gambar imej medical card atau kad perubatan dari google |
Minggu lepas, saya berkesempatan melawat anak rakan yang
admitted di Hospital GlenEagles akibat high fever. Bertuah badan, parents dia
sudah mendapatkan kad perubatan seawal umur 2 tahun. Merasalah untuk mendapat
rawatan di “one of the expensive hospital” kat Kuala Lumpur ni. Alhamdulillah,
anak mereka pulih within 4 days dan segala bil dibayar menggunakan medical kad.
Bukan tidak mahu menggunakan benefits yang diberi oleh company, tapi sekadar
ingin mencuba benefits yang disediakan oleh pihak Takaful...takut apa yang di
terangkan dahulu (ketika sign-up) hanya menanam tebu dibibir.
Tapi Alhamdulillah, mana-mana syarikat Takaful akan membayar
segala bil jika conditions yang digariskan di dalam sijil/polisi dipenuhi...tak
begitu?. Saja ingin berkongsi tentang kelebihan medical card di bawah pelan
investment linked (IL) berbanding standalone. Ramai yang prefer standalone
sebab flexibility untuk bertukar dari satu Takaful ke Takaful/insurans yang
lain. Jika di google, majoriti bercanggah pendapat tentang perbandingan.
Sebagai pengguna seperti saya, saya nak share 4 sebab mengapa saya memilih
medical card IL berbanding standalone. Tepuk dada, tanya selera.
1. Medical card jangka panjang. Selalunyalah medical card
standalone ni renewable every year mengikut umur dan juga penyakit (jika ada).
And of course, harga meningkat mengikut kelas umur yang ditetapkan oleh pihak
Takaful. Pendek kata, bertambah umur, bertambahlah mahal. Lain pula jika anda
guna medical card IL. Tak ikut umur dan tak perlu renew. Sebagai contoh, jika
anda membayar sijil sekarang, anda akan bayar benda yang sama sampai tempoh
yang ditetapkan (kadang-kadang mencecah 50-55 tahun) dan kemudian anda tidak
perlu bayar lagi kerana account value yang terkumpul sudah cukup untuk
menampung jumlah kad perubatan...untungkan?
2. Bayaran yang sama sampai jangkamasa yang ditetapkan. Seperti
point pertama, bayaran will remain the same. Tak kira umur, jika anda membayar
RM 200 sekarang, bayaran yang sama akan dikenakan sampai bila-bila (tertakluk
pada sijil). Mudah untuk anda buat budget bulanan. Betul kata orang, ambil
Takaful ketika muda supaya bayaran yang ditetapkan berkemampuan sampai
bila-bila. Betul tak?
3. Medical Card nie subject to repricing yang ditetapkan oleh
Takaful/ Insurance. Memandangkan kos perubatan meningkat setiap tahun, bayaran
untuk sijil/polisi anda juga akan meningkat. Jika tak kena gaya, mungkin 100%.
Sebagai contoh, umur 30 tahun, bayaran yang dikenakan RM 1200 per year. Jika
medical repricing berlaku, bayaran mungkin naik ke RM 1800. So bayaran RM 100
per month mungkin berubah ke RM 150 sebulan. Tapi jika anda menggunakan medical
card IL, senario yang sama mungkin berlaku tapi kadar caruman tetap sama
bergantung kepada jumlah account value.
4. Benefits yang pelbagai under Medical card IL berbanding
dengan standalone. Secara amnya, medical card IL adalah rider dan basic plan
mungkin membenarkan anda mengambil pelbagai rider under satu pelan Takaful.
Contoh, basic plan hanya cover kematian dan kurang upaya+cacat kekal. Dengan rider
tambahan, anda boleh menambah rider -rider lain seperti medical card, penyakit
kritikal dan manafaat hospital. Bayaran? Selalunya, tiada bayaran tambahan
untuk rider kerana ia akan dipotong menggunakan IL yang dibeli.
Tapi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini agak kurang
difahami, saya galakkan anda menghubungi agent Takaful anda untuk pencerahan.
Jika tiada agent buat masa ini, anda boleh hubungi rakan saya Cik Khadeeja di 016 276 2636. Insya-Allah, dia boleh membantu. Saya
sekadar berkongsi pengalaman dan pembacaan buat manafaat anda. Yang ok anda
boleh gunakan dan yang kurang pasti, sila rujuk pada pakar dan kongsikan
bersama. Tak rugikan share pengalaman?
-FN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan