Menikmati makanan kegemaran adalah antara perkara yang cukup indah |
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Dalam hidup ini positif amat penting.
Lebih tinggi usia, lagi anda wajib berfikiran positif.
Kurangkan Stress dan tekanan.
Ada waktunya, perancangan anda tiba-tiba berubah.
Maka anda perlu nikmati makanan di luar dan tidak sempat mengalas perut.
Jadual dan perancangan kita tidak sehebat perancangan tuhan.
Ada waktunya anda bersemangat menyudahkan azam dan kerja anda.
Namun di sisi lain semangat anda untuk kembali diet sihat diuji. Anda tidak sempat menyediakan sesuatu yang lebih sihat.
Mahukan mood yang baik, maka anda memilih menikmati makanan kegemaran anda di luar.
Ia Cheat diet lagi. Namun Cheat menu lebih berbaloi. Makanan kegemaran sendiri.
Pastikan makanan kegemaran anda jika kek manis pilih yang lebih kaya bahan sihat seperti kek buah atau kek lobak.
Pilih kebab kambing berbanding makanan proses lain.
Jauhkan kentang goreng dan gantikan dengan salad lebih.
Anda perlu sentiasa positif terutama jika kerjaya anda memerlukan idea dan semangat yang kuat.
Ada waktu kertas kerja dan perancangan harus disiapkan pada waktu ditetapkan.
Maka nak tak nak anda harus redha dan berfikir positif.
Emosi tetap berkait rapat dengan makanan yang kita nikmati, namun jika anda kuat dan mampu melawan, ada waktu anda kena faham apa maksud sebenar rezeki.
Jika itu rezeki anda redhalah.
Sekurang-kurangnya anda kekal gembira menikmati makan yang anda suka.
Namun ajar lah diri menyukai yang lebih sihat.
Makanan enak membantu membuatkan mood bahagia dan bersemangat.
Pelajaran yang saya sendiri dapati, apabila mendapat rezeki menikmati makanan kegemaran, satu hari saya penuh kegembiraan dan semangat.
Malah pelbagai kerja dapat diselesaikan.
Kita penentu fikiran dan semangat kita.
Maka, pastikan hanya fikir yang indah-indah sahaja.
Ada waktunya anda harus fikirkan hari ini dari asyik mengingati masa lepas dan memikirkan masa depan yang belum pasti.
Kita hidup masa sekarang. Dan nikmati lah waktu sekarang yang anda jalani.
Ia waktu sebenar yang ada dan lakukan yang paling terbaik waktu ini.
Selamat terus mendidik diri menjadi positif.
Sebagai manusia biasa, ada waktunya redha dan gembira itu penting walaupun dalam waktu penuh ujian.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan