perhatikan senarai teratas mata wang digital dan 'market cap' / pasaran modal |
Assalammualaikum wbt
dan salam sejahtera.
Kebiasaannya mereka
yang pakar mengenai kripto atau mula berjinak mengenai kripto / mata wang
digital akan menjadikan coin market cap sebagai medan rujukan setiap mata wang
kripto atau digital yang tersenarai dan wujud di dunia.
Anda boleh melihat
beratus atau mungkin kini beribu mata wang digital / kripto yang kini wujud di
atas talian di laman web yang tiap hari dilawati oleh pemain kripto dan pelabur
kripto di alamat ini www.coinmarketcap.com.
Sila perhatikan betul-betul
10 ke 15 nama mata wang digital / kripto yang kini menakluki dunia kripto. Ada
cara untuk membaca corak permainan dan jenis wang digital / kripto ini. Ia akan
diterangkan dalam artikel akan datang.
Kita belajar merujuk
dahulu mata wang kripto yang di senaraikan disini. Perkara pertama yang harus
diingatkan kepada mereka yang baru mempelajari mengenai mata wang kripto /
digital anda jangan sekali-sekali bergantung harap semata-mata kepada senarai
mata wang digital di laman web ini.
Realitinya memang
semua senarai wang kripto / digital ini adalah tulen dan genuine. Ia
menggunakan blockchain genuine atau tulen. Jika ia tidak tulen ia tak akan Berjaya
membentuk ledger dan blok kerana blockchain itu sendiri adalah block dan ledger
yang bersambung. Ada data baru masuk, keseluruhan data atau ledger / blok itu
akan ikut berubah.
Ini sedikit info
untuk anda, ingat scammer berada di mana-mana. Ketika ini mungkin syarikat
pemilik mata wang digital / kripto itu bukan scammer, namun apabila sebuah
syarikat mata wang digital itu gagal dalam memberi perkhidmatan yang dijanjikan
ia turut akan berubah menjadi scammer. Perkara ini sama dengan agen insurans
atau takaful yang misleading dalam menjual insurans atau agen pelaburan yang
misleading dalam menjual pelaburan, hatta pelaburan itu adalah pelaburan yang
sah.
Tentu anda pernah mendengar cerita agen insurans atau takaful yang menjual produk insurans dan takaful dalam bentuk pelaburan, dan agen pelaburan yang menjanjikan pulangan tanpa menyentuh lansung tentang risiko kerugian. Dimana-mana sahaja di dunia ini, akan wujud golongan seperti ini.
Kita tinggalkan sebentar mengenai scammer atau syarikat (atau pun wakil syarikat) yang gagal mengotakan janji kepada pelabur. Kita kembali kepada tajuk asal.
Tentu anda pernah mendengar cerita agen insurans atau takaful yang menjual produk insurans dan takaful dalam bentuk pelaburan, dan agen pelaburan yang menjanjikan pulangan tanpa menyentuh lansung tentang risiko kerugian. Dimana-mana sahaja di dunia ini, akan wujud golongan seperti ini.
Kita tinggalkan sebentar mengenai scammer atau syarikat (atau pun wakil syarikat) yang gagal mengotakan janji kepada pelabur. Kita kembali kepada tajuk asal.
Coin market cap
adalah tempat dimana mata wang kripto akhirnya di ‘listingkan’ atau di
paparkan. Mata wang kripto yang di paparkan di coin market cap ini biasanya
wajib mempunyai 2 exchanger berdaftar. Maksudnya disini jika coin bernama ‘Rich
coin’ baru mempunyai satu exchanger, maka ‘Rich coin’ tidak akan muncul di Coin
Market cap ini. Setelah ‘Rich Coin’ Berjaya
berdaftar dengan 2 exchanger, kemudian ‘Rich coin’ boleh mendaftarkan nama ‘rich
coin’ ini di www.coinmarketcap.com ini. Tentu sekali ada bayaran bagi
membolehkan ‘Rich coin’ terpapar di exchanger, setiap exchanger mengenakan caj
untuk perkhidmatan exchanger ini. Ada exchanger gred A yang lagi mahal caj
berbanding exchanger gred B. Coin market cap turut mengenakan caj kepada setiap
mata wang digital / kripto yang ingin di paparkan di laman web atau platform
mereka.
1. Bagi menjawab
pertanyaan anda adakah mata wang digital / kripto di laman web atau platform
ini mata wang digital tulen?.
Ia ia matawang digital tulen.
2. Adakah selamat jika
melabur dalam mata wang yang tersenarai di laman web atau platform coin market
cap ini?.
Belum tentu selamat.
Mata wang adalah tulen, namun skim syarikat tersebut atau progress syarikat
tersebut kadang kala menjadikan ia seperti skim berbentuk scam. Ada waktu
syarikat itu betul, namun person in charge atau mereka yang menguruskannya
tidak betul.
3. Bagaimana ia boleh
terjadi?, jika coinmarketcap sendiri tidak selamat dimana rujukan yang harus
mereka yang baru berjinak dengan mata wang kripto harus menjadikan rujukan?.
Untuk mereka yang
baru mempelajari selok belok mata wang kripto, adalah lebih baik anda menyemak
dan menyiasat latar belakang syarikat. Progress atau perkembangan syarikat
dalam bidang kripto. Jika sukar dan anda risaukan risiko, adalah di nasihatkan
agar anda belajar bermain mata wang kripto yang tersenarai di tingkat teratas
seperti top 3 mata wang kripto iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. Jika
anda sudah agak lama bermain dan mempelajari selok belok kripto, anda boleh
belajar membeli mata wang kripto yang lebih baru dan murah seperti tether,
cardano, tron dan stellar.
Ingin
di tegaskan di sini, Securities Commission Malaysia setakat ini meluluskan 3
jenis mata wang kripto sahaja untuk pelaburan iaitu bitcoin, ethereum dan
ripple XRP.
Namun sebagai pemain
mata wang digital / kripto professional yang bertahun mengkaji dan bermain wang
kripto, ramai yang mula membeli mata wang kripto murah kerana mereka yakin mata
wang kripto tersebut akan meningkat harga di masa hadapan berpandukan syarikat
dan pengasas mata wang kripto tersebut.
Sila perhatikan graf
yang ditunjukkan dalam platform atau laman sesawang www.coinmarketcap.com ini.
Ada yang mengelarkan
coin market cap ini ala BSKL / KLCI, terpulanglah apa gelaran yang di beri,
paling penting anda tahu membaca dan mengkaji setiap mata wang digital / kripto
berdasarkan setiap maklumat yang dipaparkan di coin market cap ini.
Artikel akan datang
akan menerangkan bagaimana cara anda membaca dan factor yang membantu menaikkan
nilai mata wang kripto / digital itu sendiri, serta maklumat penting yang
dipaparkan setiap laman web mata wang kripto termasuk coin market cap ini.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan