Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Realitinya, tiada manusia mampu hidup tanpa cinta dan kasih
sayang.
Ramai yang sembuh dari penyakit bahaya adalah kerana cinta
dan kasih sayang orang sekeliling terutama insan paling dicintai.
Lihat betul-betul sekeliling anda, anda akan lihat dengan
jelas, kejayaan datang bersama cinta dan sokongan insan sekeliling.
Malah kesihatan dan kesembuhan datang dari hati dan
pemikiran dahulu baru ia datang dari pemakanan dan ubat-ubatan.
Maka jika anda ingin bahagia, pilih insan yang membahagiakan
anda. Lupakan yang menyakitkan. Tinggalkan dan pergi jauh, kerana ia hanya akan
menambah beban dan dosa anda.
Jika anda masih ingin selamatkan, selamatkan
bersungguh-sungguh. Berdoa dan berusaha. Tuhan tidak kejam , kecuali anda
sendiri yang kejam kepada diri anda.
Lihat sekeliling anda dan dunia, betapa air muka tak akan
mampu menipu. Dilimpahi kejayaan dan kekayaan, namun bukan dikongsi dengan
orang tersayang akan terlihat diwajah walaupun ketika senyum dan ketawa.
Ada beza air muka berseri gembira bersama insan tersayang
dan ada beza kelukaan diwajah ketika tersenyum juga air muka kosong yang sukar
digambarkan ketika mengecapi nikmat kejayaan dan impian selama ini.
Begitulah hidup, apabila anda mementingkan diri dan tidak
menghargai apa yang didepan mata, ia akan menghancurkan hati anda sendiri
lambat laun walaupun anda diulit sejuta kemewahan sekalipun.
Pernah lihat, keluarga yang miskin dan papa kedana, namun
penuh kasih sayang diwajah dan air muka.
Suami yang punyai isteri kanser dan anak kanser namun
terlihat jauh bahagia dari keluarga yang kaya raya dan sihat?.
Apabila cinta dihargai dan dibalas dengan ikhlas, ada banyak
perkara didunia ini boleh disangkal dan ditewaskan.
Jika tidak masakan ada putera raja yang sanggup meninggalkan
kerajaan hanya untuk bersama cinta hati, rakyat biasa.
Di zaman millennium ini, untuk mendapat cinta yang ikhlas
agak sukar.
Namun ketika anda menemuinya, usah kejar perkara lain dan
mementingkan diri dan nafsu anda semata-mata.
Sekali anda tersilap, kebahagiaan lepas tak akan mungkin
kemana.
Kata hikayat lama, Tuhan hanya memberikan anda sekali sahaja
cinta yang betul-betul suci dan ikhlas.
Apabila anda mencuranginya sekali, tidak menghargai.
Cinta suci untuk anda tak akan kembali lagi.
Walaupun ia mungkin dari orang yang sama atau berbeza.
Sekali anda pernah mencintai dengan penuh mendalam.
Tak akan ada cinta yang lebih mendalam itu lagi terutama
sekali jika anda dikecewakan dengan cinta mendalam itu.
Namun jika anda menghargai, mencintai dengan sepenuh hati
akan banyak kejayaan akan dicapai.
Kejayaan bukan diukur dengan wang ringgit dan popularity.
Kejayaan diukur dalam trek anda sendiri. Kejayaan sebenar
ialah kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ketika anda menjaga dan menghargai insan yang anda cintai,
segalanya akan kembali kepada kebahagiaan anda sendiri.
Ketika anda berkorban untuk cinta hati anda, tiba masa cinta
hati anda akan berkorban untuk anda kembali.
Usah terpedaya dengan kata-kata, dunia ini materialistic,
manusia tidak ada yang setia atau sebagainya.
Anda ialah siapa sekeliling anda dan apa yang anda
bicarakan, setiap perkara yang anda percaya.
Realitinya mereka yang sering mengatakan negative mengenai
cinta dan kehidupan ialah insan yang kekurangan kasih sayang dan tidak pernah menjumpai
cinta sejati. Cinta sejati sendiri akan menjauh dari insan seperti ini.
Selagi anda tidak melihat dengan mata kepala anda, melihat
kisah cinta sejati yang berlaku didepan mata. Selagi itu sukar untuk anda
percaya, kecuali anda mahu percaya.
Kenyataan hidup yang berada didepan mata, manusia yang
sering mengecewakan insan dan cinta manusia lain, mereka tidak percaya dunia
ini adalah balasan atas sikap dan sifat kita sendiri. Sehingga ia betul-betul
berlaku dalam hidup mereka terutama dihari-hari tua.
Apabila anda mengecewakan seseorang, usah harapkan lagi
insan itu menjaga hati anda seperti dulu. Kembali mencintai anda seperti dulu.
Cinta yang kuat datang hanya dari cinta yang tidak berbelah
bagi sesama sendiri, apabila ia telah terbelah, kepercayaan juga begitu.
Tidak cukup kepercayan terbelah , pengorbanan juga begitu.
Jika dahulu cinta hati sanggup berkorban apa sahaja, kali ini pengorbanan belum
tentu sanggup dilakukan untuk anda lagi.
Maka, apabila anda berdua diikat bom, percayalah pasti ada
salah seorang akan cuba menyelamatkan diri sendiri dulu dari merisikokan diri menyelamatkan
kedua-dua sekali.
Perkara seperti itu tidak akan berlaku, selepas cinta
dikhianati.
Yang tinggal dan ada, ialah selamatkan diri sendiri sebelum
insan lain.
Jika anda ingin hidup seperti itu , hiduplah. Namun
percayalah , hati dan hidup anda pasti kosong.
Andai ketika ini cinta anda masih kukuh, hargailah.
Kerana apabila ia sudah ditewaskan, anda bukan sahaja
membezakan hidup anda dengan pasangan lain, malah anda hanya akan Nampak
kekurangan pasangan anda semata-mata tanpa sedar kesilapan diri dan kelemahan
diri sendiri yang pasangan anda tidak pernah nyatakan.
Apabila anda sudah mulai tidak bersyukur dengan kehidupan
anda, maka anda akan mula tidak menghargai pasangan anda. Kesyukuran dengan
menambah baik kehidupan, saling menyokong dan memberi semangat dalam melebarkan
sayap masing-masing juga impian masing-masing ialah kehidupan cinta sebenar.
Sokongan dan kepercayaan sesama sendiri akan mewujudkan
kekuatan untuk anda saling mendorong dan mengejar kejayaan masing-masing.
Ketika anda mencintai, pilih seseorang yang mampu mendorong
anda. Bukan meninggalkan anda ketika badai melanda.
Ketika anda kecewa, pastikan insan yang anda cintai , insan
pertama yang memberi semangat dan motivasi dan percaya kepada anda.
Andai anda hanya mampu menerima bunga , coklat, diajak makan
, percayalah ramai yang mampu memberikan anda semua itu.
Cari insan yang membahagiakan anda dan mengeluarkan semua
perkara positif dari diri anda, menjadikan anda jauh lebih baik dari dulu.
Insan yang sentiasa melegakan hati anda, tidak pernah
membuat anda rasa tertekan dan sama-sama menyelesaikan masalah yang melanda
pasangan masing-masing.
Kita hanya akan tahu erti cinta sebenar setelah diuji,
selagi tidak diuji kita tak mungkin tahu.
Andai selepas diuji cinta itu makin kuat, percayalah, hargai
cinta itu dan usah cari yang lain atau pandang yang lain lagi.
Di zaman milenia ini, bukan setakat suami orang, isteri
orang dan tunang orang turut digilai.
Andai anda sudah mempunyai cinta hati yang telah anda
janjikan macam-macam, yang anda berikan harapan dan kasih-sayang. Hargailah.
Bimbang dihari tua nanti anda akan menyesal dan malu berjumpa mereka lagi atas
kesalahan yang telah anda lakukan.
Tidak kira bagaimana anda Berjaya, popular, berkuasa, tiada
satupun mampu membeli hati terluka dan hormat manusia pada insan yang pernah
melukakan.
Hati anda pasti tidak akan bahagia selagi ada hati yang
pernah terluka.
Jangan jadikan anda manusia yang menjadi sebab insan lain
terluka.
Kerana bayang-bayang sejarah itu, akan terus mengejar
kehidupan anda sehingga anda mati.
Tulisan ini dari pengalaman dan pelbagai kisah peribadi di
depan mata dan di pelbagai perkongsian status dan cerita hidup.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan