Khamis, 14 Disember 2017

BELAJAR



Jika anda sukar mencari tapak menjual, anda boleh membina tapak online menjual di akaun sosial media anda atau menumpang di platform membeli belah online lain seperti Shopee, Lazada, 11street , Ebay atau Carousell

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Banyak perkara harus dipelajari. Bukan sekadar ikut-ikutan dan ditiru bulat-bulat semata-mata melihat individu lain Berjaya.

Dalam pelbagai pembacaan, banyak ditekankan bahawa nasib, rezeki dan perancangan serta perjalanan setiap individu atau syarikat berbeza-beza dengan apa yang dimiliki. Sama ada rangkaian network, modal, ilmu, kemahiran dan pelbagai lagi.

Ini termasuk dalam bidang penulisan, computer, perniagaan apa-apa pun, kecil, sederhana mahu pun besar.

Ada perniagaan bermula kecil dengan apa yang ada ditangan. Ada yang bermula kecil atas sebab ia suka-suka.

Ada yang menulis blog dan berblogging dan hanya menjual suka-suka sekadar pendapatan sampingan, ada juga individu yang suka mengembara dan bermain media social untuk menjual segala produk dan pengalaman pengembaraan di blog untuk menjana pendapatan harian.

Begitu hebat zaman digital ini. Kita boleh mengembara, mencari pengalaman namun kekal boleh berniaga dari satu tempat ke satu tempat. Caranya hanya mendapatkan contact dan hubungi sahaja mereka untuk segala pengeposan produk dan sebagainya dengan system mudah anda cipta sendiri sesuai keperluan dan gaya hidup anda.

Mudahnya berniaga dan membuat duit di zaman digital. Itu yang sering disimpulkan setiap kali membaca buku, status perkongsian dan maklumat mengenai buat duit di media social dan platform digital.

Paling utama sama ada kita bermula atau tidak.

Bayangkan hanya sekadar berkongsi idea masakan dan resepi di facebook dan di instagram. Kita mendapat tawaran untuk mengreview dan mengiklan produk masakan peniaga online lain. Bermula dengan peniaga kecil membawa kepada yang lebih besar dan besar.

Bermula dijemput menikmati makanan percuma dan beri review, kepada mendapat makan percuma dan bayaran istimewa.

Tidak hanya di facebook dan instagram. Menulis di blog juga telah lama diiklankan sebagai tempat mempromosikan pelbagai barangan . Malah bukan sekadar mendapat produk percuma malah pembayaran yang agak tinggi sesuai kedudukan blog di google dan sasaran pelanggan.

Tidak sekadar itu,  dengan memiliki akaun media sendiri, setiap dari kita mampu mengiklankan apa sahaja di akaun masing-masing, yang membezakan cara kita mendekati golongan sasaran dalam mewujudkan minat memiliki produk jualan kita itu.

Hari ini mungkin jumlah follower di setiap media social milik kita tidak sampai 1 juta, namun setiap peratusan dan chanel sebaran itu kekal berkemampuan menghasilkan lautan pelanggan.

Tidak semua manusia didunia ini bermain media social, namun pasti punyai sahabat dan ahli keluarga yang membaca dan melayari media social.

Lambat laun , dari mulut ke mulut dan kuasa mulut akhirnya akan membuka mata mereka yang berminat.

Melihat sejarah mereka yang Berjaya bermula dari kosong dan penuh kegagalan di permulaan , menunjukkan setiap dari kita mempunyai peluang cerah.

Dalam setiap semangat dan kerajinan pasti akan ada bayaran setimpal akan diberikan tuhan.

Teruskan berbuat sesuatu yang mengajar anda, meluaskan rangkaian anda.

Anda sendiri tidak tahu nasib anda pada akan datang.

Paling utama, berusaha, cari ilmu, rajin dan sentiasa positif.

Antara platform menjual dan membeli belah secara online di dunia yang popular ialah EBAY, ini artikel ringkas mengenai EBAY untuk anda rujuk



Tidak ketinggalan platform yang semakin mendominasi dalam dunia menjual dan membeli belah online iaitu Shopee. Artikel ringkas mengenai Shopee khas untuk bacaan anda  



Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...