Khamis, 13 Februari 2020

EXCHANGER (PENUKAR) MATA WANG CRYPTO / KRIPTO / DIGITAL DUNIA



Senarai top 7 Exchanger mata wang kripto / digital dunia di www.coinmarketcap.com

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dunia mata wang kripto / digital berkembang dengan amat pesat semenjak tahun 2015 lagi. Namun ia makin boom (terkenal) apabila memasuki tahun 2017 dan terus terkenal dan berpengaruh memasuki abad 2020.

Wujudnya ethereum pada tahun 2014, 5 tahun selepas kewujudan bitcon sebagai mata wang digital pertama dunia, membuatkan lebih dari satu pilihan yang ada dalam dunia mata wang digital selain bitcoin. Sebelum ethereum, wujud litecoin sebagai mata wang digital kedua. Namun kewujudan ethereum yang mewujudkan platform terbuka dan ‘smart contract’ / kontrak pintar yang membenarkan mata wang digital lain menggunakan platform milik ethereum iaitu ERC20,  akhirnya beratus mata wang digital / kripto wujud dalam dunia crypto currency ini.

Apabila sesuatu perkara memberi manfaat, dunia akan bersungguh-sungguh memberi kerjasama. Selepas wujudnya platform terbuka ciptaan ethereum, maka berlumba-lumba mata wang digital lain bersetuju ‘smart contract’ dengan ethereum. Wujud juga mata wang lain yang tidak menggunakan platform ethereum dan membina platform sendiri.

Dalam waktu yang sama wujud laman web www.coinmarketcap.com yang dibina khas untuk pemain dan pelabur kripto mengetahui berapa banyak mata wang digital tulen yang wujud, baru dan lama. Sebesar mana mata wang kripto tersebut sudah dibeli dan dimiliki.


Bagaimana anda ingin tahu berapa jenis mata wang digital yang wujud?

Apakah nama-nama wang digital itu?

Besar manakah PASARAN MODAL (market cap) jenis wang digital itu, contoh pasaran modal paling tinggi ialah mata wang digital bitcoin, diikuti ethereum kemudian ripple XRP.

Berapakah jumlah transaksi mata wang digital ini? Untuk satu hari? Seminggu? Sebulan, setahun atau sepanjang masa?.

Bagaimanakah rupa graph turun naik mata wang digital ini? Harga paling rendah dan harga paling tinggi?.

Dimanakah profail pemilik dan pengasas syarikat juga hala tuju syarikat boleh di baca?

Soalan untuk semua jawapan di atas anda boleh temui di www.coinmarketcap.com .

Coin market cap ini umpama bskl atau klci yang terhimpun segala mata wang digital yang telah Berjaya di listingkan di mana, mata wang digital ini mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis EXCHANGER untuk jual dan beli.


EXCHANGER (penukar)

Exchanger untuk wang kripto adalah satu platform kepada mata wang digital / kripto. Disinilah berlaku urusniaga aset digital berbentuk wang kripto di atas talian di seluruh dunia. Disini semua pemain dan pelabur kripto melakukan jualan dan belian atas talian.

Apabila wujud pihak atau individu yang mempunyai mata wang kripto dan ingin menjualnya, disinilah platform untuk mereka jual aset digital (mata wang kripto) mereka ke exchanger.

Maka berlakulah jual beli di exchanger.

Exchanger ialah ‘orang tengah’ bagi jual beli mata wang kripto / digital ini. Setiap transaksi pasti ada caj yang dikenakan. Ada exchanger yang mengenakan caj yang jauh lebih murah dan ada exchanger yang mengenakan caj sederhana untuk transaksi pembelian ini.

www.coinmarketcap.com juga menyenaraikan senarai exchanger bagi wang digital / crypto . Anda boleh melihat beberapa ratus senarai exchanger yang wujud di laman www.coinmarketcap.com ini.


Antara exchanger popular di kalangan pemain crypto dunia ialah binance yang berada di kedudukan ke 4 dalam senarai exchanger paling berpengaruh di dunia mata wang kripto / digital.

LUNO yang diiktiraf Securities Commission Malaysia ini berada di tangga ke 130 dalam senarai exchanger popular dunia di www.coinmarketcap.com


Di Malaysia, antara Exchanger popular ialah Remitano dan Luno.

Luno ialah exchanger pertama yang diluluskan oleh Securities Commision Malaysia untuk jual beli mata wang crypto di Malaysia.

Buat masa ini, Luno Malaysia hanya merupakan exchanger bagi 2 matawang kripto / digital iaitu bitcoin dan ethereum.

Artikel mengenai LUNO akan disiarkan selepas beberapa artikel mengenai mata wang kripto / digital selepas ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...