Isnin, 29 Mei 2017

BERBUKA PUASA DI KUANTAN


Berbuka puasa hari kedua Ramadhan 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah sekali lagi berkesempatan melalui Ramadhan tahun ini dan berbuka puasa bersama keluarga. 

Hari pertama berbuka puasa kami berbuka di rumah dengan hidangan Mee sup ayam air tangan bonda dan selebihnya nasi arab kabshah lamb juga lamb soup dari Al-Dallah. 

Sempat ke bazar Ramadhan di depan stadium kami membeli murtabak larking Cheese special daging,  murtabak specia daging dan murtabak cheese special ayam serta pelbagai kuih lain termasuk bubur lambuk,  puding,  dan pelbagai jenis kuih Melayu lain. 

Untuk info murtabak Larkin adalah murtabak paling popular di bazar Ramadhan ini. 

Maklumlah hari pertama maka semangat membeli juadah berbuka itu lain sikit,  maka pelbagai jenis minuman juga dibeli. 

Menu masakan Cina paling enak di Kuantan 
 Hari kedua kami masih ke bazar Ramadhan membeli kuih muih dan hidangan untuk bersahur. 

Kami memilih Jade Restaurant di MS Garden Hotel Kuantan atau kini dikenali sebagai Grand Darul Makmur sebagai tempat untuk kami berbuka puasa. 

Untuk info di Bandar Kuantan ini masakan Cina paling popular dan halal ialah di Jade Restaurant ini.  Ini antara restoran wajib patut anda cuba bersama keluarga tersayang. 

Istimewa untuk bulan Ramadan set makanan bersama keluar (family set)  ini di sertakan Buffet dessert atau manisan. 

Kebiasaannya hanya satu manisan sahaja untuk pencuci mulut. 

Untuk bulan Ramadhan ini pelbagai jenis manisan turut dihidangkan. 

Kenyang dan penuh perut kami menikmati hidangan berbuka puasa disini. 
Nasi lemak ayam kampung goreng dari Nasi Lemak Place
 Sahur hari kedua kami bersahur dengan menikmati nasi lemak ayam kampung goreng dari Nasi Lemak Place yang di beli bungkus dari Pasar Ramadhan semalam.

Ini antara nasi lemak enak di Kuantan kerana sambal bilis nasi lemak ini kurang minyak dan kaya bilis.

Tauhu bunga ayam berkeju dan Tauhu ayam dan sayur (jika tidak silap rasa atau berkentang)  juga sambal tempe,  kacang Tanah goreng serta kentang dari Nasi Lemak Place ini juga enak sekali. 

Nasi Lemak Place turut membuka gerai di Bazar Ramadhan di hadapan Taman Kerang,  Kuantan berhadapan masjid negeri.  
Tauhu bunga ayam berkeju dan Tauhu 
Untuk 2 hari pertama diet saya memang ke laut.

Itu biasa jika anda berbuka dan bersahur bersama keluarga. 

Jangan risau bukan selalu anda diberi rezeki yang melimpah dari sudut makanan. 

Untuk mengurangkan rasa bersalah menikmati makanan bergoreng dan berminyak,  tambahkan lebih salad atau sayur dalam menu anda. 

Insyallah rasa bersalah anda akan berkurangan. 

Jangan bimbang esok anda boleh mulakan sekali lagi. 

Selamat bersahur untuk anda yang sedang bersahur dan selamat berpuasa. 

Terima kasih. 



Sabtu, 27 Mei 2017

Bahaya Pad Wanita dan Pantyliner Komersial


Kain kapas tebal dan kain velvet 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering membaca kesan sampingan tuala wanita dan Panty Liner,  sekali lagi saya terpegun membaca dan mengetahui kesan buruk pemakaian pad wanita dan tampon di wall Facebook milik Dr Hafiz Sulaiman selaku doktor yang kian popular di Facebook.

Antara perkongsian beliau di Facebook berbunyi

" KESAN TAMPON & PAD SINTETIK KEPADA KESIHATAN
-------------------------------------------------------------------------------

      Tahukah anda apa isu pad pakai buang kepada kesihatan badan?

.
     Tahukah anda tampon ini dikelaskan FDA sebagai peralatan perubatan? Sesuatu bahan itu dikira peralatan perubatan sekiranganya alat itu mampu mengubah aktiviti biokimia badan. Maka pengeluar tidak perlu mengisytiharkan kandungan bahan yang mereka letak pada label produk ini. Sudah berpuluh tahun, aktivis kesihatan alam sekitar gagal mendesak pengeluar tampon dan pad menyenaraikan pencemaran, pewangi, pewarna, peluntur dan pengawet di dalam produk tersebut kerana pengkelasan FDA ini.

.
        Tampon dan pad pakai buang ini biasanya diperbuat daripada campuran kapas dan rayon. Pad pakai buang dan tampon sintetik ini biasanya dilunturkan supaya warnanya menjadi putih bersih menggunakan peluntur seperi klorin. Peluntur klorin ini menghasilkan toksin DIOXIN. WHO mengelaskan dioxin ini sebagai SANGAT TOKSIK dan BERPOTENSI MENYEBABKAN KANSER. Dioxin ini mendatangkan mudarat yang sangat serius pada kuantiti pendedahan yang tersangat rendah, kuantiti parts per trillion. Kajian mengaitkan dioxin dengan:

1) Risiko kanser
2) Gangguan hormon (xenoestrogen) – menyebabkan endometriosis dan ketumbuhan pada organ dan tisu “kewanitaan”.
3) Kerosakan pembiakan seperti pengurangan sperma
4) Kerosakan saraf kanak-kanak terutamanya
5) Gangguan imuniti
6) Obesiti
7) Masalah kulit.

 Walaupun kebanyakan pad dan tampon masa kini banyak yang sudah tidak menggunakan peluntur klorin lagi, toksikan dioxin ini masih dikesan di dalam pad bebas klorin ini.

Mengapa dioxin ini sangat berbahaya?

 DeVito and Schecter pada tahun 2002 menerbitkan satu kajian dan merumuskan penggunaan pad dan tampon adalah seribu kali lebih kurang pendedahan terhadap dioxin berbanding makanan dan fokus sepatutnya pada mengurangkan pendedahannya dalam makanan.

Namun, “pakar tampon” terkemuka yang merupakan pengarah klinikal mikrobiologi New York University medical Centre, Dr Philip M Tierno (PHD) merumuskan walaupun tersangat sedikit pendedahan dioksin juga perlu diambil kira. Ini kerana permukaan kulit dan mukosa vagina sangat telap dan pendedahan pad yang mengandungi dioxin ini adalah secara langsung melekap atau dekat kepada organ pembiakan wanita. Berdasarkan kitaran haid wanita, penggunaan sehingga berbelas ribu tampon adalah biasa. Apa yang membimbangkan ialah keupayaan dioxin ini berkumpul di dalam lemak badan dan sukar disingkirkan maka memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.


**Pandangan saya pula: Mungkin toksin yang dimakan itu kebiasaannya dilihat lebih bahaya daripada yang disapu. Tetapi saya berpandangan sama konsep seperti penyerapan toksikan paraben, apa yang dimakan akan melalui sistem detoksifikasi di hati (first pass effect) dahulu, namun jika melalui kulit toksikan ini terus meresap dan berkeliaran di dalam kitaran darah merosakkan sel dan berkumpul dalam lemak badan. Risiko mungkin lebih tinggi melalui resapan kulit.Boleh rujuk artikel paraben di sini untuk lebih memahami konsep ini.

https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1612534692106671

RISIKO SINDROM RENJATAN TOKSIK (TSS)
---------------------------------------------------------------

Penggunaan pad dan tampon tinggi penyerapan (high absorbency) dikaitkan dengan "Toxic Shock Syndrome (TSS) yang walaupun jarang berlaku tetapi boleh membawa maut. Sindrom jangkitan kuman darah ini menjadi epidemik pada tahun 1980 dengan aduan kepada CDC sebanyak 814 kes, yang mana 38 daripadanya maut. Sejak daripada itu, pelbagai kawalan dan regulasi dikenakan terhadap pad dan tampon tinggi penyerapan namun ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

.
Jangan pula fikir kes seperti sindrom TSS disebabkan tampon ini tidak berlaku lagi di alaf baru ini. Model California Lauren Wasser merupakan bintang model yang menyerlah pada usia 24 tahun. Pada suatu hari  di bulan oktober 2012, beliau mengalami flu dan demam yang teruk ketika sedang dalam kitaran haid. Beliau dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya dan diselamatkan nyawanya setelah mengalami serangan jantung besar-besaran dan kegagalan organ-organ dalamannya. Semua perawat bingung sumber kumannya itu sehinggalah tiba pakar penyakit berjangkit yang serta merta bertanyakan  soalan cepu emas ini:

 “ Adakah pesakit memakai tampon”?

Kajian makmal membuktikan beliau dijangkiti jangkitan kerana tampon yang dipakainya hari itu walaupun ditukar sebanyak 3 kali. Kaki beliau malangnya tidak dapat diselamatkan kerana jangkitan di tampon itu merebak ke bahagian kakinya. Kakinya  yang memburuk dan busuk dan terpaksa dipotong manakala pad lemak tapak kaki sebelah lagi mengeras sehingga beliau merasakan kesakitan seperti memijak batu ketika berjalan. Beliau menjalani beberapa lagi pembedahan untuk memulihkan kerosakan namun kesakitan masih terasa walaupun sudah 3 tahun selepas itu. Beliau juga dimaklumkan doktor  bahawa kakinya yang sebelah lagi mungkin perlu dipotong menjelang umur 50an.

.
Beliau mengalami tekananan perasaan dan hampir membunuh diri namun berjanji untuk tidak putus asa kepada adiknya yang berumur 14 tahun dan kawan baiknya seorang jurukamera yang membantunya kembali ke dalam karier modelingnya. Sepanjang “photo shooting” di sekitar bandar, beliau bertanya dan memberi kesedaran kepada pejalan kaki berkenaan risiko sindrom TSS disebabkan pemakaian tampon.

,
Beliau bukan mahu penggunaan tampon dan pad diharamkan, tetapi pengeluar lebih telus mengenai risiko penggunaan tampon. Iklan dan label tampon sepatutnya menyatakan dengan jelas risiko penggunaannya sama seperti label risiko merokok yang jelas. Beliau jelek dengan iklan tampon yang memaparkan gadis bersuka ria aktif di tepi pantai tanpa menyebut langsung risiko penggunaannya.

.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita seharusnya cakna dengan pendedahan kepada toksin persekitaran ini biarpun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Usahlah dibuang pad dan tampon sintetik ini, tapi masih makan makanan rapu dan penuh toksik juga. Ingat toksik pada pad dan tampon sajakah? Banyak lagi toksin persekitaran yang mempunyai ciri unik mampu berkumpul di dalam badan dan mungkin memberi kesan kepada kesihatan walaupun dikatakan tiada bukti saintifik yang kukuh. Apa yang jelas, penyakit autoimuniti, penyakit kronik dan kanser kian berleluasa  dengan tiada bukti saintifik yang kukuh akan punca sebenarnya. (?)

.
Amaran: Usah dibiarkan menjejes ya darah itu dek kerana risaunya selepas baca artikel ni terus bakar tampon dan pad. Saya takmboh bertanggungjawab huhu..

SOLUSINYA
--------------------
.
Antara langkah bijak yang boleh diambil bagi pengguna pad dan tampon:

• “Pakar tampon” Dr Philip M Tierno mengatakan pad dan tampon  kapas 100% jauh lebih selamat berbanding pad dan tampon sintetik. Tampon sintetik menyediakan kondisi yang sesuai bagi penggandaan strain toksik bakteria staphylococcus yang mungkin hidupan flora biasa di faraj wanita.

• Pengunaan 100% kapas juga mungkin mengurangkan risiko keputihan. Dioxin di dalam serat sintetik pad dan tampon ini merupakan pengganggu hormone atau xenoestrogen (mimik hormon estrogen wanita). Hormon estrogen yang tinggi merupakan medium yang sangat menggalakkan perkembangan Candida Albicans, kulat yang biasa menyebabkan keputihan.

• Jika tidak pilihan dan kemampuan, pilih tampon dan pad rendah penyerapan. Bahan kimia dalam “pad super absorbent” ini  dikaitkan dengan sindrom TSS di dalam kajian.

• Elakkan mengguris atau mencalarkan permukaan kulit ketika memasukkan tampon.

• Elakkan tidur sambil menggunakan tampon
sepanjangan malam. Menggunakan pad adalah lebih selamat.

• Tukarkan tampon setiap 4-6jam sekali.

• Dioxin berkumpul di kawasan berlemak jadi bayi yang masih menyusu terdedah dengan dioxin melalui susu badan. Namun penyusuan ibu amatlah penting melebihi risiko dioxin menurut pakar. Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu elakkan pendedahan dioxin dan toksin persekitaran lainnya.

Semoga dengan memahami risiko dan bahaya pendedahan kepada toksin persekitaran ini walaupun sangat sedikit, kita mampu untuk melambatkan pembentukan bukit-bukit toksin yang berkumpul di dalam badan kita. Kita harapkan dapat mendesak pengeluar produk kesihatan dan penjagaan badan agar lebih telus memaparkan risiko produk mereka. Dengan kesedaran masyarakat juga, diharapkan permintaan terhadap produk dari bahan organik dan semulajadi menjadikan ia lebih mudah didapati dan kosnya lebih mampu dimiliki.  Semoga taraf kesihatan masyarakat kita menjadi lebih baik insha Allah..


Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Jangan buang pad/tampon merata-rata. Dioxin ni dikelaskan sebagai "persistent organic pollutant" (POP). Ia memerlukan berkurun lamanya untuk bahan toksik ini terurai.

Anda boleh terus melawat dan membaca setiap komen pembaca di wall beliau di link ini

https://m.facebook.com/?hrc=1&refsrc=http%3A%2F%2Fh.facebook.com%2Fhr%2Fr&_rdr#!/messages/?refid=8.

Kembali kepada tajuk di atas.

Jika anda ingin selamat gunakan pada kapas 100% tanpa campuran bahan lain.

Tidak perlu teknologi 'mengarut'  di atas pad atau Gel herba sebagainya.

Pakai sesuatu yang betul betul asli seperti pad kapas 100%.

Jangan terpengaruh dengan teknologi nano dan sebagainya untuk pad anda.

Untuk lebih penjimatan dan jauh selamat,  pilih sahaja pad yang boleh dibasuh dan di pakai berulang kali.

Pad dari kain kapas dan boleh dicuci dan diguna semula semakin banyak di pasaran sekarang.

Bukan itu sahaja,  malas Pantyliner yang boleh di basuh dan dipakai kembali juga semakin banyak di perkenalkan.

Ia di perbuat dari kain yang jauh lebih selamat.

Malah paling penting ia jauh menjimatkan.

Kesihatan adalah benda yang tidak boleh di jual beli terutama rahim.

Bayangkan penjimatan yang anda boleh dapat dengan menggunakan pad dan Pantyliner yang boleh di cuci dan di gunakan semula. Paling penting lebih selamat.

Cara paling mudah jika anda ingin lebih jimat beli sahaja kain kapas dan jahit sendiri.

Alternatif lain untuk pad gunakan sahaja tuala morning dan pakai seluar dalam ketat untuk mengelakkan ia longgar atau jatuh.

Alternatif lain,  alaskan sahaja kain di atas pad komersial anda,  sekurang-kurangnya ia jauh lebih selamat berbanding pad komersial itu terlekat terus ke bahagian vagina anda.

Dengan cara mengalaskan kain yang agak tebal diatas pad anda tak perlu bimbang jika pad anda tembus.

Namun harus diingatkan jauh berkali ganda lebih baik anda langsung berhenti menggunakan pad walaupun mengalaskan kain di atasnya.

Kesan dioxin bukan perkara kecil.

Saya juga baru ingin belajar menjahit sendiri pad dan Pantyliner.

Doakan saya berjaya membuat pad yang selesa dan ekonomi termasuk Panty Liner.

Saya berazam untuk menjadikan ia antara produk saya yang seterusnya m

Cubalah bayangkan penjimatan dan kesihatan yang anda dapat.

Kos pad untuk sebulan boleh mencapai sehingga Rm20 belum lagi Pantyliner.

Harus diingatkan pad komersial harus ditukar kurang 4 jam sekali penggunaan.

Lebih sekejap digunakan lebih baik dan bergantung pada tahan pengaliran haid.

Dikatakan pad dan Pantyliner komersial juga antara punca terjadinya keputihan dan ketidakstabilan hormon.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

Terima kasih.





Jumaat, 26 Mei 2017

RESEPI MUDAH & SIHAT :- Oat Cookies


Oat cookies versi sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat bersahur untuk anda yang mula berpuasa esok. 

Memikirkan menu untuk bersahur esok,  saya akhirnya terfikir untuk sahur menikmati oat sahaja. 

Bosan menikmati overnight oat,  masa untuk menukar resepi oat berlainan yang juga sihat. 

Akhirnya saya membakar sahaja oat cookies yang paling mudah dan sering di paparkan di Internet terutama instagram. 

Ini Resepi oat cookies versi sihat. 

Tanpa gula,  tanpa gluten,  tanpa tepung,  tanpa tenusu dan tanpa telur untuk anda yang mementingkan diet dan kesihatan. 

Resepi ini juga sesuai untuk anda yang sedang berpantang makan akibat ekzema,  sakit atau tiada selera makan. 

Bahan-bahan 

Organik Rolled Oat
Organik Raisin @ kismis
Organic Prune
Organic Cacao Powder (Koko Van Houten juga boleh) 
Vanilla pod atau ekstrak (jika suka) 
2 biji pisang


** anda boleh menggantikan kismis dengan kurma atau kacang kegemaran anda. 

Cara membuatnya. 

Hancurkan pisang, kemudian masukkan oat,  kismis,  prune, vanilla dan koko. 

Bakar suhu 180-185c selama 20-25 minit. 

Siap untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi,  sahur,  minum petang dan kudapan. 

Ini ialah resepi sihat paling mudah.

Untuk anda yang bimbang tidak sempat sampai ke rumah untuk berbuka.

Simpan 2-3 keping cookies ini dalam beg zip lock dan isikan ia dalam beg anda sebagai bekalan untuk berbuka di tengah jalan. 

Selamat Mencuba resepi ringkas dan mudah ini. 


Terima kasih. 



Selamat Berpuasa


Selera yang pelbagai 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Esok bermulanya puasa. 

2-3 hari sebelum puasa,  selera semakin menjadi-jadi ingin menikmati pelbagai makanan. 

Maka segala makanan sihat dan tidak sihat saya nikmati. 

Risau juga dengan diet yang tunggang terbalik,  namun menyedari bulan puasa makin mendekati maka saya ikutkan sahaja kata hati. Ialah bimbang jika di bulan puasa saya lagi teruk mengidam macam-macam. 

Maklumlah bila berpuasa semua terliur namun,  menikmatinya kadang kala langsung tidak. 

Hari ini saya terliur makanan Arab,  susu kurma,  kek coklat... Nyam! 

Semalam 7 biji mini cheese tart di habiskan saya seorang. 
Itulah saya jika ia kegemaran saya dan kena citarasa memang cepat sekali saya hadap dengan sekali suap. 

Untuk kesempatan ini,  dan hari terakhir sebelum kita mula berpuasa esok hari. 

Saya mengucapkan selamat berpuasa untuk anda semua. 

Rajin-rajinkan diri anda solat tarawih awal walaupun anda terpaksa solat seorang diri di rumah. 

Cuba untuk diet sihat walaupun cabaran di luar hanya tuhan yang tahu dengan segala longgokan makanan enak. 

Kesihatan ini adalah tanggung jawab kita.
Saya juga seperti anda yang memang agak sering tewas dengan diet yang mengarut. 

Betul kata orang ketika ingin diet sihat ketika itulah kita dihadap dengan pelbagai makanan sedap dan enak, malah percuma. 

Untuk saya dan anda yang membaca artikel ini. 

Semoga niat suci kita untuk diet sihat tercapai di bulan Ramadan ini dan berterusan ke bulan seterusnya. 

Insyallah. 

Untuk anda yang ingin memulakan bulan puasa ini dengan diet sihat dan barangan peribadi Yang lebih Semulajadi. 

Produk Original Body Scrub,  Hair Gone,  dan Carboness Powder masih dibuka untuk belian.

Anda boleh membaca mengenai semua produk ini di label kategori Skrub,  hair gone dan arang di Blog ini. 

CRUNCHY FLAKES by QK turut di tawarkan sebagai sajian untuk sahur atau berbuka puasa juga hidangan di hari raya. 

Sila terus ke kategori snek di dalam Blog ini untuk maklumat lanjut mengenai Crunchy Flakes by QK.

Sebelum mengakhiri artikel ini,  sekali lagi saya ucapkan, 

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa. 

Semoga amalan kita makin bertambah berbanding tahun lepas dan diterima Illahi. 

Terima kasih. 



Rabu, 24 Mei 2017

Menambah Ilmu Di Hari Minggu


Sempat lagi mengambil gambar sendirian  
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kebiasaannya ketika hari minggu,  saya menghabiskan hari saya bersama keluarga dan anak saudara. 

Namun pada minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kursus Triple Plus yang dianjurkan oleh Ptptn untuk mempromosikan produk SSPN-i. 

Bergambar bersama rakan-rakan 
Kursus SSPN-i ini diadakan di hotel terkemuka di Kuantan iaitu MS Garden Hotel Kuantan yang kini di kenali sebagai Grand Darul Makmur.

Selain kursus SSPN-i,  kursus pelaburan berkaitan saham turut diadakan oleh RHB Investment Bhd di hotel yang sama namun tingkat berlainan.

Antara gambar yang sempat di ambil
Terlalu banyak kebaikan produk SSPN-i yang merupakan simpanan pendidikan yang dijamin Kerajaan ini.

Dari serendah Rm20 sebulan,  insyallah kebimbangan anda sebagai ibu bapa untuk pinjaman pelajaran sedikit sebanyak berkurangan.

Bagi anda yang masih baru dan ingin mengetahui produk ini dengan lebih lanjut anda boleh membaca artikel Keistimewaan SSPN-i ini.

Gembira menikah makanan
Program Triple Plus ini bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Makan tengah hari kami turut di taja pada hari tersebut.

Kami menikmati hidangan tengah hari secara Buffet di Jade Restoran MS Garden Hotel Kuantan yang terkenal enak.

Saya terpaksa pulang lebih awal sebelum jam 5 atas hal yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pukul 6 lebih,   saya dan kakak saya berserta anak saudara saya Irfan dan Ilham menikmati makan malam awal  di Restoran Santai Tanjung Lumpur yang terkenal sebagai tempat hidangan Thailand yang enak.

Lewat petang,  cuaca tetap membahang -  muka saya yang berpeluh siap lekat tisu lagi
Jam lebih pukul 6 petang,  namun panas membahang tetap terasa dikulit dan tubuh. Begitulah betapa cuaca panas membahang di Kuantan ini.  Sambil menikmati makanan,  sambil saya menyapu peluh di wajah dan dahi.

Baju saya usah cakaplah,  belakang badan memang bermandi peluh.
Namun cuaca ini tidak menjejaskan selera saya menikmati makanan.

Masing-masing Kusyuk menikmati hidangan 
Dengan diet tidak menentu,  cuaca panas membahang yang mengakibatkan peluh berjujuran,  alhamdulillah saya bersyukur penggunaan Hair Gone akhirnya memberi perubahan untuk menghilangkan bau badan sekaligus lebih memberi keselesaan berbanding dahulu.

Original Body Scrub juga turut membantu dalam mengurangkan sunburn di tubuh.

Terbaru Carboness Powder produk 100% arang asli dari kayu tualang turut saya gunakan untuk mengurangkan masalah gigi kuning yang dihadapi.

Dalam waktu yang sama saya kini masih mencari formula untuk produk bagi melawaskan sekaligus mengurangkan berat yang Semulajadi dan selamat.

Doakan saya menemui formula ini.

Untuk masa ini pembelian bagi Crunchy Flakes by QK masih dibuka.

CRUNCHY FLAKES BY QK adalah snek emping jagung yang amat sesuai untuk sahur dan berbuka juga sebagainya kerepek raya enak sebagai hidangan untuk tetamu dan orang tersayang.

Untuk segala pertanyaan dan pembelian produk anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 

Hair Gone,  Original Body Scrub,  Carboness Powder dan Crunchy Flakes by QK Antara produk yang diilhamkan oleh saya.

Anda boleh membaca Info semua produk di atas di bawah label kategori

Skrub 
Snek
Hair Gone
Arang 

Di dalam Blog ini. 


Terima kasih. 




Isnin, 22 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 45 :- Seni Bidadara Pizza


Sungguh enak Pizza daging salai ini - abaikan wajah saya yang berpeluh itu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Dim Sum ENAK Di THE BLOSSOM Chinese Restaurant.

Di bandar Kuantan ini terdapat satu Pizza yang pernah Viral kerana kelainan dan kesedapan rasanya.

Dibakar menggunakan dapur lama menggunakan arang.
Fuh!! Rasa dan baunya membangkitkan rasa enak dan bau arang masih lekat di Pizza itu sekaligus menerbitkan bau wangi arang.


Pandangan luar Seni Bidadara Pizza 
Terletak di Cenderawasih Kuantan di balai rong seni. 

Ketika saya dan anak saudara saya datang ke sini,  tempat ini sedang dalam proses ubah suai,  sekaligus banyak hiasan dan lukisan di simpan dan susun atur juga tidak menarik seperti selalu. 

Ilham bergambar di tempat lukisan TNB

Tempat ini terletak seperti di dalam hutan. 

Namun ia sebenarnya di dalam kawasan perumahan. 

Itu keistimewaan Pahang yang kaya hutan. 

Cuaca yang panas membahang,  baru menunjukkan jam 3 kami tiba tepat pada jam tempat ini dibuka. 

Berada di dalam hutan,  kepanasan tetap dirasai,  di tambah lagi dengan musim panas yang melanda Kuantan ketika ini. 

Jalan menuju ke Seni Bidadara Pizza 
Tertarik dengan laluan ke Seni Bidadara Pizza ini,  melalui tanah pasir ke atas hutan yang di ubah suai dengan rumah kayu dengan hiasan kesenian menarik,  sekaligus menerbitkan rasa tenang di dalam kehangatan cuaca panas. 

Cantik kan.. 
Tempat ini memang cantik.  Sungguh cantik. Abaikan ubah suai yang mungkin agak mencacatkan.  Namun rumah kayu memang rumah kegemaran saya yang makin saya rindukan. 


Jalan ke seni bidadara Pizza 
Kurang 2 minit berjalan kami tiba di Seni Bidadara Pizza.

Asalnya kami memilih satu pondok tinggi untuk menikmati Pizza disini.

Saya menempah Pizza daging salai Rm20 dan Pizza keju sahaja RM10 semenjak semalam lagi.

Anda perlu whatapps untuk tempahan Pizza bidadara ini ke nombor 01119463001 sehari sebelum kedatangan anda.

Tempat ini buka DARI JAM 3 petang sehingga 6 petang sahaja.

Tempat duduk pertama pilihan kami
Tempat yang cantik dan indah menghijau ini juga digemari oleh anak saudara saya untuk bermain.

Maklumlah bukan senang berjumpa pokok hutan di zaman moden ini.

Bermain sambil menunggu makanan sampai
Sementara menunggu Pizza yang ditempah kami sampai.

Ilham,  anak saudara saya sibuk bermain kesana ke mari. 

Saya pula melawat kawasan sambil mengambil gambar sekeliling. 

Dekorasi yang menarik 
Berikut antara gambar yang sempat di ambil oleh saya untuk diabadikan di Blog ini.

Lihat rumah kayu kecil di belakang Irfan itu
Lagi gambar cantik dan indah untuk anda.


Ilham bergambar sebelum masuk ke dalam rumah kecil
Saya melihat kawasan pembakaran Pizza bidadara ini.

Terdapat 2 oven besar menggunakan arang yang diubah suai disini.

Salah satunya berhampiran lukisan wolverine yang memasak Pizza menggunakan dapur arang yang sama.

Satu lukisan yang saya kira amat menarik.

Lukisan wolverine bersama dapur arang yang sama
Semua pekerja dan pembantu Pizza bidadara sibuk menyediakan hidangan.

Terasa panas makin membahang disini.

Saya kepanasan dan semakin berpeluh.

Maklumlah tempat pembakaran.

Lihat Pizza ini dibakar 
Pada pukul 3 kami sampai disini.

Saya memberikan nama saya.

Dan kemudian mereka membakar Pizza yang ditempah oleh saya semalam.

Kusyuk sediakan hidangan 
Terpaku saya melihat mereka menyediakan hidangan enak ini dalam musim panas dan bau arang merata rata.

Salah satu oven disini 
Dari dua oven yang tersedia,  oleh kerana masa masih awal hanya 1 digunakan dahulu. 

Saya bergambar dalam kepanasan dan peluh berjujuran
Tidak kira cuaca panas membahang,  rasa panas. 

Kulit yang masih sunburn. 

Saya tetap mengambil kesempatan untuk Bergambar disini. 


Lihat Pizza yang dimasak wolverine 
Saya juga sempat merakamkan aksi kanak-kanak bermain disini.

Panjat memanjat itu biasa.


Kusyuk Ilham bermain 
Lihat lagi gambar yang sempat saya rakamkan di balai rong seni di cenderawasih ini.

Bergambar berlatar belakangkan rumah kecil
Dalam 15 minit Pizza kami siap sedia di masak panas panas.

Sungguh sedap sekali. Malah anak saudara saya juga memberikan  pendapat yang sama.

Irfan menyuruh saya menempah sebiji lagi untuk dibawa pulang untuk makan malam.

Malas menunggu kerana cuaca yang makin panas.

Saya hanya memberi idea kami simpan sahaja Pizza yang di hadapan mata ini untuk dimakan malam.

Memang sedap Pizza daging salai dan Pizza keju ini
Menikmati beberapa keping Pizza enak ini.

Minuman disini pula kehabisan stok dan masih menunggu stok baru tiba.

Maka kami hanya menikmati makanan di sini sebentar sahaja.

Ilham tak sabar nak makan
Lihat antara gambar saya menikmati Pizza ini dan gambar lain yang sempat saya ambil disini. 

Ingatkan rasa macam Pizza biasa.. Sekali.. Nyam!! Sedap sangat 
Lagi gambar pemandangan indah berseni dan Dekorasi menarik di Seni Pizza Bidadara ini. 

Meja yang dilukis cantik
Pizza Seni Bidadara perisa Seafood 

Lagi gambar suasana dalam hutan seperti zaman dahulu kala.

Sungguh cantik 
Tunggu apa lagi jika anda peminat seni anda boleh datang ke sini segera.

Masa untuk pulang
Tutup sahaja kotak Pizza anda yang tidak habis dimakan dan bawa pulang.

Begitu mudah perkhidmatan disini.

Ilham dan kerusi kayu yang cantik 
Tunggu apa lagi,  jika anda peminat Pizza. 

Inginkan Pizza yang nipis kulitnya. 

Tidak muak.  Rasa dan wangi arang. 

Segera dapatkan Pizza enak disini. 

Saya amat suka rasa Pizza daging salai disini. 

Anda wajib cuba menu ini. 

Semoga artikel ini memberi ilham untuk anda. 


Terima kasih. 


*** ini link sambungan artikel seterusnya 





Jumaat, 19 Mei 2017

Khasiat Daun Teratai


Air herba teratai rebus 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sejujurnya saya seperti manusia biasa tetap dilanda kerisauan jika berat ini mula naik banyak.

Maklumlah saya peminat masakan.  Segala makanan saya suka,  apalagi jika ia dessert.

Jika anda peminat Blog ini dari awal tentu anda tahu saya peminat masakan arab dan juga cina.

Saya juga pencinta masakan kampung bersantan terutama nasi lemak,  kuih kukus bersantan,  bubur dan pelbagai lagi yang berunsur kelapa muda dan santan.

Oh,  enaknya.  Malah saya telah berkira-kira,  Ramadan ini banyak kuih berinti kelapa ingin saya masak sendiri dan nikmati nya.. Oh tak sabar nya.

Dalam menjalani diet seharian.

Dengan semangat untuk sihat namun sentiasa terbabas.

Saya mencari alternatif untuk mengurangkan lemak badan yang selamat.

Ingin saya tegaskan disini faktor usia menghampiri 40 tahun,  tentu sekali metabolisme juga tidak seperti di usia 20an,  namun saya amat bersyukur masih diberi berat badan ideal yang saya sukai.  Alhamdulillah.

Namun tentu sekali saya tetap wajib berhati-hati,  pemakanan zaman kini bukan seperti zaman nenek moyang sebelum merdeka.

Untuk anda yang mementingkan kesihatan namun mencari alternatif membuang lemak di tubuh.

Ini satu lagi alternatif pilihan selamat dan murah untuk anda.

Minuman buang lemak dari daun teratai dan biji teratai.

Saya menjumpai herba ini ketika berkunjung di kedai organik yang turut menjual herba cina.

Untuk anda ini antara KHASIAT &  KEBAIKAN DAUN TERATAI & BIJI TERATAI

1. Membantu membuang lemak

Ini alasan mengapa saya membeli herba ini.  Jika anda sering menikmati makanan berlemak yang tidak sihat dan berminyak.  Ini herba murah yang boleh anda cuba.

2. Mengubati keputihan

Daun teratai juga membantu kaum wanita yang mengalami masalah keputihan. Malah dikatakan ia jauh bagus dari jamu.  Lebih lebih lagi ia lebih alami.

3. Melancarkan haid

Terkenal dalam agama hindu dan Buddha.

Daun teratai amat bagus untuk kaum wanita terutama dalam melancarkan haid.

Namun anda tidak digalakkan minum minuman ini ketika haid.  Minum sebelum anda kedatangan haid.

4. Bagus untuk janin dan ibu mengandung

Bagi wanita mengandung anda di galakkan untuk minum air rebusan daun teratai.  Daun teratai bagus untuk pertumbuhan janin dan menenangkan janin.

5. Membantu Mengelakkan Stroke

Daun teratai juga dipercayai boleh mencegah berlakunya stroke,  malah meredakan sakit stroke itu sendiri.

6. Bagus untuk pernafasan dan paru-paru

Bagi anda yang risau kan kesihatan paru-paru anda dan menghadapi masalah paru-paru.  Daun teratai amat bagus untuk pernafasan.  Selain itu daun teratai juga bagus untuk organ pernafasan seperti paru-paru sekaligus bagus diamalkan oleh mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan asap kilang mahupun berada di kawasan bandar besar.

7. Baik untuk meredakan loya dan mual

Jika anda merasa loya dan muntah.
Ada boleh mengamalkan air rebusan daun teratai.
Air rebusan ini meredakan tekak dan rasa loya juga rasa sebu di perut.

8. Mengurangkan sakit kepala dan migrain

Jika anda sering tertekan atau sering mengalami sakit kepala. Ini termasuk sakit kepala akibat migrain.

Minum air rebusan daun teratai dan rasai perbezaannya.

9. Mengurangkan panas badan

Jika tekak anda sering kering dan dahaga.

Mudah kekurangan air didalam tubuh.  Anda boleh amalkan minuman daun teratai untuk mengatasi masalah ini.

10. Mengatasi cirit birit

Jika anda tersalah makan.
Menghadapi masalah perut dan

Cuba nikmati air rebusan daun teratai ini.

11. Sebagai ubat batuk

Jika batuk anda tetap tidak sembuh.
Anda boleh minum air teratai ini untuk menyembuhkan batuk anda.

Air daun teratai dipercayai boleh menyembuhkan batuk.

12. Menyihatkan jantung

Selain bagus untuk paru-paru air daun teratai juga bagus untuk jantung.

13. Membantu mengurangkan stress

Jika anda tertekan anda boleh mencuba daun teratai ini.

Anda anda dibelenggu kerja yang tidak pernah habis,  redakan hati anda dengan menikmati secawan air rebusan daun teratai.

14. Mengurangkan panas dalam tubuh

Musim panas ini tentu menyebabkan anda sering dahaga dan badan juga mudah panas.

Bagi mengurangkan panas badan.  Cuba nikmati air rebusan daun teratai.


Daun teratai ini dibeli oleh saya dengan harga RM1.50.

Hanya sehelai besar daun teratai yang diberi dan biji teratai untuk rebusan satu periuk.

Arahan penyediaan hanya rebuskan ia untuk 10 minit.

Saya hanya sempat menikmati air rebusan ini secawan sahaja.

Kesannya memang membantu anda membuang.

Baki air rebusan didalam periuk saya tidak sempat menghabiskannya.

Atas alasan saya berada di tempat lain selama seminggu.


Dari pembacaan,  teratai juga adalah herba yang amat bagus untuk wanita.

Maka tidak hairanlah ia amat disukai dan diamalkan oleh kaum Cina,  pengganut agama hindu dan Buddha.

Anda boleh mencuba daun teratai ini sebagai alternatif kepada ubat moden yang kaya dadah dan bahan kimia.

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.







Khamis, 18 Mei 2017

Momentum Dalam Blogging


Ini dashboard Adsense saya pada bulan April baru-baru ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada 2-3 perkara yang agak 'struggle'  untuk di maintain kan.

Blogging, eat clean Dan marketing berterusan.

Itu yang sehingga kini tidak tercapai azam yang telah dibuat beberapa tahun dahulu.

Dari pembacaan tidak di galakkan untuk anda menulis ketika kebosanan dan ketandusan idea.

Namun terpaksa memaksa diri untuk menulis jua.

Bimbang andai sekali tertinggal penulisan, Blogging semakin di lupakan.

Khas untuk anda yang masih tertanya mengenai pendapatan Adsense m

Anda yang keliru adakah bayaran adsense Blogging dan vlogging (vlogger) dalam bahasa lebih mudah saluran YouTube berbanding Blog.

Ingin saya maklumkan anda.  Kita dalam kumpulan yang sama.

Saya juga tidak tahu menahu tentang bayaran itu.

Sepanjang pengetahuan saya,  Adsense membayar mengikut jenis iklan dan juga lebih mahal untuk iklan 'mahal'  dan bonus besar jika anda yang klik iklan Adsense anda.

Tidak terkecuali,  istimewa Adsense,  ia membayar mengikut mata wang yang dilayari pembaca.

Bonus jika pembaca anda dari negara mata wang jauh mahal dari Malaysia.

Jangan bimbang.

Tidak semestinya anda wajib mempunyai akaun YouTube untuk mendapat USD1.70 sehari.

Blogger atau Blog juga mampu memberikan pendapatan sehari dari USD100 mahu pun USD1000 berdasarkan jenis iklan,  pengunjung dan klik.

Untuk anda yang mahukan bukti kecil dari saya yang berblogging suka-suka dan sebagai cara mengenalkan imej diri.

Cukuplah saya berkongsi antara jumlah pendapatan harian Blog ini yang diambil (bulan April lepas) ,  jumlah pengunjung Blog pada hari tersebut tidak sampai 1000 orang.

 Dan pendapatan Blog ini pada hari tersebut ialah USD2.10.

Saya tidak tahu iklan apa yang mahal keluar di Blog ini.

Dan berapa orang pengunjung yang klik iklan di Blog ini.

Untuk info,  saluran YouTube atas nama Qisya Khadeeja masih baru dan masih tidak memberi sebarang hasil lagi di dalam akaun Adsense.

Masih belum berkesempatan untuk belajar Google Analytic yang memaparkan statistik Blog yang lebih details.

Saya sendiri tidak tahu jumlah pengunjung Blog lama atau baru dan berapa lama pengunjung Blog ini berada di Blog untuk terus membaca artikel seterusnya.

Dari pembacaan,  details terperinci sebegitu saya boleh mendapatkan maklumat itu dengan mendalami ilmu membaca Google analytic.

Ingin saya tegaskan pendapatan Blog yang artikel hanya anggaran 5ratus lebih ini tidak boleh dibandingkan dengan Blog dengan artikel ribuan yang jauh berkualiti dan lama.

Ingin juga diberitahu ada waktunya pendapatan harian Blog ini tidak sampai USD0.50.

Anda harus rajin mengemaskini Blog.

Memastikan ia menghasilkan artikel bermutu.

Insyallah pendapatan anda jauh dari USD10 untuk sehari.

Jika anda rajin menulis,  fokus,  konsisten untuk 3 tahun berturut-turut.

Di samping pelbagai artikel lebih dari 3 dalam satu hari.

Anda pasti mampu mendapat pendapatan dari Blog yang mampu memberikan anda pendapatan pasif yang tinggi.

Antara Blog yang memberi pendapatan pasif yang tinggi termasuk Blog hiburan,  resepi,  percutian,  informasi dan Blog peribadi.

Selamat belajar menulis.

Dan selamat berblogging.

Terima kasih.




Rabu, 17 Mei 2017

Arang @ Karbon Aktif Sebagai PEMUTIH GIGI Asli Yang Selamat


Diperbuat 100% Dari arang asli
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring usia,  gigi semakin bertukar warna menjadi semakin kuning. 

Kerap menikmati kopi dan makanan manis juga mengubah warna gigi yang putih bersih. 

Banyak pendapat mengatakan gigi kuning adalah gigi yang sihat dan kuat.  Itu yang saya jumpai hasil carian Google.  Namun ia tidak bermaksud kuning pekat namun sedikit kuning cerah (slightly yellow)  amat berbeza dengan kuning berkarat atau ditumbuhi plak. 

Memiliki gigi putih bersih adalah satu bonus dalam senyuman yang cantik dan menarik. Itu yang di paparkan dan di omongkan di dalam setiap iklan dan pandangan manusia.  

Iklan produk gigi banyak menampilkan gigi model yang putih bersih dan cantik. 

Itu alasan mengapa pertambahan produk pemutih gigi semakin meningkat naik seperti produk pemutih kulit kebelakangan ini. 

Tidak cukup ubat gigi pemutih,  dengan segala Gel dan cecair pemutih gigi kini Carbon atau karbon aktif semakin popular dalam produk pemutih gigi.

Seiring pemakanan harian,  ramai yang menghadapi masalah gigi kuning.

Saya juga tidak terlepas menghadapi masalah ini.

Terutama jika anda tidak memakai gincu berwarna merah atau langsung tidak bergincu juga akan memperlihatkan gigi anda lebih kuning terutama jika bibir anda pucat.

Banyak tips yang mengesyorkan untuk memakai gincu merah pekat agar terlihat gigi anda berwarna lebih putih,  taktik ini memang berkesan.

Bagi anda yang risau kesan sampingan pemutihan gigi yang boleh menyebabkan hakisan gigi dan gigi lebih sensitif anda boleh menggunakan produk Semulajadi atau petua semulajadi zaman berzaman nenek moyang dahulu yang hanya menggunakan arang untuk pemutihan gigi. 

Melihat produk berasaskan arang atau karbon aktif yang semakin menjadi-jadi,  maka akhirnya satu lagi produk Homemade untuk anda yang turut digunakan oleh saya dan menjadi antara produk kegemaran saya kini iaitu Carboness Powder berasaskan 100% arang asli dari kayu tualang.

