buah pisang lemak manis antara buah pisang tempatan yang enak dan murah |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ketika beberapa hari sahaja memasuki tahun baru 2018.
Semakin ramai antara kita berazam untuk menikmati makanan berkhasiat dan
memperbanyakkan buah dan sayur-sayuran.
Ramai yang memberi alasan harga buah yang mahal kecuali buah
import, namun ramai yang terlepas pandang bahawa buah pisang ialah buah yang
amat mudah didapati dan murah berbanding buah lain.
Pilih pisang tempatan seperti pisang lemak manis atau pisang
emas. Ia bonus besar jika anda tanam sendiri pokok pisang anda kerana pisang
amat bermanfaat dari pokok, dahan , daun, jantung sehingga ke buah pisang itu
sendiri.
Buah pisang dikatakan buah syurga.Buah pisang di sebut
sekali dalam ayat Al-Quran, surah Al-Waqiah, ayat 29.
Malah, buah pisang juga digambarkan sebagai buah yang
tersusun indah. Imam Malik sangat menyukai buah pisang. Bahkan, Imam Malik mengatakan bahawa buah
pisang menyerupai buah yang ada disyurga. Ketika di Tanya, Imam Malik menjawab
ini kerana pisang ialah buah yang sentiasa ada tidak kira musim sejuk dan musim
panas.
1.
Pisang Dapat Diguna untuk merawat batuk, sakit
dada dan gangguan saluran pernafasan.
2.
Daun pisang yang direbus dalam air mendidih,
kemudian ditapis dan diminum panas dapat melegakan gusi bengkak.
3.
Kulit pisang amat bagus untuk kecantikkan kulit.
Gosok kulit pisang bahagian dalam yang sudah masak ke wajah atau bahagian kulit
bermasalah. Ia membantu menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
4.
Buah pisang juga amat bagus sebagai pencuci
mulut malah dikatakan bagus untuk mencuci paru-paru.
5.
Daun pisang juga bagus sebagai rawatan cirit
birit. Tumbuk daun pisang sehingga lumat. Perah air daun pisang tersebut ,
kemudian minum.
6.
Pisang yang dicampur cuka dan limau juga dikatakan
boleh merawat penyakit kulit.
7.
Bagi mereka yang sukar menghilangkan bintik
diwajah. Pisang jika dicampur dengan air biji tembikai dapat menghilangkan
bintik diwajah, mengcantikkan dan mengelokkan warna kulit.
8.
Serbuk atau tepung pisang yang dijadikan roti
dikatakan bagus untuk penyakit kencing tidak lawas.
9.
Pisang juga bagus untuk merawat arteri tersumbat
,sakit otot , reumatisme, sakit buah pinggang , keletihan dan radang otot.
10.
Getah pelepah pisang amat bagus untuk kulit
melecur. Sapu rata getah pelepah pisang ke kulit yang melecur dan biarkan
kering.
Terdapat jutaan lagi khasiat pada sepohon pisang. Malah buah
pisang itu adalah buah yang harus anda nikmati setiap hari jika anda punya misi
untuk berdiet sihat berbanding anda asyik menikmati makanan manis proses lain.
Maka , pada tahun 2018 akan datang, dalam misi sihat anda
dan diet yang semakin mengurangkan makanan proses, jangan lupa masukkan buah
pisang dalam diet dan menjadikan ia buah dan snek kegemaran anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan