makan buah delima setiap hari dikatakan boleh menyuburkan rahim |
Asssalammualaikum dan salam sejahtera.
Dunia ini kaya dengan petua, dari petua melayu, cina,
india, siam , jawa dan sebagainya.
Termasuk petua dari barat dan timur.
Berikut dikongsikan 6
PETUA MUDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN yang senang diikuti dan
mudah dibuat.
1. Petua Insomnia
atau Susah Tidur
Buat jus kurma asli, minum ia sebelum tidur.
2. Petua untuk Kurang
Tenaga & Semangat
Rebus buah kurma cina atau kurma biasa dengan longan.
Kemudian minum.
3. Petua Menguatkan
badan Dan Meningkatkan Stamina
Rebus kurma sebentar (atau
celur dalam air mendidih), tambah susu segar asli dan madu kemudian minum
sebelum tidur.
4. Petua Masalah
Sembelit
Rendam beberapa biji kurma semalaman dalam jumlah ganjil.
Minum air rendaman kurma itu pada waktu pagi ketika perut kosong.
5. Petua Panas Badan
atau Badan Panas
Makan buah kurma campur tembikai untuk mengurangkan panas
sebelum makan.
6. Petua Untuk Mudah
Bersalin
Rebus daun zaitun bersama beberapa biji kurma ajwa
sehingga mendidih. Jika anda tidak mampu mendapatkan daun zaitun segar, guna
sahaja daun zaitun kering. Minum air rebusan tersebut.
*** di baca dan
diolah dari buku Indahnya Pemakanan Dan Perubatan
Selamat mencuba petua mudah dan senang dicuba ini.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan