Isnin, 17 Februari 2020

ZAKAT KE ATAS BITCOIN @ MATA WANG KRIPTO / CRYPTO CURRENCY



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai yang masih ragu-ragu status halal dan haram bitcoin atau mata wang kripto lain. 

Untuk menerangkan halal haram dan berkongsi video penerangan Status halal mata wang kripto mengambil masa untuk di terangkan dengan lebih luas, maka cukuplah untuk sementara waktu di kongsikan berita terbaru mengenai berita Perlis bercadang mengenakan zakat ke atas keuntungan bitcoin dan mata wang kripto lain.


Jika sudah sampai bakal dikenakan zakat tentu sekali Perlis mengiktiraf bitcoin atau mata wang kripto sebagai pelaburan halal. 

Paling istimewa, anda pemegang dan pelabur kripto boleh membayar zakat sama ada dalam bentuk wang atau unit bitcoin atau mata wang kripto lain. 

Semoga anda atau sesiapa sahaja yang berminat mengenai wang kripto tidak ragu-ragu lagi mengenai status halal pelaburan wang kripto ini. 

Terima kasih. 

Khamis, 13 Februari 2020

EXCHANGER (PENUKAR) MATA WANG CRYPTO / KRIPTO / DIGITAL DUNIA



Senarai top 7 Exchanger mata wang kripto / digital dunia di www.coinmarketcap.com

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dunia mata wang kripto / digital berkembang dengan amat pesat semenjak tahun 2015 lagi. Namun ia makin boom (terkenal) apabila memasuki tahun 2017 dan terus terkenal dan berpengaruh memasuki abad 2020.

Wujudnya ethereum pada tahun 2014, 5 tahun selepas kewujudan bitcon sebagai mata wang digital pertama dunia, membuatkan lebih dari satu pilihan yang ada dalam dunia mata wang digital selain bitcoin. Sebelum ethereum, wujud litecoin sebagai mata wang digital kedua. Namun kewujudan ethereum yang mewujudkan platform terbuka dan ‘smart contract’ / kontrak pintar yang membenarkan mata wang digital lain menggunakan platform milik ethereum iaitu ERC20,  akhirnya beratus mata wang digital / kripto wujud dalam dunia crypto currency ini.

Apabila sesuatu perkara memberi manfaat, dunia akan bersungguh-sungguh memberi kerjasama. Selepas wujudnya platform terbuka ciptaan ethereum, maka berlumba-lumba mata wang digital lain bersetuju ‘smart contract’ dengan ethereum. Wujud juga mata wang lain yang tidak menggunakan platform ethereum dan membina platform sendiri.

Dalam waktu yang sama wujud laman web www.coinmarketcap.com yang dibina khas untuk pemain dan pelabur kripto mengetahui berapa banyak mata wang digital tulen yang wujud, baru dan lama. Sebesar mana mata wang kripto tersebut sudah dibeli dan dimiliki.


Bagaimana anda ingin tahu berapa jenis mata wang digital yang wujud?

Apakah nama-nama wang digital itu?

Besar manakah PASARAN MODAL (market cap) jenis wang digital itu, contoh pasaran modal paling tinggi ialah mata wang digital bitcoin, diikuti ethereum kemudian ripple XRP.

Berapakah jumlah transaksi mata wang digital ini? Untuk satu hari? Seminggu? Sebulan, setahun atau sepanjang masa?.

Bagaimanakah rupa graph turun naik mata wang digital ini? Harga paling rendah dan harga paling tinggi?.

Dimanakah profail pemilik dan pengasas syarikat juga hala tuju syarikat boleh di baca?

Soalan untuk semua jawapan di atas anda boleh temui di www.coinmarketcap.com .

Coin market cap ini umpama bskl atau klci yang terhimpun segala mata wang digital yang telah Berjaya di listingkan di mana, mata wang digital ini mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis EXCHANGER untuk jual dan beli.


EXCHANGER (penukar)

Exchanger untuk wang kripto adalah satu platform kepada mata wang digital / kripto. Disinilah berlaku urusniaga aset digital berbentuk wang kripto di atas talian di seluruh dunia. Disini semua pemain dan pelabur kripto melakukan jualan dan belian atas talian.

Apabila wujud pihak atau individu yang mempunyai mata wang kripto dan ingin menjualnya, disinilah platform untuk mereka jual aset digital (mata wang kripto) mereka ke exchanger.

Maka berlakulah jual beli di exchanger.

Exchanger ialah ‘orang tengah’ bagi jual beli mata wang kripto / digital ini. Setiap transaksi pasti ada caj yang dikenakan. Ada exchanger yang mengenakan caj yang jauh lebih murah dan ada exchanger yang mengenakan caj sederhana untuk transaksi pembelian ini.

www.coinmarketcap.com juga menyenaraikan senarai exchanger bagi wang digital / crypto . Anda boleh melihat beberapa ratus senarai exchanger yang wujud di laman www.coinmarketcap.com ini.


Antara exchanger popular di kalangan pemain crypto dunia ialah binance yang berada di kedudukan ke 4 dalam senarai exchanger paling berpengaruh di dunia mata wang kripto / digital.

LUNO yang diiktiraf Securities Commission Malaysia ini berada di tangga ke 130 dalam senarai exchanger popular dunia di www.coinmarketcap.com


Di Malaysia, antara Exchanger popular ialah Remitano dan Luno.

Luno ialah exchanger pertama yang diluluskan oleh Securities Commision Malaysia untuk jual beli mata wang crypto di Malaysia.

Buat masa ini, Luno Malaysia hanya merupakan exchanger bagi 2 matawang kripto / digital iaitu bitcoin dan ethereum.

Artikel mengenai LUNO akan disiarkan selepas beberapa artikel mengenai mata wang kripto / digital selepas ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.





Selasa, 11 Februari 2020

COIN MARKET CAP atau website dan platform untuk listing / senarai mata wang kripto / digital


perhatikan senarai teratas mata wang digital dan 'market cap' / pasaran modal


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kebiasaannya mereka yang pakar mengenai kripto atau mula berjinak mengenai kripto / mata wang digital akan menjadikan coin market cap sebagai medan rujukan setiap mata wang kripto atau digital yang tersenarai dan wujud di dunia.

Anda boleh melihat beratus atau mungkin kini beribu mata wang digital / kripto yang kini wujud di atas talian di laman web yang tiap hari dilawati oleh pemain kripto dan pelabur kripto di alamat ini www.coinmarketcap.com.

Sila perhatikan betul-betul 10 ke 15 nama mata wang digital / kripto yang kini menakluki dunia kripto. Ada cara untuk membaca corak permainan dan jenis wang digital / kripto ini. Ia akan diterangkan dalam artikel akan datang.

Kita belajar merujuk dahulu mata wang kripto yang di senaraikan disini. Perkara pertama yang harus diingatkan kepada mereka yang baru mempelajari mengenai mata wang kripto / digital anda jangan sekali-sekali bergantung harap semata-mata kepada senarai mata wang digital di laman web ini.

Realitinya memang semua senarai wang kripto / digital ini adalah tulen dan genuine. Ia menggunakan blockchain genuine atau tulen. Jika ia tidak tulen ia tak akan Berjaya membentuk ledger dan blok kerana blockchain itu sendiri adalah block dan ledger yang bersambung. Ada data baru masuk, keseluruhan data atau ledger / blok itu akan ikut berubah.

Ini sedikit info untuk anda, ingat scammer berada di mana-mana. Ketika ini mungkin syarikat pemilik mata wang digital / kripto itu bukan scammer, namun apabila sebuah syarikat mata wang digital itu gagal dalam memberi perkhidmatan yang dijanjikan ia turut akan berubah menjadi scammer. Perkara ini sama dengan agen insurans atau takaful yang misleading dalam menjual insurans atau agen pelaburan yang misleading dalam menjual pelaburan, hatta pelaburan itu adalah pelaburan yang sah.

Tentu anda pernah mendengar cerita agen insurans atau takaful yang menjual produk insurans dan takaful dalam bentuk pelaburan, dan agen pelaburan yang menjanjikan pulangan tanpa menyentuh lansung tentang risiko kerugian. Dimana-mana sahaja di dunia ini, akan wujud golongan seperti ini.

Kita tinggalkan sebentar mengenai scammer atau syarikat (atau pun wakil syarikat) yang gagal mengotakan janji kepada pelabur. Kita kembali kepada tajuk asal.

Coin market cap adalah tempat dimana mata wang kripto akhirnya di ‘listingkan’ atau di paparkan. Mata wang kripto yang di paparkan di coin market cap ini biasanya wajib mempunyai 2 exchanger berdaftar. Maksudnya disini jika coin bernama ‘Rich coin’ baru mempunyai satu exchanger, maka ‘Rich coin’ tidak akan muncul di Coin Market cap ini.  Setelah ‘Rich Coin’ Berjaya berdaftar dengan 2 exchanger, kemudian ‘Rich coin’ boleh mendaftarkan nama ‘rich coin’ ini di www.coinmarketcap.com ini. Tentu sekali ada bayaran bagi membolehkan ‘Rich coin’ terpapar di exchanger, setiap exchanger mengenakan caj untuk perkhidmatan exchanger ini. Ada exchanger gred A yang lagi mahal caj berbanding exchanger gred B. Coin market cap turut mengenakan caj kepada setiap mata wang digital / kripto yang ingin di paparkan di laman web atau platform mereka.

1. Bagi menjawab pertanyaan anda adakah mata wang digital / kripto di laman web atau platform ini mata wang digital tulen?.

Ia ia matawang digital tulen.

2. Adakah selamat jika melabur dalam mata wang yang tersenarai di laman web atau platform coin market cap ini?.

Belum tentu selamat. Mata wang adalah tulen, namun skim syarikat tersebut atau progress syarikat tersebut kadang kala menjadikan ia seperti skim berbentuk scam. Ada waktu syarikat itu betul, namun person in charge atau mereka yang menguruskannya tidak betul.

3. Bagaimana ia boleh terjadi?, jika coinmarketcap sendiri tidak selamat dimana rujukan yang harus mereka yang baru berjinak dengan mata wang kripto harus menjadikan rujukan?.

Untuk mereka yang baru mempelajari selok belok mata wang kripto, adalah lebih baik anda menyemak dan menyiasat latar belakang syarikat. Progress atau perkembangan syarikat dalam bidang kripto. Jika sukar dan anda risaukan risiko, adalah di nasihatkan agar anda belajar bermain mata wang kripto yang tersenarai di tingkat teratas seperti top 3 mata wang kripto iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. Jika anda sudah agak lama bermain dan mempelajari selok belok kripto, anda boleh belajar membeli mata wang kripto yang lebih baru dan murah seperti tether, cardano, tron dan stellar.

Ingin di tegaskan di sini, Securities Commission Malaysia setakat ini meluluskan 3 jenis mata wang kripto sahaja untuk pelaburan iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. 

Namun sebagai pemain mata wang digital / kripto professional yang bertahun mengkaji dan bermain wang kripto, ramai yang mula membeli mata wang kripto murah kerana mereka yakin mata wang kripto tersebut akan meningkat harga di masa hadapan berpandukan syarikat dan pengasas mata wang kripto tersebut.

Sila perhatikan graf yang ditunjukkan dalam platform atau laman sesawang www.coinmarketcap.com ini.




Ada yang mengelarkan coin market cap ini ala BSKL / KLCI, terpulanglah apa gelaran yang di beri, paling penting anda tahu membaca dan mengkaji setiap mata wang digital / kripto berdasarkan setiap maklumat yang dipaparkan di coin market cap ini.

Artikel akan datang akan menerangkan bagaimana cara anda membaca dan factor yang membantu menaikkan nilai mata wang kripto / digital itu sendiri, serta maklumat penting yang dipaparkan setiap laman web mata wang kripto termasuk coin market cap ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Ahad, 2 Februari 2020

Kisah Video Tentang BITCOIN


imej di ambil dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya melihat beberapa video menceritakan bagaimana bitcoin ini mula diperkenalkan dan digunakan seluruh dunia. Asal bitcoin dan asal perkataan bit itu.

Dalam sebuah video yang menarik ia menemuramah beberapa pakar dalam bidang masing-masing didunia. Pelbagai pendapat berbeza mengenai bitcoin dan mata wang digital ini.

Namun dalam pelbagai pendapat dan video yang ditonton saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya faham dan boleh dikongsikan mengenai mata wang kripto dengan anda dalam artikel kali ini.

Dalam satu temuramah lama (video hitam putih) , berpuluh tahun dahulu seorang tua mengatakan pendapat beliau dimana internet akan menjadi sebuah ‘medan paksaan’ dimana sama ada anda inginkan atau menolak semahunya anda tetap terpaksa menggunakan internet ini.

Dalam satu temuramah lain juga berbelas tahun lepas, seorang tua yang lain berkata ‘suatu hari nanti akan wujud dimana A menghantar duit ke B, A tidak mengenali B , dan B juga tidak mengenali A, semua ini akan wujud atas talian’.

Betul kata-kata orang tua itu. Hari ini belian di shopee Malaysia, anda hanya tahu barang yang anda beli, namun anda tidak pernah kenal dan tahu siapa penjual yang menjual secara lansung di shopee Malaysia yang tinggalnya nun jauh di China. Itu baru shopee, belum lagi lazada mahu pun EBAY.

Kemudian video itu menunjukkan temuramah dengan seseorang yang agak pakar dalam dunia mata wang kripto dan blockhain. Beliau berkongsi cerita.

“Nenek bertanya kepada saya di makan malam ‘thanks giving’. Apa itu bitcoin?.” Saya menjawab, “masihkah nenek ingat bagaimana satu waktu dahulu, dari duit kertas kita guna dan tandatangani cheque?, kemudian dari teknologi cheque itu kita tukar kepada kemudahan kad VISA dan kita kena tandatangan di atas kertas untuk setiap pembelian?. Bitcoin ini adalah revolusi seterusnya untuk sistem pembayaran, pembelian yang akan mengantikan sistem kewangan sekarang.

Saya melihat video lama berputar, sekitar tahun 1940an, ia agak rumit untuk diterangkan maka cukuplah dikatakan bahawa, 3 ribu tahun lampau dahulu manusia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang dalam setiap transaksi pembelian dan urusniaga. Kemudian kerajaan menukarkan emas dan perak kepada duit kertas.


Pada tahun 1944 selepas perang dunia berakhir, United Nation Mandatory memulakan draft sistem kewangan terbaru. Mata wang USD / Amerika di pilih menjadi mata wang dunia kerana ketika itu mata wang Amerika / USD itu dikatakan setanding dan setaraf emas nilainya.

Pada Ogos 1971  - Mata wang fiat di perkenalkan, ia berpandukan kerajaan tanpa apa-apa sandaran. Kerajaan ada hak untuk mengatakan sesuatu itu ada nilai untuk duit dan tiada serta ia harus diterima. Malah kerajaan ada hak untuk mencetak duit yang mereka mahu dan keluarkan.

Seiring masa dan teknologi mata wang kini adalah dalam bentuk digit dalam data dunia perbankan seluruh dunia. Anda tidak perlu melihat fizikal duit, anda hanya perlu melihat digit dalam akaun perbankan anda dan anda boleh menjual beli atas talian.

Jika duit fiat boleh di jual beli atas talian, tanpa perlu dalam bentuk fizikal, mengapa perlunya bitcoin dan mata wang digital ini?.

Soalan ini selalu di war-warkan dalam pelbagai temuramah dalam setiap video mengenai mata wang kripto ini.

Ada beza yang amat besar mengenai mata wang kripto dan fiat, oleh kerana artikel mengenai penerangan ini amat panjang, ia akan ditulis dalam artikel akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...