Cuka epal antara cuka paling popular untuk ekzema dan diet serta perubatan, gambar kecil ialah gambar habbatus sauda |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera .
Habbatus sauda atau jintan hitam telah lama terkenal sebagai
antara bahan menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati.
Selain habbatus sauda, cuka peraman atau cuka buah khususnya
semakin sering diketengahkan sebagai makanan sunnah untuk menyembuhkan pelbagai
penyakit dan antara yang sering disebut-sebut sebagai makanan sunnah untuk
detoks dan mengubati pelbagai penyakit.
Terkenal sebagai
antara makanan yang menyembuhkan , cuka juga adalah makanan wajib yang sentiasa
ditambah dalam setiap menu masakan arab.
Selain cuka, habbatus sauda juga begitu. Di letakkan diatas
roti, kuih muih, sup ditambah dalam segala makanan , habbatus sauda turut
dijadikan sebagai salah satu bahan pengubatan popular sebagai supplement
semulajadi pada zaman moden ini.
Terdapat pelbagai cuka yang popular antaranya cuka delima,
cuka buah tin, cuka epal, cuka nipah, cuka kurma dan pelbagai jenis cuka
peraman lagi.
Dengan lambakan pelbagai cuka yang dijual dipasaran termasuk
di pelbagai kedai arab dan makanan sunnah juga farmasi. Semakin ramai mempunyai
pilihan dan kesedaran untuk menambahkan segala pemakanan sunnah yang
menyembuhkan dan menyihatkan tubuh ini.
Berikut adalah antara khasiat cuka peraman sebagai rujukan
:-
1. Cuka dikatakan boleh membantu mengubati kulit terbakar.
Campurkan dengan air untuk kesan yang lebih lembut.
2. Cuka dicampur bersama garam bagi mengubati sakit akibat
termakan cendawan beracun.
3. Cuka juga turut membantu melancarkan perjalanan darah dalam
tubuh.
4. Cuka yang dicampur bersama habbatus sauda atau jintan hitam
yang ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dan minyak habbatus sauda. Akan
membantu mengurangkan kebotakkan rambut akibat penyakit.
Ramuan untuk menyembuhkan kobotakkan rambut akibat penyakit
ialah
1.
1 cawan cuka cair
2.
1 sudu jintan hitam yang telah ditumbuk halus
3.
1 sudu perahan jus bawang putih
4.
Sedikit minyak habbatus sauda atau jintan hitam
Campur semua bahan diatas sehingga menjadi lotion, sapu ke
bahagian kepala yang botak. Anda juga boleh cukur dahulu bahagian tersebut
sebelum menyapu bahan diatas.
Balut kepala atau bahagian tersebut, biarkan dari pagi
sehingga petang.
Kemudian anda boleh sapu minyak habbatus sauda di tempat
tadi.
Ramuan ini juga boleh dicuba jika anda kerap keguguran
rambut dan hampir menjadi botak.
5. Penyakit kulit seperti kurap juga boleh disembuhkan dengan
campuran cuka dan habbatus sauda (jintan hitam).
Caranya tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam hingga
halus. Campurkan dalam cuka. Kemudian sapu bahan ramuan ini keatas kurap tadi.
Biar kering. Tidak perlu basuh. Amalkan ramuan ini sehingga kurap sembuh.
6. Jika anda atau anak anda dihinggapi kutu dikepala. Anda
boleh menggunakan cuka dan bawang putih untuk menyelesaikan isu ini.
Caranya , sediakan ramuan berikut :-
Tumbuk empat ulas bawang putih sehingga menjadi krim atau
pekat.
Campur krim bawang putih ini kedalam cuka epal.
Isi bahan dibancuh ini ke dalam botol.
Kemudian jemur di bawah sinaran cahaya matahari selama 8
hari berturut-turut.
Cukup 8 hari, bahan ini sudah siap digunakan.
Sapu ke rambut yang mempunyai kutu tadi, sambil memicit
kulit kepala .
Sila amalkan ramuan ini selama 10 hari berturut, ia bukan
sahaja akan mematikan kutu, juga turut membasmi kelemumur juga melembutkan
rambut.
7. Campuran cuka dan biji habbatus sauda juga amat bagus untuk
gigi berlubang. Tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam sehingga lumat. Gaulkan
dengan cuka. Kemudian masukkan bancuhan atau paste ini kebahagian gigi
berlubang. Ia akan mengurangkan sakit gigi anda.
8. Cuka juga amat bagus untuk eczema, ia boleh disapu terus ke
kulit yang mempunyai eczema atau tambah halia yang ditumbuk kedalam cuka dan
sapukan pada bahagian yang terkena eczema. Sekejap sahaja pedih, kemudian gatal
akan hilang. Sapu sehingga eczema anda sembuh.
9. Panau juga boleh dihilangkan dengan campuran cuka dan
habbatus sauda atau jintan hitam. Tumbuk jintan hitam lumat-lumat, campur
sedikit cuka . Kemudian sapu di kawasan berpanau. Insyaallah isu panau ini akan
hilang dan sembuh.
10. Kulit lobak putih dan campuran cuka boleh mengubati sengatan
lebah dan tebuan. Amalkan ramuan ini jika terkena sengatan lebah atau tebuan.
11. Cuka epal selain membantu mengurangkan berat badan, ia juga
membantu menyelesaikan masalah mereka yang terlalu kurus. Ia sesuai untuk
kedua-dua masalah tubuh.
Terdapat jutaan manfaat cuka dan habbatus sauda yang tidak
dapat ditulis dalam lembaran kertas yang berjela.
Simpan cuka dan habbatus sauda dirumah anda sebagai bahan
makanan utama anda. Campurkan dalam pelbagai masakan dan menu anda.
Ketika sesiapa ditimpa ujian seperti diatas, ambil dan
gunakan ia.
Semoga artikel ini akan memberi anda semangat untuk terus
menyukai cuka dan habbatus sauda.
Pemakanan sunnah adalah pemakanan terbaik untuk mereka yang
bijak menilai.
Terima kasih .
*** sumber rujukan
buku ‘ Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan