Ahad, 2 Februari 2020

Kisah Video Tentang BITCOIN


imej di ambil dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya melihat beberapa video menceritakan bagaimana bitcoin ini mula diperkenalkan dan digunakan seluruh dunia. Asal bitcoin dan asal perkataan bit itu.

Dalam sebuah video yang menarik ia menemuramah beberapa pakar dalam bidang masing-masing didunia. Pelbagai pendapat berbeza mengenai bitcoin dan mata wang digital ini.

Namun dalam pelbagai pendapat dan video yang ditonton saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya faham dan boleh dikongsikan mengenai mata wang kripto dengan anda dalam artikel kali ini.

Dalam satu temuramah lama (video hitam putih) , berpuluh tahun dahulu seorang tua mengatakan pendapat beliau dimana internet akan menjadi sebuah ‘medan paksaan’ dimana sama ada anda inginkan atau menolak semahunya anda tetap terpaksa menggunakan internet ini.

Dalam satu temuramah lain juga berbelas tahun lepas, seorang tua yang lain berkata ‘suatu hari nanti akan wujud dimana A menghantar duit ke B, A tidak mengenali B , dan B juga tidak mengenali A, semua ini akan wujud atas talian’.

Betul kata-kata orang tua itu. Hari ini belian di shopee Malaysia, anda hanya tahu barang yang anda beli, namun anda tidak pernah kenal dan tahu siapa penjual yang menjual secara lansung di shopee Malaysia yang tinggalnya nun jauh di China. Itu baru shopee, belum lagi lazada mahu pun EBAY.

Kemudian video itu menunjukkan temuramah dengan seseorang yang agak pakar dalam dunia mata wang kripto dan blockhain. Beliau berkongsi cerita.

“Nenek bertanya kepada saya di makan malam ‘thanks giving’. Apa itu bitcoin?.” Saya menjawab, “masihkah nenek ingat bagaimana satu waktu dahulu, dari duit kertas kita guna dan tandatangani cheque?, kemudian dari teknologi cheque itu kita tukar kepada kemudahan kad VISA dan kita kena tandatangan di atas kertas untuk setiap pembelian?. Bitcoin ini adalah revolusi seterusnya untuk sistem pembayaran, pembelian yang akan mengantikan sistem kewangan sekarang.

Saya melihat video lama berputar, sekitar tahun 1940an, ia agak rumit untuk diterangkan maka cukuplah dikatakan bahawa, 3 ribu tahun lampau dahulu manusia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang dalam setiap transaksi pembelian dan urusniaga. Kemudian kerajaan menukarkan emas dan perak kepada duit kertas.


Pada tahun 1944 selepas perang dunia berakhir, United Nation Mandatory memulakan draft sistem kewangan terbaru. Mata wang USD / Amerika di pilih menjadi mata wang dunia kerana ketika itu mata wang Amerika / USD itu dikatakan setanding dan setaraf emas nilainya.

Pada Ogos 1971  - Mata wang fiat di perkenalkan, ia berpandukan kerajaan tanpa apa-apa sandaran. Kerajaan ada hak untuk mengatakan sesuatu itu ada nilai untuk duit dan tiada serta ia harus diterima. Malah kerajaan ada hak untuk mencetak duit yang mereka mahu dan keluarkan.

Seiring masa dan teknologi mata wang kini adalah dalam bentuk digit dalam data dunia perbankan seluruh dunia. Anda tidak perlu melihat fizikal duit, anda hanya perlu melihat digit dalam akaun perbankan anda dan anda boleh menjual beli atas talian.

Jika duit fiat boleh di jual beli atas talian, tanpa perlu dalam bentuk fizikal, mengapa perlunya bitcoin dan mata wang digital ini?.

Soalan ini selalu di war-warkan dalam pelbagai temuramah dalam setiap video mengenai mata wang kripto ini.

Ada beza yang amat besar mengenai mata wang kripto dan fiat, oleh kerana artikel mengenai penerangan ini amat panjang, ia akan ditulis dalam artikel akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...