-banyak, memang saya juga buat masa ini tidak berkesempatan untuk google dan cari info produk kosmetik selamat lain. Anda kena belajar cari sendiri buat masa ini. Saya minta maaf tidak dapat membantu anda. Ini sahaja yang saya terdaya buat masa ini.


Terima kasih.





Rabu, 7 Julai 2021

11 SOALAN MENGENAI BITCOIN ( KRIPTO) DENGAN JAWAPAN PALING RINGKAS

 


1. Apa itu Bitcoin?.

Bitcoin ialah mata wang digital pertama paling popular di dunia. Dunia kripto mengelar BITCOIN sebagai KING OF CRYPTO.

 

2. Adakah Bitcoin sah disisi undang-undang kewangan Malaysia?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengiktiraf BITCOIN di bawah kategori asset digital.

 

3. Bagaimana ingin sertai Bitcoin?

Di Malaysia, cara paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan aplikasi LUNO, platform pertukaran mata wang kripto pertama yang di iktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain LUNO, Tokenize dan Synergy juga platform yang turut diiktiraf.

Anda boleh download aplikasi LUNO di telefon bimbit anda dengan hanya klik link ini

 

https://www.luno.com/en/invite/F93YV?

 

4. Berapa modal minimum permulaan untuk sertai pelaburan bitcoin ini?.

Di LUNO anda boleh membeli bitcoin dengan  serendah RM3 sahaja.

 

5. Macam mana ingin memantau pelaburan bitcoin ini?

Anda boleh pilih untuk menjadi pelabur jangka panjang atau pelabur jangka pendek. Jika pelabur jangka Panjang anda boleh menggunakan Teknik dollar cost averaging (Teknik membeli secara berkala). Dunia kripto memberi gelaran hodler kepada pelabur jenis ini.

Bagi pelabur jangka pendek atau trader. Teknik TA dan FA amat penting di pelajari.

 

6. Bagaimana urusniaga bitcoin di jalankan?

Urusniaga bitcoin Ketika ini popular di jalankan di platform jual beli bitcoin (mata wang kripto) mengikut harga bitcoin(mata wang kripto) pada harga semasa.

 

Urusniaga ini berjalan 24jam. Tiada rehat atau hari cuti.

 

Dibeli dalam bilangan Satoshi (unit terkecil). Bukan sebiji bitcoin. Contoh 0.0000001 btc.

 

Jika di Malaysia LUNO paling popular dan selamat. Hanya jual dan beli dalam jumlah amaun yang diingini serendah RM3 mungkin anda dapat 0.00000001.

 

7. Apakah pelaburan bitcoin menjamin anda mendapat pulangan yang bagus?.

Setiap pelaburan ada risiko tersendiri. Termasuk bitcoin. Sejarah menunjukkan harga bitcoin menaik semenjak 10 tahun lepas. Apa sahaja bentuk pelaburan terletak kepada harga berapa anda beli dan harga anda jual. Begitu juga bitcon

 

8. Dimana rujukan untuk membeli bitcoin?

Dunia hujung jari ini, terdapat pelbagai sumber rujukan diiktiraf dunia untuk pelaburan bitcoin dan mata wang kripto. Masa dan pengorbanan di perlukan untuk mendalami bidang ini. Namun cara paling mudah hanya gunakan sahaja platform LUNO yang telah diiktiraf dan pilih sahaja bitcoin dan mata wang digital lain yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

9. Bagaimanakah keuntungan dan kerugian pelaburan bitcoin di bahagikan?.

Dalam pelaburan bitcoin, selagi anda belum jual bitcoin anda, ia tidak dikira rugi. Namun jika anda menjual bitcoin dengan harga lebih murah dari anda beli, anda dikira rugi.  Adalah lebih baik jika anda menganggap bitcoin untuk pelaburan jangka Panjang jika anda bukan pakar membaca chart atau TA FA analisis.


10. Apa Beza Bitcon dan Forex?.

Forex kategori market yang dah lama dikenali, sedangkan bitcoin masih terlalu baru. Malah market bitcoin atau kripto terlalu luas berbanding forex. Dari segi volatile, rasanya bitcoin lebih volatile. Segi pulangan dan keuntungan, ini tengok kepada kepakaran TA FA analisis jangka Panjang or jangka pendek pelabur.

 

11. Adakah transaksi diuruskan oleh kita sendiri, ada perantara contoh seperti remisier?.

Anda menguruskan transaksi sendiri. Sebagai contoh, menggunakan LUNO, anda boleh meletakkan harga belian dan jualan berapa untuk anda membeli bitcoin. Sama ada harga semasa atau harga akan datang.

Contoh Ketika ini harga bitcon dalam RM140,000. Anda boleh memilih untuk set order anda untuk membeli bitcoin pada harga semasa ketika ini RM140,000 atau set harga belian lebih murah contoh RM120,000. Begitu juga dengan harga jualan. Jika harga bitcoin mencapai harga yang anda kehendaki, order jual atau beli anda akan diisi secara automatic.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Isnin, 5 Julai 2021

Gambar bersama Keluarga sebelum COVID19

 


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sekian lama tidak mengemaskini blog, saya abadikan gambar kenangan bersama keluarga sebelum COVID19 melanda dumia dan Malaysia.

Rasanya lebih 2 tahun juga tidak berjumpa ahli keluarga or adik beradik yang tinggal bukan di negeri yang sama.


Gambar ini diambil sempena meraikan hari jadi anak saudara saya Daniel di The Ame Sour, ibu dan 3 lagi adik saya tidak dapat menghadiri atas urusan masing-masing.












Saja saya simpan disini untuk tatapan, ahli keluarga saya dan anak saudara saya di masa akan datang.

Atas permintaan beberapa individu di facebook, insyaallah saya akan cuba menyambung penulisan mengenai mata wang digital jika di beri kesempatan.


Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...