Tiada campuran soda bicarbonate atau Baking soda Arm &  Hammer Di dalam Carboness Powder ini.

Soda bicarbonate atau baking soda tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gigi sensitif dan nipis juga masalah Gusi.

Ia akan menyebabkan gigi terhakis jika digunakan setiap hari.

Carboness Powder ini disyorkan digunakan setiap hari sama ada pada waktu pagi atau waktu malam untuk 2 minggu pertama.  Dan hanya 2 kali seminggu untuk minggu seterusnya.

Arang terkenal semenjak dulu untuk pemutihan gigi dan menghilangkan bau mulut.

Hanya pedap kan hujung berus gigi anda secara lembut diatas Carboness Powder ini dan gosok gigi anda yang telah di kumur sebelum itu. (hanya sedikit arang di perlukan di hujung berus gigi anda,  cukup sebagai syarat kerana sikit sahaja sudah penuh gigi).

Alternatif lebih menjimat dan menguntungkan serta membantu gigi dan Gusi lebih kuat dan cantik.

Anda di galakkan melakukan Oil Pulling sebelum menggunakan Carboness Powder untuk kesan lebih menakjubkan.

Oil Pulling adalah salah satu cara lama ayuverda yang terkenal beribu tahun lampau.

Anda hanya perlu memilih minyak Semulajadi untuk proses Oil Pulling ini.

Antara pilihan terbaik minyak bijan,  minyak kelapa dara,  minyak zaitun atau minyak kegemaran anda.

Anda boleh merujuk artikel di link ini untuk cara sebenar melakukan Oil Pulling dan Kebaikan Oil Pulling untuk kesihatan dan kecantikan tubuh anda.

CARA MELAKUKAN OIL PULLING

Untuk info Carboness Powder ini dijual pada Harga RM10. 90 sebotol dalam anggaran berat (termasuk bekas) 19 gram.

Sila buat pesanan produk dengan menghubungi atau whatapps ke

016 276 2636 

Produk Carboness Powder ialah produk Semulajadi dan Homemade 100%.


Terima kasih.







Selasa, 16 Mei 2017

Malu Biar Bertempat


Mohon abaikan pasangan romantik di belakang saya itu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sungguh bukan mudah buang perasaan malu. 

Sama ada menulis atau mempromosikan sesuatu. 

Amat kagum dengan mereka yang berjaya yang pada asalnya membuang rasa malu dan ego diri. 

Pernah terbaca seorang usahawan berjawatan tinggi di sebuah badan atau syarikat terkemuka yang berhenti kerja memulakan perniagaan sendiri. 

Beliau sanggup belajar menjadi penghantar Pizza bagi membuang ego didalam diri. 

Itu cara beliau buang ego beliau dan kini beliau muncul sebagai usahawan berjaya dan dihormati.

Saya amat kagum melihat mereka yang sanggup berkorban sehingga begitu untuk mengajar diri susah dan membuang ego.

Teringat kisah permulaan ketika perkongsian menu ringkas ketika mengharungi pemberhentian krim steroid,  menu makanan saya ketika itu amat teruk.

Ditambah keadaan sakit,  demi mengikut diet ekzema dalam keadaan sakit dan tidak selesa terpaksa untuk menikmati dan memasak menu yang langsung tidak sedap dan tidak punya rasa.

Maklum bahawa follower instagram saya juga di kalangan mereka yang ketika itu menghadapi masalah ekzema dan mengharungi Proses Topical Steroid Withdrawal,  saya  terpaksa membuang rasa malu dan berkongsi gambar makanan yang langsung tidak menyelerakan itu di instagram dan Blog.

Percayalah jika saya sendiri bukan pemilik gambar itu,  saya sendiri akan mengkritik gambar makanan itu sendiri.

Hari ini,  rasa malu itu masih ada.

Ada waktu makanan yang menyelerakan dikongsikan,  yang dihias cantik.

Ada masanya hanya gambar makanan yang asal tanpa kerajinan menghias pinggan atau masakan 'cepat'  yang langsung tidak sempurna.

Namun ketidaksempurnaan itu melambangkan betapa setiap manusia itu ialah manusia biasa.

Tentu sahaja sebagai Blogger saya ingin mendekati mereka dari pelbagai golongan dan tidak mahu mereka yang melayari Blog ini merasa tertekan dan mewajibkan setiap menu cantik dan sempurna dari resepi untuk menjalani diet yang lebih sihat.

Begitu juga,  setiap perkongsian tempat Makan yang saya sendiri faham agak tidak berkhasiat atau mungkin langsung tidak berkhasiat dan tidak bagus untuk kesihatan.

Namun itu cara untuk saya memberi tahu semua yang mengikuti kisah saya,  tiada paksaan dalam terus meneruskan diet eat clean selamanya.

Ada masa jika anda ingin bersosial dan menikmati makanan,  nikmati sahaja.

Namun jangan keterlaluan.

Jika anda sedang menharung Topical Steroid Withdrawal dan menjalani diet ekzema yang ketat percayalah ia insyaaAllah bukan selamanya.

Saya amat memahami penderitaan anda yang baru berada di stage pertama.

Jangan risau,  jika anda suatu waktu dahulu bergembira menikmati segala hidangan dan kini memilih mengharungi Topical Withdrawal mahupun yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Ketahuilah,  tidak sepanjang hidup anda harus stress untuk mengikuti diet ketat selamanya.

Segala kesembuhan dan azam kita adalah dari Allah jua dan Allah jua yang memakbulkan.

Mohon pada Allah semoga segala dipermudahkan.

Dan lalui  diet sihat anda untuk masa 6 bulan pertama kemudian perlahan lahan anda boleh kembali menikmati diet yang lebih longgar.

Namun pastikan anda tidak melampaui batas.


Saya sendiri semakin tidak berdisiplin dalam pemakanan.

Sedang berusaha untuk diet sihat kembali.

Doakan saya.

Saya perlukan doa setiap manusia dan makhluk di muka bumi ini.

Dan pastinya setiap doa dari insan lain untuk insan lain akan kembali pada kita.

Untuk anda.

Selamat Mencuba.

Dan bagi anda yang sedang berdiet,  terus niat dan semangat anda.


Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...